Thursday, May 30, 2024

FEQAH KHAYALAN ATAU TAQDIRIYYAH

 Para Fuqaha kekadang terjun dalam maslaah-masalah yang bersifat andaian. Ianya hanya khayalan. Tidak realistik. Namun, mereka memberi fatwa dan hukum tentangnya. Perkara itu tidak berlaku pada zaman sebelumnya, pada zamannya dan juga zaman kemudian.

Ini menimbulkan pertanyaan, apakah ilmu feqah namanya sedemikian. Bahkan, apakah itu dinamakan ilmu? 

Apa contohnya?

1) Kes seseorang lelaki masuk ke dalam faraj seorang perempuan, apakah dia wajib mandi junub atau tidak. Apakah bile keluar, dia jadi anak perempuan itu?


2) Kes seorang perempuan memasukkan zakar mayat ke dalam farajnya, apakah wajib mandiu junub atas mayat itu?


3) Kes seorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam zakar lelaki yang lain apakah wajib mandi ataus kedua-keduany. Disebutkan oleh Abdul; Hamid As-Syarwani dalam Hasyiahnya atas Tuhfatul Minhaj


4) Kes jika seorang lelaki dapat memecahkan zakarnya kepada 2 lalu yang satu dimasukkan ke dalam faraj isterinya yang pertama dan satu lagi dimasukkan ke dalam faraj isterinya yang ke-2, maka tidak wajib mandi atas kedua-duanya isterinya itu kerana mereka dapat bukan zakar yang sepenuhnya. Adapun atas suami, dia kena mandi. Akan tetapi jika dimasukkan seperuh dalam faraj dan separuh lagi ke dalam dubur, maka wajiblah mandi atas itu isteri kerana dia mendapat kedua-dua bahagian zakar.( Rujuk hasytiah Abdul Hamaid As-Syarwani atas Tuhfatul Muhtaj)

Musykil: Bolehkah zakar dibelah 2??Pernah berlaku kah?


5) Masalah cacing hulur kepala dari dalam dubur atau kemaluan kemudian masuk tarik balik kepalanya kedlaam. Adakah batal wuduk? Ada dua pandangan. Satu kata batal dan  satu kata tidak. (Boleh rujuk dalam Majmuk Syarah Muhazzab oleh Imam An-Nawawi, Jil 2, ms 12)


6) Masalah seornag lelaki memasukkan ke dalam duburnya perca kain dengan hujung jarinya masa dia solat, bartk ke tidak?


7) Masalah seorang wanita kafir mati dan dalam perutnya ada janin dari lelaki muslim, di manakah wanita kafir itu hendak ditanam. Di kubur orang Islam atau kubur kafir? Fuqaha berkhilaf dan ia disebut oleh Ibn Qayyim dan kitabnya Ahkam Ahlu Zimmah. Dalam isu pandangan ini, ada fuqaha melarangnya di tanam di kubur ornag Islam kerana alsan siksaana kuburnya akan mengganggu para orang mati muslimin!!!

Sampai begitu sekali difikirkannya ? Betulke mengganggu? Apa....ornag Islam yang mati tak ada disisksa dan menjerit melolong dalam kubur?

8)Dalam Majmuk Syarak Muhazzab disebutkan situasi seorang yang menelan benang di malam hari Ramadhan. Hujung benang di luar mulut. Bila siang, dia puasa. Jika telan, batal puasa. jika tarik keluar juga batal. Macam mana? Maka ada 3 penyelesaian dan kesan.

a) Biarkan begitu sampai maghrib, pusanya tak batal

b) tarik keluar atau telan dengan sengaja, batal puasa.

c) tarik keluar dalam keadaan tak disengaja seperti masa tidur atau dipaksa, maka tak batal puasa.

9) Ada masalah...seorang anak direbuti oleh lebih daripada seornag ibu atau bapa. Maka bagaimana nak tentukan bapa yang sebenar. Maka panggil pakar pelarasan keturunan (Ahli Qafiah) Jika dia buat keputusan, anak itu adalah anak kedua-duanya, maka dibinkan kepada kedua-duanya. Jika bapa nama Muhamamd, maka bin Muhammadain. Jika bapa nama Abdullah, jangan pula bin Abdullahain , kerana itu syuirik. Tapi binkan dengan Abdullah dan Abdullah. dua kali ulang- Syeikh Othaimon sebutkan demikian dalam Sayarh Al-Mustaqni'.

Dalam Mazhab Hanafi, Ahli Qafiah tidak Syari'i. Maka anak yang dipertikai dalam masalah sebegini dibinkan kepada semua yang mengaku walau sampai seribu.

Ada juga pandangan kata kena buat undi. Siapa naik namanya, anaknyalah.

Jika yang berttikai itu bapa/ibu yang muslim dan kafir, maka diberikan terus kepada yang Muslim kerabna anak dilahirkan muslim.


Maka, para fuqaha bukan insan yang semestinnya cerdik. Mereka ada yang dijamngkiti sindrom halusinasi sehingga kekadang sampai ke peringkat memperbodohkan akal. Hal ini terjadi terutamanya pada tobaqat fuqaha yang ke 7 aitu para fuqaha muqallid yang tidak tahu apa-apa melainkan taklid dan kerana itu tiada kemampuan itu membezakan antara racun dan penawar.

Kita disuruh berfikir dan bukan ikut membuta tli. Semua kalam muhtamalul khata' kecuali kalam Nabi. Maka, jangan mentaqdiskan para Fuqaha. Gunakan akal dalam membuat pertimbangan.






TOBAQAT FUQAHA

Kata Ibn Kamal Basya dalam risalahnya  TOBAQATUL FUQAHA, para Fuqaha itu terbahagi kepada 7 peringkat:

1) Pengasas Mazhab

2) Mujtahid  dalam mazhab -menyalahi induknya/pengasasnya dalam beberapa hal

3) Ulama dalam mazhab yang ada kemampuan untuk istinbat hukum dalam masalah-masalah yang tidak pernah disebutkan oleh pengasas Mazhab.

4) Ulama dalam Mazhab yang ada kemampuan untuk menjelaskan Mujmal, dan Mubham serta ihtimalat.

5) Ulama dalam mazhab yang ada kemampuan untuk menganalisa pelbagai riwayat yang ada dalam mazhab.

6) Ulama dalam mazhab yang ada kemampuan untuk membezakan pandangan yang kuat, lebih kuat atau yang daif.

7) Ulama dalam mazhab yang tiada apa-apa kemampuan dan hanya bertaqlid-tidak tahun mana satu jerami dan mana keju. Mana kiri dan mana kanan.


Dipetik daripada artikal dalam : al-hewar.org


Wednesday, May 29, 2024

KONSEP GOLONGAN SAADAH BUKAN IDEA ISLAM

 Hari ini, keturunan Bani Hashim merasakan diri sebagai paling utama dalam Islam. Mereka menamakan diri mereka sebagai Saadahg. Apa maksud Saadah? Ia adalah kelompok para pemimpin. Maka yang bukan bani Hashim adalah yang dipimpin? 

Persoalajn yang harus kita renungkan, apakah konsep Saadah berdasarkan keturunan itu ada dalam Islam? 

Menoleh ke belakang, zaman sebelum Islam, memang diakui bahawa Bani Hashim itu adalah Saadah di Kota Makkah. Lihatlah bagaimana sejarah memberitahu anda tentang kepimpinan dalam kalangan Butun Quraisy. Ada persaingan antara anak-anak Abdul Manaf. Hashim muncul dengan Saadahnya. Saadah itu dilanjutkan oleh Abdul Mutallib. Setlah itu diteruskan oleh Abu Talib. Abu Talib meninggal dalam hayat nabi dan di zaman ISlam. Dia tidak masuk Islam dan dia mati sebagai saadah Quraisy. Lepas Meninggal Abu Talib, saadah Bani Hasyim dipegang oleh Abu Lahab.

Islam pun kian kuat dan pengaruh saadah Bani Hasyim sudah tiada makna lagi. Saadah atau kepimpinan seklepas nabi berada di tangan manusia terbaik selkepas Nabi iaitu Abu Bakar As-Siddik. Selanjutnya Umar Al-Khattab dan seterusnya Uthman bin Affan. Pergolakan politik dan fitnah terjadi. Ali diangkat jadi penrus. Ketika ini mula timbul pecahan dan hizib dalam Islam. 

Tambahan pula ada keluarga dari cabang Bani Abdus Syams bin Abdul Manaf yang juga menginginkan kepimpinan.

Perkembangan zaman menjadikan semangat saadah kembali mekar. Ia disiram dan disuburkan kembali. Sayangnya sejarah tidka memihak kepada Bani Hasyim. Bani Umayyah berkuasa hampir seratus tahun dan beraksi cemerlang di persada sejarah. Jihad, dakwah dan pelestarian negara di bawah kendali bani Umayyah.

Bani Hashim pula berpecah kepada dua cabang utama dan menonjol

Bani Alwiyyah dan Bani Abbas.

Tahun 130H Bani Umayyah ditumbangkan . Bani Abbasiyyah mengambil alih tampuk kepimpinan. Daulah dibina dan bertahun lebih 500 tahun. Bani Alawiyyah mencari-cari ruang untuk beraksi di panggung sejarah.

Dapatlah dibina kerajaan berorintasikan alirah Syiah di sana sini. Sementara pengaruh Syiah telah menguasai Bani Alawiyyah.

Konsep Saadah kemudian dimonopoli oleh Bani Alawiyyah dan ia didoktrinkan dalam dada para pengikut yang percaya.

Saadah bukan cetusan Islam. Ia konsep zaman Jahiliyyah yang hanyut tenggelam timbul dan cuba menjengah di saat tekanan politik di sana sini. 

Imbas kembali semula....semasa nabi SAW berhempas pulas menyampaikan dakwah, berapa ramai bani Hashim yang masuk Islam? Pakciknya sendiri tidka mahu, sungguhpun dia membela. Sehingga fathu Makkah, berapa kerat sahaja yang masuk Islam. Tak sampai 12 orang. Antaranya ialah Hamzah bin Abdul Mutalib, Jaafar bin Abu Talib, Ali bin Abu Talib, Safiyyah bt Abdul Mutallib. Yang lain ambil pendirian tunggu dan lihat Mereka adalah Saadah dan saadah mereka tidak berpaut kepada Islam. Mungkin itulah anggapan majoriti Bani Hasyim saat itu. 

Konsep Saadah yang ditempelkan kepada Bani Hasyim tiada dalam Islam. Ia adalah dorongan kemahuan politik , kekasaan dan pamrih dunia. Bukan demi pembelaan agama Islam. Bani Hasyim  bukan barisan depan perjuangan ISlam sejak awal dakwah nabi SAW. Barisan depan Islam adalah manusia bertyakwa yang Allah pilih dari pelbagai puak dan qabilah. 

JIka kita buat anggaran, paling maksima jumlah bani Hasyim pada hari pembukaan Kota Makkah ialah 100 orang. Ini adalah mengambil kira 4 keturunan Bani Hashim iaitu Keturunan Ali, Keturunan Jaafar, Keturunan Aqil dan Keturunan Abbas. Bandingkan dengan jumlah ummat Islam pada masa itu. Kita dasarkan kepada jumlah tentera kaum Muslimin dalam Perang Tabuk iaitu 30 ribu personal. Di masa itu juga pendukan jJazirah Arabiyyah ramai yang sudah memeluk Islam, termasuk dari Yaman,dan lain-lain yang tidak ikut serta dalam ketumbukan itu kerana jauh. Kita anggarkan jumlah semua Umat Islam mencapai 500 ribu orang.  Maka, berapa peratuskah Bani Hasyim berbanding keseluruhan Ummat Islam? Iainya tidak sampai 0.02%

Ironinya, mereka yang mendakwa sebagai Bani Hashim di zaman ini , jumlahnya dianggarkan 40 juta.iaitu 2% daripada anggaran keseluruhan umat Islam seluruh dunia pada tahun 2017 yang mencapai 1.8 billion.Jika pertumbuhan biasa, Bani Hashim tidak akan men capai jumlah itu. Hanya jika berkembang biak sebagaimana serangga berkembang, baru mungkin!


Sumber Kajian:: https://almashhadalkhaleeji.com/art1151.html

Tuesday, May 28, 2024

MENGAKU-NGAKU KETURUNAN NABI

 Keluarga Ba'lawi dengan pelbagai marganya di Indonesia mendakwa dan mengakui bahawa mereka adalah keturunan Rasulullah SAW dari jalur Saidina Hussain bin Ali.

Apa nak dihairankan. Telah banyak individu dan kelompok yang mendakwa sedemikian. Kita tidak harus mudah percaya dakwaan tersebut. Tambahan pula di kalangan warga sejati Indonesia sendiri sudah mula mempertikaikan keabsahan nasab Ba'lawi kepada Rasulullah SAW.

Di sepanjang sejarah, banyak orang atau pihak yang mendakwa mereke keturunan Rasulullah SAW, Dakwaan tersebut terkait dengan kelebihan keturunan Rasulullah SAW dalam pemikiran kaum Muslimin. Mungkin kita boleh senaraikan secara ringkas punca mengapa muncul dakwaan-dakwaan sedemikian:

1) Keinginan kepada tasyrif (Kemuliaan)

2) Keinginan kepada Riyasah

3) Kecintaan kepada kemewahan duniawi.


Ibn Tumart yang digelar sebagai Al-Mahdi, pengasas kepada kerajaan Al-Muwahhidun, juga mengakui keturunan Rasulullah daripada  Saidina Hussain. Kalau ikut bigrafinya, namanya adalah Muhammad bin Tumart bin Abdullah bin Yamsol bin Tumart bin Harghah iaitu salah satu puak dalam kabilah Amazigh.

Ubadillah Al-Mahdi, khalifah Fatmiyyah pertama juga mendakwa keturunan Rasulullah . Puak Syiah Ismailiyyah dakwa keturunan mengikut jalur Muhammad bin Ismail bin Ja'far Sodik. Sejarawan Muslim seperti Ibn Hazmin dan As-Suyuti menyatakan penolakan mereka terhadap penunggangan nasab ini. Sumber-sumber luar dunia Syiah menyandarkan nasabnya kepada bangsa Parsi , bahkan Yahudi iaitu Maimun bin Qoddah. Penisbahandia kepada keturunan Yahudi ini disebutkan ramai ulama Islam

Ditambah pula catatan-catatan sejarah yang menyebutkan bahawa ISmail bin Jaafar Sodik itu wafat masa hayat ayahnya dan dia tidak meninggalkan keturunan. Cuma Maimun bin Qoddah sang Yahudi itu memandai-mandai mengakui dirnya sebagai Ismail kemudiannya dan mewarisakan kekhalifahan kepada anaknya Muhammad. Begitulah pintu pembohongan dibuka dan terbitlah dari situ cabang mazhab Syiah yang berpegang dan Nasab dusta ini pecahan daripada Mazhab Syiah Ismailiyyah seperti Ubaidiyyah/Hatimiyyah, Qoromitah, Hasy-Syashin, Ikhwan As-Sofa, Nusairiyyah, Bahaiyyah dan  Buhriyyah.  Begitulah disebutkan orang!

Rujuk Youm7

Dalam hadis Riwayat Turmizi, Abu Bakar As-Siddiq menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

من ادعى إلى غير أبيه ، أو انتمى إلى غير مواليه : فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين ، لا يقبل الله منه صَرفاً ولا عدلاً 

Ada seorang ahli Tasawwuf, namanya Abu Hasan As-Syazili (Wafat 656H). Dia adalah pengasas kepada tariqat Syaziliyyah. Imam Az-Zahabi melaporkan dalam kitabnya Tarikhul Islam Jil 48 Ms 273-274 bahawa nasab Abu Hasan As-Syazili yang dihubungkan kepada Ali bin Abi Talib adalah tidak saheh. Dalam kitab-kitab tasawwuf tariqat ini diletak silsilahnya dengan menyebut Ibn Yusya' bin Ward bin Battol bin Muhammad bin Ahmad bin Isa bin Muhammad bin Hasan bin Ali bin Abu Talib.

Kata Imam Az-Zahabi:

هذا نسب مجهول لا يصح ولا يثبت ، وكان الأولى به تركه



Tidak dinafikan ada yang benar-benar keturnan Nabi SAW. Para ulama menetapkan kaedah dalam memastikan ketulinan Nasab kepada nabi SAW iaitu:

1) Catatan sejarah oleh sejarawan yang dipercayai (tsiqah)

2) Ada wasiqah (Sijil)  yang diakui oleh lembaga yang diiktiraf kebolehpercayaannya.

3) Istifadhah (penerimaan umum)

4) Ada bayyinah yang adil berbentuk keterangan saksi lebih 2 orang.


Syaikh Muhammad bin Soleh Al-Othaiomin dalam kitabnya Syarah Al-Mumti' (6/257)  menyebutkan bahawa antara yang diakui keabasahan nasabnya kepada Bani Hasyim adalah para pemerintah Yaman dahulu dari kalangan Zaidiyyah sebelum ditumbangkan oleh pemberontakan yang membawa kepada Kerajaan Republik (Kini Puak Haothi kembali menguasai Yaman dan pemimpin mereka adalah dari keluarga Zaidiyyah)

Dakwaan bernasab kepada Rasulullah SAW itu tidak membawa apa-apa kelebihan sekiranya tidak disertai dengan takwa. Midar kelebihan seseorang muslim adalah takwanya dan bukan nasabnya. Ya...nasab yang mulia itu ada kebaikannya. Namun ia sekadar fadhilat yang tidak boleh berdiri sendiri dan mesti didojong oleh akhlak, iman dan ketakwaan. Nabi SAW dalam hadis muttafaq alaih menyebutkan untuk puterinya Fatimah Az-Zahraa. Sabda Baginda:

يا فاطمة بنت محمد سليني ما شئت من مالي، لا أغني عنك من الله شيئا

" Wahai Fatimah bt Muhammad, minta olehmu daripada hartaku semahumu. Aku tidak menyelalamatkanmu di akhirat dari azab Allah (jika tidak beriman)".



Wednesday, May 22, 2024

Mensalafikan Tasawwuf dan Mensufikan Salafiyyah

Tajuk di atas dibicarakan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam satu temuramahnya dalam satu channel TV Al Jazeera.

Kalangan Sufi ramai yang tenggelam dengan tasawwufnya yang tergelincir daripada manhaj tasawwuf generasi salaf. Umpamanya menerima kemasukan falsafah-falsafah dalam tasawwuf, konsep maratib para wali, kepercayaan ilmu daripada mimpi, melampau dalam mentaqdiskan makam dan kubur dan sebagainya. Penyimpangan golongan tasawwuf ini telah banyak dikritik oleh para Salafiyyah. Anda boleh baca kitab-kitab mengenainya seperti kitab At-Tasawwuf Masdar wa Mansya' , karya Syeikh Ehsan Ilahi Zahir dan Kitab Al-Fikru As-Sufi oleh Abdurrahman bin Al-Khaliq serta lain-lain penulisan yang banyak mengenainya.

Maka, Tasawwuf telah mengalami fasa yang mencemarkannya dengan pelbagai bendasing yang sepanjang sejarah. Maka ia perlu menjalani proses pembersihan dan itulah yang disitilahkan sebaga TASLIF iaitu menjadikan ia kembali kepada tasawwuf Salaf. Tasawwuf yang dipengaruhi kerahbanian agama-agama terdahulu seperti hindu, zoroasters, nasrani dan selainya perlu di jitukan menjadi Rabbani.

Sementara itu , apa yang dimaksudkan dengan TASWIF pula ialah membawa manhaj golongan Salafi kembali kepada Tasaffuw Salaf. Salafi tidak boleh anti kepada tasawwuf, bahkan mereka perlu mengendong tasawwuf di pundak mereka.

Apa yang berlaku, mereka yang mendakwa aku Salafi, menjadi keras dalam menegakkan Quran dan Sunnah lalu menolak segala bentuk yang disifatkan bid'ah. Para Salafi memicingkan mata dengan cerita-cerita ulama Salaf yang abid, zuhud , warak dan mempunyai ciri-ciri mulia rohani yang tidak berdasarkan petunjuk nabi SAW.
Waki' bin Al-Jarrah misalnya, ketika diceritakan tentang solatnya, baca qurannya dan puasanya, maka Salafiyyah mengatakan bahawa apa yang ditempuh oleh seumpama Waki' itu tidak di atas garis Quran dan Sunnah. Ia bukan contoh untuk diikuti.

Sikap-sikap sedemikian dan selainnya banyak menjarakkan para Salafi daripada keindahan tasawwuf.

Maka kedua-dua kelompok ini perlu dimurnikan.


Sumber : Video

Monday, May 20, 2024

HUKUM HIDUPAN DALAM AIR/LAUT DALAM MAZHAB HANAFI

Mazhab Hanafi mengharamkan haiwan-haiwan hidupan laut lain selain ikan. Hal ini mungkin membuatkan sesetengah orang  memicingkan mata dan melemparkan senyum sumbing. Begitu banyak nikmat Allah berbentuk kehidupan di bawah air yang dinafikan oleh Mazhab Hanafi. Udang, sotong, kerang, ketam, belut, siput sedut, gondang, lokan, lobster dan pelbagai lagi, semuanya diharamkan menurut Mazhab Hanafi. Hanya ikan sahaja yang dihalalkan. 

Mungkin sebahagian orang keheranan. Apa dasarnya maka ia diharamkan.

Bukankah dalam Al-Quran Allah menyebutkan?

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ مَتَاعًا لَّكُمْ وَلِلسَّيَّارَةِ

(Surah Al-Maidah: 96)


 Nabi SAW pula menyatakan sebagaimana dalam hadis-hadis yang boleh ditemui dalam sunan-sunan:


هو الطهور ماؤه الحل ميتته


Jika kita lihat pandangan Mazhab Hanafi yang mengharamkan udang adalah kerana beralasan udang adalah sejenis ulat air dan bukan ikan. Ia sama seperti cacing, kala dan serangga yang hidup didarat. 

Keluar dari hukum umum kehalalan kehidupan dalam air yang disepakati Jumhur Ulama ialah:

1) Buaya

-Jumhur Ulama mengharamkan buaya kerana ia haiwan yang bertaring dan boleh hidup di darat miskipun banyak masanya dalam air. Cuma Mazhab Maliki mengharuskan ia di makan kerana berpegang dengan dalil umum Quran yang berbunyi:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُهُ


2) Katak
-Terdapat hadis Nabi SAW yang melarang bunuh katak. Larangan itu membawa mesej ia diharamkan makan.Kaedah feqah dalam bab ini, apa yang larang atau diperintah bunuh, maka ia diharamkan untuk dimakan.

3) Ular laut
-Sebahagian ulama mengharamkan ular air. Namun, pandangan yang benar ialah ia termasuk dalam keumuman ayat yang mengharuskan kehidupan dalam air seperti dalam ayat sebelum ini.

4) Anjing laut dan Penyu -Sebahagian ulama mengatakan ia haram dimakan, namun yang saheh adalah ia  halal. Hanya kerana ia hidup dilaut dan darat, maka kaedah menetapkan ia didasarkan hukum haiwan darat. Maka ia menjadi halal dimakan setelah disembelih. Namun, dalam kes ketam, sungguhpun sifatnya hidup di air dan darat, ia tidak perlu disembelih kerana ia tidak berdarah.

5) Semua yang yang disebutkan di atas, tertakluk kepada sifat tidak memberi mudarat kepada yang memakannya. Jika ia memberi mudarat disebabkan beracun, mengandungi toksid dan sebagainya, maka ia menjadi binatang yang diharamkan.

Rujuk: Islamqa


Catatan sampingan: Kalau soal ikan, semua mazhab Sunni menghalalkannya. Tidak kira apa jenis ikan. Inilah juga dalam Hanafi. Maka, kalangan ulama Mazhab Hanafi menyenaraikan udang sebagai kumpulan ikan , maka udang adalah dihalalkan.Pandangan inilah yang dikeluarkan oleh tokoh Mazhab Hanafi seperti As-Sarkhasi. Menurutnya udang dan pelbagai jenisnya termasuk dalam makna ikan.
Isunya dalam mazhab Hanafi, udang itu ikan atau bukan? Ada kata ia ikan dan ada kata ia bukan.  Yang kata ia ikan, hahallah. yang kata ia bukan ikan, bahkan cacing laut, haramlah!


Namun, dalam Mazhab Syiah, ikan dibahagian kepada dua kategori. Ikan yang halal adalah ikan yang bersisik. Yang tiada sisik adalah diharamkan seperti haramnya babi, arak dan seumpamanya. Rujuk: Video






Zullatul Ulama

 Umar Al-Khattab pernah berkata:

ثلاثٌ يَهدِمْنَ الدِّينَ: زَلَّةُ عالمٍ، وجِدالُ مُنافِقٍ بالقُرآنِ، وأئمَّةٌ مُضِلُّونَ

"Tiga perkara yang boleh meruntuhkan agama iaitu: Kegelinciran seorang alim, Bantahan munafiq dengan dalil Quran, pemipin yang menyesatkan"

Riwayat Ibn Abdul Bar dalam Jami' Bayan Al-Ilm, MS 1867

Iman As-Syatibi berkata:

إنَّ زَلَّةَ العالِمِ لا يَصِحُّ اعتِمادُها مِن جِهةٍ، ولا الأخذُ بها تقليدًا له، وذلك لأنَّها موضوعةٌ على المُخالَفةِ للشَّرعِ؛ ولذلك عُدَّت زَلَّةً، وإلَّا فلو كانت مُعتَدًّا بها لم يُجعَلْ لها هذه الرُّتبةُ، ولا نُسِبَ إلى صاحِبِها الزَّلَلُ فيها

Tidak dibenarkan mengambil kesalahan ulama di pihak seseorang, dan tidak juga menirunya, kerana ia berdasarkan pelanggaran undang-undang Syariah. Oleh itu, ia dianggap satu kesilapan Jika tidak, jika ia dianggap penting, ia tidak akan diberikan pangkat ini, dan kesilapan itu tidak akan dikaitkan dengan pengarangnya.
 (Al-Muwafaqat: Jil 5 MS 136)


Kata orang bijak pandai Arab(dikatakan namanya Ibn Al-Qirriyah bin Qais):

لِكُلِّ صَارِمٍ نَبْوَة، ولكُلِّ جَوَادٍ كَبْوَةٌ، ولكلِّ عالِمٍ هَفْوَة


Bagi setiap pedang yang hebat ada kesumbingan, bagi setiap kuda yang tangkas ada kegelinciran, dan bagi setiap ulama ada kesilapan














Sunday, May 19, 2024

Syubhat hadis tentang jasad nabi Muhammad selepas wafat

 Terdapat beberapa hadis yang diriwayatkan menggambarkan bahawa jasad Nabi Muhammad mengalami proses kerosakan selepas wafatnya (Rotten). Proses tersebut adalah lumrah bagi mayat-mayat manusia biasa. ianya seperti perut membesar, jari jemari melentur dan sebagainya. Namun, untuk jasad Nabi Muhammad SAW, bahkan nabi-nabi yang lain, terdapat hadis yang menegaskan tengang utuhnya jasad mereka selepas wafat.

Antaranya ialah:

1) Daripada Aus bin Aus r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:


إن مِنْ أفضل أيامِكُم يومَ الجُمعة: فيه خُلِقَ آدَمُ ، وفيه قُبِضَ ، وفيه النَّفْخةُ ، وفيه الصَعقةُ ، فأكثروا على مِن الصلاةِ فيه ، فإن صلاتكم معروضة علىّ   

قال: قالوا: يا رسولَ الله ، وكيفَ تُعرَضُ صلاتُنا عليك وقد أرَمْتَ؟ يقولون: بَلِيت ، 

فقال:   إن الله عز وجل حرَّم على الأرض أجساد الأنبياء

Hadis ini diriwayatkan dalam Musnad Imam Ahmad (16162), Sunan Abu Daud (1047), Sunan An-Nasa'ei (1374)


Imam An-Nawawi dalam Khulasatul Ahkam menghukumkan hadis di atas sebagai Saheh.

Maka, ketahanan jasad para Nabi ini adalah khususiyyat mereka. Adapun jasad mereka yang selain nabi termasuk dalam maksud umum hadis yang ada dalam Saheh Bukhari dan Muslim yang  berbunyi:

لَيْسَ مِنَ الإِنْسَانِ شَيْءٌ إِلَّا يَبْلَى ، إِلَّا عَظْمًا وَاحِدًا وَهُوَ عَجْبُ الذَّنَبِ ، وَمِنْهُ يُرَكَّبُ الخَلْقُ يَوْمَ القِيَامَةِ


Hadis yang diriwayatkan tentang jasad nabi Muhammad mengalami proses merosak disebutkan dalam beberapa sumber:

1) Tabaqat Ibn Saad (2/271)

 طريق عَبْد الْوَهَّابِ بْن عَطَاءٍ ، قال أَخْبَرَنِي عَوْفٌ ، عَنِ الْحَسَنِ ، قَالَ: " لَمَّا قُبِضَ رَسُولُ اللَّهِ صلّى الله عليه وسلم ائْتَمَرَ أَصْحَابُهُ فَقَالُوا: تَرَبَّصُوا بِنَبِيِّكُمْ صلّى الله عليه وسلم لَعَلَّهُ عُرِجَ بِهِ ، قَالَ: فَتَرَبَّصُوا بِهِ حَتَّى رَبَا بَطْنُهُ ، فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ:" مَنْ كَانَ يَعْبُدُ مُحَمَّدًا فَإِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ مَاتَ ، وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ

Hadis di atas adalah Mursal daripada Hasan Al-basri. Di kalangan ulama Muhaqqiqin, Mursal Hasan Al-Basri adalah Mursal yang paling Daif. Hasan Al-basri tidak pernah beertemu dengan sahabat.

2) Riwayat Ibn 'Adi dalam Al-Kamil (7/48 )

3) Ibn Asakir dalam Tarikh Damsyiq (63/100)

Dalam dua sumber atas, disebutkan menerusi jalan Waki' bin Al-Jarrah daripada Ismail bin Abi Khalid daripada Abdullah Al-Buhhi katanya:

إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا مَاتَ لَمْ يدفن حتى ربا بطنه وأنتنت خَنْصَرَاهُ


Hadis di atas adalah Munqati' dan Munkar. Abdullah Al-Buhhi adalah tabi'in dan tidak pernah bertemu dengan nabi SAW. Dia tidak pula menyebutkan riwayatnya diambil daripada siapa.

* Abdullah Al-Buhhi adalah Maula kepada Mus'ab bin Az-Zubair bin Al-Awwam. Disebut juga namanya Abdullah bin Yasar dan kunyahnya adalah Abu Muhammad. Dia meriwayatkan hadis daripada Abdullah bin Az-Zubair, Abdullah bin Umar Al-Khattab, Abdul Khair Al-Hamdani, Urwah bin Az-Zibair, Abu Said Al-Khudri, Abu Abdullah As-Sonabahio, Aisyah Ummu Mukminin dan Fatimah bt Qais.

Khabar Saheh tentang kematian Rasulullah dalam Saheh Bukhari (No. 3667) tidak menyebutkan perihal sebagaimana dalam riwayat seperti riwayat Abdullah Al-Buhhi tersebut. Hadis riwayat Aisyah menyebutkan di dalamnya:

 فَجَاءَ أَبُو بَكْرٍ " فَكَشَفَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَبَّلَهُ، قَالَ: بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي، طِبْتَ حَيًّا وَمَيِّتًا، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُذِيقُكَ اللَّهُ المَوْتَتَيْنِ أَبَدًا 

Kemudian Abu Bakar datang dan menyingkap Rasulullah s.a.w, lalu menciumnya dan berkata: Demi bapaku . Kamu dan Ibuku, kamu telah diberkati hidup dan mati, Demi yang jiwaku dalam tanganNya, Tidak akan pernah Allah menjadikan kamu merasai dua kali kematian.


KESIMPULAN

Mengkaji hadis-hadis yang menyebutkan jasad Nabi SAW mengalami proses rotten adalah bertentangan dengan kenyataan dalam hadis yang saheh. Maka hadis yang sedemikian adalah tidak saheh dari sudut SANAD dan mungkar dari sudut MATAN.




Thursday, May 16, 2024

Salafi dan Muzik

Mereka mengharamkan muzik.Titik. 

Hadis nabi sebutkan muzik haram!

Empat mazhab kata haram!

Saya tidak tertarik dengan jalur pemikiran demikian. Bukan kerana saya sukakan muzik. Bukan kerana saya idolakan mana-mana ahli muzik. Tidak!

Ianya kerana jalur pemikiran sedemikian menyisihi fitrah. Ini alasan pertama. Dunia dari Timur ke Barat penuh dengan bunyi-bunyian. Manusia fitrahnya suka kepada bunyi-bunyian. Melarang orang mendengar bunyian yang indah melawan fitrahnya. Muzik adalah salah satu dari bunyian indah. Hanya, ia dibuat oleh ornag bukan terbtan alam semulajadi.

Kumpulan yang mengharamkan muzik mendakwa mereka adalah Salafi. Benarkah? 

Cuba kita renung jawapan Imam Ahmad bin Hambal ketika ditanya oleh anaknya  tentang nyanyian.

 عن عبدالله بن الإمام أحمد قال: سألت أبي عن الغناء فقال: لا يعجبني

" Aku tidak merasa tertarik".

Jawapan ini adalah jawapan seornag Imam Ahli Sunnah yang amat berhati-hati. Dia tidak mengharamkan sesuatu yang tidak ada dalil muktamad. Dia takut untuk bertaqawwul. Apa yang haram adalah yang diharamkan Allah SWT.

Demikian, tatkala Imam Ahmad ditanya tentang mengeluarkan zakat fitrah dalam bentuk matawang. Apakah sah atau tidak. Imam Ahmad tidka mengatakan ianya tidak sah dan zakat itu tidak diterima. Apa jawapannya?

أخاف ألا يجزئه
" Aku takut kalau-kalau tidak sah".

Apakah mereka yang menghalalkan muzik dengan syarat-syaratnya bukan Salafi. Kumpulan Salafi yang mengatakan haram Muzik itu menyimpan dalam diri mereka beberapa rasa tidak senang kepada tokoh yang tidak sefikrah dengan mereka dalam isu-isu seperti ini, Dr. Yusuf Al-Qardhawi bukan Salafi kata mereka. Dia Ahlu Bid'ah. Al-Qardhawi tidak mengharamkan muzik.

Alangkah jauhnya perangai dan sikap generasi salaf dengan So Call Salafi dewasa ini. Dengan lancangnya mereka menyebutkan Ini haram! Ini Halal!

Cara demikian bukan cara Salaf. Mereka takut untuk merampas hak Allah dalam mengharamkan sesuatu dan menghalalkan sesuatu. Kecuali ada dalil yang jelas dan tiada lagi pertikaian para ahli ilmu dalam hal tesebut, barulah hukum boleh ditetapkan. Haram biar jelas haramnya. Bukan sangkaan, fahaman dan ijtihad dari dalil-dalil yang Zanni.

Baca : Jawapan Qardhawi atas Manhaj Salafi Mu'asarah

Lebih jauh, ada kritikan ditimpakan atasnya dalam isu-si berkaitan Kebangkitan Arab. Juga isu relasinya dengan Ikhwanul Muslimin . Isu Palestin dan Isu Fatwa Mu'asarahnya. Al-Qardahwi telah pun wafat dan meninggalkan jasanya.

Soal muzik haram, apa sandarannya?

Istilah Muzik adalah istilah baru yang tidak dikenal dalam isilah hadis dan juga dalam kitab-kita feqah mazhab. Itu istilah zaman moden. 

Apakah semua ciri muzik adalah dalam istilah berkaitan yang diharamkan dalam hadis dan dalam feqah Qudama?

Namun, kalangan yang katanya mengamalkan manhaj Salafi, membuatkan kesimpulan pramatang dengan mabakulkan apa yang diharamkan dalam turath ke dalam bakul yang bernama muzik!

Setiap zaman ada cirinya. Masalah di zaman lampu hendaklah difahami dalam kontek zaman itu dan jangan bawa ke zaman ini. Ada perbazaan amalan orang dulu dengan orang kini.

Dalam Isu ini, saya tidak boleh mengambil jalan kalangan Salafi yang pada saya pongah, tergesa, anti ijtihad, tidak mesra fitrah dan pramatang.

Saya berbeza. Saya lebih percaya feqah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi....

Tuesday, May 14, 2024

Mengimpikan hidup zaman nabi dan jadi sahabatnya.

Inti kepada tajuk di atas ialah, hiduplah pada zamanmu dan berjuanglah menjadi ummat Nabi yang beriman, bertakwa dan ikutkah jalan para salafus soleh sedaya mungkin. Cintailah Nabi dna para sahabatnya. Usahlah kau mimpikan menjaid sahabat atau hidup di zaman mereka.Hidup di zamanmu ini juga banyak peluang kebaikan yang boleh kau raih, hatta secara individu, kau boleh mengatasi kedudukan dan pencapaian individu yang hidup di zaman nabi SAW.

Apa yang menjadi masalah ialah kedapatan kalangan kita yang mengimpikan hidup zaman Nabi. Katanya: ANDAINYA AKU HIDUP  DI HARIBAANMU WAHAI RASULULLAH"!

Tatkala majlis puji-pujian dan solawat atas Nabi, datanglah rindu dan kekesalah. Rindu untuk hidup di zaman Rasulullah dan beriman serta menjadi seorang sahabatnya. Sesal kerana lahir di zaman yang demikian jauh dari zaman Rasulullah. Penuh fitnah dan kekaburan!


Imam Ahmad menyebutkan dalam musnadnya dari cerita Jubair bin Nufair, katanya:


جلسنا إِلَى الْمِقْدَادِ بْنِ الْأَسْوَدِ يَوْمًا، فَمَرَّ بِهِ رَجُلٌ فَقَالَ: طُوبَى لِهَاتَيْنِ الْعَيْنَيْنِ اللَّتَيْنِ رَأَتَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوَدِدْنَا أَنَّا رَأَيْنَا مَا رأيت، وشهدنا ما شهدت، فاستغضب المقداد، فجعلت أعجب لأنه مَا قَالَ إِلَّا خَيْرًا، ثُمَّ أَقْبَلَ إِلَيْهِ فَقَالَ: مَا يَحْمِلُ الرَّجُلَ عَلَى أَنْ يَتَمَنَّى مَحْضَرًا غَيَّبَهُ اللَّهُ عَنْهُ لَا يَدْرِي لَوْ شهده كيف يَكُونُ فِيهِ، وَاللَّهِ لَقَدْ حَضَرَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقْوَامٌ أَكَبَّهُمُ اللَّهُ عَلَى مَنَاخِرِهِمْ فِي جَهَنَّمَ لَمْ يُجِيبُوهُ وَلَمْ يُصَدِّقُوهُ، أَوَ لَا تَحْمَدُونَ اللَّهَ إِذْ أَخْرَجَكُمْ من بطون أمهاتكم لا تعرفون إلا ربكم مصدقين بما جَاءَ بِهِ نَبِيُّكُمْ قَدْ كُفِيتُمُ الْبَلَاءَ بِغَيْرِكُمْ؟ لَقَدْ بَعَثَ اللَّهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَشَدِّ حَالٍ بَعَثَ عَلَيْهَا نَبِيًّا من الأنبياء في فترة جَاهِلِيَّةٍ، مَا يَرَوْنَ أَنَّ دِينًا أَفْضَلَ مِنْ عِبَادَةِ الْأَوْثَانِ، فَجَاءَ بِفُرْقَانٍ فَرَّقَ بِهِ بَيْنَ الحق والباطل، وفرق بين الوالد وولده، إِنْ كَانَ الرَّجُلُ لَيَرَى وَالِدَهُ وَوَلَدَهُ أَوْ أَخَاهُ كَافِرًا وَقَدْ فَتَحَ اللَّهُ قُفْلَ قَلْبِهِ لِلْإِيمَانِ يَعْلَمُ أَنَّهُ إِنْ هَلَكَ دَخَلَ النَّارَ، فَلَا تَقَرُّ عَيْنُهُ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّ حَبِيبَهُ فِي النَّارِ، وَإِنَّهَا الَّتِي قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنا هَبْ لَنا مِنْ أَزْواجِنا وَذُرِّيَّاتِنا قُرَّةَ أَعْيُنٍ.

Kami duduk bersama Al-Miqdad ibn Al-Aswad suatu hari, dan seorang pria melewatinya dan berkata: Berbahagialah mata yang melihat Rasulullah, semoga Tuhan memberkatinya dan memberinya kedamaian. Kami melihat apa yang Anda lihat, dan kami menyaksikan apa yang kamu saksikan. Kemudian Al-Miqdad menjadi marah, dan aku menjadi terkejut karena dia tidak mengatakan apa-apa selain kebaikan. Lalu dia mendekatinya dan berkata: Apa? Hal itu memaksa seseorang untuk mengharapkan kehadiran Tuhan yang telah hilang, dan dia tidak melakukannya tahu akan seperti apa dia jika dia menyaksikannya.Demi Tuhan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam hadir bersama orang-orang yang akan dilempar Tuhan ke Neraka kamu keluar dari rahim ibumu, kamu tidak mengetahuinya kecuali Tuhanmu, dan beriman kepada apa yang dibawa oleh nabimu. Apakah kamu cukup dengan kesusahan orang lain? Allah mengutus Nabi SAW dalam keadaan yang paling parah seperti yang diutus-Nya nabi-nabi mana pun pada masa pra-Islam. Mereka tidak menyangka bahwa suatu agama lebih baik dari pada penyembahan berhala sebuah kriteria yang dengannya ia membedakan antara kebenaran dan kebatilan, serta memisahkan antara seorang ayah dan anaknya.Jika seseorang melihat ayah, anak, atau saudara laki-lakinya sebagai orang yang kafir, dan Allah telah membuka kunci hatinya kepada keimanan, maka dia mengetahui bahwa jika dia binasa, dia akan masuk Neraka, dan tidak ada mata yang akan terhibur. Dan dia mengetahui bahwa ayahnya kekasihnya ada di Neraka, dan sebagaimana yang difirmankan Allah SWT: Dan orang-orang yang mengucapkan, “Ya Tuhan kami, berilah kami penghiburan bagi mata kami dari istri-istri kami dan keturunan kami.”

Hadis menggambarkan bagaimana peritnya mereka yang hidup di zaman nabi dan tercabarnya keimanan mereka.

Andaikan...kalau kamu hidup di zaman Rasulullah SAW, adakah kamu akan beriman dengannya?

Dalam satu riwayat yang lain , diceritakan sahabat Nabi Huzaifah Al-Yamani satu hari di Kota Kufah, ditanya oleh seorang pemuda:

يا أبا عبدالله، رأيتم رسول الله صلى الله عليه وسلم وصحبتموه؟!

Wahai Abu Abdullah, Kalian telah melihat Rasulullah dan menjadi sahabatnya?"

Kata Huzaifah: Ya
"Apa yang kalian sudah lakukan bersamanya?" tanya pemdua itu.
Kata Huzaifah: Kami berjihad bersamanya
Pemuda itu berkata lagi:

والله لو أدركناه ما تركناه يمشي على الأرض، ولجعلناه على أعناقنا!


" Demi Allah, kalalau kami sempat bersamanya, kami tak akan biarkan dia berjalan memijak bumi dan kami jadikan dia berjalan di atas tengkuk-tengkuk kami".


Lalu, sahabat Huzaifah meneritakan apa yang mereka hadapi pada masa Rasulullah SAW dalam situasi kritikal dalam Perang Khandak.

Kata Huzaifah:

يا ابنَ أخي، واللهِ لقد رَأيتُنا مع رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ بالخَنْدَقِ، وصلَّى رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ مِن اللَّيلِ هَوِيًّا، ثم التَفَتَ إلينا فقال: مَن رَجُلٌ يَقومُ فيَنظُرَ لنا ما فَعَلَ القَومُ -يَشرُطُ له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ أنَّه يَرجِعُ- أدخَلَه اللهُ الجَنَّةَ، فما قام رَجُلٌ، ثم صلَّى رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ هَوِيًّا مِن اللَّيلِ، ثم التَفَتَ إلينا، فقال: مَن رَجُلٌ يقوم فيَنظُرَ لنا ما فَعَلَ القَومُ، ثم يَرجِعَ -يَشرُطُ له رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ الرَّجْعةَ- أسأَلُ اللهَ أنْ يكونَ رَفيقي في الجَنَّةِ، فما قامَ رَجُلٌ مِن القَومِ مع شِدَّةِ الخَوفِ، وشِدَّةِ الجُوعِ، وشِدَّةِ البَرْدِ، فلمَّا لم يَقُمْ أحَدٌ دَعاني رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، فلم يكُنْ لي بُدٌّ مِن القيامِ حين دَعاني، فقال: يا حُذَيفةُ، فاذْهَبْ فادْخُلْ في القَومِ فانْظُرْ ما يَفعَلونَ، ولا تُحدِثَنَّ شَيئًا حتى تَأتِيَنا، قال: فذَهَبتُ فدَخَلتُ في القَومِ، والرِّيحُ وجُنودُ اللهِ تَفعَلُ ما تَفعَلُ لا تُقِرُّ لهم قِدْرًا، ولا نارًا، ولا بِناءً، فقامَ أبو سُفْيانَ بنُ حَرْبٍ، فقال: يا مَعشَرَ قُرَيشٍ، لِيَنظُرَ امرُؤٌ مَن جَليسُه، فقال حُذَيفةُ: فأخَذتُ بيَدِ الرَّجُلِ الذي إلى جَنْبي، فقُلتُ: مَن أنتَ؟ قال: أنا فُلانُ بنُ فُلانٍ، ثم قال أبو سُفْيانَ: يا مَعشَرَ قُرَيشٍ، إنَّكم واللهِ ما أصبَحْتُم بدَارِ مُقامٍ؛ لقد هَلَكَ الكُراعُ، وأخْلَفَتْنا بَنو قُرَيظةَ، وبَلَغَنا عنهم الذي نَكرَهُ، ولَقِينا مِن هذه الرِّيحِ ما تَرَونَ، واللهِ ما تَطمَئِنُّ لنا قِدْرٌ، ولا تقومُ لنا نارٌ، ولا يَستَمسِكُ لنا بِناءٌ، فارْتَحِلوا فإنِّي مُرتَحِلٌ، ثم قامَ إلى جَمَلِه وهو مَعْقولٌ فجَلَسَ عليه، ثم ضَرَبَه فوَثَبَ على ثلاثٍ، فما أطلَقَ عِقالَه إلَّا وهو قائِمٌ، ولولا عهدُ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: لا تُحدِثْ شَيئًا حتى تَأتِيَني، ثم شِئتُ؛ لَقَتَلتُه بسَهْمٍ. قال حُذَيفةُ: ثم رَجَعتُ إلى رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وهو قائِمٌ يُصلِّي في مِرْطٍ لبَعضِ نِسائِه مُرَحَّلٍ، فلمَّا رَآني أدْخَلَني إلى رَحْلِه، وطَرَحَ علَيَّ طَرَفَ المِرْطِ، ثم رَكَعَ وسَجَدَ وإنَّه لَفيهِ، فلمَّا سَلَّمَ أخبَرتُه الخَبَرَ. وسَمِعَتْ غَطَفانُ بما فَعَلَتْ قُرَيشٌ، فانْشَمَروا إلى بِلادِهم.


Wahai anak saudaraku, demi Allah, engkau telah melihat kami bersama Rasulullah s.a.w. di dalam parit, dan Rasulullah s.a.w. berdoa pada waktu malam ketika jatuh, lalu dia berpaling kepada kami dan berkata: Siapakah lelaki yang akan berdiri dan melihat kepada kami apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw. ke atasnya Dia akan kembali - Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga, tetapi tidak ada seorang pun yang bangun kemudian Rasulullah s.a.w. berdoa di tengah malam, lalu dia berpaling kepada kami dan berkata. : Siapakah lelaki yang akan berdiri dan melihat untuk kita apa yang telah dilakukan oleh orang ramai, dan kemudian kembali - Rasulullah s.a.w. menetapkan bahawa dia tidak boleh kembali Beer- Saya memohon kepada Tuhan untuk menjadi temanku di surga, karena tidak ada seorang pun dari manusia yang bangkit walaupun ketakutan, kelaparan, dan kesejukan.Apabila tidak ada seorang pun yang berdiri, Rasulullah s.a.w. memanggil saya, dan saya tidak mempunyai pilihan selain berdiri apabila beliau memanggil saya, maka beliau berkata: Wahai Hudzaifah, pergilah dan masuklah ke dalam kalangan orang ramai. dan lihatlah apa yang mereka lakukan, dan jangan berkata apa-apa sehingga kamu datang kepada kami Dia berkata: Maka aku pergi Maka aku masuk di antara orang ramai, angin, dan askar Tuhan kamu melakukan apa yang kamu lakukan, dan kamu tidak menyediakan. mereka dengan takdir, api, atau bangunan Maka Abu Sufyan bin Harb berdiri dan berkata: Wahai orang Quraisy, biarlah seseorang melihat siapa yang duduk bersamanya Maka Hudzaifah berkata: Maka aku mengambil tangan lelaki di sebelahku. dan saya berkata: Siapakah kamu? Dia berkata: Saya si fulan, anak si fulan.Lalu Abu Sufyan berkata: Wahai orang Quraisy, demi Allah, kamu belum bermalam di suatu tempat tinggal. Para pengembala telah binasa, dan Bani Quraiza telah menggantikan kami, dan kami telah mendengar dari mereka apa yang kami benci, dan kami telah menemui dari angin ini apa yang kamu lihat, dan demi Allah, takdir kami tidak akan tenang, dan api tidak akan muncul. untuk kami, dan tidak ada bangunan yang menahan kami, maka pergilah, kerana saya sedang bergerak, dan kemudian dia naik ke untanya sedang dia kurus, lalu dia duduk di atasnya, lalu Dia memukulnya dan dia melompat dengan tiga bilangan, dan dia tidak melepaskan tampuknya sehingga dia berdiri, dan sekiranya tidak kerana perjanjian Rasulullah s.a.w.:Jangan berbuat apa-apa sehingga kamu datang kepadaku, maka aku ingin; Saya membunuhnya dengan anak panah. Hudzaifah berkata: Kemudian aku kembali kepada Rasulullah s.a.w. sedang beliau berdiri dan solat dengan memakai jubah kepunyaan beberapa isterinya apabila beliau melihat saya, beliau membawa saya ke dalam biliknya dan berbaring tepi jubah itu padaku lalu dia berlutut dan sujud, dan dia membungkusnya dengannya aku memberitahunya berita itu. Ghatfan mendengar apa yang telah dilakukan oleh Quraisy, lalu mereka pergi ke negeri mereka.



Lihat sahajalah hari ini. Orang yang sembang kencang sayang Nabi, dia melanggar kehurmatan agama. Ada yang menjadi rokok sebagai kebiasaannya hatta dihisapnya di masjid-masjid Allah. Orang macam inikah nak hidup zaman Nabi? Nak jadi apa? Nak jadi amcam Abu Bakar As-Siddiq? Atau sekurang-kurangnya macam Abu Sufian? 

Bahkan, di padang arafah kala orang sibuk berhimpun melaksanakan haji, ada orang Islam yang menyedut syisya bagi mengisi kekosongan masanya. Bukan memperbanyakkan doa yang nabi sarankan.

Betapa ramai orang Islam yang mengerumuni kubur-kubur keramat, bertamasuh serta melakukan aneka ritual yang setengahnya menjerumuskan ke dalam syirik akbar.Macam itukah nak hidup zaman Nabi. Kalau zaman Nabi, dia akan mengikut Nabi SAW atau berteleku di depan kaki Lata dan Manat?


Ada orang Islam , sudah berkahwin dengan wanita cantik yang dia inginkan. Tapi kemudian berzina dengan wanita lain! Anaikan kalau dia yang hidup zaman Nabi. Akankah dia tega merela dirinya dihukum rejam seperti Al-Ghamidiyyah?

Sangka mereka, kalau mereka hidup zaman nabi SAW , mereka akan jadi seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Haiha haihata....

Cuba fikir dan renungkan sejenak!

Ada orang sangka kalau dia sudah belajar dan ilmu agamanya banyak, dia akan menjadi seorang abid lagi rajin berpuasa. Apa jadi selepas dia dikurniakan ilmu yang banyak? Adakah dia buat apa yang diangankan? Dulu masa miskin ilmu, besarlah harapan baiknya. Setelah banyak ilmu, jadilah pemburu dunia yang menjilatnya. Lebih malang, menjadikan ilmunya untuk  kepentingan diri hatta mengorbankan agama. Bahkan agama negara juga rela dikorbankan.

Ada orang kononnya wali Allah, nak pergi solat Jamaat di masjid pun berat! Boleh dia kata solat jumaat di Makkah, Bukit Kaf dan Gurun Sahara Sudan.  Orang macam ini, kalau hidup zaman Nabi, bersama Nabikah mereka atau duduk dalam gerombolan Musailamah Al-Kazzab?

Bila orang kata hadis itu palsu dan pembohongan atas nama Nabi, dia marah! Dia kata hadis itu ada dalam kitab ulama itu dan ini. Katanya walaupun palsu, mesej hadis itu baik dan boleh dorong orang buat baik. Mana bukti sayangkan Nabi kalau sanggup dan tega tunggang nama Nabi dan buat dusta atas nama Nabi? Orang macam ni, kalau hidup zaman Nabi, masuk kabila Arab sana sini buat cerita kata nabi suruh itu dan ini, lalu sampai kepada Nabi SAW. Apakah rasanya Nabi akan buat kepadanya. Berinnya burdah yang penuh berkat sebagai hadiah atau diperintahkan tangkap dan dihukum bunuh?

Ada lelaki beranggapan kalau dia dapat isteri cantik yang diidamkan, dia tidak akan pandang lagi perempuan lain. Aneh bin ajaib. Ada lelaki yang diberikan sedemikian tetapi masih menggatal dengan wanita lain. Ironinya, wanita lain itu jika dibandngkan dengan isterinya jauh bagai langit dan bumi. Sudahlah tidak cantik, pengikis hartanya pula. Tapi dia mahu wanita sedemikian Kenapa?

Cakap memang mudah, tapi nak buat susah!

Maka, jangan mencari alasan dalam berbuat baik. Kalau nak jadi ummat nabi Muhammad yang cemerlang, tidak perlu berada pada zaman nabi. Zaman ini pun boleh. Kalau ditakdirkan Allah tunaikan impianmu bangkit di zaman lampau dan hidup dizaman nabi, apa yang menjadi ratibmu tentang cinta sayang pada nabi belum tentu kekal. Ia mungkin sirna, tumpul dan bahkan mungkin jadi sebaliknya. Dari pencinta jadi pembenci. Dari pengikut mungkin jadi musuh.

Bacaan: Alukah.net


Monday, May 13, 2024

SYATAHAT SESAT AHLI SUFI

Syatahat adalah istilah yang digunakan di kalangan ahlu sufi merujuk kepada kalam yang diucapkan dengan lidah daripada  seorang yang telah dikatakan mencapai tahap wujdan di mana mengalir ke dalam dirinya makna kalam itu dari sumbernya dan ia datang bersama dengan dakwaan wujdannya.

(Makna di atas diberikan oleh As-Siraj At-Tusi dalam Luma'nya.)

Dikatakan oleh setengah pengkaji bahaw aasal perkataan Syatah adalah Syahata yang bermaksud "jauh".

]Seseorang Sufi dikatakan telah Syatah apabila:

إذا تكلّم بكلام فيه بُعْد في الدلالة.


Ketika seorang sufi dalam Hadarat Uluhiyyah, dia menyatu bersama Tuhan dan tidak mampu menahannya, terungkap kata-katanya yang disifatkan sebagai syatahat.

Di kalangan ulama Islam ada dua jalan dalam meladeni apa yang dikatakan Syatahat ini.

1) Menerimanya  sebagai satu yang ada dan benar serta cuba menafsirkannya

2) Menolaknya dan menganggapnta sebagai cetusan kezindikan, dan kekufuran. 

Berikut adalah beberapa contoh kalam yang dianggag sebagai syatahat para sufi: 

Kata As-Syibli (Meninggal 334H):

"Kalau seandainya terlintas dalam fikiranku bahawa neraka jahim itu, apinya dan hawanya boleh membakar sehelai rambutku, maka aku telah menjadi musyrik",(Rujuk Al-lama', Ms 479)

Dia juga berkata:

"Ada hamba Allah, jika dia meludah dalam neraka jahannam, padamlah api neraka jahannam".


Abu Yazid Al-Bistomi diriwayatkan pernah berkata:

سبحاني ما أعظم شأني

" Maha suci aku , alangkah agungnya aku".

Kata Imam Az-Zahabi:

ومن الناس من يصحح هذا عنه ويقول: قاله في حال سكره

Namun, Imam Al-Ghazali dalam Ehya (2/36) meyebutkan:

وأما أبو يزيد البسطامي ـ رحمه الله ـ فلا يصح عنه ما يُحكى، وإن سُمع ذلك منه؛ فلعله كان يحكيه عن الله ـ عز وجل ـ في كلام يردده في نفسه، كما لو سُمع وهو يقول: {إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لا إِلهَ إِلاَّ أَنَا فَاعْبُدْنِي} [سورة طه: 14] فإنه ما كان ينبغي أن يفهم منه ذلك إلَّا على سبيل الحكاية


Dengar ulasan Syeikh Kamal Haidar i( seorang Marja' Syiah Imamiyyah yang kontroversi di kalangan Syiah): Syatohat Sufi

Menurut Al-Badawi, seorang yang makrifah akan mencapai peringkat keluar daripadanya Syatahat dan ia akan melalui lima peringkat iaitu:

1) Al-Wujdan iaitu merasakan wujud Allah semata-mata dan dirinya menyatu bersama Allah.

2) Berlaku tajarrub Ittihad

3) Dalam keadaan mabuk

4) Mendengar bisikan ilahi yang membawa kepada Itiihad

5) Berlaku semua itu dalam keadaan sufi tak sedar

Rujuk: Neelwafurat

Tanggapan Penulis: Ringkasnya-Apa yang nak diberitahu, yang bercakap menerusi lidah sufi itu adalah Allah SWT. Itulah konsep yang sebenarnya nak disampaikan. Tapi ....berat lidah orang yang cuba nak jelaskan untuk mengatakan sedemikian kerana bimbang dituduh sesat, zindik dan sebagainya. Maka, begitulah caranya...menggunakan bahasa seperti budak-budak main aci-aci.

Kerana bimbang ditentang oleh para ulama dan fuqaha terhadap kontradiksi sang sufi itu, maka istilah ini dicipta untuk mengeksklusifkan situasi Sufi itu dan dikecualikan daripada hukum-hukum syariat yang melibat kata-kata tersebut.

Alasan Syatahat telah menjadi sandaran puak yang telah diittifaqkan oleh para ulama sebagai Zindik. Maka, menerima Syatohat akan membuka pintu kepada dakwaan para zindik yang merosakkan Islam.


(Masih dalam pemerhatian dan penambahbaikan)

Baca: Raseef22

Baca: Salafcenter

Saturday, May 11, 2024

Abu Lahab merdekakan Tsuwaibah Al-Aslami

Ketika berita kelahiran Nabi SAW disampaikan oleh hamba Abu Lahab yang bernama Tsuwaibah kepada tuannya, maka saking gembiranya Abu Lahab, dimerdekakannlah Tsuwaibah itu. Tsuwaibah Al-Aslami, itulah gelarannya.

Kegembiraan Abu Lahab hingga dia merdekakan hambanya yang menyampaikan khabar kelahiran itu disebutkan oleh para ulama Sirah. Antaranya Imam As-Suhaili yang menitipkannya dalam Kitabnya Ar-Raudhul Unuf.

Berkenaan Tsuwaibah ini, Imam ukhari menukilkan sebagai ta'liq bagi nama Tsuwaibah dalam Sahehnya:

قال عروة: وثويبة مولاة لأبي لهب، وكان أبو لهب أعتقها، فأرضعت النبي – صلى الله عليه وآله وسلم-، فلما مات أبو لهب أريه بعض أهله بشر حيبة قال له: ماذا لقيت؟ قال أبو لهب: لم ألق بعدكم، غير أني سقيت في هذه بعتاقتي ثويبة


Ibn hajar dalam Fathul Bari ketika mensyarahkan hadis Saheh Bukhari yang menyebutkan bahawa Imam As-Suhaili berkata:


لما مات أبو لهب رأيته في منامي بعد حول، في شرّ حال، فقال: ما لقيت بعدكم راحة، إلاّ أنّ العذاب يخفّف عني كل يوم اثنين، قال: وذلك أنّ النبيّ ولد يوم الاثنين، وكانت ثويبة بشرت (أبا لهب) بمولده فأعتقها، وأشار إلى النّقرة التي تحت إبهامه وفي ذلك إشارة إلى حقارة ما سقي من الماء


Rujuk: masrawy.com



Dalil Quran menegaskan bahawa azab orang kafir dalam neraka tidak diringankan. Ini disebutkan dalam Surah Fatir ayat 36:


وَالَّذِينَ كَفَرُوا لَهُمْ نَارُ جَهَنَّمَ لا يُقْضَى عَلَيْهِمْ فَيَمُوتُوا وَلا يُخَفَّفُ عَنْهُمْ مِنْ عَذَابِهَا 


Demikian disebutkan dalam Ghafir, ayat 49-50:


وَقَالَ الَّذِينَ فِي النَّارِ لِخَزَنَةِ جَهَنَّمَ ادْعُوا رَبَّكُمْ يُخَفِّفْ عَنَّا يَوْماً مِنَ الْعَذَابِ . قَالُوا أَوَلَمْ تَكُ تَأْتِيكُمْ رُسُلُكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا بَلَى قَالُوا فَادْعُوا وَمَا دُعَاءُ الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلالٍ

Riwayat yang disebut oleh Bukhari dalam sahehnya adalah Hadis Mursal dan bagaimana hadis Mursal boleh membatalkan nas saheh daripada Al-Quran? Ianya riwayat Urwah bin Az-Zubair, seorang Tabi'in dan apa yang dia katakan itu bukan kalam nabi Muhammad SAW, bahkan ianya mimpi Abbas bin Abdul Mutalib yang besar kemungkinan ketika itu belum masuk Islam.


* Hadis Mursal ialah hadis yang  diriwayatkan secara sanad oleh Tabi'in tidak melalui sahabat tetapi terus lompat kepada nabi SAW. Hadis Mursal tergolong dalam kumpulan hadis Daif mengikut Jumhur Muhadisin














Tuesday, May 7, 2024

Sebab nama Aisyah banyak disebut dalam turath Sunni

 Turath Syiah banyak menyebut dan menyanjung Khadijah r.a , namun nama Aisyah r.a dihilangkan bahkan jika disebutkan pun Aisyah r.a, ia disebutkan dengan sifat negatif. Bahkan Aisyah r.a dilaknat oleh Syiah.

Namun, sebaliknya dalam Turath Sunni, nama Aisyah lebih banyak disebut berbanding Khadijah. Bahkan, seolah-olah Khidijah tidak dipersonalitikan sebagai tokoh penting dalam Islam.

Demikian itu kerana beberapa sebab:

1) Aisyah adalah seorang perawi hadis.

2) Aisyah hidup lama selepas Rasulullah wafat dan menjadi tempat rujukan para sahabat dan tabu'in dalam persoalan agama, terutama yang berkaitan kehidupan rumahtangga Rasulullah SAW. Wafatnya Aisyah adalah pada tahun 58H.

3) Aisyah menjadi mangsa serangan dan tuduhan golongan Syiah, maka ulama Sunnah bangkit menjadi benteng mempertahankannya.


Ini tiga sebab kenapa nama Aisyah mengatasi sebutan nama Khadijah dalam turath Ahli Sunnah, bahkan mengatasi nama-nama Ummahatul Mukminin yang lain.

Monday, May 6, 2024

Kebenaran laksana bendera berkibar

Wahai orang yang berdakwah...hatilah kata-kata ini. Teguhkan hatimu dan tetapkan pendirianmu. Contohilah keteguhan para pendahulumu yang telah istiqamah dalam menyampaikan dakwah ke jalan Allah dan membungkam kebatilan.

 فرويدَكم أيها التعساءُ، ومهلًا أيها البؤساء، فصوتُ الحق مرفوع، كالعَلَم الخفَّاق يُرفرِفُ في سماء المجد، وينصعُ ضياءً كالشمس الغرَّاء، فلن تكتموه ولو جيَّشتم الجيوش، أو حتى استعنتم بالوحوش، فلن ولن.

فصبرًا أيها العلماء، ومزيدًا من الاصطبار أيها الحكماء


Perlahan-lahan, hai orang-orang celaka, dan tunggulah, hai orang-orang yang celaka, kerana suara kebenaran menjulang tinggi, seperti bendera yang berkibar, berkibar di langit kemuliaan, dan bersinar terang seperti matahari yang terang, Anda tidak akan membungkamnya, walaupun anda mengerahkan tentera, atau meminta bantuan daripada binatang buas. Anda tidak akan, dan anda tidak sekali-kali akan ...(memenangi lawan kebenaran)


Maka bersabarlah wahai ulama, dan lebih bersabarlah wahai orang yang berakal

Sunday, May 5, 2024

Tatbir ibadat rekaan Syiah

Istilah Tatbir ( تطبير   ) merujuk kepada ritual golongan Syiah  yang memukul kepala dan badan dengan alat besi sehingga keluar  darah sambil mengungkap syair ratapan buat Hussain bin Ali r.a. ia dianggap sebagai salah satu syiar di antara syiar-syiar Hussainiyyah. 

Orang Syiah melakukan beberapa Syiar Hussainiyyah . Antara adalah seperti berikut:


Amalan tatbir dilakukan pada 10 Muharam.

Para Fuqaha Syiah Ja'fari berbeza tentang hukum Tatbir. 

Tonton amalan Tatbir: Youtube

Rujuk: Islam4U

Ini merupakan satu ibadah yang membawa ke syurga menurut ajaran Syiah. Cara Tatbir berbeza-beza ikut tempat. Ada yang guna tangan kosong pukul dada dan paha. Ada guna rantai balun ke belakang. Di iran guna senjata pukul kepala. ia diselikan dengan syair ratapa untuk Hussain dan laknat buat bani Umayyah.


Kata nas Syiah:


من بكى اوتباكى على الحسين وجبت له الجنة



" Sesiapa yang menangisi atau lakun menangis untuk Hussain, wajiblah baginya syurga".



pada asalnya Tatbir adalah tindakan penyesalan puak yang berkali-kali mengkhianati perjanjian dan kesetiaan kepada Ali dan juga Hussain. Mereka tidak mendokong seutuhnya Saidina Ali sehingga Ali bin Abi tali mengeluh perbuatan derhaka mereka. Ketika Muslim bin Aqil dikirimkan ke Iraq, mereka tidak membelanya dan biarkan dia dibunuh penguasa bani Umayyah. Bahkan ketika Hussain dikepung di Karbala, mereka tidak keluar membelanya. Lalu mereka menyesal atas perbuatan khianat mereka. Mereka meratap mensesali kelencongan mereka.Mereka azabkan diri kerana rasa berdosa. Harapan mereka, dengan memukul diri itu terzahirlah penyesalan dan Allah akan mengampunkan mereka.

Kemudian zaman bersilih, anak cucu mengikut amalan leluhur tetapi asas perbuatan mereka telah bertukar menjadi ibadat dan taqarrub. Itulah sejarah tatbir.

Pada tahun 1352H, seorang tokoh ulama Syiah yang bernama Sayyid Muhsin Al-Amin Al-'Amili cuba melarang amalan tatbir ini namun dia hampir dibunuh kerananya oleh para ulama syiah yang lain.


Baca kritikan atas amalan tatbir: Fnoor


Saturday, May 4, 2024

Penentang / Pengkritik Imam Bukhari.

Hari ini, kalau anda dengar ada orang mengkritik Imam Bukhari, apa anggapan anda. Jika dia kritik Saheh Bukhari, apakah anda anggap dia kafir?

Sebenarnya, dalam sejarah, kehidupan IUmam Bukahari tidaklah sentiasa disanjung.Dia berdepan dengan cabaran penolakan.

Berikut adalah tokoh yang menolak dan mengkrtik Imam Bukhari dan Sahehnya

1) Muhammad bin Yahya Az-Zuhli.(Meninggal 258H)

2) Abu Hatim Ar-Razi (Meninggal:277H)

3) Abu Zur'ah Ar-Razi (Meninggal 264H)

4) Imam Turmizi (Meninggal 279H)

5) Imam Daru Qutni (Meningga 385H)

Rujuk: Youm7

Jika bukan agama zaman dulu, bagaimana jadi agama zaman ini?

 Perkataan yang disandarkan kepada Imam Malik:

من أحدث في هذه الأمة اليوم شيئا لم يكن عليه سلفها، فقد زعم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم خان الرسالة؛ لأن الله تعالى يقول: {حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ}. فما لم يكن يومئذ دينا، لا يكون اليوم دينا.


Perkataan di atas dinaqalkan oleh Abdul Malik bin Habib dan Ibn Al-Majisun , dua orang yang menjadi murid teras kepada Imam Malik.

Dalam perkataan di atas, terdapat kata penegasan bahawa yang bukan agama pada zamanRasulullah, ia tidka boleh ajdi agama pada zaman ini. Membuat sesuatu jadi agama pada zaman ini sedangkan ia tidak jadi agama di zaman nabi, itu disebut BID'AH. Membuat Bid'ah, secara tersirat menuduh nabi SAW  telah tidak amanah dalam risalahnya. Ia menafikan sifat Amanah seorang Rasul bernama Muhammad SAW. Dengan kata lain, ia membawa mesej pengkhianatan nabi SAW.

Penegasan tuntas Imam Malik, apa yang tidak jadi sebahagian daripada amalan agama pada zaman Nabi SAW, maka jangan memandai-memandai mengatakan agama suruh ity dan ini pada zaman ini atau zaman mendatang. Agama sudah lengkap dan sempurna. Tiada yang namanya Bid'ah dalam agama sekalipun dipandang baik oleh orang yang melakukannya.

Betapa besarnya iftira' mereka yang menyimpan perasangka khianatnya nabi Muhammad SAW.

Perkataan Imam Malik di atas dinukilkan oleh Asy-Syatibi dalam beberapa tempat dalam kitabnya AL-I'TISOM.

Ibn Hazmin menyebutkan dalam Al-Ahkam Fi Usulil Ahkam.

Lihatlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 137:

فَإِنْ آمَنُوا بِمِثْلِ مَا آمَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَوا ۖ وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ ۖ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (137)
 Maka jika mereka beriman kepada apa yang kamu telah beriman kepadanya, sungguh mereka telah mendapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu). Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.




ULAMA YANG DITOLAK DALAM SATU BIDANG, DITERIMA DALAM BIDANG LAIN

Seorang ulama yang ditolak periwayatannya dalam ilmu hadis, bukan bermakna  semua bidnag ilmu menolaknya. 

Misalnya IBN AL-KALBI, dia tidak diambil riwayatnya dalam ilmu hadis. Namun, dia jaguh dalam ilmu nasab. Kata Ibn Hajar:

وابن الكلبي يُرجَعُ إليه في النسب.

Al-Waqidi, dia dianggap daif dalam ilmu hadis, tetapi riwayat dalam sirah dan maghazi diterima.

Seorang bernama Abdul Malik bin Habib yang merupakan murid utama Imam Malik, dia mewarisi feqah Imam Malik dan dipercayai dalam ilmu feqah Maliki, namun dia tidak diterima periwayatan hadisnya.

Friday, May 3, 2024

ZINDIK

Perkataan Zindik di sisi majoriti Fuqaha bermaksud Nifaq. Maka seorang yang dikatakan Zindik bermaksud seorang munafiq.

Contoh golongan Zindiq yang dikatakan oleh para ulama Islam ialah golongan Druz.

Ini kerana , sebagaimana kata Ibn Taimiyyah, aliran Druz  terbina pemikirna mereka atas pemikiran falsafah dan agama Majusi.dan mereka menunjukkan sebagai Syiah secara nifaq.

Ibn Abidin menyebutkan sebagaimana dinukilkan dalam Raddul Mukhtar 'Ala Durril Muktar (4/429)

يعلم مما هنا : حكم الدروز والتيامنة ، فإنهم في البلاد الشامية يظهرون الإسلام والصوم والصلاة ، مع أنهم يعتقدون تناسخ الأرواح ، وحلّ الخمر والزنا ، وأن الألوهية تظهر في شخص بعد شخص ....

MAKNA "HADHRAH"

 Kalimah ini berlegar di kalangan para sufi awalnya. Kemudian ia menjadi sebutan orang awam dalam permulaan majlis-masjlis zikir mereka. Di ...