Sunday, September 27, 2026

RUMUSAN KITAB: PERBEZAAN ANTARA DUA WALI

Bukan semua wali itu wali Allah. Ada juga wali syaitan. Pembahagian dua jenis wlai inu bukan rekayasa Ibn taimiyyah atau sesiapa. Memang Allah SWT menyebutkan tentang wujud wali Allah dan wali syaitan dalam Al-Quran.

Tentang Wali Allah, ada ayat Quran berbunyi:

“Ketahuilah, sesungguhnya wali-wali Allah tidak ada ketakutan atas mereka dan mereka tidak bersedih. Mereka ialah orang-orang yang beriman dan bertakwa.”
Surah Yunus: Ayat 62-64


Tentang ada wali syaitan pula, Allah SWT berfirman:

 وَإِنَّ الشَّيَاطِينَ لَيُوحُونَ إِلَىٰ أَوْلِيَائِهِمْ لِيُجَادِلُوكُمْ ۖ وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ إِنَّكُمْ لَمُشْرِكُونَ (121)
“Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada wali-wali mereka agar mereka membantah kamu. Jika kamu mentaati mereka, sesungguhnya kamu benar-benar menjadi orang musyrik.”
Surah Al-An'Am: Ayat 121


Download Kitab


Nama kitab karya Ibn Taimiyyah yang satu ini namanya:

الفرقان بين أولياء الرحمن وأولياء الشيطان

" PERBEZAAN ANTARA WALI-WALI ALLAH DENGAN WALI SYAITAN".

 
Kitab di atas adalah hasil karya Imam Ibn Taimiyyah bagi menegaskan hipotesisnya iaitu:

الولاية ليست بالدعاوى ولا بالخوارق، وإنما بالإيمان والتقوى واتباع الرسول ﷺ.

Kewalian bukan ditentukan oleh dakwaan seseorang dan bukan pula oleh perkara luar biasa yang berlaku kepadanya; wilayah ditentukan oleh iman, takwa dan mengikuti Rasulullah ﷺ.


Berikut adalah perkara penting yang disebutkan dalam kitab ini:

1) Ada orang yang disangka wali kerana menzahirkan beberapa keramat rupanya adalah wali syaitan yang mebawakan semacam sihir untuk memperkuatkan dakwaan kewaliannya.

2) Wali Allah hendaklah bediri atas asas iman, takwa dan amal soleh. Tingkat-tingkatnya adalah mengikut pertambahan amal solahnya dari fardhu kepada yang sunat.

3) Para Rasul terutama yang ulul azmi adalah kemuncak para wali Allah SWT dan kemudiannya para sahabat Nabi Muhammad SAW berada dibarisan hadapa sebagai para wali.

4) Keramat bukan syarat menjadi wali Allah. Istiqamah dalam syariat dengan menjunjung Al-Quran dan sunnah, itulah karamat terbesar.

5) Syaitan boleh menimbulkan khawariq yang membantu para walinya membohongi orang ramai.

6) Seseorang yang didatangi malaikat, atau jin yang mendakwa roh para wali, para nabi atau orang soleh terdahulu boleh menjadi wahana syaitan untuk memperdaya manusia supaya merasakan dirinya wali.

7) Konsep ilham, kasyaf yang selalui digunakan sebagai alat kewalian tidak boleh dilihat semacam wahyu yang maksum. Bahkan ilham dan kasyaf terdedah kepada kesalahan atau dicopot o;eh bisikan syaitan.

8) Ibn Taimiyyah menyanjung salah kesufian yang ditempuh oleh tokoh-tokoh yang  yang mengikat diri dengan syariat dan sunnah seperti Junaid al-baghdadi, Fudhail bin Iyadh, Ibrahim bin Adham dan Syaqiq  Al-Balkhi.

9) Ibn Taimiyyah mengkritik jalan kesufian yang dilalui beberapa pengikut tariqat, termasuk tokoh sufi seperti Ibn Arabi, Ibn Al-faridh, Ibn Sab'in dan Al-Afif Al-Tilmisani.

10) Orang kafir dan para munafiqin tidak mungkin sama sekali jadi wali Allah.

11) Orang gila tak akan jadi wali Allah.

12) Tiada ciri khusus dari sudut pakaian, penyertaan dalam kumpulan tariqat atau menjalani suluk di tempat terpecil sebagai wali.

13) Dakwaan bahawa ada kalangan manusia yang tidak melalui Nabi SAW tetapi terus langsung kepada Allah dan mereka itulah para wali Allah,  adalah dakwaan yang batil lagi sesat.

14) Ada dakwaan bahawa Ahlu Suffah tidak memerlukan risalah melalui Nabi Muhammad dan mereka punya darjat setara dengan nabi dalam ilmu yang batin.


15) Orang Yahudi dan Nasrani (kalangan pendeta mereka) mendakwa mereka adalah para wali Allah. Bagi mereka, jika pun Muhammad itu benar Rasul Allah, dia bukan diutuskan bat mereka kerana mereka ada rasul yang diikuti sebelumnya. Sama hal dengan mereka yang mendakwa diri sebagai wali Allah tapi tak tertakluk kepada syari'at kerana kononnya mereka ada hukum  lain yang didakwa sebagai hakikat. Samalah Yahudi dan nasrani itu dengan wali-wali gadungan itu.


Fasal tentang sifat orang munafiq dan unsur jahiliyyah

Ada orang, dalam hati ada iman tetapi dalam hatinya ada unsur nifaq. Dalam Sahehain dinyatakan ada 4 sifat siapa yang ada padanya, maka dia 







AKHIR ZAMAN , ROM JADI BANGSA PALING RAMAI

 Sebuah hadis diriwayatkan oleh imam Muslim dalam sahehnya: 

Daripada Mustaurid bin Syaddad Al-Qarsyi


تَقومُ السَّاعةُ والرُّومُ أكثَرُ النَّاسِ. فقال له عَمرٌو: أبصِرْ ما تَقولُ، قال: أقولُ ما سَمِعتُ مِن رَسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم، قال: لَئِن قُلتَ ذلك إنَّ فيهم لَخِصالًا أربَعًا: إنَّهم لأحلَمُ النَّاسِ عِندَ فِتنةٍ، وأسرَعُهم إفاقةً بَعدَ مُصيبةٍ، وأوشَكُهم كَرَّةً بَعدَ فرَّةٍ، وخَيرُهم لمِسكينٍ ويَتيمٍ وضَعيفٍ، وخامِسةٌ حَسَنةٌ جَميلةٌ: وأمنَعُهم مِن ظُلمِ المُلوكِ.

“Kiamat akan berlaku ketika bangsa al-Rūm merupakan manusia yang paling ramai.”

Maka ʿAmr ibn al-ʿĀṣ berkata kepadanya:
“Perhatikan baik-baik apa yang kamu katakan.”
(Maksud kata-kata ini-nak cakap jangan sebarangan...betul ke Nabi cakap demikian???)

Dia menjawab:
“Aku mengatakan apa yang aku dengar daripada Rasulullah ﷺ.”

ʿAmr berkata:

“Jika benar demikian, sesungguhnya mereka mempunyai empat sifat:

Amru bin Al-'As  menyebutkan 4 sifat mulia yang ada padda bangsa Rom iaitu:

  1. Mereka adalah manusia yang paling penyabar dan tenang ketika berlaku fitnah.
  2. Mereka paling cepat pulih dan kembali sedar selepas ditimpa musibah.
  3. Mereka paling cepat kembali menyerang selepas berundur.
  4. Mereka paling baik terhadap orang miskin, anak yatim dan orang yang lemah.
Setelah menyebutkan 4 sifat bangsa Rom , Amru bin Al-'As menambah sifat yang ke-5 menurutnya yang paling unggul antara semuanya iaitu:

5. "Mereka paling kuat menghalang raja-raja mereka daripada melakukan kezaliman".

Catatan Tambahan: 

Al-Rūm (الروم) di sini merujuk kepada bangsa/masyarakat Byzantine-Rom Timur, yang pada zaman tersebut beragama Kristian. Syarah hadis menerangkan bahawa maksudnya ialah bahawa pada penghujung zaman mereka akan menjadi kelompok manusia yang paling ramai. 

Mungkinkah “Rūm” akhir zaman bukan semata-mata kesinambungan genetik Byzantine, tetapi suatu kelompok masyarakat Kristian/Eropah yang berubah identitinya sepanjang sejarah — dan akhirnya sebahagian mereka menjadi Muslim?

Ibn Kathīr memang membuka ruang kepada kemungkinan tersebut.

Saturday, September 26, 2026

Kaedah Fekah: An-nadir La Hukma Lah

 Maksud kaedah ini ialah perkara yang jarang berlaku, tidak boleh dijadikan asas hukum Humuk dibina berdasarkan apa yang menjadi kebiasaan (ghalib)

Imam As-Sarkhasi dalam Al-Mabsut menyebutkan contoh:

1) Orang yang tidur(dengan lena) berbaring batal wuduk kerana biasanya dia tidak dapat menahan daripada hadas. Maka sekalipun tidak berlaku sesuatu mendatang hadas, wuduknya batal atas dasar kebiasaan tadi.

2) Diamnya gadis ketika ditanya persetujuannya untuk menikah, adalah ghalib. 


Al-Qarafi dalam Al-Furuq menyebutkan"


وقد يلغي الشرع الغالب رحمة بالعباد

Syarak kadang-kadang membatalkan hukum yang غالب sebagai rahmat kepada hamba.


Contoh yang didatangnya oleh Al-Qorafi untuk menjelaskan situasi di mana Nadir didahulukan atas Ghalib.

1) Seorang isteri yang diceraikan dan 5 tahun kemudian melahirkan anak. Ghalibnya anak itu adalah ahsil perbuatan sumbang(zina) dengan seseornag. Tetapi ghalib itu boleh ditolak tepi dan anak itu dinasabkan kepada suaminya yang meneraikannya. Ini adalah demi menutup aib dan menjaga kehormatan wanita itu.

2) Anak lahir 6 bulan selepas kahwin. Biasanya boleh difahami bahawa hubungan terjadi sebelum kahwin. Kebiasaan itu diabaikan demi jaga maruah dan menutup aib. Ambil yang nadir iaitu anak itu lahir selepas berlaku hubungan dalam perkahwinan.

3) Kes di mana jalan berlumpur yang jadi laluan bianatang, ghalibnya ada najis bercampur dengan lumpur itu. Jika tiada ain najis dilihat, maka ambil hukum berdasarkan yang nadhir. Lumpur itu dianggap suci walaupun kemungkinan najis lebih besar.

4) Pakaian anak-anak kecil ghalibnya ada najis. Tapi ambil yang nadir. Ia berdasarkan pula hadis nabi di mana baginda mendukung Umamah ketika solat.

5) Pakaian yang dibuat oleh orang kafir. Ghalibnya tidak terpelihara daripada najis. Tapi kita ambil hukum nadir dan pakaian itu dianggap tidak bernajis dan boleh dipakai untuk solat.

6) Makanan yang dibuat oleh ornag Islam yang tidak mementingkan toharah. Ghalibnya mengandungi najis. Tapi kita ambil hukumk atas dasar yang nadir. Makanan itu suci dan boleh dimakan.

7) Jika orang soleh menuduh orang yang jahat , ghalibnya tuduhan itu benar. Tapi ghaluib itu tidak jadi asas hukum. Orang soleh itu wajib mendatangkan bukti membenarkan dakwaannya.

8) Kefardhuan jizyah atas atas dasar nadir iaitu masuknya orang kafir itu ke dalam islam. Ghalibnya ornag kafir nak masuk islam suusah. Maka yang nadir itu jadi asas jizyah dikenakan.

9) Ghalibnya orang yang menuntut ilmu akan dilandai riyak. Namun perintah menuntut ilmu dilaksanakan walaupun ghalibnya begitu. Ia didasarkan yang nadir iaitu jarang ornag menuntut ilmu tak riyak. 

10)Hukum li'an juga didirikan atas yang nadir.Nadir salah satu antara dua yang bersumpah tidak tahu dirinya bersalah. Ghalibnya mereka berdua tahu diri bersalah dan tak mau bersumpah. Tapi disuruh juga bersumpah kerana berdasarkan situasi nadi itu iaitu kedua-kedua tak pasti dirinya bersalah sehingga mahu bersumpah

11) Solat pakai kasut. Ghalibnya kasut ada najis. jaranglah selamat dari najis. Pun begitu boleh solat pakai kasut. Ini berdasarkan hukum nadir tadi. menganggap kasut suci dari najis adalah atas pengecualian daripada kaeah ghalib itu..


Imam Al-Qarafi menambah dalam kitabnya Al-Furuq contoh contoh situasi di mana yang ghalib dan yang nadir, kedua-duanya ditolak dan tidak dijaidkan dasar membina hukum. Antaranya:


1) Satu kali Quru' ghalibnya sudah cukup untuk mengatakan rahim telah bersih daripada sebarang kandungan janin. Tapi ia tidak menolak kemungkinan yang nadir bahawa kandungan janin ada walau telah satu quru'. Tapi Syarak menetapkan 3 kali Quru'. Syarak tak ambil ghalib itu sebagai dasar hukum dan syarak juga tak juga ambil yang nadir itu. 

2) Iddah wanita kematian suami selama 4 bulan 10 hari juga dibina atas satu hukum yang tidak ambil kira ghalib atau nadirnya sifat rahim wanita yang kematian suami. Sama ada dia menganduing atau tidak. 



Friday, September 25, 2026

KISAH AL-IMAM AL-UTBI BERMASLAAH

Kisah yang dimaksudkan ialah mengenai kedatangan seornag Badwi ke kubur Nabi SAW lalu membacakan ayat:

ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاءوك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول...

Kemudian dia beredar sambil menlantunkan syair:


يَا خَيْرَ مَنْ دُفِنَتْ بِالْقَاعِ أَعْظُمُهُ
فَطَابَ مِنْ طِيبِهِنَّ الْقَاعُ وَالْأَكَمُ

نَفْسِي الْفِدَاءُ لِقَبْرٍ أَنْتَ سَاكِنُهُ
فِيهِ الْعَفَافُ وَفِيهِ الْجُودُ وَالْكَرَمُ

أَنْتَ النَّبِيُّ الَّذِي تُرْجَى شَفَاعَتُهُ
عِنْدَ الصِّرَاطِ إِذَا مَا زَلَّتِ الْقَدَمُ

Wahai sebaik-baik insan yang tulang-belulangnya dikebumikan di tanah,

maka tanah dan bukit-bukit menjadi harum dengan keharuman tulang-tulangmu.

Jiwaku menjadi tebusan bagi kubur yang engkau diami,
di dalamnya terdapat kesucian, kemurahan dan kemuliaan.

Engkaulah Nabi yang syafaatnya diharapkan,
ketika melalui sirat, saat kaki tergelincir.

Lalu Al-Utbi yang bermimpi jumpa Rasulullah memerintahkan agar dikhabarkan kepada badwi itu bahawa dia diampunkan.


Para ulama hadis telah membahaskan tentang kisah ini dan merumuskan bahawa sanad kisah ini bermasalah. Perawi yang didatangkan bermasalah.

Namun, dalam tulisan ini saya mahu angkat persoalan matan.

Matan hadis menyebut bahawa Badwi itu datang 


ثم دخل المسجد حتى أتى القبر ووقف بحذاء وجه رسول الله ﷺ



Dia masuk masjid dan berdiri di depan kubur nabi SAW

Catatan penting:

-Imam Al-Utbi wafat pada tahun 228H
-Projek perluasan Masjid Nabawi  dan masukkan kubur Nabi dalam masjid serta dilapisi 3 dinding berlaku pada tahun 91H iaitu zaman pemerintahan Al-Walid bin Abdul Malik.

Dalam saheh Muslim, Hadis No 4441, Saidatina Aisyah berkata:

لولا ذلك لأبرز قبره ، خشي أن يتخذ مسجداً

Ada kemusykilan daripada lafaz yang digunakan:
Al-Utbi mengatakan dia duduk di tepi kubur Nabi. Sejak zaman Al-Walid iaitu tahun 91H, kubur Nabi telah dimasukkan dalam kawasan masjid Nabawi dan dihadangi dengan 3 dinding. Kubur Nabi itu sendiri berada dalam bilik Saidatina Aisyah r.a.

( Ada kisah Ar-Rifa'i  bersalam dengan tangan nabi yang keluar dari kuburnya. Ini pun musykil. Siapa yang boleh hampir ke kubur Nabi sedekat-dekatnya? )





Saturday, September 19, 2026

KISAH ZURAIB BIN BARTHAMLA

 Kononnya, ketika zaman khalifah Umar Al-Khatab, telah terjadi satu kisah yang sangat ganjil Pasukan jihad muslimin yang berada di bawah kepimpinan Saad bin Abi Waqqas , di kala sedang memerangi negeri Parsi, telah mengalami satu kejadian aneh. Pasukan peninjau terdiri sekitar 300 personel di bawah pimpinan Nadhlah bin Muawiyah Al-Ansari telah pergi ke Hulwan dan melakukan misi. Setelah selesai , dalam perjalanan balik mereka singgah di kaki sebuah gunung dan masuklah waktu asar.

Nadhlah bin Mu'wiyah memerintahkan muazzin melaungkan azan. tatkala azan dilaungkan,  ada suara yang menyambutnya. Nadhalah yang keheranan meminta suara itu menunjukkan diri. Lalu muncullah seorang lelaki dari belahan gunung, dia sudah tua berjanggut dan berambut putih. Dia memperkenalkan diri dengan nama Zuraib bin Barthamla. Katanya, dia adalah wasi Nabi Allah Isa bin Maryam. 

Allah berikan dia umur yang panjang berkat doa nabi Isa. Dia akan hidup smapai turunnya nabi Isa di akhir zaman. Dia telah dengar tentang Nabi Muhammad SAW dan ingin berjumla dan beriman dengannya. Tetapi dia terhalang oleh orang-orang Majusi yang tinggal diparsi.

Kepada Nadhlah diminta sampaikan salamnya kepada Umar Al-Khattab sambil menasihati tanda-tanda akhir zaman. Nadhlah menceritakan pertemuan itu kepada Saad dan  Saad menulis surat kepada Umar Al-Khattab. Khalifah Umar punta minta supaya dibawakan Zuraib bin Barthamla kepadanya. Oleh Saad, dibawakan ibuan tenteranya ke pergunungan itu mencari Zuraib bin Barthamla. Selama 40 hari mereka mencari di seluruh gunung itu sambil memanggil nama Zuraib, tetapi Zuraib tidak juga muncul. Mereka pulang dengan kecewa.

Cerita itu diriwayatkan dalam  beberapa sumber termasuk oleh Al-Hakim yang menghukumkan kesahihannya. Ibn Taimiyyah mengkritik pendekatan Al-Hakim yang mudah mensahehkannya sedangkan ramai tokoh hadis melihatnya sebagai cerita dusta. 

Sumber-sumber lain ang menyebutkan cerita Zuraib bin Barthamla adalah seperti berikut:

1) Sumber hadis/dalā'il

  1. Abu Nu'aym al-Isfahani — Dalā'il al-Nubuwwah, no. 54
  2. Al-Bayhaqi — Dalā'il al-Nubuwwah, 5/425–427
  3. Al-Khatib al-Baghdadi — Tarikh Baghdad, 10/255

2) Sumber sejarah/sirah

  1. Al-Tabari — Tarikh al-Rusul wa al-Muluk
  2. Al-Bawardi — Ma'rifat al-Sahabah — sebagaimana dinukil Ibn Hajar
  3. Ibn A'tham al-Kufi — al-Futuh

3) Sumber biografi yang mengumpulkan jalur

  1. Ibn Hajar — al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah

4) Sumber tasawuf

  1. Ibn 'Arabi — al-Futuhat al-Makkiyyah

Sumber yang menolaknya

  1. Ibn al-Jawzi — al-Mawdu'at
  2. Ibn Taymiyyah — Qa'idah Jalilah fi al-Tawassul wa al-Wasilah — mengkritik tashih al-Hakim terhadap riwayat Zuraib

Imam Az-Zzahabi menitipkan hadis mengenainya dalam Tartibul maudhu'aat dan menghukumkannya sebagai maudgu'at kerana ada perawi bernama Abdul Rahman bin Ibrahim Ar-Rasibi.

Ibn Qayyim menyebutkannya dalam Al-Manarul Munif dan mengkhulasahkannya sebagai maudhuk!

Daru Qutni menyebutkannya dalam Lisanul Mizan dan menafikan hadis ini datang daripada Malik maupun Nafi'!

Ibn jauzi menyebutnya dalam Al-Maudhu'aat dan menyimpulkannya sebagai hadis batil yang tiada asal baginya (La Aslun Lah)


Kisah bertemu Hawari Isa ini juga diceritakan oleh kalangan Sufi mengenai karamah Sahal At-Tustari. Kononnya Sahal At-Tustari telah bertemu dengan seorang Hawari Isa di negeri kaum 'Ad.  Berlaku dailog antaranya dengan sahabat Isa itu. Dalam cerita itu, sahabat Isa itu memberitahu Sahal At-Tustari bahawa dia memakai jubahnya itu sudah 700 tahun. Lalu. Sahal At-Tustari merasa takjub kerana tahan begitu lama. Oleh Sahabat Isa itu dikatakan:

"Wahai Sahal, tubuh badan tidak menyebabkan pakaian menjadi buruk. Yang menyebabkan pakaian menjadi buruk ialah bau dosa dan makanan yang haram."

Kisah ini diriwayatkan oleh As-Sya'rani dalam tabaqat al-Kubra.

Abdullah Al-Ghumari ketika menceritakan kisah Sahl At-Tustari ini mengaitkan dengan kisah Ziraib bin Barthamla. Kedua-dua kisah ini mengandungi pendustaan yang diada-adakan. Pesamaannya adalah menjadikan Hawari nabi Isa sebagai subjek cerita.

Ibn Arabi dalam Al-Futuhat Al-Makkiyyah menyebutkan kisah ini dan mengakui sanadnya adalah daif tetapi beliau mensahehkan cerita ini bersanbdarkan kasyaf. Para Sufi memang mempunyai pertimbangan lain dalam mentashihkan sesuatu hadis. Mereka tidak bergantung kepada ilmu mustalah hadis. Mimpi atau kasyaf boleh menjadi jalan mentashehkan sesuatu hadis.




Monday, September 14, 2026

KISAH KARAMAT SAYYID AL-BADAWI

Rujuk Muka surat 50 hingga 63 kitab Mausu'ah Al-Allamah Al-Muhaddith Saiyyid As-Syarif Abdullah bin Muhammad Sodiq Al-Ghumari Al-Husaini

Abdullah Al-Ghumari menceritakan karamah-karamah yang disandarkan kepada Sayyid Ahmad Al-Badawi yang mana disimpulkannya sebagai karut, karangan orang yang bertakwa.  Dia menukilkan apa yang dikatakan orang tentangnya.

Sayyid al-Badawi tidak hadir solat berjemaah dan tidak solat  solat Jumaat. Dia sentiasa mengenakan penutup muka kerana kononnya wajahnya sangat buruk, lebih buruk dari Jahiz.

Diceritakan kisah yang berlaku kepada Imam Taqiyuddin Daqiq Al-'Aid yang merupakan ketua Hakim Negeri Mesir. Ketika dia mendapat tahu mengenai Sayyid Al-Badawi dan ahwal yang diceritakan tentangnya, maka dia pun berkunjung ke Tontor dan bertemu dengan Sayyid Al-Badawi. Kepada Sayyid Al-Badawi dia berkata memberi nasihat:

"Wahai Ahmad, keadaan yang berlaku kepada anda bukanlah sesuatu yang patit disyukuri. Sesungguhnya ia menyalahi syariat yang mulia. Awak tak solat dan tidak pula hadir solat berjemaah.  Ini bukan jalan ornag soleh!"

Sayyid Al-Badawi merasa tersinggung lalu ditolaknya Imam Daqiq itu. Tiba-tiba dia rasa dirinya berada di sebuah pulau yang sangat luas. Dia tak tahu mana hujung dan tepinya. Ketika itu dia merasa sangat menyesal dan hilanglah akalnya. Dalam keadaan demikian, datanglah seorang lelaki yang kelihatan hebat dan penuh waqar. Lelaki itu bertanya perihalnya maka diceritakanlah apa yang berlaku. Lelaki itu adalah Nabi Khidir. Dia mengatakan jarak pulau itu dengan Qaherah adalah perjalanan 60 tahun.(Mungkin 6o tahun perjalanan kekura-Abdullah Sodiq Al-Ghumari menyebut secara sinis tempoh masa itu) Dia memberikan jalan keluar dengan menunjukkan kepadanya satu kubah yang besar. Katanya dalam kubah itu ada orang solat dan antaranya adalah Sayyid Al-Badawi. Nanti carilah dia dan mintalah maaf kepadanya. Lalu duduklah Imam Daqiq melihat ornag ramai datang. Lalu sampailah Sayyid Al-Badawi mengimamkan solat. Selepas selesai solat, Imam Daqiq pun mengadapnya dan minta maaf. Maaf diterima dan diapun tolak Imam Daqiq. Tiba-tiba-tiba dia sudagh berada dipintu rumahnya di Mesir. 

Kisah ini menurut Abdullah Sodiq Al-Ghumari adalah kisah dusta dan karangan pendusta untuk dua tujuan:

1) Untuk menutup cerita yang masyhur mengenai Sayyid Al-badawi yang tidak solat dan tidak hadir berjemaah. Maka dikarang cerita kononnya dia solat di tempat lain, bahkan sebagai imam lagi. tempat itu pula jauh sekali dan ia mungkin di antara pulau-pula Waqil Waq atau ia berada di sebelli gunung Qaf. Dengan cerita sebegini, pengarang cerita ini mahu memberitahu bahawa keadaan Sayyid badawi itu tidak harus diingkari.

2) Sesiapa yang mengingkarinya akan dapat balasan, walau pengingkar itu berpandukan syariat 





Thursday, September 3, 2026

Qaul Muktamad dalam mazhab Syafie

Dalam Mazhab Syafie, terdapat imam-mam mazhab yang dijadikan sumber ikutan danb pegangan bagi para pengikut Mazhab. Mereka adalah:

1) Imam An-Nawawi

2) Imam Ar-Rafi'i

3) Ib Hajar Al-Haithami

4) Ar-Ramli

Kaedah tarjih Mazhab Syafie:

  1. Jika berlaku kesepakatan An-Nawawi dan Ar-rafie, maka itulah Muktamad dalam mazhab.
  2. Bila berlaku khilaf antara An-Nawawi dengan Ar-Rafie, maka pendapat An-nawawi adalah Mmuktamad.
  3. Jika tiada tarjih oleh An-Nawawi, maka pendapat Ar-Rafie yangv diambil sebagai muktamad.
Imam Ar-Rafi'e (w: 623H) dan Imam An-Nawawi (W: 676H) digelar sebagai Syaikhan dalam mazhab Syafie.


Wednesday, September 2, 2026

FAQIH YANG SEBENAR

 Abu Hazim berkata: Seseorang itu tidak dinamakan faqih melainkan padanya ada tiga sifat iaitu: 

1) Tidak menghina keilmuan orang yang kurang daripadanya

2) Tidak dengki dengan orang yang lebih alim daripadanya

3) Tidak menjadikan ilmunya jambatan untuk meraih dunia.

Seorang Faqih juga hendaklah rajin dalam beribadah, zuhud dengan dunia dan berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah SAW.

Justeru, jika anda lihat orang itu tinggi ilmu agamanya, tapi segan beribadah, malas solat berjemaah di masjid, suka harta dunia dan memuji-mujinya, kekayaan jadi ukurannya, ditambah pula engkar dengan sunnah Rasulullah dan gemar melakukan bid'ah dalam agama, ketahuilah dia bukan faqih!

Demikian jika kau liha orang yang mahir dalam ilmu agama, tapi suka menempelak orang lain dengan kata-kata seumpamanya:
" kau belajar sampai mana?"

" Belajar tak habis!"

" Tak pandai baca kitab!" 

Pelbagai kata-kata perlecehan kepada orang lain yang dilihatnya tidak berilmu, ketahuilah bahawa orang itu tidak faqih. Faqih mesti merendah diri. Rasa orang lain lebih berilmu daripadanya. Itu sifat seorang faqih.

Kekadang, ada orang bila memperkatakan orang yang lebnih tinggi ilmunya, dia menyesatkan orang itu. Ulama itu salah. Ulama ini tak betul. Ulama itu mujassimah, wahabi dan tidak boleh diambil ilmunya. Hatta, dalam penyeliaan tesis pelajar sarjana, ada usaha menidakkan keilmuan dan rujukan ulama tertentu yang tidak disenanginya, miskipun keilmuan ulama itu semasa hayatnya diakui dan turas yang ditinggalkannya memenuhi khutubkhanah. sifat itu bukan mnelambangkan peribadi faqih.

Sufyan As-Tsauri menambah,  faqih hendaklah :


1) Memahami dan menganggap bala Allah itu nikmat, 

2) Kesenangan itu pula adalah musibah

3) Tidk berani mempersoalkan Allah atas alasan apapun. Umpamanya tidak berkata: Kenapa Allah susahkan aku? Kenapa Allah tidak hukum si zalim itu?

Abu Darda' menyebutkan bahawa seorang faqih itu, bila melihat orang ain melakukan sesuatu yang mengundang murka Allah SWT, dia tidak akan terfokus kepada pelaku nmaksiat itu. Sebaliknya, dia akan menjadikan dirinya sebagai subjek muhasabah. Orang itu buat maksiat mungkin kerana jahil atau mungkin nanti sebelum matinya, dia bertaubat dan mencapai husnuh khatimah. Kala itu, dia merisaukan dirinya sendiri. Apakah Allah tidak murka kepadanya kerana maksiat-maksiat batinnya? Entah hunuh khatimahkah dia kelaknya. Dia mencela dirinya ganti daripada mencela orang lain yang melakukan angkara murka itu.


Kalau demikian sikapnya, itu barulah faqih. Jangan asyik lihat diri sebagai bakal ahli syurga! Lihat orang lain bakal masuk neraka! Itu bukan faqih.Itu nak kena sekeh!



Thursday, August 20, 2026

Makna At-Tanawusy

 Firman Allah SWT dalam surah Saba', ayat 52:




وَقَالُوا آمَنَّا بِهِ وَأَنَّىٰ لَهُمُ التَّنَاوُشُ مِن مَّكَانٍ بَعِيدٍ

" Dan mereka berkata:Kami telah beriman dengannya -Allah, kitabNya dan RasulNya( setelah mereka melihat azab di depan mata mereka di akhirat kelak), dan bagaiamanlah mungkin mereka menggapai iman itu dari  tempat yang jauh.



Tanawusy bermaksud mencapai sesuati dari jarak jauh. Umpamanya dua pasukan tentera bertanawusy apabila mereka saling melempar panah antara satu sama lain.

Maka ketika di hari akhirat, seseorang yang tidak beriman semasa hidup lampau dalam alam dunia, mahu mengatakan dia beriman atau dia bertaubat dari kekufurannya, perbuatan itu adalah tanawusy. Di akhirat bukan medan menyatakan iman. Bukan masa untuk bertaubat. Kedudukannay jauh sekali dari alam dunia. jauh-jauh antara Hawaii dengan Pulau Langkawi, jauh lagi antara dunia dan akhirat.  Kalau sekadar sejauh Hawai dan Langkawi, kedua-duanya amsih dalam dunia. Bahkan kedua-duanya masih dalam sistem masa yang sama.

Namun, akhirat dan dunia adalah dua alam yang berbeza dan tidak akan bertemu. Seorang yang telah pergi meninggalkan alam dunia dan berada di alam akhirat tidak akan pernah kembali lagi.

Anda terbang di angkasa dalam kapal terbang. Nampak laut di bawah. Anda mahu sentuh kapal laut di permukaan laut. Anda tanawusy.

Anda nempak buah durian tinggi di dahan. Ana di bawah pokok. Anda tanawusy.

Pokoknya, semua kelakuan nak menggapai sesuatu atau berada dekat dengan sesuatu, sedangkan berjarak  yang tidak sampai dengan tangan, itulah tanawusy.

Bila Allah SWT menyatakan " Anna lahumut Tanawusy!", maksudnya Allah menyindir orang kafir yang nak capai keimanann atau taubat di akhirat. " Macam manalah kalian nak dapat barang yang sudah jauh dari anda?? Angan-angan kosong. uma berharap.

lihatlah! kenangkanlah! gapaikanlah!

Tapi kalian tidak akan menyentuhnya. Kalian hanya tanawusy.

Anda sudah tua. Terkenang masa muda remaja. Kalau boleh nak buat itu ini seperti mana yang pernah dibuat masa muda remaja. Anna lakumuttanawusy!

Faham makna tanawusy?


Thursday, July 30, 2026

Berdikit-dikit dalam ilmu


Nafsu nak banyak tak pernah bawa kebaikan. Ada sahaja bahana yang menyusul. Allah menela takathur dalam perkara dunia. dalam perkara akhirat juga tidak seharusnya takathur. Demikian juga dalam soal ilmu. Soal hafal Quran misalnya, jangan terlalu banyak. Sedikit-sedikit adalah lebih baik. 


Ibn Abdul Bar menyebutkan:

الحفظ أكثر ما يكون مع التقليل

Maksudnya:

"Kekuatan hafalan biasanya paling baik dicapai melalui sedikit demi sedikit (dalam mengambil ilmu)."


Wazir Abu Hubairah adda menyatakan:


من آفة التعليم إكثاره حتى تعجز القلوب عن أن تعيه 

Maksudnya:

"Antara bencana dalam proses pengajaran ialah terlalu banyak menyampaikan ilmu sehingga hati tidak lagi mampu memahaminya dan menghayatinya."


Imam al-Khatib al-Baghdadi menyebut dalam Al-Jāmiʿ li Akhlāq al-Rāwī bahawa sebahagian salaf berkata:


من طلب العلم جملة فاته جملة


"Maksudnya: Barang siapa menuntut ilmu secara sekaligus (tergesa-gesa), nescaya banyak bahagiannya akan terlepas."





Sunday, July 26, 2026

Zuhud terhadap kepimpinan, alangkah susah!

 Kata Imam Az-Zuhri:


ما رأينا الزهد في شيء أقل منه في الرياسة، نرى الرجل يزهد في المطعم والمشرب والمال، فإذا نوزع الرياسة حامى عليها وعادى.


Maksudnya:

"Kami tidak melihat sifat zuhud pada sesuatu yang lebih sedikit daripada zuhud terhadap kepimpinan. Kami melihat seseorang itu mampu bersikap zuhud terhadap makanan, minuman dan harta. Namun apabila kepimpinannya dipertikaikan atau dicabar, dia akan mempertahankannya bersungguh-sungguh dan memusuhi orang yang mencabarnya."


Sebab itu kita lihat ada orang, walau sudah kaya, dia masih mengintai peluang untuk jadi pemimpin dengan cara terjun dalam pergelutan politik. Kalau difikirkan, apalah guna lagi pening pasal politik. Sudah kaya cukuplah. Harta yang ada makan 7 keturunan tak habis.

Namun, ironinya, walaupun harta sudah melimpah ruah, sang jutawan masih mahu jadi pemimpin politik!

Ini kerana nafsu terhadap Al-Jah ( pangkat/ sanjungan manusia) itu lebih besar.

Maka, Imam Az- Zuhri menekankan tentang hakikat zuhud. Zuhud sebenar yang sukar dicapai adalah zuhud terhadap Al-Jah. Seorang ulama besar boleh kelihatan zuhud terhadap harta , makan minum, pakaian dan sebaginya. Tetapi, apakah dia sanggup hilang sanjungan pengikutnya? Inilah titik utama yang jadi punca perselisihan kalangan ulama sepanjang sejarah.

Bercakap pasal persaingan antara para ulama, kita melihat bagaimana ia menjadi sengit dan memanas dalam satu-satu masa. Ini juga sejenis penyakit yang membatalkan kezuhudan. Mahu mengalahkan saingan dalam dunia ilmu adalah sejenis hubburriyasah. Cintakan kepimpinan. Kepimpinan dalam bidang ilmu. 

Hubburruyasah adalah termasuk dalam Hubbul Jah!

Adalah Khalid bin Ma'dan itu, apabila halaqahnya makin ramai orang, dia bangkit dan pergi kerana tidak menyukai kemasyhuran!

Abu Al-'Aliyah, apabila duduk dalam majlisnya lebih daripada 4 orang, dia bangun beredar

Baca: Shamela

Friday, July 24, 2026

Syeikh Madyan bukanlah Nabi Syu'aib

Seorang Syeikh yang tinggal di Madyan dan Nabi Musa bertemu dengannya sertya berkahwin dengan puterinya, itu bukanlah Nabi Syuaib. Inilah tahqiq yang dibuat oleh para Muhaqqiqun seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, Ibn Kathir dan lain-lain. Alasan yang dinayatakan adalah seperti berikut:

a) Tempoh masa yang jauh antara zaman Nabi Syuaib dan zamana Nabi Musa.

b) Terdapat pendapat sebahagian sahabat dalam Athar bahawa nama lelaki tua itu adalah Yathirun atau Athirun, iaitu anak saudara kepada Nabi Syuaib. Namun tiada nas yang jelas Quran mauopun hadis Saheh tentang namanya atau kenabiannya. Maka apa yang pasti dia adalah Syeikh Madyan.

c) Memang pendapat yang masyhur mengatakan dia adalah Nabi Syuaib, tetapi pendapat itu, walaupun masyhur, ia adalah daif kerana tiada sebarang dalil yang boleh disandarkan. Golongan yang mengatakan dia adalah Syuaib mendakwa bahawa Allah berikan umur yang panjang kepada Syuaib. 

Pun begitu, dakwaan mengatakan dia adalah Nabi Allah Syu'aib amat janggal kerana Nabi Syuaib hidup pada masa yang tidak jauh dari zaman Nabi Lut. Nabi Lut itu sezaman dengan Nabi Ibrahim dan dia sendiri adalah anak saudara Nabi Ibrahim. 

Allah berfirman dalam Al-Quran menceritakan perkataan Nabi Syuaib kepada kaumnya:

وَمَا قَوْمُ لُوطٍ مِنْكُمْ بِبَعِيدٍ

" Dan tidaklah kaum Kaum Lut itu jauh I(zamanya dan tempatnya) dari kalian".
(Surah Hud: 89)

Dari zuriat Nabi Ibrahim itu lahirnya Nabi Ishak. Dia menjaid tua dan anak anak namanya Ya'akob. Ya'akob juga menjadi tua dan melahirkan keturunan bani Israil. Masa panjang sekali, dan anak-anak nabi Ya'kob dewasa dan tua. Nabi Musa lahir dan hidup di Mesir pada zaman pasca Nabi Yusuf. Natara Nabi Yusuf ke masa nabi Musa juga lama. Hadis 'Ajuz bani Israil menjadi satu dalil betapa zaman Musa itu adalah lama bergenerasi dari zaman meninggalnya Nabi Yusuf.

Bagaimana boleh dikatakan Nabi Syuaib masioh hidup sampai zaman Nabi Musa?


d) Jika diterima pendapat yang mengatakan lelaki tua Madyan ituy Nabi Syuaib, maka hendaklah difahami bahawa Kaum Madyan itu telah dibinasakan oleh Allah SWT kecuali yang beriman bersama Syuaib. Jika benar dia nabi Syu'aib dan dua gadis itu adalah anaknya, bagaimana mungkin sanggup ornafg-orang sekeliling membiarkan dua gadis itu tidak dapat memberi minum kambing mereka sehingga ada orang asing (Musa) yang datang membantu? Ini tak masuk akal. Orang yang selamat bersama nabi Syuaib, masakan mengabaikan anak peempuan Nabi Syuaib??






Saturday, July 4, 2026

Tiada manusia sempurna


 وَمَنْ ذَا الَّذِي تُرْضَى سَجَايَاهُ كُلُّهَا؟

كَفَى الْمَرْءَ نُبْلًا أَنْ تُعَدَّ مَعَايِبُهُ

 

"Siapakah orang yang semua sifatnya dapat memuaskan hati manusia? Cukuplah seseorang itu dianggap mulia apabila kelemahannya masih boleh dihitung."


Setiap orang ada sahaja kesalahannya. Camkan itu baik-baik. Jika anda mencari orang yang tidak ada cacat celanya, anda akan menemui kegagalan sampai ke akhir hayat. Ulama hebat sekalipun , ada sahaja kekurangannya. Kekurangan itu, jangan jadikan sebab anda menafikan seluruh sumbangannya. 

Ali Al-Madini seorang tokoh hadis ulung. Ada orang mengkritiknya kerana tidak mengambil pendirian sebagaimana Imam Ahmad dalam peristiwa Khalqul Quran. Namun bila ditanya kepada Imam Ahmad,  beliau berkata :


"Tidak ada orang yang lebih alim dalam ilmu hadis melebihi Ali ibn Al-Madini"


Jika seseorang itu boleh disebut dan dibilang kesalahannya, itulah satu kemuliaan. Ada orang tidak dapat dibilang kecacatannya saking banyaknya. Hargailah seorang yang anda temui satu dua kekuaranganya dan anggaplah itu lumrah manusiawi. Mujur hanya ada sepuluh kesalahan. Mujur ada seratus kekurangan. Selagi boleh dibilang, mujurlah. Bagaimana jika kesalahan itu tidak terpermanai banyaknya?

Monday, June 15, 2026

SYAIR FARAZDAQ MEMUJI ALI ZAINAL ABIDIN

Satu hari di Kota Makkah, Sulaiman bin Abdul Malik melihat ramai orang berkerumun dan bersesak-sesak untuk mencium hajaral aswad. Dia tidak berpeluang untuk mendekati penjuru hajaral aswad itu kecuali jika dia sanggup berebut-rebut bersama mereka. Lalu dia pergi duduk di satu tempat bersama pembantunya. Sedang dia duduk di situ, muncul seseorang. Orang ramai memberinya laluan hingga dia dapat mencium hajaral aswad

Sulaiman bin abdul Malik kenal orang itu. Dia adalah Ali Zainal Abidin bin Hussain bin Ali yang dikenali sebagai As-Sajjad. namun, untuk tidak menjatuhkan kedudukannya sebagai anak khalifah, dia bertanya pembantu:

"siapa orang itu?"

Supaya tidak menyinggung hati tuannya, sang pembantu menjawab
" Saya pun tak tahu"

Ketika itulah Farazdaqm sang penyair ada dan dia menyahut sambul barkata:

"aku kena siapa dia..."

Maka dilantunkannya syair ini:



 هَذا الَّذي تَعرِفُ البَطحاءُ وَطأَتَهُ

Inilah insan yang jejak langkahnya dikenali bumi Mekah.

وَالبَيتُ يَعرِفُهُ وَالحِلُّ وَالحَرَمُ

 Kaabah, Tanah Haram dan seluruh sekitarnya mengenalinya.

هَذا اِبنُ خَيرِ عِبادِ اللَهِ كُلِّهِمُ

 Inilah putera manusia terbaik yang menyembah Allah.

هَذا التَقِيُّ النَقِيُّ الطاهِرُ العَلَمُ

 Inilah insan yang bertakwa, suci dan menjadi panji kemuliaan.

هَذا اِبنُ فاطِمَةٍ إِن كُنتَ جاهِلَهُ

 Inilah putera Fatimah jika engkau tidak mengenalinya.

بِجَدِّهِ أَنبِياءُ اللَهِ قَد خُتِموا

 Dengan datuknya (Muhammad ﷺ) berakhirlah para nabi.

وَلَيسَ قَولُكَ مَن هَذا بِضائِرِهِ

 Pertanyaanmu "siapakah dia?" tidak sedikit pun merendahkannya.

العُربُ تَعرِفُ مَن أَنكَرتَ وَالعَجَمُ

 Arab dan bukan Arab mengenali orang yang engkau pura-pura tidak kenal itu.

كِلتا يَدَيهِ غِياثٌ عَمَّ نَفعُهُما

 Kedua tangannya adalah sumber bantuan kepada manusia.

يُستَوكَفانِ وَلا يَعروهُما عَدَمُ

 Sentiasa dicurahi pemberian dan tidak pernah kering.

سَهلُ الخَليقَةِ لا تُخشى بَوادِرُهُ

 يَزينُهُ اِثنانِ حُسنُ الخَلقِ وَالشِيَمُ

Berbudi lembut dan mudah didekati, tidak ditakuti ledakan marahnya;
dua perkara yang menghiasinya ialah akhlak yang indah dan peribadi yang mulia.

حَمّالُ أَثقالِ أَقوامٍ إِذا اِفتُدِحوا
حُلوُ الشَمائِلِ تَحلو عِندَهُ نَعَمُ

Dia memikul beban orang lain apabila mereka ditimpa kesusahan;
tutur budi dan perangainya manis, dan kata-kata persetujuannya juga manis.

 

ما قالَ لا قَطُّ إِلّا في تَشَهُّدِهِ
لَولا التَشَهُّدُ كانَت لاءَهُ نَعَمُ

 Dia tidak pernah berkata "tidak" sama sekali kecuali dalam bacaan tasyahhudnya;

kalau bukan kerana tasyahhud itu, nescaya setiap "tidak" daripadanya berubah menjadi "ya".

عَمَّ البَرِيَّةَ بِالإِحسانِ فَاِنقَشَعَت
عَنها الغَياهِبُ وَالإِملاقُ وَالعَدَمُ

Kebaikannya meliputi seluruh manusia;
lalu tersingkirlah daripada mereka kegelapan, kemiskinan dan kesengsaraan.

 

إِذا رَأَتهُ قُرَيشٌ قالَ قائِلُها
إِلى مَكارِمِ هَذا يَنتَهي الكَرَمُ

 Apabila orang Quraisy melihatnya, berkatalah salah seorang daripada mereka:

"Pada kemuliaan orang inilah berakhirnya segala kemuliaan."

يُغضي حَياءً وَيُغضى مِن مَهابَتِهِ
فَما يُكَلَّمُ إِلّا حينَ يَبتَسِمُ

Dia menundukkan pandangan kerana sifat malunya;
dan orang lain pula menundukkan pandangan kerana kewibawaannya;
maka tidak ada yang berani berbicara dengannya kecuali ketika dia tersenyum.

 

بِكَفِّهِ خَيزُرانٌ ريحُهُ عَبِقٌ
مِن كَفِّ أَروَعَ في عِرنينِهِ شَمَمُ

 Di tangannya ada tongkat daripada kayu khayzuran yang harum baunya;

berada di tangan seorang yang tampan dan gagah, yang hidungnya melambangkan kemuliaan serta kebanggaan.

يَكادُ يُمسِكُهُ عِرفانُ راحَتِهِ
رُكنُ الحَطيمِ إِذا ما جاءَ يَستَلِمُ

 Hampir-hampir sahaja Rukun Hajar Aswad di Hijr mengenali sentuhan tangannya,

ketika dia datang untuk mengucup atau mengusapnya.

اللَهُ شَرَّفَهُ قِدماً وَعَظَّمَهُ
جَرى بِذاكَ لَهُ في لَوحِهِ القَلَمُ 

 

Allah telah memuliakan dan mengagungkannya sejak dahulu lagi;
demikianlah yang telah ditetapkan oleh pena takdir di Lauh Mahfuz.

 

Sunday, June 14, 2026

Bukan sebuah pujian jika perbandingannya salah.

 Ketika Allah menyebutkan bahawa satu malam Al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Allah memuji dan melebihkan satu malam berbanding seribu bulan. Ya, kalah seribu bulan itu bilangan seribu bulan yang mengandungi 82 nrahun 4 bulan. Maka nampaklah hebatnya satu malam itu.


Tapi golongan dunggu yang mereka-reka riwayat dan hadis menyebutkan bahawa 1000 bulan  yang dimaksudkan dalam surah Al-Qadar itu adalah tempoh pemerintahan Bani Umayyah. Tempoh pemerintahan Bani Umayyah tidak layak dibandingkan dengan 1 malam Al-Qadar. Perbandingan itu termasuk dalam perbandingan yang tidak sepadan atau disebut Qiyas ma'al fariq.


Bila 1 malam al-Qadar dibandingkan dengan satu tempoh pemerintahan yang dianggap penuh dengan keburukan, ini scara tak langsung merendahkan kemuliaan malam Al-Qadar. Seperti diungkapkan dalam sebuah syair:



ألم تر أن السيف ينقص قدره
إذا قيل إن السيف أمضى من العصا

Maksud harfiahnya:

"Tidakkah engkau melihat bahawa pedang berkurang nilainya,
apabila dikatakan: 'Pedang itu lebih tajam daripada tongkat.'"


Pedang bukan bandingan tongkat. Kalau pedang dibandingkan dengan tongkat dari sudut ketajamannya, apalah sangat pedang itu. Kalau nak puji pedang, bandinglah dengann senjata yang seumpamana. Dengan keris misalnya. barulah satu level atau barulah bermakna pujian itu.

Seorang penyair lain mengungkapkan:


إذا أنت فضلت امرأً ذا براعةٍ
على ناقصٍ كان المديحُ من النقصِ

Maksud harfiahnya:

"Apabila engkau mengutamakan (atau memuji) seorang yang mempunyai kelebihan dan kecemerlangan berbanding seorang yang serba kurang, maka pujian itu sendiri menjadi suatu kekurangan."

Bila dikatakan matahari itu cahayanya lebih terang dari pelita, maka kata-kata ini mengandungi makna tersirat merendah-rendahkan matahari.

Bila dikatakan singa itu lebih berani berbanding tikus, ia bukan pujian buat harimau. Itu menghina harimau.

Bila dikatakan Imam Syafie itu lebih alim daripada imam kampungmu, itu sekaligus menghina imam Syafie, bukan memujinya.

Intinya , kalau nak puji sesuarang dengan cara buat bandingan, pastikan bandingan itu setara. Kalau tidak setara, dalam pujian itu ada makna penghinaan!

Tafsir yang mengaitkan surah Al-Qadar dengan tempoh pemerinahan Bani Ummayyah ini ditolak kalangan mufassirin sunni tetapi diangkat oleh tokoh syiah.  

Penolakan terhadap Hadis Turunnya Nabi Isa dari langit

 Alasan-alasan penolakan:

1) Menyalahi konsep Khatamunnubuwwah yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW

2) Menyalahi al-Quran yang menyebutkan kata-kata nabi Isa' Manakala Kau mewafatkan aku" dalam Surah Al-maidah:117:


مَا قُلْتُ لَهُمْ إِلَّا مَا أَمَرْتَنِي بِهِ أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ ۚ وَكُنتُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا مَّا دُمْتُ فِيهِمْ ۖ فَلَمَّا تَوَفَّيْتَنِي كُنتَ أَنتَ الرَّقِيبَ عَلَيْهِمْ ۚ وَأَنتَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ (117)


3) Hadis Nuzul Isa adalah hadis Ahad.



Siapa yang mengengkari turunnya nabi Isa?

1) Golongan Muktazilah di zaman dahulu.
2) Jahmiyyah dan sebahagian Khawarij
3) Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Muhammad Rasyid Redha
4) Syeikh Mahmud Syaltut ( Syaikul Azhar pada zamannya)
5) Golongan yang dinamakan Quraniyyun
6) Beberapa pemikir dan pendakwah semasa seperti Adnan Ibrahim, Ahmad Subhi Mansur dan Mustafa Mahmud( sebelum beliau menarik kembali pandangannya)
7) Penganut Qodyani

*Ahmed Subhy Mansour is an Egyptian American activist and Quranist scholar dealing with Islamic history, culture, theology, and politics. He founded a small Egyptian Quranist group that is neither Sunni nor Shia. In 1987, he was fired from Al-Azhar University after expressing his liberal views.


Hujah-hujah penolakan terhadap hadis nuzul nabi Isa itu telah dibantah oleh para ulama. Hujah-hujahnya boleh idsemak di laman salafcenter



Friday, June 12, 2026

PUNCA KEBERATAN ULAMA YANG MENOLAK HADIS JASSASAH

Hadis Jasassah adalah hadis saheh dalam Saheh Muslim, riwayat Fatimah binti Qais. 


Kalangan ulama yang menolak kesahehan hadis ini beralasan:

1) Ada hadis saheh lain yang dinamakan Hadis Ibn Soyyad. Kalau betul ada dajal di pulau  sebagaimana dalam hadis kisah Tamim Ad-Dari, kenapa dalam hadis Ibn Soyyad tidak ditegaskan oleh Rasulullah secara pasti bahawa Ibn Soyyad bukan dajal? Tidak perlulah Umar Al-Khattab nak membunuhnya. Kenyataan nabi melarang Umar irtu masih tidak menunjukkan bahawa Ibn Soyyad dajal atau bukan. 

Namun Jumhur menyatakan jalan keluar. Ibn Soyyad itu cuma dajjal kecil.

2) Kewujudan pulau yang tidak pernah ditemui itu menjadi persoalan.  Bagaimana boleh tersembunyi sehingga kini? Bagaimana dajal boleh hiduip berabad2 di pulau itu?

Jawab Jumhur, ada banyak benda tersembunyi dan hanya muncul bila Allah kehendaki. Minyak misalnya. 

3) Riwayat Tamim Ad-Dari masa kafirnya

4) Makhluk Jassasah menyerupakan Marvel Story.

5) Hadis Ahad.

Semua alasan di atas ada jawapannya di sisi Jumhur.

 

Hadis Jassasah riwayat Fatimah binti Qais dalam Saheh Muslim:

"خطبنا رسول الله ﷺ فقال: (أمَا واللهِ ما جَمَعْتُكُمْ لِرَغْبَةٍ ولا لِرَهْبَةٍ، ولكنْ جَمَعْتُكُمْ لأنَّ تَمِيمًا الدَّارِيَّ كانَ رَجُلًا نَصْرانِيًّا فَجاءَ فَبايَعَ وأَسْلَمَ، وحَدَّثَنِي حَدِيثًا وافَقَ الذي كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عن مَسِيحِ الدَّجَّالِ، حَدَّثَنِي أنَّهُ رَكِبَ في سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ، مع ثَلاثِينَ رَجُلًا مِن لَخْمٍ وجُذامَ، فَلَعِبَ بهِمِ المَوْجُ شَهْرًا في البَحْرِ، ثُمَّ أرْفَؤُوا إلى جَزِيرَةٍ في البَحْرِ حَتَّى مَغْرِبِ الشَّمْسِ، فَقَعَدُوا في أقْرُبِ السَّفِينَةِ فَدَخَلُوا الجَزِيرَةَ فَلَقِيَتْهُمْ دابَّةٌ أهْلَبُ كَثِيرُ الشَّعَرِ، لا يَدْرُونَ ما قُبُلُهُ مِن دُبُرِهِ، مِن كَثْرَةِ الشَّعَرِ، فَقالوا: ويْلَكِ ما أنْتِ؟ فَقالَتْ: أنا الجَسَّاسَةُ، قالوا: وما الجَسَّاسَةُ؟ قالَتْ: أيُّها القَوْمُ انْطَلِقُوا إلى هذا الرَّجُلِ في الدَّيرِ، فإنَّه إلى خَبَرِكُمْ بالأشْواقِ. قالَ: لَمَّا سَمَّتْ لَنا رَجُلًا فَرِقْنا مِنْها أنْ تَكُونَ شَيْطانَةً، قالَ: فَمَضَيْنا سِراعًا حَتَّى دَخَلْنا الدَّيْرَ، فإذا فِيهِ أعْظَمُ إنْسانٍ رَأَيْناهُ قَطُّ خَلْقًا، وأَشَدُّهُ وِثاقًا، مَجْمُوعَةٌ يَداهُ إلى عُنُقِهِ، ما بيْنَ رُكْبَتَيْهِ إلى كَعْبَيْهِ بالحَدِيدِ، قُلْنا: ويْلَك مَنْ أنْتَ؟ قالَ: قدْ قَدَرْتُمْ علَى خَبَرِي، فأخْبِرُونِي ما أنْتُمْ؟ قالوا: نَحْنُ أُناسٌ مِنَ العَرَبِ، رَكِبْنا في سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ، فَصادَفْنا البَحْرَ حِينَ اغْتَلَمَ، فَلَعِبَ بِنا المَوْجُ شَهْرًا، ثُمَّ أرْفَيْنَا إلى جَزِيرَتِكَ هذِه، فَقَعَدْنا في أقْرُبِها، فَدَخَلْنا الجَزِيرَةَ، فَلَقِيَتْنا دابَّةٌ أهْلَبُ كَثِيرُ الشَّعَرِ لا يُدْرَى قُبُلُهُ مِن دُبُرِهِ مِن كَثْرَةِ الشَّعَرِ، فَقُلْنا: ويْلَكِ ما أنْتِ؟ فَقالَتْ: أنا الجَسَّاسَةُ، قُلْنَا: وما الجَسَّاسَةُ؟ فَقالَتْ: انْطَلِقُوا إلى هذا الرَّجُلِ في الدَّيْرِ، فإنَّه إلى خَبَرِكُمْ بالأشْواقِ، فأقْبَلْنا إلَيْكَ سِراعًا، وفَزِعْنا مِنْها ولَمْ نَأْمَنْ أنْ تَكُونَ شَيْطانَةً، فقالَ: أخْبِرُونِي عن نَخْلِ بَيْسانَ، قُلْنا: عن أيِّ شَأْنِها تَسْتَخْبِرُ؟ قالَ: أسْأَلُكُمْ عن نَخْلِها، هلْ يُثْمِرُ؟ قُلْنا له: نَعَمْ، قالَ: أما إنَّه يُوشِكُ أنْ لا تُثْمِرَ، قالَ: أخْبِرُونِي عن بُحَيْرَةِ الطَّبَرِيَّةِ، قُلْنا: عن أيِّ شَأْنِها تَسْتَخْبِرُ؟ قالَ: هلْ فيها ماءٌ؟ قالوا: هي كَثِيرَةُ الماءِ، قالَ: أما إنَّ ماءَها يُوشِكُ أنْ يَذْهَبَ، قالَ: أخْبِرُونِي عن عَيْنِ زُغَرَ، قالوا: عن أيِّ شَأْنِها تَسْتَخْبِرُ؟ قالَ: هلْ في العَيْنِ ماءٌ؟ وهلْ يَزْرَعُ أهْلُها بماءِ العَيْنِ؟ قُلْنَا له: نَعَمْ، هي كَثِيرَةُ الماءِ، وأَهْلُها يَزْرَعُونَ مِن مائِها، قالَ: أخْبِرُونِي عن نَبِيِّ الأُمِّيِّينَ ما فَعَلَ؟ قالوا: قدْ خَرَجَ مِن مَكَّةَ ونَزَلَ يَثْرِبَ، قالَ: أقاتَلَهُ العَرَبُ؟ قُلْنَا: نَعَمْ، قالَ: كَيْفَ صَنَعَ بهِمْ؟ فأخْبَرْناهُ أنَّهُ قدْ ظَهَرَ علَى مَن يَلِيهِ مِنَ العَرَبِ وأَطاعُوهُ، قالَ لهمْ: قدْ كانَ ذلكَ؟ قُلْنَا: نَعَمْ، قالَ: أما إنَّ ذاكَ خَيْرٌ لهمْ أنْ يُطِيعُوهُ، وإنِّي مُخْبِرُكُمْ عَنِّي، إنِّي أنا المَسِيحُ، وإنِّي يُوشِكُ أنْ يُؤْذَنَ لي في الخُرُوجِ، فأخْرُجَ فأسِيرَ في الأرْضِ فلا أدَعَ قَرْيَةً إلَّا هَبَطْتُها في أرْبَعِينَ لَيْلَةً، غيرَ مَكَّةَ وطَيْبَةَ، فَهُما مُحَرَّمَتانِ عَلَيَّ كِلْتاهُما، كُلَّما أرَدْتُ أنْ أدْخُلَ واحِدَةً، أوْ واحِدًا منهما، اسْتَقْبَلَنِي مَلَكٌ بيَدِهِ السَّيْفُ صَلْتًا، يَصُدُّنِي عَنْها، وإنَّ علَى كُلِّ نَقْبٍ مِنْها مَلائِكَةً يَحْرُسُونَها). قالَتْ: قالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ، وطَعَنَ بِمِخْصَرَتِهِ في المِنْبَرِ: (هذِه طَيْبَةُ هذِه طَيْبَةُ هذِه طَيْبَةُ) -يَعْنِي المَدِينَةَ- (ألَا هلْ كُنْتُ حَدَّثْتُكُمْ ذلكَ؟) فقالَ النَّاسُ: نَعَمْ، (فإنَّه أَعْجَبَنِي حَدِيثُ تَمِيمٍ أنَّهُ وافَقَ الذي كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عنْه وعَنِ المَدِينَةِ ومَكَّةَ، ألا إنَّهُ في بَحْرِ الشَّأْمِ، أوْ بَحْرِ اليَمَنِ، لا بَلْ مِن قِبَلِ المَشْرِقِ ما هُوَ، مِن قِبَلِ المَشْرِقِ ما هُوَ، مِن قِبَلِ المَشْرِقِ ما هُوَ)، وأَوْمَأَ بيَدِهِ إلى المَشْرِقِ."


Maksudnya:

"Demi Allah, aku tidak mengumpulkan kamu kerana suatu berita yang menggembirakan atau kerana suatu ancaman yang menakutkan. Tetapi aku mengumpulkan kamu kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, telah datang lalu berbai‘ah dan memeluk Islam.

Dia menceritakan kepadaku suatu kisah yang bertepatan dengan apa yang selama ini aku ceritakan kepada kamu tentang al-Masih ad-Dajjal.

Dia menceritakan bahawa dia pernah belayar dengan sebuah kapal bersama tiga puluh orang daripada kabilah Lakhm dan Judham. Ombak mempermainkan mereka selama sebulan di tengah laut.

Kemudian mereka berlabuh di sebuah pulau ketika matahari hampir terbenam. Mereka turun dari kapal dengan menaiki perahu kecil lalu memasuki pulau itu.

Tiba-tiba mereka bertemu seekor makhluk yang sangat berbulu sehingga tidak dapat dibezakan bahagian depan dan belakangnya kerana terlalu lebat bulunya.

Mereka berkata: 'Celaka engkau! Makhluk apakah engkau ini?'

Makhluk itu menjawab: 'Aku adalah al-Jassāsah.'

Mereka bertanya: 'Apakah al-Jassāsah itu?'

Ia berkata: 'Wahai kaum, pergilah kepada lelaki yang berada di biara itu. Dia sangat ingin mengetahui berita tentang kamu.'

Tatkala makhluk itu menyebut tentang seorang lelaki, kami menjadi takut kerana menyangka ia mungkin syaitan.

Lalu kami segera pergi ke biara tersebut.

Di dalamnya kami mendapati seorang manusia yang paling besar tubuhnya yang pernah kami lihat. Dia juga terikat dengan ikatan yang sangat kuat. Kedua tangannya diikat ke lehernya, dan antara lutut hingga ke buku lalinya dibelenggu dengan besi.

Kami berkata: 'Celaka engkau! Siapakah engkau?'

Dia menjawab:

'Kamu nanti akan mengetahui tentang diriku. Tetapi beritahulah dahulu siapakah kamu.'

Kami menjawab:

'Kami adalah orang Arab. Kami menaiki sebuah kapal, lalu laut bergelora dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami terdampar di pulau ini. Kami masuk ke dalamnya lalu bertemu makhluk berbulu yang tidak diketahui mana depan dan mana belakangnya. Ia memberitahu kami supaya menemui engkau. Maka kami datang dengan segera, namun kami takut ia mungkin syaitan.'


Soalan-soalan Dajjal

Lelaki itu berkata:

"Beritahu aku tentang pokok-pokok kurma di Baisan."

Kami bertanya:

"Apa yang ingin engkau ketahui?"

Dia berkata:

"Adakah pokok-pokok kurma itu masih berbuah?"

Kami menjawab:

"Ya."

Dia berkata:

"Tidak lama lagi ia akan berhenti berbuah."

Kemudian dia berkata:

"Beritahu aku tentang Tasik Tiberias."

Kami bertanya:

"Apa yang ingin engkau ketahui?"

Dia berkata:

"Adakah masih terdapat air di dalamnya?"

Kami menjawab:

"Airnya sangat banyak."

Dia berkata:

"Tidak lama lagi airnya akan kering."

Kemudian dia berkata:

"Beritahu aku tentang mata air Zughar."

Kami bertanya:

"Apa yang ingin engkau ketahui?"

Dia berkata:

"Adakah masih terdapat air di situ? Dan adakah penduduknya bercucuk tanam dengan air tersebut?"

Kami menjawab:

"Ya. Airnya banyak dan penduduknya menggunakan air itu untuk bercucuk tanam."

Dia berkata:

"Beritahu aku tentang Nabi orang-orang ummi (Muhammad ﷺ). Apa yang telah berlaku kepadanya?"

Kami menjawab:

"Baginda telah keluar dari Mekah dan menetap di Yathrib (Madinah)."

Dia bertanya:

"Adakah orang Arab memeranginya?"

Kami menjawab:

"Ya."

Dia bertanya:

"Bagaimanakah keadaannya bersama mereka?"

Lalu kami menceritakan bahawa baginda telah mengalahkan bangsa Arab yang berada di sekelilingnya dan mereka telah mentaatinya.

Dia bertanya:

"Benarkah perkara itu berlaku?"

Kami menjawab:

"Ya."

Dia berkata:

"Sesungguhnya itu lebih baik bagi mereka, iaitu mereka mentaatinya."


Pengakuan Dajjal

Kemudian dia berkata:

"Sekarang aku akan memberitahu kamu tentang diriku.

Sesungguhnya aku ialah al-Masih (ad-Dajjal).

Sudah hampir masanya aku diberi izin untuk keluar.

Apabila aku keluar nanti, aku akan menjelajah seluruh bumi. Tidak ada sebuah negeri pun melainkan aku akan memasukinya dalam tempoh empat puluh malam.

Kecuali Mekah dan Taibah (Madinah). Kedua-duanya diharamkan ke atasku.

Setiap kali aku ingin memasuki salah satu daripadanya, akan muncul seorang malaikat yang menghunus pedang lalu menghalangku.

Pada setiap jalan masuk ke kedua-dua kota itu terdapat malaikat yang menjaganya."


Komen Rasulullah ﷺ

Kemudian Rasulullah ﷺ mengetuk mimbar dengan tongkat kecil baginda lalu bersabda:

"Inilah Taibah! Inilah Taibah! Inilah Taibah!" (iaitu Madinah).

Kemudian baginda bertanya:

"Bukankah aku telah menceritakan perkara ini kepada kamu sebelum ini?"

Para sahabat menjawab:

"Benar."

Baginda bersabda:

"Sesungguhnya yang membuatkan aku kagum ialah kisah Tamim itu bertepatan dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu tentang Dajjal, tentang Madinah dan tentang Mekah.

Ketahuilah, dia berada di Laut Syam atau Laut Yaman.

Bahkan tidak, dia berada di sebelah timur.

Dia berada di sebelah timur.

Dia berada di sebelah timur."

Lalu baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.



 


Tuesday, June 9, 2026

PENYIMPANGAN ULAMA DALAM TAFSIR KHABAR GHAIB

Setiap ulama ada kejanggalannya. Kejanggalan itu adalah lumrah manusiawi. 

Pun begitu, sebagai ummat yang menghargai ulama, kita menerima kekhilafan mereka itu sebagai sifat mansuaiwi yang tak boleh elak daripada kesalahan. Kita tidak menela mereka melainkan mendatangkan hujah-hujjah yang menolak pandangan mereka.

Bak kata pepatah Arab:

لِكُلِّ صَارِمٍ نَبْوَة، ولكُلِّ جَوَادٍ كَبْوَةٌ، ولكلِّ عالِمٍ هَفْوَة

Berlaku kegelinciran ulama dalam mentafsirkan Al-Quran disebabkan faktor-faktor berikut:

1) Mengikut hawa nafsi dan pandangan peribadi yang dicela
2) Berganting kepada Israiliyyat dan hadis-hadis rekaan
3) terpengaruh dengan ilmu kalam dan falsafah
4) Keterlaluan dalan menggunakan I'jaz i'lmi dalam mentafsir.

Antara tokoh ulama yang kita akan perkatakan di bawah tajuk ini ialah Syeikh Muhamamd Abduh dan muridnya Syeikh Muhammad Rasyid Redha

Di antara Tafsir Syeikh Muhammad Abdul yang janggal ialah:

1) Menafsirkan makna "An-Naffasat" dalam surah an-nas sebagai perbuatan mengadu domba dan bukan perbuatan sihir. Ini kerana bagi Syeikh Muhamamd Abduh, sihir itu tiada hakikat yang bersifat maddiyyah. baginya. Ia cuma kayalan belaka.

2) Menafsirkan makna kata Jin dalam Quran itu sebagai Mikro Organisme yang didedahkan melalui sains.

3) Menafsirkan burung ababil dan batu-batu dari sijjil yang disebutkan dalam surah Al-Fil sebagai wabak penyakit seperti kolera yang dibawa oleh kuman-kuman.

4) Meragui Adam sebagai bapa tunggal biologi seluruh manusia.

5) Menolak hadis-hadis soheh yang bertentangan dengan akal dan logik seperti hadis tentangnabi kena sihir, asal makanan berulat dan busuk serta hadis lalat.

Syeikh Rashid Redha dalam majalah Al-Manar mengkritik hadis-hadis  yang menurutnya bertentangan dengan akal dan Al-Quran. Contohnya adalah:
a) Hadis berkaitan kedatangan Imam Mahdi. menurtnya semua hadis mengenainya tidak saheh.
b) Hadis mengenai nabi disihir. Ini bertentangan dengan prinsip 'Ismah Nabi.
c) Hadis yang dinamakan hadis Jassasah yang menceritakan mengenai dajal. Beliu menolaknya kerana hadis ini menyerupai mukjizat Nabi SAW.
d) Sekalipun hadis itu ada dalam Sohihain, beliau menolaknya kerana mencacatkamn kemaksuman para nabi seperti hadis mengenai Tawaf Sulaiman atas isteri-isterinya.


Mengambil contoh penolakan Syeikh rashid Ridha terhadap hadis bahawa nabi disihir yang ada dalam Saheh Bukhari, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjelaskan sebab-sebabnya. Beliau membela ketokohan dan keilmuan rashid Redha dan penolakan terhadap hadis saheh tersebut bukan atas runtunan hawa nafsu. Penolakannya pula berserta denagn takwilan maksud hadis. 

Satu hal yang penting, orang yang mengkritik tokoh-tokoh yang kelihatan menolak hadis soheh, mereka perlu tahu bahawa menolak beberapa hadis saheh bukan pertama kali dibuat oleh rashid Redha sahaja. Bahkan ada ramai tokoh lain  yang telah melakukan hal yang sama seperti Abu bakar Ar-Razi Al-Hanafi yang dikenali denagn nama Imam Al-Jassas. Bahkan. isteri Nabi SAW terkenal menolak beberapa hadis saheh yang datang darijalur beberapa sahabat lain. 

Ini hal biasa terjadi dalam dunia hadis.


Rasyid Redha juga tidak menerima satu lagi hadis yang disebut sebagai hadis Jassasah yang ada dalam saheh muslim. Ia diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais menceritakan pengalaman luar biasa Tamim Ad-Dari. Antara sebab dia menolak hadis ini adalah ia ada unsur luar biasa iaitu pulau misteri, haiwan berbulu yang bholeh bercakap dan makhluk dajal yang terikat dalam gua. Cerita seperti ini menyerupai fiksyen. Lagi pula jalur hadis ini adalah Ahad dan ia ditolak olehnya sebagai hujjah dalam hakl-hal ghaib dan juga melibatkan akidah. Bukan  bermaksud Rasyid redha menolak wujudnya dajal, malah hadis yang menceritakan tentang dajal diterimanya.Hanya hadis Jassasah ini dikritiknya.

Lagi pula, hadis itu ada dalam Saheh Muslim sedangkan dalam Saheh Bukhari tiada. Kengganan Imam Bukhari memasukkan dalam sahehnya ada isyarat yang perlu difahami. Kerana nakarahnya.

RUMUSAN KITAB: PERBEZAAN ANTARA DUA WALI

Bukan semua wali itu wali Allah. Ada juga wali syaitan. Pembahagian dua jenis wlai inu bukan rekayasa Ibn taimiyyah atau sesiapa. Memang All...