Thursday, March 28, 2024

ALLAH MAUJUD BILA MAKAN

Allah Maujud Bila Makan adalah perkataan yang popular kalangan Asha'irah . Perkataan itu benar dari satu sudut , namun ia juga boleh mebawa kepada maksud yang salah.

Apa yang benar dan apa yang salah?

Benar jika tujuannya menafikan Allah bertempat dalam makhluk Salah jika untuk menafikan Allah di atas langit.

Perbezaan dua keadaan ini adalah kembali kepada konsep MAKAN itu sendiri. Ada Makan Maujud dan Ada Makan Ma'dum.

Ada pula golongan yang meleretkan perkataan tentang MAKAN ini dengan mengatakan ALLAH MAUJUD FI KULLI MAKAN.

Allah maujud fi kulli makan adalah perkataan sesat yang dikumandangkan oleh golongan Jahmiyyah. Akidah yang benar adalah Allah di atas segala makhluknya. Ayat-ayat dan nas yang menunjukkan kebersamaan Allah dengan makhluknya itu bukanlah bermaksud Allah bersama makhluk dengan zatnya, tetapi adalah dengan ilmunya.

Firman Allah dalam Surah Fatir ayat 10:

إلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ

"KepadaNyalah naik segala perkataan yang baik".

Apabila disebut naik, ia membawa maksud nak ke atas. Tidak dinamakan naik kalau bukan ke atas.

Banyak ayat yang menyebutkan Allah di langit. Perkataan "di langit" bukanlah difahami bahawa Allah bertempat di langit. Huruf "fi " dalam bahasa Arab membawa maksud di atas. Umpamanya bila Allah berfirman :

قُلْ سِيرُوا فِي الأَرْضِ

Katakanlah : berjalanlah kamu di atas bumi.

Tidak difahami berjalan dalam bumi!

Demikian juga tatkala Allah berfirman:

وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ فِي جُذُوعِ النَّخْلِ


" Demi sesungguhnya akan aku salib kalian di batang-batang kurma"

Maksudnya adalah di atas batang kurma. Bukan dalam batang kurma.

Maka Allah di atas langit. Itu bukan bermaksud Alalh bertempat. Tiada di atas langit. Tempat atas langit disebut sebagai MAKAN 'ADAMI iaitu tempat yang tidak wujud. Maka MAKAN yang kita faham atas langit itu bukan macam MAKAN di bawah langit. MAKAN atas langit itu bukan makhluk.


Tatkala Allah menciptakan Al-Qalam, Arasy atau air dalam salah satu qaul (mengenai awal kejadian), di mana tempatnya? Sebelum ada sesuatu, logiknya hendaklah ada tempat. Mana tempat makhluk itu? Kalau ada tempat, tentu tempatlah yang lebih awal dicipta.

Adapun kalam "Allah Maujud Bila Makan" ada dua dimensi pemahaman yang perlu dicermati. 

Jika maksudnya Allah tidak menempati dalam makhluk, ia adalah saheh. Ia akidah yang benar. Alalh tidak hulul damn tidak ittihad dengan makhluk kerana Allah tidak mengambil tempat dalam makhluk. 

Namun, jika ia bermaksud menafikan Allah di atas langit, sehingga dikatakan Allah tidak di atas, tidak di bawah, tidak di kiri dan tidak di kanan dan seterusnya, maka perkataan tersebut adalah MUSYKIL. 

Ia menafikan sifat Uluwwullah yang ditegaskan dalam banyak dalil nas. Maka perkataan Allah Maujud Bila Makan adalah maqbul kalau disandarkan kepada makhluk. 

Adapun atas langit,yakni atas Arasy, ia bukan lagi Makan. 

JIHAH dan MAKAN itu istilah yang terpakai dalam lingkungan makhluk sahaja. Ia tidak terpakai untuk Khaliq iaitu Allah SWT.


Bila nas menyebutkan Allah di atas arasy, bukanlah difahami bahawa Allah bertempat di atas arasy. Atau disebutkan dalam perkataan para ulama yang membahaskannya " MAMASSUN BIl ARSY". Yakni bersentuh/bertempel dengan arasy.




Tuesday, March 26, 2024

Allah Wujud Tanpa Makan

Allah wujud tanpa makan yang dimaksudkan adalah Allah wujud tidak bertempat. Ia merupakan selogan para ahli kalam. Ia menjadi selogan yang membedakan mereka daripada golongan lain dalam Islam sebagaimana pernah terjadi selogan Al-Quran adalah Makhluk pada zaman Muktazilah pernah berkuasa dahulu.

Sekarang, siapa yang tidak mengatakan Allah wujud tidak bertempat (Allah Maujud Laisalahu Makan) , dia adalah mujassimah. Dia adalah musyabbihah. Dan...dialah Wahabi. 


Betulkah Allah wujud tanpa tempat?

Pertama sekali, perlu diketahui apa itu makan atau  tempat itu?

Apakah tempat itu makhluk?

Seterusnya, mahu ditanya pula kepada pendendang Allah wujud tanpa makan itu, tatkala Allah menciptakan Qalam atau air sebagai makhluk yang awal, mereka itu duduk di mana? Kenapa Allah tidak ciptakan makan/tempat dulu ?

Apakah tempat itu makhluk yang maujud atau hanya sekadar abstrak yang bukan material? Seperti kalimah wujud, demikianlah pula kalimah tempat. Semua sesuatu itu disebut wujud dan demikian pula bagi mereka tempat. Macam itulah fungsi tempat , sama macam wujud.  Apakah begitu?

Andaikan begitu....

Kalau yang namanya makan itu sama macam wujud, satu yang bersifat zihni dan bukan hamsi (ada dalam fikiran , abstrak dan bukan jenis boleh disentuh) maka apakah salah dikatakan Allah wujud bertempat sepertimana boleh kita ucapkan Allah itu wujud, Allah itu mendengar dan selainnya?

Makan dan wujud ,kedua-duanya zihniyyun  dan boleh disandarkan kepada Allah!


Kaum mutakallimin berandalkan mantiq mereka. 

كل شيء سوى الله مخلوق، والمكان ليس بإله، فهو مخلوق، وبالتالي لا نثبت له مكانا لأن الله لا يحل في المخلوقات

Segala sesuatu selain Allah adalah Makhluk. Tempat bukan Tuhan maka ia adalah makhluk. Kerana itu,kita tidak boleh menetapkan tempat bagi Allah kerana Allah tidak berada dalam makhluk!


Pertanyaan lain untuk para mutakallimin, yang juga perlu diberi perhatian ialah:

Apakah ilmu itu makhluk?

Apakah Kalam itu makhluk?

Kalau jawapannya ilmu itu makhluk, maka mahu ditanya lagi....

Apakah ilmu bertempat? Mana tempat ilmu?

Kalau ilmu tak bertempat, ia sudah mengambil sifat Allah yang dikatakan tidak bertempat. Maka, jadilah Allah mumasalah juga dengan makhluk.

Bukankah Allah dikatakan tidak bertempat sebab mahu ditegakkan konsep laisa kamislihi bis syai'.

Sekarang, ada mahkluk yang sama macam Allah, laisalahu makan!

macamana?

Maka sebenarnya makan itu mahkluk atau tidak?

Pertannyaan ini samalah dengan mempertanyakan, apakah ilmu Allah itu makhluk atau Allah?Apakah kalam Allah itu mahkluk atau Allah?

Nanti dikatakan pula Quran makhluk, jadi muktazilah.

Apakah ada yang berani mengatakan Quran mahkluk dan dalam masa yang sama mengaku Ahli Sunnah?

Hujah-hujah para ahli kalam yang mengatakan bahawa Allah yang menciptakan tempat dan Dia tidak mengambil tempat dijawab dengan pertanyaan berikut:

Katakan kita setuju bahawa Al-Qalam adalah makhkluk pertama diciptakan (ada khilaf kata air dulu), maka soalannya:

Mana lebih dahulu diciptakan, Qolam ke Makan(tempat)?

Kalau jawapannya adalah Qolam (sebagaimana disebutkan dalam banyak nas), maka bagaimana boleh terciptakan Qolam dulu sebelum ada tempat????Kalau dikatakan tempat dulu diciptakan , baru Qalam, itu telah menyalahi nas. Macam mana?Pening tak jawab soalan ni?

Kerana itu , jawab dulu, apa itu makan? Apakah benar ia mahkluk yang wujud tersendiri atau ianya wujud yang terikat dan yang lain?

Macam kalam, sama' basar dan sifat-sifat yang tidak berdiri sendiri.

Kita kata Allah itu baginya Sama'. Tapi sama'nya tidak sama dengan sama' makhluk. Bagaimana kalau kita ucapkan pula, Allah itu baginya makan, tapi makaNYa tidak sama dengan makhluk!

Ringkasnya, kita samakan samak dengan makan. 

Sebab, kita tidak boleh menetapkan secara pasti dan yakin apa itu makan? Kalau makan itu tempat dan ia satu ruangan yang tersendiri, maka tentulah ia perlu diciptakan dulu sebelum terciptanya Al-Qalam! Sedangkan nas sebut Al-Qalam makhluk terawal!

Masalah yang menghambat kesepakatan antara ahli kalam dengan Salafiyyah adalah pada persoalan tempat ini. Kalau Makan itu dikatakan wujud mustaqillah, memanglah Allah tidak boleh dikatakan ambil makan. Tapi bagaimana kalau makan itu bukan wujud mustaqillah. Ianya wujud murtabitoh (bersama) macam samak, basar dan lain-lain sifat. Makan itu cuma gambaran batasan sesuatu seperti panjang pendek, tinggi dan rendah.


Kalau konsep Makan itu diperjelaskan sampai ke tahap tu, maka, seruan Allah laisa lahu MAKAN tidak releven lagi. Salahlah kalau dikatakan MAKAN adalah Makhluk dan Allah tidak duduk dalam Makhluk.


Apa itu Perkara Maujud dan Perkara Ma'dum?

Kata Ar-Razi:


الحيز أمر عدمي وليس وجودي


Perhatian: Apa yang dimaksudkan dengan JIHAH adalah :

المكان والحيز والظرف



Maka Jihah adalah Amrun 'Adamiyyun ( benda yang tidak ada). Dalam bahasa inggeris disebut abstrak.



Kerana itu perkataan bahawa ALLAH MENCIPTAKAN MAKAN adalah perkataan yang salah kerana MAKAN itu tiada. Makan adalah amrun 'adamiyyun. Abstrak. Makan bukan macam bumi, langit dan sebagainya. Macam mana Allah menciptakan makan sedangkan Makan itu tiada! 

Tunjukkan satu ayat dalam Quran atau hadis yang mengatakan Allah mencipakan MAKAN (tempat).

Allah menciptakan langit dan bumi. Ada nasnya. Temoat langit dan bumi, ada disebutkan Allah menciptakannya? Soalan ini bawa kita kepada persoalan sebelumnya. Allah ciptakan Qolam. Apakah sebelumnya Allah ciptakan tempatnya? Kalau tempatnya ada, maka jadilah tempat itu lebih awal dari Qolam!


Katakanlah kita terima bahawa MAKAN itu amrun wujudiyyun di bumi, dan di langit...tetapi...

Apakah atas Arays itu termasuk MAKAN?  WUJUDKAH MAKAN ATAS ARASY?

Apakah dalil yang disandarkan bahawa tasa arasy itu makan. Bila dikatakan Allah di atas Arasys, maka kata tersebut dianggap menempatkan Allah. Soalnya, apakah atas arasy itu tempat? Tempat itu makluk. Makhluk paling atas adalah arasy Atas arasy ada makluk lagu ke. Ada Makan ke? (kalau Makan iktu makhluk)

Lalu, kalau kata Allah di atas daripada arasy, apakah ia membawa maksud Allah bertempat? Tiada lagi mahkluk atas arasy. Tiada lagi MAKAN!

Apakah tas arasy ada MAKAN? Atas MAKAN ada Makan lagi. Atas MAKAN itu adalah MAKAN LAGI...unlimited. Maka, itu membawa kepada dakwaan bahawa makhluk itu tiada kesudahannya. Tiada nihayahnya. Bila nak sampai kepada Khaliq?

Bagi orang yang tak faham-faham, kata siapa yang dakwa Allah di atas arasy bermakna dia menempatkan Allah di atas makhluk, tolong beritahu apakah MAKAN yang Allah duduk di atas arasy itu. Apa nama MAKAN itu?

Atas arasy ada Makan? Sampai mana nak habis makan? Nanti atas makan ada makan. Ada makan ada makan dan seterusnya. jaduilah Makan lebih besar dari Allah. Sebab makan tiada sempadan. 

Balik kepada soalan asal yang hampir dilupakan. Apakah MAKAN itu makhluk???

Kalau Makan adalah makhluk, maka jelaslah bahawa Allah tdiak masuk dalam makhluk. Tapi atas arasy ada lagi ke MAKAN????

Allah atas arasy...itu disebut sifat uluw. Ayat Quran dan hadis banyak sebutkan bahawa Allah di atas. Atas sekali (atas arasy )ada MAKAN ke?


Baca:  https://al-maktaba.org/book/31616/27415#p1


Friday, March 8, 2024

Kaedah : Hukum pemerintah mengangkat khilaf- Apa Maksudnya?

 Terdapat hadis yang disebutkan dalam Saheh Muslim (1223) dan Bukhari (1563) kisah khilaf antara Saidina Uthman bin Affan dengan Ali bin Abi Talib dalam maslah haji Tamattu' .  Hadis berbunyi:

عن مروان بن الحكم، قال:  شَهِدْتُ عُثْمَانَ وعَلِيًّا رَضيَ اللهُ عنهما وعُثْمَانُ يَنْهَى عَنِ المُتْعَةِ، وأَنْ يُجْمَعَ بيْنَهُمَا، فَلَمَّا رَأَى عَلِيٌّ أَهَلَّ بهِمَا: لَبَّيْكَ بعُمْرَةٍ وحَجَّةٍ، قالَ: ما كُنْتُ لِأدَعَ سُنَّةَ النبيِّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ لِقَوْلِ أَحَدٍ.

Walaupun Uthman bin Affan adalah Khalifah ketika itu, dan dia mengeluarkan arahan melarang orang ramai dapada berniat haji tamattu', Saidina Ali menyalahinya. Saidina Ali beralasan bahawa Sunnah mengharuskan seseorang untuk melakukan haji tamattu'. 

Hadis ini menjadi dalil bahawa hukum yang diputuskan oleh imam tidak mengikat seseorang yang lain. Jika seornag mujtahid, dengan ijtihadnya, ia tidak mengikat orang lain, maka demikianlah seorang pemimpin. Apa yang diptuskan pemimpin samalah dengan apa yang diputuskan melalui seseorang mujtahid. Jika pemimpin itu seornag muqallid, maka keputusannya adalah sama seperti para muqallid yang lain. Jawatan kepimpinan tidak mengangkat sesuatu perkara khilaf menjadi muktamad dan wajib diikuti. 

Maka di mana duduknya kaedah yang sering diwar-warkan orang?

حكم الحاكم يرفع الخلاف

"Keputusan pemerintah mengangkat khilaf"

Kaedah di atas perlukan penjelasan. Ia bukan terpakai secara bebas. Dengan kata lain, pemerintah membuat keputusan dalam perkara khilaf untuk memilih sesuatu pandangan , maka apakah rakyat wajib mengikut? Apakah itu yang difahami daripada kaedah di atas?

Para ulama menjelaskan bahawa kaedah tersebut adalah dilaksanakan bila berlaku perselisihan antara dua Qaul ata beberapa Qaul. Maka, dalam rangka meleraikan perselisihan itu, Qadhi (yang dilantik pemerintah) perlu membuat keputusan. Qaul mana yang hendak dipakai. Qaul yang diputuskan Qadhi, ittulah kata putus. Dengan kata lain, kaedah ini dipakai bila berlaku perselisihan. Dalam keadaan biasa, kaedah ini tidak digunakan.Setiap orang bebas memilih pandangan imam mujtahid yang dia cenderung kepadanya. Qadhi tidak boleh menetapkan kewajipan atas orang awam untuk mengikut satu-satu pandangan.

Hal ini telah dijelaskan oleh Imam Ibn Taimiyyah dalam Majmuk Fatawa (35/372):


ليس المرادُ بالشَّرع اللازمِ لجميعِ الخلق حكمَ الحاكم، ولو كان الحاكمُ أفضلَ أهل زمانه، بل حكمُ الحاكم العالم العادل يلزم قوماً معينين، تحاكموا إليه في قضيةً معينةٍ، لا يلزم جميعَ الخلق، ولا يجب على عالمٍ من علماء المسلمين أن يُقلدَ حاكماً لا في قليلٍ ولا في كثير،ٍ إذا كان قد عرف ما أمر اللهُ به ورسولهُ صلى الله عليه وسلم، بل لا يجب على آحاد العامة تقليدُ الحاكم في شيءٍ، بل له أن يستفتيَ من يجوز له استفتاؤه، وإن لم يكن حاكماً

Maksud dari petikan dia atas, walaupun pemerintah itu seornag imam Mujtahid, maka keputusannya tidak mengikat semua orang. Ia hanya mengikat kumpulan tertentu yang bertahkim kepadanya. Para ulama tidak wajib mengikutinya. Orang awam, boleh bertanya kepada ulama yang dirujuk dalam amsalah untuk memilih apakah pendiriannya. Pendirian pemerintah tidak mengikat mereka.

Hukum yang pehak pemerintah putuskan itu adalah Hukum yang bersifat Juz'i. yang mana orang yang bertikai merujuk kepadanya. Ia bukanlah hukum yang dicetuskan oleh pemerintan tanpa ada permulaan perselisihan yang berlaku.

Jika Hakim bermashab Syafie memutuskan wajib baca Qunut dalam solat Subuh, maka orang-orang yang mengikut mazhab Hambali atau lainnya tidak terikat dengan hukum hakim tersebut. Ia tidak mengikat orang lain. 

Kesimpulan daripada kaedah ini ialah: Ia hanya available di saat adalah pertelagahan, pertengkaran dan pergeseran. Maka hakim tampil memutuskan. Keputusan hakim wajib dipatuhi.. Jika pada msalah khilaf yang tidak dibawa kepada hakim untuk diputuskan, maka hakim tidak berhak memutuskan . Jika hakim buat arahan tanpa didahuklu oleh pertikaian yang terjida, maka keputusan hakim itu adalah sama sahaja dengan mana-mana fatwa. Fatwa tidak mengikat.

daklam bahasa lebih mudah, sesuatu masalah khilaf jika tidak sampai ke peringkat mahkamah, ia kekal bebas diamalkan . Namun jika sudah naik ke mahkamah dan mahkamah putuskan, maka itu menjadi kewajipan untuk dipatuhi.

Misalnya, apakah jatuh talak 3 dengan lafaz satu kali ? Ini adalah masalah khilaf. Mahkamah-mahkamah di negara kita Malaysia (kecuali Perlis) , memutuskan siapa yang ucapkan kepada isterinya: "Aku talak kamu dengan talak 3" maka  dihukumkan jatuh talak 3. Maka keputusan tersebut diamalkan dalam dalam negeri-negeri terlibat.

Rujuk Bacaan: Islamqa



Saturday, March 2, 2024

Punca perpecahan

Di India ada 70 juta Muslim Syiah berbanding 150 juta Muslim Sunni.

Di Turki ada 10 juta Alawi berbanding 70 juta Muslim Sunni.

Namun, tiada pergaduhan sesama mereka. Justeru, itu menunjukkan bahawa pergaduhan yang terjadi dibeberapa tempat antara Syiah dan Sunni bukan berakar kepada masalah agama. Ia dipercikkan oleh masalah politik.

Masalah politik itu adalah hasil mainan Devide And Rule para penjajah!

Bacaan: Taadudiya

Wednesday, February 28, 2024

Tiada Kahnut dalam Islam

Kahnut adalah kekuasaan orang agama sebagai wakil Tuhan di bumi. Hukumnya adalah hukum Tuhan. Dia membawa kesucian Tuhan. Dia menajadi bebayang Tuhan di kalangan manusia. Keadaan agamawan yang dianggap sedemikian, dalam istilah Arab disebut Kahnutiyyah.

Keadaan ini pernah berlaku di Eropah pada zaman pertengahan di mana paderi memiliki kekuasaan atas para raja dan rakyat. 

Dalam Islam ulama bukanlah RIJALUDDIN. Konsep Rijaluddin wujud dalam agama Kristian dan tidak wujud dalam kefahaman Islam. Namun, kerana pegaruh Kristian atas ummat Islam, muncul para ulama yang diangkat sebagai Rijaluddin!

Untuk menjauhkan para ulama dari unsur Kahnutiyyah, maka hendaklah fatwanya dilihat sebagai ijtihad dan bukan Idhtihad.  Bukan Undang-undang yang mengikat orang ramai.


Kahnut adalah ciri khusus dalam agama Kristian.  

Khilaf panas antara aliran

Kenapa istilah Ahlu Sunnah muncul dalam pagar ummat Islam? Istilah ini jadi fitnah yang tidak dapat disuraikan. Sejak berkurun, istilah itu jadi rebutan. Aku Ahli Sunnah! Kau Bukan!. Demikianlah Sira' yang terjadi.

Golongan Asyairah dan Hanabilah bersengketa. Para ulamanya saling hujat menghujat. 

Hujatan antara Sunni dan Syiah pun sudah memenatkan. Ditambah pula hujatan sesama Sunni. Ia menambahkan keserabutan.

Tapi apa nak kata? Ia adalah realiti sejarah. Tidak dapat kita nafikan.

Kepanasan perselisihan antara aliran besar kalangan ummat Islam terjelma di zaman mutaakhir ini apabila beberapa tahun lepas telah diadakan satu muktamar di Chechen. Antara resolusi yang dikeluarkan hasil muktamar tersebut, mereka yang disebut sebagai Salafi atau Athari bukan Ahli Sunnah. Ahli Sunnah adalah Asyairah dan Maturidiyyah. Maka, rantaian Hanabila digodam dengan hujatan bukan Ahli Sunnah. 

Sebagai tindak balas, bangkit kalangan sebahagian tokoh Hanabilah yang mengeluarkan Asyairah daripada Ahli Sunnah dengan penyifatan sebagai Ahlu Bid'ah dalam masalah takwil ayata-ayat sifat.

Nun...di Ulu Sungai Lembing, ada keluarga orang Asli masuk Islam. Ada ustaz mengajar mereka solat dan puasa. Ajar mereka berdoa kepadA Allah. Beritahu mereka apa yang Allah larang dan apa yang Allah suruh. Mereka tak kenal pun apa itu aliran Hanabilah maupun Asyairah. Tidak pernah pula mereka ditanya tentang apakah mereka Asyairah atau Hanabilah. 

Hidup sebagai muslim dan mati sebagai muslim. Kelak di akhirat, masuk syurga ke neraka?

Orang yang larut dalam ilmu dan pergeseran aliran, sibuk membataskan jalan-jalan masuk ke syurga. Padahal syurga itu mudah di masui hanya dengan dua kalimah. Kalimah Syahadatain!

Kenapa bila agama menajadi baton di tangan firqah dan milal yang berbagai, syurga makin rumit dimasuki?

La haula wala Quwwata Illa billah!

Tidak salah mendalami hal-hal yang komplek dalam kefahaman Islam. Solat Taqdir, ayat sifat, Allah dilihat atau tidak di akhirat, tauhid 3 atau sifat 20.....namun jangan melampau. Itu hanyalah ibarat bunga-bunga yang terbit di padang bernama Islam. Tanpa bunga tersebut, Allah SWT memilih hambanya yang beriman untuk diisi ke syurgaNya.

Cukup beritahu seorang yang memeluk Islam tentang nabi Muhammmad. Kalau nak tambah senarai nama, beritahu tentang sahabat besar nabi. Tidak perlu bebankan mereka dengan nama-nama lain. Nama Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. Nama Asya'ari, Maturidi dan lain-lain , kalau tidak kenal pun tidak apa!

Sunday, February 25, 2024

Ilmu tidak boleh mencegah kezaliman

 Tuintutlah ilmu tinggi melangit, ilmu itu tidak boleh menjadi benteng untuk menghaling empunya ilmu daripada berbuat kezaliman. Sesiapa yang menyelak dan mengimban detik sejarah , akan mendapati berapa ramai orang yang berilmu berbuat zallim. Jika kezaliman itu dilakukan oleh para umara, itu lumrah. Demi kekuasaan , para umara bersengketa dan berbuiat zalim. Namun, para ulama, demi apa?Untuk apa? Kezaliman berlaku di kalangan mereka? Kita tidak boleh nafikan hakikat bahawa ia terjadi dan pernah terjadi dan sedang terjadi!

Kerana itu seorang tokoh ulama Hambali, Ibn Aqil pernah berkata:

رأيت الناس لا يعصمهم من الظلم إلا العجز، ولا أقول: العوام، بل العلماء!

"Aku telah melihat manusia tidak terselamat daripada berbuat zalim melainkan bila dia dalam keadaan lemah. Aku maksudkan bukan orang awam, tetapi para ulama mereka". 

Para ulama, tatkala mereka LEMAH, tidak didokong oleh para penguasa, mereka tidak akan berbuat zalim. Mereka berkhidmat sesuai dengan ilmu yang memiliki citra murni dan penuh keadilan. Namun, bila para ulama  menjadi kuat, diberi kedudukan, mejadi Qodhi, hakim hatta wazir dan sekalipun menjadi umara, maka mereka dipalit dengan perbuatan zalim yang mereka lakukan.

Pada zaman kekkhalifahan Abbasiah, iaitu semasa khalifah An-Nasir Li Dinillah, seorang ulama Mazhab Hambali bernama Ibnu Yunus telah berjaya memanjat tangga kekuasaan dan menjadi kuat disamping Khalifah . Duia diberi jawatan sebagai Wazir kepada Khalifah. Apa jadi? Dengan kedudukannya itu, para pendokong aliran Mazhab Hambali telah menekan para pengikut aliran Mazhab Syafie. Mereka dilarang membaca Jahar Bismillah dalam solat dan dilarang melakukan Qunut dalam Solat Subuh. Feqah Syafie dilarang daripada diajarkan dalam negara. Tauliah? Ustaz-ustaz Syafie tidka diberi tauliah mengajar. Yang ada tauliah hanya para ustaz Hambali. Demikianlah persengketaan antara dua mazhab telah membuatkan para ahli ilmu ketika itu berbuat zalim kepada saudaranya yang juga ahli ilmu tetapi berlainan mazhab.

Buku-buku sejarah ada mencatatkan bahawa berlaku kejadian masjid dibakar kerana khilaf mnazhab. Di Kota Marw, para pengamal feqah Syafie telah membina sebuah masjid tetapi Syaikhul Islam di Kota Marw yang bermazhab Hambali telah mengarahkan masjid itu dibakar.

Namun , seiring dengan perubahan masa, pada Masa Nizamul Muluk At-Tusi menjidi wazir kepada Sultan Saljuk Khawarizmi Syah Taksyin bin Alp Arsalan , dia adalah pentaksub kepada mazhab Syafie, maka pada ketika itu para tokoh Hambali ramai yang diatngkap dan dip[enjarakan. Mazhab Hambali dilarang untuk disebarkan dalam negara. Orang-orang bermazhab Hambali dituduh sesat dan berakidah TAJSIM. Zaman itu istilah WAHABI belum muncul. Maka Istilah TAJSIM dan Musyabbuihah digunakan untuk dilebelkan kepada aliran Hambali yang menolak takwil. 

Demikian roda kehidupan bertukar.

Sebelum itu lagi. zaman khalifah Al-Makmun. Mazhab Muktazilah mendominasi. Muktazliha ini mazhab menyeru kepada kebebasan berfikir, menolak kejumudan. Pendek kata mereka ini berfikrian leberallah. Mereka ajak supaya fungsi akal digunakan Hurriyatul Fikri diberi tempat. Lalu, mereka mendapat kepercayaan Khalifah. Apa jadi? Ta\tkala mereka memegang urusan dan kendali kusa di tangan mereka, mereka menindas. Para ulama yang enggan mendokong selogan mereka yang popular ketika itu iaitu Al-Quran adalah Makhluk dituduh sesat dan ditangkap serta dipenjara. Ada yang mati disisiksa dan dibunuh.

Apa jadi dengan seruan kebebasan fikir yang mereka dendangkan? Bila sudah dapat kuasa, mereka menindas hak ornag lain pula untuk berfikir secara bebas.

Sebab itu, seruan golongan liberal hari ini, jangan percaya. Mereka di kala ini tiada kuasa. Golongan LGBT, mereka seru agar mereka diberikan kebebasan untuk mengamalkan gaya hidup mereka. Mereka menunggang isu atas nama Human Right. Percayalah, andai satu ketika mereka ditakdirkan berkuasa, mereka mendapat tempat dalam sesebuah negara, mereka akan jadi penzalim/ Mereka kan menindas ornag lain. Anjing sewaktu tersebut, ia akan menggonggong sayu. Bila dan terlepas, ia akan menyalak garang. 

Inil;ah pelajaran yang kita saksiskan dalam sejarah. Atas nama kebenasan ilmu, dunai akademik, kecendikawanan dan seumpamanya , ada kelompok menyeru kebebsan. Nanti bila mereka berkuasa, mereka buklan berbuat keadilan kepada pihak lawan. Akan berlaku kezaliman.

Ini membuktikan bahawa ilmu TIDAK mampu menghalang kezaliman dariada berlaku. Benarlah cetusan yang diutarakan oleh Ibn Aqil tersebut!

Pertembungan Mazhab dalam sejarah adalah bukti jelas bahawa alim ulama tidak selamat daripada berbuat zalim. ILmu mereka bukan jawapan dan penyelesaian isu kezaliman.

Kita saksikan bagaimana ulama lain hukumkan sesat ulama yang bertentangan. Bagi kalangan yang beruntung sebab ada dokongan penguasa setempat, mereka boleh naik atas membar dan melibaskan cemeti halalintar kepada lawan.

Dulu, zaman Imam Haramain, terjadi perselisihan antara Hanafiyyah Maturidiyyah  dengan Syafi'iyyah Asy'ariyyah. Kerana berlaku perselisihan antara dua aliran itu, dan Hanafiyyah Maturidiyyah menguasai Iraq, Imam Haramain Abu Al- Ma'ali Al-Juwaini meninggalkan Iraq dan berpindah ke Hijaz.

Pernah ada, ulama Syaifie haramkan wanita Hanafi dikahwini kecuali dengan Qias sebagai wanita Kitabiyyah. Demikian pula, Ulama Hanafi haramkan solat dibelakang imam bermazhab Syafie.

Ini hakikat sejarah. Siapa yang belajar sejarah akan temui fakta sedemikian. Kita tidak boleh menafikan zaman gelap pertembungan mazhab.

Tidak selamat daripada fitnah yang menimpa para ulama dengan persaingan mazhab antara mereka itu melainkan mereka yang menjadi ulama yang Rabbani dan beramal dengan ilmu mereka. Ulama sedemikian ada dalam sejarah dan merekalah memberi contoh dan tauladan buat kita.



Berdikit-dikit dalam ilmu

Nafsu nak banyak tak pernah bawa kebaikan. Ada sahaja bahana yang menyusul. Allah menela takathur dalam perkara dunia. dalam perkara akhirat...