Friday, November 20, 2026

KESILAPAN ALI BIN ABI TALIB

Ahlu Sunnah tidak mengatakan ada orang maksum selain para Nabi. Para sahabat Nabi juga tidak maksum. Termasuk yang tak maksum adalah Ali bin Abi Talib. Kenapa perlu sebut nama Ali bin Abi Talib?

Kerana kaum Syiah memaksumkannya. 

Ertinya, bagi mereka Ali tak pernah buat silap.  Sehingga disebarkan dan dibacan di membar-membar Ahli Sunnah beberapa manaqib Ali yang tak berasas. 

Ali sebagai pintu ilmu dan nabi bandarnya. Itu adalah hadis palsu dan sudah dinilai ramai para ahlinya.

Ada lagi hadis menyebutkan : Kebenaran bersama Ali ke manapun dia pergi

Hadis dengan lafaz khabar seperti di atas adalah tidak saheh dan dijelaskan oleh para ulama hadis dalam kitab-kitab mereka. Sila cari .

Kalau dengan lafaz doa daripada Nabi:

رحِمَ اللهُ عَليًّا، اللَّهمَّ أدِرِ الحقَّ معَه حيثُ دارَ

Yang macam ini ada dalam sumber-sumber dan kedudukannya lebih kuat. 

Dalam artikal pendek ini saya ingin sebutkan dua perkara yang dibawakan oleh para pengkritik hadis yang menyebutkan bahawa Ali sentiasa bersama kebenaran. Ada masanya Ali tidak bersama yang benar. Dia berada di lopak yang salah. Berikut adalah dua contohnya:

1) Peristiwa dalam perjanjian Hudaibiah. Ketika wakil Musyrikin enggan menerima  lafaz bismillah dan muhammad rasulullah, nabi suruh Ali yang jadi tukang catat padam dua kalimah itu. Tapi Ali tak mahu sedanhkan nabi suruh. Ali yang betul atau nabi yang betul? Akhirnya nabi sendiri yang minta tunjukkan tempat dan dia padamkan.

2) Ada hadis menceritakan tindakan Ali menjatuhkan hukuman BAKAR kaum Sabaiyyah yang menuhankannya.

- أنَّ عَليًّا رَضيَ اللهُ عنه حَرَّقَ قَومًا، فبَلَغَ ابنَ عَبَّاسٍ، فقال: لو كُنتُ أنا لَم أُحَرِّقْهم؛ لأنَّ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم قال: لا تُعَذِّبوا بعَذابِ اللهِ، ولَقَتَلتُهم، كما قال النَّبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم: مَن بَدَّلَ دينَه فاقتُلوه.

خلاصة حكم المحدث : [صحيح]
الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري | الصفحة أو الرقم : 3017
| التخريج : من أفراد البخاري على مسلم


- عن عكرمةَ, أنَّ عليًّا أحرق ناسًا ارتدُّوا عن الإسلامِ, فبلغ ذلك ابنَ عبَّاسٍ فقال : لم أكُنْ لأحرقَهم بالنَّارِ ؛ لأنَّ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم قال : لا تُعذِّبوا بعذابِ اللهِ . وكنتُ قاتلَهم, لقولِ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم : من بدَّل دينَه فاقتلوه . فبلغ ذلك عليًّا, فقال : ويحَ أمِّ ابنِ عبَّاسٍ !

"Kalaulah aku yang mengendalikan perkara ini, aku tidak akan membakar mereka dengan api. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda: Janganlah kamu menyeksa dengan seksaan Allah. Namun, aku tetap akan membunuh mereka berdasarkan sabda Rasulullah ﷺ: Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia."

Apabila kata-kata Ibn Abbas itu sampai kepada Ali, beliau berkata:

وَيْحَ أُمِّ ابْنِ عَبَّاسٍ

Maksudnya:  Bertuahnya ibu Ibn Abbas !(lafaz pujian dan penzahiran kekaguman)


خلاصة حكم المحدث : صحيح

الراوي : عبدالله بن عباس | المحدث : ابن عبدالبر | المصدر : التمهيد | الصفحة أو الرقم : 5/305
| التخريج : أخرجه البخاري (3017) باختلاف يسير


Riwayat ini terdapat juga dalam Sunan Abi Dawud, Kitab al-Hudud. Lihat juga huraian al-Khattabi dalam Ma'alim al-Sunan

Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi turut menguatkan tafsiran ini dengan merujuk riwayat lain yang menyebut bahawa Ali berkata:

صَدَقَ ابْنُ عَبَّاسٍ

"Benarlah Ibn Abbas."



Ibn Abbas mengatakan menyebutkan dengan cara yang lembut dan berhemah bahawa kalau dia di tempat Ali, dia tak akan bakar kaum itu, sebaliknya membunuh dengan kaaedah bunuh Islam bagi golongan yang murtad. Bakar adalah cara hukuman khusus Allah SWT sahaja. 

Dalam kes ini, kita dapat faham bahawa yang benar adalah Ibn Abbas dan Ali salah.

3) Ada persitiwa lain yang boleh diangkat menafikan kenyataan Ali sentiasa bersama "haq' seperti dalam hadis palsu tadi. Ali pernah meminang anak perempuan Abu Jahal bernama Juwairiyah masa hayat Fatimah. Hal itu membuatkan Fatimah tersinggung dan mengadu kepada Nabi SAW. Nabi naik atas membar masjid dan membuat ucapan yang menjadikan Ali batalkan hasratnya.

Disebutkan dalam hadis yang saheh:

- أنَّ عليًّا خطَب ابنةَ أبي جهلٍ فوُعِد النِّكاحَ فأتَتْ فاطمةُ النَّبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم فقالت : إنَّ قومَكَ يتحدَّثونَ أنَّكَ لا تغضَبُ لبناتِك وإنَّ عليًّا خطَب بنتَ أبي جهلٍ فقال النَّبيُّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم : ( إنَّما فاطمةُ بَضعةٌ منِّي وإنِّي أكرَهُ أنْ يسوءَها ) وذكَر أبا العاصِ بنَ الرَّبيعِ فأحسَن عليه الثَّناءَ وقال : ( لا يُجمَعُ بيْنَ بنتِ نَبيِّ اللهِ وبيْنَ بنتِ عدوِّ اللهِ )
خلاصة حكم المحدث : أخرجه في صحيحه
الراوي : المسور بن مخرمة | المحدث : ابن حبان | المصدر : صحيح ابن حبان | الصفحة أو الرقم : 7060
| التخريج : أخرجه البخاري (3729)، ومسلم (2449)، وابن ماجة (1999) باختلاف يسير.

 


Masa Ali nak kahwin itu, apakah kebenaran bersamanya? Tentu tidak bukan? Kalau kebenaran bersamanya, tentu Rasulullah tidak menegurnya.

Saya sudah baca beberapa sumber syiah dan mereka menolak kesahehan hadis ini. Mereka menyifatkannya bikinan Bani Umayyah yang memusuhi Ali. Miswar bin Mukrimah yang meriwayatkan hadis ini memang sahabat Nabi SAW. Tapu waktu pinangan Ali yang dikatakannyaa itu, dia sendiri masih kecil. Ini antara alasan syiah menolak hadis ini.

Kesimpulan yang kita nak angkat, bukan Ali tak betul sentiasa. bahkan sahabat nabi yang lain pun sama. Bukan sentiasa bersama HAQ. Mendakwa Ali sentiasa bersama kebenaran adalah satu ketaksuban yang menjadi syiar kaum syiah. Orang ahli sunnah perlu pendekatan moderate tantang sahabat.

Terlebih utama, janganlah jadikan hadis palsu sebagai dalil.



No comments:

Post a Comment

KESILAPAN ALI BIN ABI TALIB

Ahlu Sunnah tidak mengatakan ada orang maksum selain para Nabi. Para sahabat Nabi juga tidak maksum. Termasuk yang tak maksum adalah Ali bin...