Saturday, November 21, 2026

RIWAYAT ALI MELAMAR ANAK PERMPUAN ABU JAHAL DI SISI ULAMA SYIAH

Kisah Ali cuba melamar anak perempuan Abu Jahal  yang namanya dalam sirah disebutkan sebagai Juwairiyah ada dalam sumber Islam seperti Saheh Bukhari dan Muslim. Namun, riwayat sedemikian ditolak oleh para ulama Syiah dengan beberapa asalan:

1) Sebab Akidah:  Kisah seperti itu mencabar akidah yang dipegang oleh Syiah yang menetapkan kemaksuman Ali bin Abi Talib sebagai imam pertama mereka. Ini kerana jika peristiwa itu berlaku, ia menyakiti Fatimah dan juga Rasulullah SAW dan ini tidak selari dengan sifat 'Ismah Ali.

2) Kisah ini menyalahi nas Al-Quran di mana dalam Al-Quuan Allah SWT menghalalkan lelaki menikahi sampai 4 wanita. Tiba-tiba dalam cerita ini, Nabi SAW melarang satu yang Allah halalkan. Tak mungkin Nabi bertentangan dengan Al-Quran! Maka cerita ini tak betul.

3) Kisah ini juga ada masalah dari sudut riwayat. Perawi cerita itu, MISWAR BIN MUKHRIMAH didapati masih kecil pada masa kejadian. Bagaimana kisahnya boleh diterima?

4) Riwayat Ali mahu kahwin lain semasa hayat Fatimah itu tiada dalam hadis-hadis riwayat Syiah bahkan terdapat riwayat dari imam-imam Syiah yang menafikannya.


Nota: Ada pengkaji dari kalangan Syiah cuba merasionalkan kisah ini dengan membuat andaian bahawa Ali memang ada hasrat  ittu tapi dia bawa kepada Nabi SAW. Apabila Nabi tidak menyetujuinya, dia pun tidak teruskan. Ia hanya sekadar merancang keana maslahat tertentu. Dia tidak pernah bertindak pun. 

No comments:

Post a Comment

RIWAYAT ALI MELAMAR ANAK PERMPUAN ABU JAHAL DI SISI ULAMA SYIAH

Kisah Ali cuba melamar anak perempuan Abu Jahal  yang namanya dalam sirah disebutkan sebagai Juwairiyah ada dalam sumber Islam seperti Saheh...