Ketika Uthman bin Maz'un wafat, Nabi SAW datang menziarahinya. Di kala itu baginda mendengar Ummul A'la' mengucapkan kata-kata:
رحمة الله عليك أبا السائب، شهادتي عليك لقد أكرمك الله عزَّ وجلَّ
وما يدريك أن الله أكرمه؟
Ummul A'la' megakui kekhilafannya dan Rasulullah pun melanjutkan sabdanya:
أما فهو فقد جاءه اليقين من ربه، وإني لأرجو له الخير، والله ما أدري وأنا رسول الله ما يفعل بي
" Sesungguhnya dia (Uthman bin Maz'un telah datang kepadanya yakin (kematioan) daripada tuhannya. Aku mengharapkan kebaikan buatnya. Demi Allah, aku tidak tahu apa yang Allah akan lakukan untukku sedangkan aku adalah Rasul Allah!
(Hadis ini dirriyatkan oleh Ahmad dan dikeluarkan oleh Bukhari dalam Sahehnya , di bawah Bab Janazah)
Nabi tidak tahu hal ghaib KECUALI apa yang wahyu datang mengkhabarkannya. Kerana itu, ada hadis yang mana nabi menkhabarkan tentang beberapa sahabatnya dan perihal mereka dalam syurga.
Justeru, apatah lagi manusia yang bukan nabi, bagaimana mereka hendak tahu hal ghaib. Kononnya si polan itu wali Allah, dia tahu apa yang tersembunyi dalam hati. Dia tahu apa akan jadi di masa depan. Semua itu adalah dongeng pentaksub. Kita berpegang erat dengan dalil-dalil yang menegaskan eksklusifnya Allah SWT dalam pengetahuan meengenai ghabiyyat.
Kasyaf yang disandarkan kepada para wali bukanlah pengetahuan. Ia cuma Zonni yang boleh jadi betul dan boleh jadi salah.
No comments:
Post a Comment