Friday, August 22, 2025

SYARAT-SYARAT PENERIMAAN HADIS AHAD DI SISI MAZHAB HANAFI

 1) Hadis itu bukan berkaitan dengan sesuatu yang orang ramai mesti mengetahuinya (bukan umum balwa).

Contoh yang dibawa adalah hadis riwayat Jabir mengenai batal wuduk disebabkan sentuh zakar  (riwayat Malik, Ahmad, Tarmizi dan Nasai) dan batal wuduk kerana makan daging unta (Riwayat Muslim)

Hujjah: Bagaimana mungkin Nabi SAW tidak sampaikan kepada ramai orang sedangkan isu ini berkaitan orang ramai. Para sahabat bukan orang yang melazimi seluar dan mereka mudah menyentuh zakar. Sementelahan bagaimana seorang perempuan iaitu Busrah bit Safwan r.a yang meriwayatkannya sedangkan hadis berkaitan lelaki??

Mengenai hadis batal wuduk sebab makan daging unta pun musykil. Kalau hal sebegini seharusnya mutawatir. Ramai sahabat yang dengar. Ini kerana makan daging unta adalah relaiti hidup masyarakat zaman nabi. Masakan nabi khabarkan kepada seorang sahaja dan hadis ini datang melalui jalan seorangh sahaja??

Perkara ini dijawab oleh Jumhur bahawa hadis di atas adalah soheh dan wajib beramal dengannya walaupun datang dengan jalan riwayat Ahad. Sorang sahaja perawi atau dua, bukan boleh menjadi justifikasi bahawa yang lain tak dengar. Para sahabat lain tidak meriwayatkannya kerana sudah ada orang meriwayatkannya. Bukan juga boleh difahami bahawa sahabat lain tidak tahu dan tidak amalkan hadis ini.


2) Hadis itu hendaklah tidak bertentangan dengan kaedah yang telah tetap dalam syarak atau dengan kata lain tidak menyalahi usul atau menyalahi qias.

Contoh hadis Ahad dalam isu ini ialah hadis riwayat Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:


- لَا يُتَلَقَّى الرُّكْبَانُ لِبَيْعٍ، وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ علَى بَيْعِ بَعْضٍ، وَلَا تَنَاجَشُوا، وَلَا يَبِعْ حَاضِرٌ لِبَادٍ، وَلَا تُصَرُّوا الإبِلَ وَالْغَنَمَ، فَمَنِ ابْتَاعَهَا بَعْدَ ذلكَ فَهو بخَيْرِ النَّظَرَيْنِ بَعْدَ أَنْ يَحْلُبَهَا، فإنْ رَضِيَهَا أَمْسَكَهَا، وإنْ سَخِطَهَا رَدَّهَا وَصَاعًا مِن تَمْرٍ.

- Jangan bertemu penunggang untuk berjual-beli, jangan jual rendah antara satu sama lain, jangan terlibat dalam najash (eksploitasi harga), jangan menjual dari satu penduduk kepada penduduk kota yang lain, dan jangan jadikan unta dan biri-biri tidak layak untuk dijual. Sesiapa yang membelinya selepas itu mempunyai dua pilihan yang lebih baik selepas memerah susunya. Jika dia berpuas hati dengan mereka, dia menyimpannya, tetapi jika dia tidak berpuas hati dengannya, dia mengembalikannya dan memberi mereka satu sa' kurma.


Konsep urus niaga dalam kes beli kambing atau unta yang ditipu pemiliknya dengan cara menyimpan beberapa hari hingga kantong susunya sarat untuk disanka bahawa ia jenis kambing atau unta yang banyak susu. Stelah dibeli  dan diperah susu, rupanya bukan jenis yang mengeluarkan susu. Pilihan yang ada adalah tersukan jual beli atau pulangkan semua kepada penjual. Jika pulangkan semula, maka diganti susu yang diperah itu dengan secupak kurma kepada pemiliknya sebagai imbalan susu yang susu yang sudah diperah.

Apa maslah. Masalahnya jadis ini menurut ulama Hanafiah bertentangan dengan kaedah pampasan hendaklah dengan seumpama (misil) atau harga (qimah). Apasal pula susu diganti dengan tamar?

Rujuk MS 117 kitab : shamela

 

RUKUN TAKLIF

RUKUN TAKLIF ADA EMPAT IAITU:

i) Mukallif iaitu Allah SWT

ii) Mukallaf iaitu seorang yang berakal lagi baligh.

iii) Mukallaf bihi iaitu apa yang diperintah buat atau dilarang.

iv) Lafaz perintah atau larangan


SYARAT-SYARAT TAKLIF

a) Syarat atas Mukallaf

1) Syarat Umum

i) Baligh

ii) Berakal

iii) Berkemampuan

iv) Ada hak memilih(ikhtiyari) dan bukan dipaksa.

v) Ada ilmu wujuknya taklif-khas bagi yang memang semua orang tahu. Bagi yang yang mendalam dan hanya sebilangan yang tahun, kejahilan mengenainya diuzurkan. (Baca: Shamela)


2) Syarat-syarat sampingan

i) Merdeka dan bukan hamba dalam kes Jihad dan Jumaat

ii) Lelaki dalam kes solat jumaat

iii) Bermuqim bagi taklif solat jumaat.


b ) Syarat-syarat Mukallaf bihi

i) Perentah dan larangan itu telah diketahui

ii) Apa yang diperintah atau dilarang itu belum ada. Kalau sudah ada , tiada guna! Contoh: Kalau seorang suda solat subuh, maka dia sudah ada benda yang ditaklifkan itu. Taklif hanya available jika dia belum solat Subuh. Ini dalam bab perintah. Namun,  jika larangan , boleh. Larangan zina bagi seorang muslim, walaupun dia tiada zina.(Baca; Shamela)


iii) Mumkin berlaku-Kalau perkara itu wajib berlaku dan mustahil berlaku dari segi akal maka ia bukan termasuk dalam mukallaf bihi.

Contoh:

-Perintah buat dua benda yang bertentangan. Spt minumlah! Jangan Minum!

-JIka perkara itu mustahil dalam ilmu Allah-maka ia boleh menjadi mukallaf bihi kerana kita tidak tahu apa yang dalam ilmu Allah sejak azali. Hakikatnya pun ia bukan perkara mustahil.

Contoh: Taklig hendaklah matinya orang kafir dalam iman.





KELEBIHAN DUA AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH

 Sabda Nabi SAW :

الآيَتانِ مِن آخِرِ سُورَةِ البَقَرَةِ، مَن قَرَأَهُما في لَيْلَةٍ كَفَتاهُ.

"Dua ayat daripada akhir Surah Al-Baqarah, siapa yang membacanya pada malam hari, cukuplah dua ayat itu buatnya".

Hadis ini adalah riwayat Ibn Mas'ud Uqbah bin Amru dan direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahehnya(No. 4008)  dan Imam Muslim dalam Sehehnya(No 807)

Dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah ialah:

أمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْا رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ * لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
(Al-Baqarah : 285-286)

Maksud Kafatahu dihuraikan oleh Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari dengan membawakan 7 pandangan iaitu:

i) Maksud cukuplah buat yang membacanya ialah sebagai ganti Qiamullail. Kalau pada malam itu dibacakan dua ayat itu sebelum tidur, lalu tidak bangun quamullail, maka bacaan itu menjadi galang ganti qiamullail si pembacanya.

ii)Maksudnya cukuplah sebagai ganti bacaan Quran keseluruhan.

iii) Maksudnya cukup marangkumi semua persoalan akidah kerana dua ayat ini menyebutkan dalamnya hal-hal yang mencakupi asas akidah.

iv) Maksudnya cukuplah sebagai pelindung buatnya dalam malam hari itu dari segala macam keburukan dan kejahatan

v) Maksudnya cukup sebagai pelindung daripada gangguan syaitan yang terlaknat.

vi) Maksudnya cukup sebagai pelindung dari kejahatan jin dan manusia.

vii) Maksudnya cukuplah dan memadailah dengan membaca dua ayat itu untuk meraih pahala pada malam itu dan tak perlu lagi yang lain nak buat pahala.


Intipati daripada dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah:

a) Antara kelembutan dan rahmat Allah SWT ialah tidak membebankan ummat Muhammad sebagaimana dibebankan atas ummat terdahulu. Ummat terdahulu dipikulkan syariat yang berat dan mendapat balasan atas kesalahan dan dosa secara keras daripada Allah SWT.




Catatan: Taklif adalah perintah Allah SWT yang mengandungi masyaqqah. Kerana itu apa yang disebutkan oleh sebahagian besar para ulama usul dari kalangan fuqaha dan ahlul kalam bahawa taklif adalah merujuk syariat adalah tidak tepat dan tidak pernah terbit dalam nas. Demikian perkataan Ibn Taimiyyah dalam Majmu' Fatawa (Jil 1 ms 25-26). Tidak boleh dikatakan syariat dan ibadat itu sebagai taklif. Perentah syarak tidak seharusnya dikatakan taklif derana Allah menyebutkan dalam ayat "  لا يُكَلِّفُ  "  iaitu dalam bentuk penafian daripada wujudnya taklif dalam perentah syarak.

Allah menegaskan bahawa Dia tidak memberatkan seseorang melainkan apa yang dia mampu. Erti tiada yang namanya taklif. Sebagai galang gantinya, perentah Allah itu lebih kepada tasyrif.

Itu adalah satu pandangan. Apapun, ia adalah khilaf. Bagi yangv mengatakan perintah Syarak adalah taklif, mereka berhujjah bahawa taklif bahawa apa yang dinafikan oleh itu terkait dengan taklif yang di luar qudrat. Maka apa yang ada adalah taklif dalam kapasiti qudray hamba. Justeru perrentah syarak  itu masih merupakan taklif tetapi dalam ruang kemampuan hamba.

Ayat yang menyebutkan " لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا  " menjadi dalil adanya taklif  dalam wus'ah hamba. 

Sila rujuk perbahasan blog ini mengenai RUKUN TAKLIF.




Monday, August 18, 2025

Antara bumi dan langit mana dahulu?

 Antara bumi dan langit, mana yang Allah ciptakan dulu?

Terdapat perselisihan pendapat kalangan ulama dalam isu ini. Bukan sedikit kalangan ulama yang berpandangan bahawa bumi diciptakan dahulu daripada langit. Selepas langit diciptakan, barulah bumi diluaskan, dilapangkan dan diselenggara agar sesuai dijadikan tempat tinggal.Itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT dalam Surah An-Nazi'at, ayat 30:

 وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَلِكَ دَحَاهَا
" Dan bumi sesudah itu(sesudah langit dibina)diluaskan".

Imam Ibn Kathir dalam tafsirnya menyebutkan:

 ففي هذا دليل على أن دحي الأرض كان بعد خلق السماء، فأما خلق الأرض فقبل السماء بالنص، وبهذا أجاب ابن عباس رضي الله عنهما كما في صحيح البخاري عند تفسير هذه الآية في صحيحه.

Ini adalah bukti bahawa penyebaran bumi berlaku selepas penciptaan langit. Adapun penciptaan bumi, ia berlaku sebelum langit, menurut teks. Inilah yang dijawab oleh Ibn Abbas ra, sebagaimana dalam Sahih al-Bukhari ketika menafsirkan ayat ini dalam Shahihnya.


Pandangan yang sama dikongsikan oleh Ibn 'Asyur dalam tafsirnya At-Tahrir Wa At-Tanwir:

 إن الأرض خلقت أولاً، ثم خلقت السماء، ثم دحيت الأرض فالمتأخر عن خلق السماء هو دحو الأرض، وهو ما ذهب إليه علماء طبقات الأرض من أن الأرض كانت في غاية الحرارة، ثم أخذت تبرد حتى جمدت وتكونت منها قشرة جامدة... ثم تشققت وهبطت منها أقسام وعلت أقسام بالضغط... ويقدرون لحصول ذلك أزمنة متناهية الطول... وقدرة الله تعالى صالحة لإحداث ما يحصل به ذلك في أمد قليل.

Bumi diciptakan dahulu, kemudian langit, kemudian Bumi dihamparkan. Apa yang berlaku selepas penciptaan langit ialah terbentangnya Bumi, yang mana ahli geologi telah membuat kesimpulan, bahawa Bumi sangat panas, kemudian ia mula sejuk sehingga ia membeku dan terbentuk kerak pepejal daripadanya... kemudian ia retak dan sebahagiannya tenggelam dan sebahagiannya naik kerana tekanan... dan mereka menganggarkan jangka masa yang panjang yang tidak terhingga untuk ini berlaku... dan kuasa Tuhan yang sesuai untuk berlaku dalam masa yang singkat.


Sunday, July 13, 2025

Permusuhan antara Syiah dengan Sunni

1)  Syiah menamakan para ulama yang datang dari kalangan Ahli Sunnah sebagai Ulama Fitnah. Siapa mereka, tidak kira sehebat mana, mereka dilebelkan sebagai ulama fitnah. Ulama ummah bagi mereka adalah imam-imam mereka serta para ayatullah mereka....

Thursday, June 12, 2025

Isu Tawassul-Pilih sahaja sikap anda!

Bertawassul dengan orang mati adalah isu yang diperdebatkan antara kelompok di kalangan Muslimin. Ada kalangan ulama menegaskan bahawa ia adalah Syrik akbar . Namun ada pula kalangan ulama yang mengharuskannya.

Kita ambil satu hujjah kalangan ulama yang menghruskannya.

Mereka yang mengharuskannya, antara dalil dan hujah yang digunakan adalah hadis nabi SAW:


عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يَوْمًا فَصَلَّى عَلَى أَهْلِ أُحُدٍ صَلَاتَهُ عَلَى الْمَيِّتِ ثُمَّ انْصَرَفَ إِلَى الْمِنْبَرِ فَقَالَ إِنِّي فَرَطٌ لَكُمْ وَأَنَا شَهِيدٌ عَلَيْكُمْ وَإِنِّي وَاللَّهِ لَأَنْظُرُ إِلَى حَوْضِي الْآنَ وَإِنِّي أُعْطِيتُ مَفَاتِيحَ خَزَائِنِ الْأَرْضِ أَوْ مَفَاتِيحَ الْأَرْضِ وَإِنِّي وَاللَّهِ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَنْ تُشْرِكُوا بَعْدِي وَلَكِنْ أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَنْ تَنَافَسُوا فِيهَا

Dari Uqbah ibn Amir, bahawa Nabi s.a.w. telah keluar pada suatu hari dan berselawat ke atas orang-orang Uhud sebagaimana baginda mendoakan orang yang telah meninggal, kemudian baginda kembali ke mimbar dan bersabda: Sesungguhnya aku adalah pendahulu bagi kamu, dan aku menjadi saksi atas kamu. Sesungguhnya, demi Tuhan, saya sedang melihat kolam saya sekarang, dan saya telah diberikan kunci khazanah bumi, atau kunci bumi. Sungguh, demi Allah, aku tidak takut kamu akan mempersekutukan Tuhan sesudahku, tetapi aku takut kamu akan bersaing untuk mempersekutukannya.

Hadis Riwayat Bukhari (1344) dan Muslim (2296)


Kalau ikut apa yang dihujjahkan berdasarkan hadis di atas, Syirik Akbar tidak akan berlaku lagi atas Ummat Nabi Muhammad sehingga nabi tidak membimbanginya.

Mengikut penjelasan maksud hadis yang dibuat oleh Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari (Jil 3 MS211):

قوله : ( ما أخاف عليكم أن تشركوا ) أي على مجموعكم لأن ذلك قد وقع من البعض أعاذنا الله تعالى ، وفي هذا الحديث معجزات للنبي صلى الله عليه وسلم ، ولذلك أورده المصنف في علامات النبوة
Sabdanya: (Aku tidak takut kamu akan menyekutukan Allah) ertinya bagi kamu semua kerana itu telah berlaku kepada sebahagian kamu, semoga Allah Taala melindungi kita. Dalam hadis ini terdapat mukjizat Nabi saw, dan oleh sebab itu penulis memasukkannya ke dalam Tanda-tanda Kenabian.

Hadis di atas bukanlah bermaksud menafikan berlakunya Syirik Akbar di kalangan Ummat Nabi Muhammad SAW. Ia bukan bermaksud 'Ismah  Ummat Muhammad dari Syirik Besar sebagaimana yang cuba dihujjahkan oleh golongan yang mengharuskan Istighasah kepada orang mati, kubur keramat dan wali-wali. Hadis memberi maksud bahawa kejadian yang berlaku kepada ummat terdahulu yang hilang jati diri dengan terjerumus tatal dalam syirik, tidak akan berlaku kepada Ummat Nabi Muhammad.

Apa yang terjadi kepada kaum Yahudi yang membuat syirik, tidak akan terjadi kepada Ummat Nabi Muhammad secara total. Demikian nasib yang menimpa kaum Nasrani. Hanya akan tetap ada di kalangan Ummat Nabi Muhammad yang tergelicir ke dalam syirik akbar. Namun hal tersebut akan diperangi atau didakwahi oleh sebahagian yang lain. 

Syirik Total hingga musnah ketauhidan yang suci seluruhnya, itu tidak berlaku!

Bukti sejarah jelas menunjukkan syirik akbar terjadi di kalangan Ummat Nabi Muhammad. Bahkan sejurus selepas wafat Nabi Muhammad SAW, telah berlaku kemurtadan secara berbondong-bondong hinggalah ia dipatahkan oleh kelompok sahabat yang bertahan atas keimanan dan ketauhidan.

Maka, tidak harus memandang ringan kegiatan yang berlaku kalangan ummat Muhammad yang membawa kepada syirik akbar atas alasan syirik akbar tak akan berlaku. Tidak boleh menganggap ummat Muhammad secara kolektif telah imun dari syirik akbar. Ini adalah tipu daya syaitan. Tiada imun dari syirik akbar.

Dan lagi Nabi SAW bersabda memperingatkan:

لا تَقُومُ السَّاعَةُ حتَّى تَضْطَرِبَ ألَياتُ نِساءِ دَوْسٍ علَى ذِي الخَلَصَةِ.
Kiamat tidak akan datang sehingga bergoyang punggung wanita-wanita Daus terhadap Dhu al-Khalasa (Nama berhala yang disembah zaman Jahiliyyah oleh kaum Daus)-Nabi mengutuskan Jarir bin Abdullah untuk meranapkannya.
(Saheh Bukhari)

Kata puak yang mendewakan istighasah, sabda Nabi di atas merujuk kepada zaman sebelum kiamat, bukan sekarang.  Perkataan ini sangatlah takalluf dalam usaha menafikan berlakunya Syirik akbar di kalangan Ummat Muhamamd. Apakah penyembahan berhala itu berlaku secara tiba-tiba? Tidak! ia akan berevolusi mengikut taha-tahapnya sehingga sampai ke kemuncaknya sebagaimana yang disabdakan Nabi SAW. Ia mengambil masa beberapa genari yang telahpun merintis jalan syirik sebelum sampai kepada menghiupkan amalan Jahiliyyah , menyembah Zul Khalasah!

Siapa cuai dan terpedaya akan jatuh dalam syirik akbar!

Di akhirat, menyesal pun tiada berguna lagi


فَلَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا قَالُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَحْدَهُ وَكَفَرْنَا بِمَا كُنَّا بِهِ مُشْرِكِينَ (84) فَلَمْ يَكُ يَنفَعُهُمْ إِيمَانُهُمْ لَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا ۖ سُنَّتَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ فِي عِبَادِهِ ۖ وَخَسِرَ هُنَالِكَ الْكَافِرُونَ (85)

Surah Ghafir: 84-85



Saya membuat pilihan untuk tidak meminta tolong kepada orang mati, jin-jin, wali-wali dan hatta kepada kubur nabi serta para sahabat mulia dalam urusan yang bukan wewenang mereka. Minta razeki, kesembuhan, hidayah, keampunan, keselamatan, zuriat , kesihatan dan segala macam tasarrufat duniawi hanay kepada Allah SWT.

Jika ada orang mahu meminta kepada orang soleh yang dianggap wali, aku mencuriagai itu bawa kepada syirik. Aku takut. Kalau anda tidak takut , silakan. Aku tidak ada daya dan upaya menghalang. Ada orang mahu mengunjungi kubur Tokku Paloh, kubur Sunan-sunan di Jawa, kubur Al-Badawi di Mesir atau Kubur Hussain, Ali hatta kubur Abu Lu' Lu' sekalipun....silakan. Anda akan bangkit di hari akhirat dan akan bertanggungjawab.


قُلْ إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ وَلَا أُشْرِكَ بِهِ ۚ إِلَيْهِ أَدْعُو وَإِلَيْهِ مَآبِ


(Ar-Ra'du: 36)

Perhatian:

Syiah adalah kelompok yang dominan dalam tawassul kepada orang mati ini. 



Monday, June 2, 2025

Bertawassul di kubur para wali?

 Bukankah kita beragama hanya semata-mata kerana Allah SWT? Dengan kata lain, hanya kepada Allah kita melakukan peribadatan dan tidak sama sekali kepada yang lain. Apa sahaja yang namanya ibadat, hendaklah semurni-murninya buat Allah. Tidak kepada yang lain.

Tidak kepada berhala!

Tidak kepada jin!

Tidak kepada malaikat!

tidak kepada nabi-nabi!

Tidak kepada orang soleh!

Tidak kepada syeikh dan tuan guru!

Tidak kepada para wali yang diwahamkan!

Alalh berfirman dalam Surah Al-Bayyinah ayat 5:

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ

Allah juga menegaskan dalam Surah Ghafir ayat 14:

فَادْعُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

Kemudian dimuktamadkan dalam Surah Az-Zumar ayat 3:

أَلا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ


Lanjutan ayat dalam Surah Az-Zumar ayat 3 itu Allah menyebutkan perihal kaum musyrikin yang mengambil sekutu selain Allah .

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

Ayat-ayat seperti ini adalah ajakan agar manuisia kembali kepada fitrah yang bersih tanpa tercemar denagn syirik, khurafat dan bid'ah. 

Hendaklah ambil peringatan Jalan yang benar itu lurus dan tidak bersimpang siur. Jalan yang lurus itu adalah lillah smeata-mata dalam peribadatan.

Ada orang mengajak meminta pertolongan kepada kepara wali yang sudah mati atas hujah bahawa kita selalu minta tolong kepada doktor dan orang-orang lain dalam urusan hidup dun ia kita. Para wali adalah orang yang dekat dengan Allah SWT dan Allah menjadikannya mediator untuk menkabulkan hajat-hajat hambaNYa.

Seorang pencermah produk Yaman ada menyeru orang kepada mengunjungi kubur Tokku Paloh di Terengganu dan cuba meyakinkan bahawa perbuatan tersebut bukan Syirik. Kononnya , katanya kita hanya minta tolong kepada Allah SWT cuma menjadikan Tokku Paloh sebagai medium perantara. Hal ini, bagi yang khalis, sukar diterima. 

Namun, orang yang imannya berbaur rancu-rancu yang berbulu, ia adalah mudah bagimnya. 

Dalam ayat di atas, Allah menyatakan bahawa perselisihan atau khilaf mengenai hal mengambil taqarrub selain Allah itu akan diputuskan oleh Allah di akhirat kelak. Sesiapa yang berdusta atas nama Allah lagi kufur kepadanya aklan mendapat akibat dan penyesalan.

Janganlah pada hari akhirat baru mensesali atas perbuatan yang ditempah di dunia akibat dakwaan tidak berasas oleh para penyeru. Sesal kala iyi tidak berguna lagi.

Hubaya-hubaya....

ambillah jalan yang jelas dan sederhana. Wasatiyyah. Itu jalan para Nabi dan para sahabat serta salafus soleh. Tinggalkan jalan orang mutaakhirin yang mereka-reka dalam agama.


RUMUSAN KITAB: PERBEZAAN ANTARA DUA WALI

Bukan semua wali itu wali Allah. Ada juga wali syaitan. Pembahagian dua jenis wlai inu bukan rekayasa Ibn taimiyyah atau sesiapa. Memang All...