Friday, October 10, 2025

Cerita nabi terkena sihir

Cerita Nabi SAW disihir datamng melalui riwayat yang saheh, muttafaq alaih. Saidatina Aisyah r.a menceritakan bahawa Nabi SAW telah disihir oleh seorang lelaki dari Bani Zauraiq bernama Lubaid bin Al-A'som. Dia menggunakan sikat yang ada rambut Nabi SAW diikat kepada pelepah tamar jantan yang kering dan dimasukkan ke dalam satu telaga yang dinamakan Zarwan. Kesan daripada sihir itu, Nabi SAW merasakan seolah-olah dia melakukan sesuatu dengan isterinya sedangkan dia tidak melakukannya. Hinggalah Allah datangkan dua malaikat kepada Nabi SAW memberikan isyarat tempat barang sihir itu disembunyikan. Nabi SAW menceritakan kepada Aisyah bahawa ketika dan beberapa sahabat pergi ke telaga itu, airnya  berwarna seperti inai dan barang sihir di dalamnya seperti kepala syaitan (isyarat buruknya). Dalam riwayat Aisyah, beliau bertanya nabi SAW apakah barang sihir itu keluarkannya. Nabi mengatakan bahawa tidak, bahkan telaga itu ditimbus.

Namun dalam riwayat An-Nasai dikatakan bahawa barangannnya dikeluarkan dan didapati ada sebelas simpulan. Malaikat Jibail membacakan Mu'awwizatain dan terungkailah semua simpulannya.

Rujuk: Durar


Hadis tentang Nabi SAW ini dibangkangi oleh golongan Muktazilah An-Nazzom, Al-Jassas dan Abu Bakar  Al-Asom. Al-Jassas mendakwa ia adalah rekayasa para Mulhid.Abu Bakar Al-Asom kata hadis ini matruk.

Pandangan yang menolak hadis mengenai Nabi terkena sihir ini kemudiannya diambil oleh beberapa tokoh terkemudian atas alasan ia menyalahi akal.

Hujah-hujah mereka antara lain ialah:

1) Hadis tersebut adalah Hadis Ahad dan ia tidak boleh dijadikan sandaran dalam perkara Akidah. Kerana ia menyentuh soal kemaksuman Nabi SAW , maka ia adalah soal akidah.

2) Hadis ini kalau diterima dan Nabi SAW dikatakan terkena sihir, maka ia menyalahi apa yang difahamkan daripada ayat Quran yang menyebutkan tuduhan orang kafir bahawa Nabi SAW itu adalah lelaki yang tersihir ( Rajulan mashura).



وقال الظالمون إن تتبعون إلا رجلا مسحورا * انظر كيف ضربوا لك الأمثال فضلوا فلا يستطيعون سبيلا

( Al-Furqan: 8-9)


نحن أعلم بما يستمعون به إذ يستمعون إليك وإذ هم نجوى إذ يقول الظالمون إن تتبعون إلا رجلا مسحورا * انظر كيف ضربوا لك الأمثال فضلوا فلا يستطيعون سبيلا

( Al-Isra': 47-48)


3) Kalaulah Nabi SAW itu boleh dikhayalkan dengan sihir seolah-olah melakukan sesuatu sedangkan dia tidak melakukannya, maka haruslah pula baginda khayal menerima sesuatu daripada wahyu sedanhgkan dia tidak menerimanya.Dia menyampaikan sesuatu sedangkan dia tidak pun menyampaikannya. Ini mustahil dan ini boleh mencacatkan risalah!


Bagaimana menjawab syubhat tentang hadis ini?

1) Kehujjahan Hadis Ahad dalam perkara akidah, hukum hakam dan sebagainya tidak boleh disangkal. Banyak perkara datang dengan jalan Ahad, Kalau ditolak, banyak perkara kena robek.\

2) Dakwaan nabi terkena sihir oleh kaum Musyrikin itu bermaksud sepanjang masa sehingga apa yang dikatakan wahyu oleh Nabi SAW sebenarnya adalah khayalan baginda lantaran kena sihir. Tapi dalam hadis, Nabi disebutkan kena sihir ujntuk satu tempoh singkat sahaja dan tidak menjejaskan wahyu pun. 

3) Sihir itu tidak mencacatkan ismah! ia hanya menggangu sifat manusiawi Nabi SAW dan tidak sekali-kali mengganngu sifat Nabawi (Dimensi Risalah) Nabi SAW. Banyak Nabi yang mendapat ujian fizikal tetapi ismah risalah mereka tetap terpelihara.


Baca: Islamweb



No comments:

Post a Comment

Cerita nabi terkena sihir

Cerita Nabi SAW disihir datamng melalui riwayat yang saheh, muttafaq alaih. Saidatina Aisyah r.a menceritakan bahawa Nabi SAW telah disihir ...