Thursday, October 9, 2025

Cerita bohong dalam tariqat Ahmadiyah

Para pelampau dari kalangan pengikut syaikh tarikat membuat cerita rekaan yang pelbagai. Mereka lakukan itu adalah untuk mendoktrin para pengikut dan khalayak agar mengangkat kedudukan syeikh set

Tarikat Ahmadiyyah penuh dengan cerita bohong tentang kekeramatan Syaikh Ahmad Al-Badawi. Salah satunya adalah cerita mengenai kemampuan mencabut ilmu dan iman seseorang. 

Kononnya satu ketika telah datang dari Damsyid ke Mesir seorang yang bernama Al-'Allamah Syamsuddin Muhammad bin Al-Liban (Ibn Al-Liban )  lalu dia disambut oleh Qodhi Al-Qudhat Mesir , lalu dia melihat seroang pengikut ajaran Al-Badawi mengucapkan sesuatu di jalanan . Orang itu mengucapkan solawat dan salam kepada Rasulullah dan juga kepada Syeikh Al-Badawi yang sudah mati.  Diucapkannya pula dengan suara yang kuat di jalanan selepas solat insya. Dua hal itu dilihat sebagai mungkar oleh Ibn Al-Liban dan dia menyampaikan hasratnya kepada Qadhi Al-Qudhat yang menemaninya untuk mengajar dan membertulkkan kesalahan orang itu. Qadhi Al-Qudhat memberi keuzuran kepada lelaki itu. Namun Ibn Al-Liban keberatan.

Apa jadi? Dalam cerita ini, kononnya selepas itu Ibn Al-Liban telah tidur dan dia bermimpi melihat bumbung masjid pecah dan turun dua orang kepadanya. Seorang berdiri di kepala dan seorang lagi berdiri di sebelah kaki.

"Kita cabut iman daripadanya!" , kata seorang.

" tidak kita cabut sahaja ilmu dan quran daripadanya, danm biarkan iman. Dia telah mempertikaikan hak Syeikh Ahmad Al-Badawi...", balas seorang lagi.

Lalu Ibn LIban dalam mimpinya digoncang dengan kuiat dan bila sedar dari tidurnya, dia lupa ilmu dan Al-Quran.

Maka IBn Libban seharian itu kebingungan dan lupa ilmu dan Quran. Dia menangis dan pergi berjumpa dengan seorang ahli tariqat di Zawiyah Ahmad Al-Badawi. Merayu penyelesaian. Lalu di suruhnya ke Iskandariah dan cari orang bernama Yaqut Al-'Arsyi

Yaqut Al-'Arsyi suruh Ibn AL-Liban berwuduk , solat dan berzikir. 3 Hari kemudian dia mendapat mimpi melibhat Nabi Muhammad duduk di atas kerusi daripada cahaya dan para Nabi semua duduk atas kerusi sedang syeikh Ahmad Al-Badawi duduk di depan baginda

dan bermimpi dia dicabutkan ilmu dan Quran dari hatinya.

Abdullah bin Muhamamd As-Sidiq Al-Ghumari dalam kitabnya " Al-Mausu'ah" menyebutkan bahawa jika anda mendengar cerita bahawa ada Nabi, Wali atau Malaikat yang boleh mencabut iman seseorang atau mengembalikannya, ketahuilah bahawa cerita sedemikian adalah dusta sedustanya. Kudrat itu hanya ada pada Allah sebagai pencipta! (Jil 3, Ms61)

Laknat Allah atas pembuat cerita dusta itu, kata Abdullah Al-Ghimari! Ya, pereka cerita memang patut dilaknat.


Thursday, October 2, 2025

Sifat izzah Allah SWT

 Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun: 8

وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ


" Bagi Allah dan rasulnya serta ornag beriman segaka keagungan"




Sifat Izzah itu boleh dibahagikan kepada 3 iaitu:

1) Izzatul Qadar

2) Izzatul Qahri

3 Izzatul Imtina'

Izzah Allah dengan Izzah rasul serta orang beriman tidak sama. Izzah Alalh tidak disertai kekurangan sedangkan Izzah rasul dan orang beriman kekadang diselit kekurangan. Umpanya Nabi serta orang Islam tewas dalam Perang Uhud dan perang Hunain. Itu mencacatkan Izzah.

Maka Izzah Allah dan Izzah makhluk tidak sama walau namanya sama. 

Ada kaedah:

ولم يلزم من اتفاق الاسمين تماثل مسماهما

" Tidak semestinya sama dua nama, sama ju adua penama"














Saturday, September 6, 2025

Orang Agama

Siapakah orang yang layak disebut orang agama? Atau dipanggil sebagai Rijaluddin!

Apakah orang yang solat, puasa , haji dan berpakaian dengan pakaian yang melambangkan Islam seperti berjubah dan berserban itu orang agama? Orang yang rajin hadir solat berjemaah dan selalu kelihatan dalam program kuliah dan syarahan agama sama ada sebagai pengisi atau pendengar, itu orang agama?

Kalla!

Bukanlah mereka itu orang agama. Orang agama dalam Islam adalah mereka yang baik hubungannya dengan Allah dan juga dengan manusia. Bila solat, puasa dan haji dilakukan, ditambah pula dengan akhlak yang baik dan muamalat yang elok, itulah orang agama!.

Jangan sebut orang agama kalau hanya bila nampak rajin pergi masjid, menjawat jawatan pegawai masjid, jadi mufti , kerja pejabat agama dan sebagainya. Itu bukan ukurannya!

Orang agama tidak makan harta haram.

Orang agama tidak ghulul!

Orang agama istiqamah!

orang agama baik akhlak perilaku!


Khianat harta awam bawa ke neraka

  Firman Allah SWT:

وَمَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَن يَغُلَّ

"Seorang nabi tidak sekali-kali berbuat ghulul"


Ibn Abbas, Al-Hasan, Mujahid dan ramai kalangan mufassirin menafsirkan ghulul sebagai perbuatan khianat.

Riwayat daripada Ikrimah daripada Ibn Abbas mengenai sebab turunnnya ayat di atas ialah apabila dalam peperangan Badar sehelai kain sutera telah hilang daripada harta ghanimah yang dikumpulkan , maka setelah dicari mtidak ketemu. Lalu ada yang berkata: Mungkin Rasulullah telah mengambilnya! Maka turunlah ayat menegaskan serta menafikan perbuatan sedemikian dibuat oleh Rasul.

Perbuatan ghulul ini adalah satu bentuk penipuan, khianat amanah dan makar serta tipudaya untuk mengambil hak yang haknya.

Allah SWT mengingatkan, sekalipun boleh terlepas daripada pemerhatian di dunia, di hari akhirat orang yang berbuat ghulul akan datang dengan dosa ghululnya.

وَمَن يَغْلُلْ يَأْتِ بِمَا غَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۚ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Barangsiapa yang berkhianat, maka pada hari kiamat ia akan datang membawa apa yang dikhianatkannya itu, kemudian tiap-tiap diri akan diberi pembalasan tentang apa yang ia kerjakan dengan (pembalasan) setimpal, sedang mereka tidak dianiaya.

Disebutkan dalam sebuah hadis yang soheh, riwayat syaikhan, daripada Abu Hurairah:


عن أبي هُرَيْرَةَ -رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ- قال: افْتَتَحْنَا خَيْبَرَ، وَلَمْ نَغْنَمْ ذَهَبًا وَلاَ فِضَّةً، إِنَّمَا غَنِمْنَا البَقَرَ وَالإِبِلَ وَالمَتَاعَ وَالحَوَائِطَ، ثُمَّ انْصَرَفْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى وَادِي القُرَى، وَمَعَهُ عَبْدٌ لَهُ يُقَالُ لَهُ: مِدْعَمٌ، أَهْدَاهُ لَهُ أَحَدُ بَنِي الضِّبَابِ، فَبَيْنَمَا هُوَ يَحُطُّ رَحْلَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَهُ سَهْمٌ عَائِرٌ، حَتَّى أَصَابَ ذَلِكَ العَبْدَ، فَقَالَ النَّاسُ: هَنِيئًا لَهُ الشَّهَادَةُ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: بَلْ، وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، إِنَّ الشَّمْلَةَ الَّتِي أَصَابَهَا يَوْمَ خَيْبَرَ مِنَ المَغَانِمِ، لَمْ تُصِبْهَا المَقَاسِمُ، لَتَشْتَعِلُ عَلَيْهِ نَارًا فَجَاءَ رَجُلٌ حِينَ سَمِعَ ذَلِكَ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِشِرَاكٍ أَوْ بِشِرَاكَيْنِ، فَقَالَ: هَذَا شَيْءٌ كُنْتُ أَصَبْتُهُ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: شِرَاكٌ -أَوْ شِرَاكَانِ- مِنْ نَارٍ

Kami menaklukkan Khaibar, tetapi kami tidak merampas emas atau perak apa pun. Kami hanya merampas sapi, unta, harta benda, dan kebun. Kemudian kami kembali bersama Rasulullah, semoga Allah memberkahinya dan memberinya kedamaian, ke Wadi al-Qura. Bersama beliau ada seorang budaknya bernama Mid'am, yang diberikan oleh salah seorang dari Bani al-Dhibab sebagai hadiah.Ketika Rasulullah saw., semoga Allah memberkahinya dan memberinya kedamaian, sedang menurunkan barang bawaannya, sebuah panah nyasar datang kepadanya dan mengenai budak itu. Orang-orang berkata: Selamat kepadanya atas kesyahidannya.Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya jubah yang diperolehnya pada hari Khaibar dari harta rampasan perang yang tidak dibagi-bagi, niscaya akan membakarnya bagai api.” Ketika seorang laki-laki mendengar hal itu dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, datanglah seorang laki-laki lagi dengan membawa satu atau dua tali.Ia berkata: Ini adalah sesuatu yang telah kumiliki. Rasulullah saw., semoga Allah memberkahinya dan memberinya kedamaian, berkata: Seutas tali - atau dua tali - dari api.

Kata Imam An-Nawawi dalam Syarah Saheh Muslim:

1) Hadis ini mengisyaratkan bahawa ghulul adalah dosa besar

2) Dosa besar sama sahaja samada banyak atau sedikit

3) Perbuatan ghulul menafikan kemuliaan matim syahid.


Fokus perbuatan ghulul adalah khianat dan songlah harta ornag ramai. Dalam kes yang dikaitkan dengan sebab nuzul ayat di atas , ia berkaitan dengan tuduhan songlap harta rampasan perang Badar.

Ahli politik hari ini banyak yang berbuat ghulul! Peruntukan yang diberikan untuk parlimen tak sampai kepada rakyat bawahan. Dibuatnya beli kenderaan peribadi atau kayakan diri serta keluarga. Itu adalah ghulul.

Bahkan ustaz dan ulama juga turut ada yang berbuat ghulul apabila kutip derma nak buat madrasah, bantu orang Palestin dan seumpamanya, tapi dalam diam ambil dan makan serta gunakan duit derma ornag ramaim itu. Itu juga ghulul.



Sunday, August 24, 2025

Allah mudahkan jalan hidayah

 Amal soleh itu untuk pemula amatlah payah. Namun, jika sudah mula lakukan, walau mulanya dengan cara memaksa diri, ia kemudiannya akan jadi mudah. Inilah inti pemahaman ayat firman Allah SWT:

 {فَأَمَّا مَنْ أَعْطَى وَاتَّقَى * وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى * فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَى * وَأَمَّا مَنْ بَخِلَ وَاسْتَغْنَى * وَكَذَّبَ بِالْحُسْنَى * فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرَى} [الليل:٥-١٠] ) .

Inilah maksud dari sabda Nabi SAW ketika melarang bersandar kepada takdir daripada berbuat amal:

اعملوا فكلٌ ميسر لما خلق له




Mulanya amat sukar bagi anda untuk duduk lepas solat Subuh berjemaah menunggu terbit matahari untuk solat dua rakaat yang ganjarannya seperti mengerjakan haji dan umrah yang sempurna. Menunggu 30 minit bagaikan penjara 30 tahun! Tapi jika sudah biasa, akan mencicipi nikmatnya.

Saya pun belum dapat merasa lazatnya itu.

Puasa Isnin dan Khamis bagi yang sidah biasa, jadi mudah buatnya. Tapi bagi yang tidak biasa, banyaklah alasannya. Banyaklah payahnya.






Saturday, August 23, 2025

Ibn Umar dan Ittiba' Nabiy

Siapakah sahabat nabi yang diriwayatkan sangat berusaha mengikuti Sunnah Nabi SAW?

Dia melangkah mengikut jejeka nabi SAW.
Dia bernaung di bawah pokok yang nabi bernaung.
Dia bermalam di mana nabi pernah bermalam.
Dia lihat dimana rasulullah pernah buang air, di situ dia turut buang air.
Di bawah pohon mana Rasulullah berteduh, di tempat duduk Rasulullah di bawah pohon itu dia mengambil tempat.
Dia pernah lihat Rasulullah SAW berteduh di bawah sepohon kayu lalu dia selalu menyiram pokok itu kerana bimbang pokok itu mati.

Ada riwayat menyebutkan bahawa satu ketika dalam perjalanan antara Makkah ke Madinah, dia singgah di bawah sepohon kayu dan bersamanya hanya ada satu qirab air. Walaupun destinasinya masih jauh dan resiko dahaga menanti, demi kerana pokok itu, dia siramkan air ke pangkalnya . Demikian kerana cintanya kepada Nabi SAW yang dulunya pernah berteduh di bawah pohon itu.

Riwayat Mujahid menyebutkan bahawa dia pernah sekali bersama Ibn Umar lalu di satu tempat lalu dia lihat Ibn Umar brpaling dari arah satu tempat. Maka ditanya sebab apa dia lakukan. Dijawapnya bahawa Rasulullah pernah berbuat demikian dan dia mengikutnya!


Dia adalah Ibn Umar atau namanya Abdullah bin Umar Al-Khattab.
Beliau wafat ketika berusia 84 tahun.

Baca: Shamela


Solat Subuh lewat

Di negara-negara yang penduduknya mengamalkan Mazhab Hanafi, mereka melewatkan solat Subuh sehingga akhir waktu. Tatkala cahaya telah merata dan hari sudah cerah


Jumhur ulama berpandangan bahawa Taghlis adalah lebih utama berbanding Isfar. Sedangkan dalam Mazhab Hanafi, Isfar adalah lebih utama.

Taghlis =Tabkir-awal waktu sebaik sahaja masuk Subuh iaitu apabila keluar fajar Sodi di ufuq timur

Isfar=Ta'khir-iaitu di saat keadaan telah cerah dan matahari hampir keluar.


Terdapat banyak hadis yang menyatakan bahawa Nabi solat di awal waktu dan solat Subuh saat awal waktu jadi amalan para sahabat di zaman rasulullah SAw.

Pun begitu ada pula hadis di mana nabi SAW menyuruh isfar sebagaimana hadis riwayar Rafi' bin Khudaij , Nabi SAW bersabda:

أسفروا بالفجر فإنه أعظم للأجر


Dalam memahami hadis Isfar ini kalangan ulama mebuat taujihat untuk mengharmonikan dua bentuk hadis yang kelihatan berlawanan itu.

1) Perintah Isfar oleh rasulullah SAW itu adalah dalam keadaan para sahabat keliru samada masuk waktu atau tidak. Ada situasi cuaca yang menghalang yakinnya terbit fajar. Ketika itulah Rasululah SAW menyuruh Isfar kerana solat sebelum masuk waktu Subuh adalah dilarang.

2) Maksud hadis supaya isfar itu adalah sebagai isyarat memanjangkan solat Subuh. Mulai Subuh adalah waktu ghalas an tamat apabila Isfar. Ini selaras dengan hadis riwayat Abu Musa Al-Asy'ari yang menyebutkan :


وصلّوا الصبح بغلس أو بسواد وأطيلوا القراءة

(Rawahul Baihaqi)

3) Hadis ini adalah disebutkan dalam situasi khas di mana solat awal waktu menimbulkan masyaqqah kepada para makmum seperti yang berlaku di musim sejuk. Malamnya pendek dan orang tidur tak cukup. Maka dipanjangkan sehingga waktu akhir subuh (Isfar)

Bacaan tambaha: Islamweb


RUMUSAN KITAB: PERBEZAAN ANTARA DUA WALI

Bukan semua wali itu wali Allah. Ada juga wali syaitan. Pembahagian dua jenis wlai inu bukan rekayasa Ibn taimiyyah atau sesiapa. Memang All...