Saturday, April 6, 2024

Penyususan orang dewasa

Ada hadis dalam Saheh Bukhari dan Muslim, riwayat Ummul Mukminin Aisyah yang menimbulkan musykil. Hadisnya adalah mengenai Isteri Abu Huzaifah yang bernama Sahlah binti Suhail bin Amru menyusukan hamba kepada Abu Huzaifah yang bernama Salim sedangkan ketika itu Salim telah dewasa. Telah bermisai dan berjanggut. Penyusuan itu adalah demi menjadikan Salim itu anak susuannya dan dengan itu dibilangkan sebagai mahramnya. Penyusuan itu dilakukan atas arahan Rasulullah SAW.

Membaca hadis ini, hendaklah adalah pemahaman khusus dan inilah yang disebutkan oleh para ulama:
1) Penyusuan orang dewasa untuk jadikan dia anak susuan hanya khas untuk kes Salim.
3) Cara penysusan tersebut adalah mengisi susu  dalam bekas dan diminum oleh Salim sebanyak 5 kali.
3) Isteri Abu Huzaifah ada susu walaupun dia sudah lama melahirkan Muhammad anaknya. Ia bukan satu maslalah kerana bahkan ada gadis yang punya susu.
4) Salim adalah seorang anak angkay Abu Huzaifah yang sudah macam anak sendiri.


Baca: Islamqa

Tuesday, April 2, 2024

Asyairah dan Jauhar Fird

Allah bukan Jisim, bukan Jirim dan bukan Jauhar Fird. 

Allah juga bukan Aradh.

Pengajian akidah di atas manhaj Asyairah akan menemui kenyataan seperti ini.

Apa itu Jauhar Fird?

Allah itu tunggal (esa) dan Jauhar Fird juga esa kerana ia tidak lagi boleh dipecahkan.

Satu objek yang terdiri daripada jrim-jirim dinamakan Jisim. Jirim boleh dipecahkan kepada juzu yang banyak sehingga tidak lagi boleh dipecahkan. Apabila tidak lagi boleh dipecahkan, maka itulah dinamakan JAUHAR FIRD

Allah juga bukan Aradh. Aradh adalah sifat-sifat yang ada pada sesuatu jisim atau irim seperti gerak dan diam serta bau dan warna.

Lihatlah sebiji epal. Jirim epal itu ada warnanya. Katakan hijau, itulah aradh bagi epal. Epal juga ada bentuknya. Itulah aradhnya. Epal itu mesti ada salah satu dua sifat yang disebut diam dan bergerak. Itulah aradhnya. 

Baca: Hindawi


Jisim wujud lebih dulu daripada warna.

Maka jisim itu jauhar dan warna itu sifat ('ardhan)

Teori jauhar bukan bersifat mantiq sahaja tetapi juga bersifat metafizik.


Rujuk :Maktabah Syamilah


Jauhar Fard/Fird (جوهر فرد): sesuatu yang tidak boleh dibahagi-bahagi kerana terlalu kecil seperti atom, molekul, proton, neuron

Aradh ialah sifat sesuatu yang baharu atau sifat sesuatu benda. Ia terbahagi kepada 4 bahagian:

i. Aina (أين): Tempat: di ‘Arasy, langit, bumi, 6 arah: depan, belakang, kanan, kiri, atas, bawah.

ii. Kaifa (كيف): Saiz: besar, kecil, tinggi. Perbuatan: bersemayam, turun, naik, datang, gerak, diam. Warna: putih, hitam. Keadaan: muda, tua, sejuk, panas.

iii. Mata (متى): Dilingkungi masa: dahulu, sekarang, akan datang, berubah.

iv. Kam (كم): Berbilang²


 


LAZIMUL MAZHAB MAZHAB

 Manhaj yang diambil oleh Ibn 'Asyur dalam mensahehkan kaedah Lazimul Mazhab Mazhab aalah manhaj yang mebahaya unuk kesatuan umma. Ia membawa kepada maraknya takfir sesama ummat Islam. 


Ibn 'Asyur ketika menafsirkan ayat Al-Quran:

وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلًا ذَلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ

Surah Sad : 27



Beliau beristidlal daripada ayat di atas bahawa sesiapa yang mengatakan Allah SWT menciptakan langit dan bumi sia-sia, dia termasuk dalam kalangan orang kafir. Ia sama seperti mereka yang mengingkari hari kebangkitan dan hari pembalasan. Itulah Mazhab golongan kafir. Sesiapa yang mengikut mazhab orang kafir, maka kafirlah dia.

Kalangan Muktazilah mengatakan bahawa perkara yang ma'dum (yang tiada) adalah sesuatu (Syai'). Perkataan mereka ini akan membawa kepada difahamkan bahawa alam ini Qadim. Alam ini ada dan sebelumnya ia tiada. Kendati saat itu alam ini tiada, ia adalah adalah sesuatu. Maka , alam ini telah menjadi sesuatu sebelum ada. Lalu, dengan itu, alam ini tiada awal baginya sebab ia telah sedia menjadi sesuatu sekalipun belum ada.

Itulah lazim bagi qaul bahawa yang ma'dum itu sesuatu. Lazim qaul itu adalah alam ini qadim. Seiapa yang mengatakan alam ini qadim maka dia menjadi kafir.

Demikian pula ke atas kalangan Hanabilah. Perkataan Hanabilah yang mengatakan ayat-ayat tentang sifat Allah hendaklah difahami mengikut hakikatnya. Tangan adalah tangan Allah. Wajah adalah wajah Allah. Nuzul Allah adalah pada hakikatnya. Tiada takwilan. Maka lazim perkataan sedemikian membawa kepada mentajsimkan dan mentasybihkan Allah SWT.

Maka, manhaj lazimul Mazhab mazhab akan menjurus ke aras takfir semua yang mengatakan sebagaimana perkataan Hanabilah itu.

Kalangan yang menafikan adanya JAUHAR FIRD akan dikafirkan kerana perkataan menafikan Jauhar Fird itu difahami menafikan kekuasaan Allah SWT untuk mewujudkannya.


Monday, April 1, 2024

Salah faham kalam Imam Bukhari

Telah berlaku khilaf yang panas antara Imam Bukhari dengan gurunya Muhammad bin Yahya Az-Zuhli. Gurunya itu telah melebelkan Imam Bukhari sebagai Muktazilah. Ia berawal daripada onar para murid. Murid yang melontarkan pertanyaan kepada guru. Bila guru menjawab, jawapan guru diviralkan sehingga menimbulkan tanggapan yang salah orang lain terhadap jawapan sang guru.

Hubaya-hubaya wahai para ustaz, tok guru , syeikh dan seumpamanya tatkala menjawab pertanyaan orang yang bertanya.

Imam Bukhari ditanya oleh seorang murid tentang isu dewasa itu yang masih hangat. Isu yang dipopularkan oleh golongan muktazilah.

"Apakah Al-Quran itu makhluk?"

Lalu Imam Bukhari menjawab.
"Lafzi bil Quran makhluk", (ucapan/lafazku terhadap Quran itu adalah makhluk)

Lalu jawapan Imam Bukhari menjadi satu perangkap yang merosakkan reputasinya. Terlebih lagi jawapan itu diucapkan di Bukhara yang mana gurunya Muhammad bin Yahya Az-Zuhli tinggal dan membangunkan kemasyhurannya.

Murid yang ingin melihat drama panas para ilmuan keluar bersiponggang melantunkan gosip.

Imam Bukhari seorang muktazili!

Dia kata Quran makhluk!

Dia menyalahi jalan ahli Sunnah!

Imam Ahmad bin Hambal rela dipenjara dan disiksa pada masa lalu demi menegaskan bahawa Quran bukan makhluk. Ini Imam Bukahari senang-senang mengatakan Quran adalah makhluk!

Demikian jawapan Imam Bukahri yang ringkas itu dimainkan. Ia ditokok tambah dan direncahkan agar lebih sedap digoreng. Lepas goreng dan dapat cop Imam Bukhari sebagai Muktazilah, rasa sangat hebat. Imam besar dan tokoh dapat ditajrihkan serta dimalukan, tentulah puas hati bagi para murid yang sedemikian.

Maka, Imam Bukhari terpaksa menanggung akhibat daripada manipulasi yang dimainkan orang daripada kalamnya. Dia dimusuhi gurunya sendiri. Dia terpaksa meninggalkan Bukhara. Dia mati dalam keadaan terbuang.

Imam Bukhari meninggalkan Nisabur dan menuju ke Marw. Di Marw, Imam Bukhari disambut oleh Ahmad bin Sayyar dan dia mengatakan bahawa dia menyetujui apa yang Imam Bukhari katakan. Namun orang ramai tidak menerimanya. Imam Bukhari mengatakan bahawa dia ditanya sesuatu yang dia tahun jawapannya dan dia tidak boleh menyalahi apa yang dia yakini benar. Ahmad bin Sayyar pun menjauhi Imam Bukhari.

Lalu Imam Bukhari  meninggalkan Marw dan menuju ke negeri tumpah darahnya Bukhara. Orang Bukhara mahu menyambutnya. Namun Muhammad bin Yahya Az-Zuhli mengutuuskan surat ke gabenor Bukhara , Khalid bin Ahmad memberi tahzir. Dinyatakan bahawa Imam Bukhari bukanlah di atas jalan Sunnah. Maka Imam Bukhari dinasihatkan agar tidak masuk ke Bukhara.

Imam Bukhari wafat pada tahun 256H dalam perjalanan menuju Samarkand. Dia meninggal sebagai orang terbuang. Bandar Islam saat itu enggan menerimanya. Demikian sukarnya Imam Bukhari pada akhir hayatnya sehingga dia sendiri mengangkat tangan ke langikt dan berdoa:

اللهم إنى قد ضاقت علىَّ الأرضُ بما رحبت، فاقبضنى إليك


Di sini, para ulama selalu memperingatkan agar jangan suka manipulasi percakapan orang. Orang ucapkan satu kata yang maksudnya lain. Kita sambung kalamnya dengan maksud yang kita fahami.

Kaedah menyebut:

Lazimul Qaul laisa bi Qaul.

Apa yang difahami daripada satu perkataan, tidak semestinya maksud perkataan itu.

Ma'azallah!

Imam Bukhari tokoh alim yang hebat. Dia tidak bermaksud bahawa Quran adalah Makhluk. Namun Kalamnya ditafsirkan ke arah itu oleh para pencandu tafriq baina nas. Kerja memecahkan antara manusia, menimbulkan perasangka adalah perkerjaan Syaitan. Maka para pencandu itu adalah khalifah-khalifah Syaitan.

Seorang muslim yang baik, apabila mendengar kalam seorang akan bersangka baik dan cuba mencari takwilan yang menyelamatkannya. Ia hendaklah mencari tahu apa maksud sebenar kalamnya dan bukan buat tafsiran sendiri.

Kaedah lazimul qaul laisa biqaul akan jadi pedoman.

Muktazilah dan Kahawarij-Apakah mereka kafir?

 Nabi menyatakan dalam hadis:

وتفترق أمتي على ثلاث وسبعين فرقة

" Ummatku akan terpecah kepada 73 golongan...".

(Hadis Saheh Riwayat Al-Baihaqi, Alhakim dll)

Maka, di antara firqah yang terpecah itu adalah Khawarij dan Muktazilah. Kedua-duanya mempunyai usul akidah yang berbeza dengan Ahli Sunnah. Kerana kedua-dua firqah ini dibilangkan sebagai ummat nabi Muhammad SAW, maka para ulama berbeza tetang status kedua-dua firqah ini. Apakah mereka kafir atau masih Islam?

Berdasarkan hadis di atas, segolongan ulama menjadikannya dalil bahawa Khawarij dan Muktazilah masih Islam.

Imam An-Nawawi dalam Al-Majmuk menukilkan kalam As-Isfariyini:والخوارج ليسوا بكفار

Namun, ada golongan ulama yang menghukumkan mereka sebagai kafir atas kaedah yang disebut:
لازم المذهب مذهب

Maksudnya, satu ornag yang mengikut satu mazhab, maka ia dihukumkan dengan hukum mazhab itu. Maka para muktazilah dihukumkan kafir atas kekafiran akidah mazhab muktazilah.

Namun, kaedah tersebut ditolak sebahagian ulama dengan menyebutkan kaedah:

لازم المذهب ليس بمذهب

Maksudnya, pengikut sesuatu aliran tidak boleh dihukumkan dengan hukum aliran atau mazhab tersebut. Maksudnya, sekalipun satu mazhab itu sesat hingga ke tahap kafri disebabkan kepincangan akidah mazhab tersebut, namun orang yang dikaitkan dengan mazhab tersebut tidak boleh dihukumkan kafir.

Sila rujuk perbincangan mengenai kaedah di atas dalam tulisan ini: Lazimul Mazhab Laisa Bi Mazhab

Rujuk juga fatwa Al-Bani mengenai kaedah tersebut: Fatwa Al-Bani

Dari segi prinsip dan usul muktazilah, jika dinilai dalam timbangan akidah ISlam, ia adalah akidah yang kufur. Berikut adalah 5 Usul Muktazilah:

1) Tauhid- Yakni Menafikan sifat Allah SWT. Tauhid menurut muktazilah adalah meyakini bahawa Allah adalah zat tanpa sifat. Segala sifat yang dikaitkan dengan Allah adalah makhluk dan bukan Allah.

2) Al-Adlu-yakni Allah tidak mentakdirkan sesuatu untuk hamba. Bagaimana Allah boleh dikatakan adil jika dia takdir sesuatu untuk hamba lalu menyisa hamba itu? Maka, untuk menegaskan keadilan Allah, mereka mengingkari takdir oleh Allah SWT.

3) Wujudnya Manzilatun Bainal Manzilatain iaitu kedudukan bagi orang muslim yang derhaka. Mereka bukan Muslim dan bukan kafir. Itulah kedudukan ketiga. Bukan hanya dua pilihan sahaja.

4) Al-Wa'id-maksudnya janji Allah pasti. Sesiapa yang dijanjikan neraka, maka pasti neraka dan tiada laggi jalan ke syurga. Keyakinian ini menolak konsep maghfirah Allah SWT. Konsep ini menolak Masyoayullah/ Semua orang Islam yang mati sebagai pelaku dosa besar akan kekal abadi dalam neraka. Pegangan ini sejajar dengan pegangan Khawarij yang punyai pegangan yang sama. Akidah ini adalah lawan kepada apa yang dipegang oleh kelompok Murjia'h yang mengatakan iman itu adalah perkataan dan niat sahaja. Amalan bukan bahagian daripada iman. Maka satu orang yang perkataannya dan niatnya meyakini sesuatu, maka amalannya tidak menjejaskannya.

5) Amar ma'ruf dan nahi munkar- Akidah ini membawa kepada wajib keluar melawan pemerintah semata-mata bila pemerintah itu buat dosa besar. 

Lima Usul di atas adalah ciri khusus muktazilah. Ia adalah meniru 5 rukun Iman yang diyakini oleh Ahli Sunnah.

Maka, melihat kepada rosaknya lima usul pegangan mereka ini, sebahagian ulama menghukumkan mereka kafir. Sebahagian mengatakan tidak , mereka cuma muslim yang derhaka. Ada juga menyatakan pandangan membezakan antara para pendakwah mereka dan pengikut. Pandakwah adalah kafir dan pengikut cuma golongan yang derhaka.


Hukum kafir ke atas muktazilah dan Khawarij ini berkaitan dengan hukum Am dan hukum Ta'yin.

Secara umum, kafirlah sesiapa yang erpegang dengan akidah muktazilah seperti mendakwa Al-Quran adalah makhluk dan Allah tidak dapat dilihat di akhirat. Ia menyalahi nas-nas dalam Quran. 

Namun, secara ta'yin/khusus, penganut fahaman muktazilah tidak boleh dikafirkan sehingga ditegakkan hujjah atasnya.

Imam Ahmad yang disiksa dalam isu Al-Quran adalah makhluk pada zaman khalifah Al-makmun, tidka mengkafirkan Al-Makmun bahkan bertarahhum untuknya.

Namun, dalam masalah jahmiyyah, ramai ulama menghukumkan mereka kafir. Jahmiyyah menafikan sifat Allah.Umpamanya mereka menafikan Ilmu dan Kalam. 

Al-Ja'du bin Dirham yang berfahaman Jahmiyyah dihukum bunuh oleh Khalid Al-Qasri kerana menafikan sifat Kalam Allah kepada Musa.




Friday, March 29, 2024

KITA HENDAKLAH MENGAMALKAN SIFAT INSAF

INSOF adalah sikap mulia yang perlu ditegakkan dalam diri setiap daripada kita. INSOF bermaksud memberikan hak yang adil kepada orang lain. Akar kalimahnya adalah "NISFUN" iaitu separuh. Ertinya separuh untuk aku dan separuh itu engkau. Ini membawa mesej adil dan sama rata. Jangan tamak nak semua. Ambil separuh dan separuh lagi hak orang lain. Ini konsep adil. Lalu, INSOF bermaksud menegakkan konsep sama rata ini. 

Sama banyak dalam material, perbuatan atau perkataan adalah asas kepada INSOF. INSOF boleh dikatakan sama semangatnya dengan WASATIYYAH.

INSAF menafikan sifat diskriminasi dan pula menolak nepotisme dan asobiyyah 

INSAF dipraktiskan dalam perselisihan ilmu dan pendapat.

Baca: Islamonline

Terlebih lagi, insaf itu perlu ditegakkan dalam diri tatkla kita bercakap mengenai para ulama ahli sunnah. Jangan melupai jasa dan pengorbanannya. Jangan pula taksub membuta tuli. Insafa adalah menghargai para ulama itu dan menyanjungnya pada apa yang patut disanjung dan membetulkan pada apa yang dia salah serta menjaga adab terhadapnya. 

Inilah maksup Insaf dalam bahasa arab

Bukan Insaf yang yang orang Melayu faham dan gunakan dalam bahasa mereka.

Satu situasi, ada kalangan mereka yang terlebih dos SALAFInya, tatkala mendapati Ibn Hajar dan An-Nawawi mengambil pendekatan mentakwilkan sifat-sifat Allah yang meusytabihat, mereka menyifatkan kedua-dua imam itu sebagai sesat dan menyesatkan .Hatta, keduanya dilebelkan sebagai Mubtadi'.

Kedua-dua imam itu mempunyai kedudukan istimewa dalam Mazhab Syafie. Fathul Bari yang dikarang oleh Ibn Hajar dan Syarah Saheh Muslim oleh Imam An-Nawawi amat besar manfatnya buat ummat. 

Kerana mereka mengambil pendekatan Takwil dan tidak TAFWIDH daan bab ayat sifat, mereka ditabdi'kan???

Ini tidak INSOF namanya. Sikap ini tidak wajar.

Jika pun mentakwilkan itu salah (mengikut pandangan Salafi), maka apa salahnya terima kesalahan itu sebagai lumrah mana-mana ulama. Ulama mana yang tidak salah? Salah dan silap adalah sifat manusiawi. Nabi sahaja yang maksum. Maka, jika kita INSAF, tidak setuju dengan pandangan mana-mana ulama dalam apa-apa bab, kita katakan dia salah dalam bab itu. Salah mereka itu adalah satu yang biasa dan tidak boleh jadi alasan itu menyesatkan mereka. Tidak boleh jadi hujah untuk membid'ahkan mereka. 

Para ulama yang berjasa dalam bidang masing-masing perlu dihargai. Zamakhsyari misalnya, sungguhpun dia dikaitkan dengan akidah muktazilahnya dan dialihat sebagai tokoh Muktazilah, orang yang INSAF tidak akan menafikan terus jasanya danlam memperkaya tafsir Al-Quran dari sudut huraian bahasa dan balaghah, ia amat istimewa. Tapis apa salah dari sudut akidah muktazilahnya dan ambil manfaat keistimewaan huraian balaghahanya.

Ibn Hajar dan Imam Nawawi hebat dalam hadis. Kita Fathul Bari jadi rujukan para penuntut ilmu. Kitab Riyadhus Solehin oleh Imam Nawawi jadi bacaan di masjid-masjid seluruh dunia. Para Salafi yang Insaf , tidak boleh jadikan alasan akidah Asya'arinya (Takwil) sebagai alasan untuk menolaknya. Sifat Insaf akan menerima perbezaan. Dua imam itu , bukan dikaitkan dengan kumpulan yang disesatkan oleh para ulama ahli Sunnh seperti Zamakhsyari dikaitkan dengan Muktazilah. Zamakhsari pun dilayan dengan Insaf, maka apatah lagi Imam Nawawi dan Ibn Hajar.

Kalau kita menilik semua ulama, tiada yang selamat dari kritikan. 

Kemelampauan orang yang tidak mengamalkan INSAF sampai ke peringkat menghukumkan wajib membakar kitab Fathul Bari dan Syarah Saheh Muslim itu. Bakar kitab kerana tidak setuju dengan pengarangnya, bukan gaya orang yang INSAF.

Seperti halnya dulu, kerana tidak setuju dengan kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Ghazali, pernah dalam sejarah kitabnya itu dibakar. Padahal Kitab Ihya Ulumuddin itu memberi faedah besar kepada ummat. Masalahnya berkaitan hadis-hadis di dalamnya. Sifat Insaf membawa TAHQIQ oleh Zainuddin Al-Iraqi. Akhirnya, faedah kitab itu dapat diambil dan dalam masa yang sama, hadis-hadis daif serta palsu boleh ditapis. Imam Ghazali bukan Nabi dan dia juga bukan ahli dalam hadis. Tapi keahliannya besar dalam ilmu hati/tasawwuf.

Demikianlah halnya pula dengan Ibn Taimiyyah. Jasanya juga besar. Karyanya berjilid. Murid-murid yang dillahirkannya hebat-hebat. Orang yang mentajismkannya , hatta sampai peringkat mengkafirkannya adalah tidak INSAF. Jika benar mereka menemukan hujjah kesilapan Ibn Taimiyyah dalam akidah yang dikatakan tajsim itu, mereka perlu INSAF bahawa kesilapan boleh terjatih atas mana-mana ulama. Bagaimana kalau tuduhan Tajsim itu hanyalah rekayasa musuhnya sebagaimana dijelaskan oleh ramai tokoh ulama? Ibn Taimiyyah hidup di zaman Syiah sedang melebarkan sayap. Juga pada zaman sufi falsafah gencar menanamkan akidah falsafah. Kita perlu Insaf . Ulama Ahli Sunnah perlu dibarikan keistimewaan jalan keluar dari tuduhan dan tuhmah. Kalau ada seratus hujjah untuk mengkafirkannya dan hanya satu yang boleh menyelamatkannya dari takfir itu, maka ambil yang satu itu. Demikian disebutkan oleh Imam Malik :


إذا قال الرجل قولًا يحتمل الكفر من تسعة وتسعين وجهًا، ويحتمل الإيمان من وجه واحد حملناها على الإيمان
" Apabila seorang lelaki berkata dengan satu perkataan yang boleh diandaikan kufur atasnya pada 99 hujjah, tetapi ada keimanan buat pada satu hujjah, maka anggaplah dia beriman!".

(Kata-kata ini direkodkan dalam Atlasul Muhaddisin, oleh Sami bin Abdullah Al-Maghluth , ms 76)



Hari in ini , apa yang malang, ketiadaan INSAF ini menjangkiti para penuntut ilmu. Bukan para ulama . Penuntut ilmu merasakan diri ulama. Kitab karangannya pun tiada. Kalau ada pun, orang ramai tak baca. Nilainya tidak setanding karya ulama yang memenuhi khutubkhanah dan jadi rujukan. Pun begitu, berani mentadhlilkan ulama yang berjasa

La haula walau quwwata illa billah...

Wahai setiap jiwa ...selamatkan diri kalian dengan mengamalkan SIFAT INSOF.

Fahami apa itu Insaf dan ingatkan diri sentiasa agar menajdi Insaf sebagai mahkota dan pakaian dalam hidup....






Cetusan sikap: Islamqa


Thursday, March 28, 2024

Kenapa bila berdoa angkat tangan ke langit?

 Itu tandanya Allah di atas langit.

Perkataan Allah di atas langit menimbulkan syubhat bahawa Allah mempunyai tempat dan mempunyai JIHAH. Inilah yang dinafikan oleh para Asha'irah. Penafian ini bertujuan membersihkan Allah dari JISMIYYAH.

Maka, dinyatakan alasan kenapa seseornag berdioa angkat tangan ke langit.

Dalam kitab tulisan Imam Murtadha Az-Zubaidi yang bernama:

إتحاف السادة المتقين بشرح إحياء علوم الدين


Dinyatakan bahawa:

والله تعالى مُنَزّه عن الجسمية، ولا يحُلّ فيه شيء تعالى وتقدّس عن أن يحويه مكان فيُشار إليه، أو تضمّه جهة، وإنما اختصّت السماء برفع الأيدي إليها عند الدعاء لأنها جُعلت قبلة الأدعية كما أنّ الكعبة جُعلت قبلة للمصلي يستقبلها في الصلاة، ولا يقال إن الله في جهة الكعبة


Ia hanya kiblat doa sebagaimana Kaabah kiblat solat. Bukan bermaksud Allah atas langit sebagaimana mengadap ke kaabah bukan membawa maksud Allah ada di arah Kaabah.

Pemahaman yang sebegini menjadi pegangan kalangan Ashairah.

Namun, saya suka untuk kembali kepada pertanyaan sebelumnya: APAKAH ATAS LANGIT ITU JIHAH?

Tidakkah JIHAH itu mainan di bawah KAUN sahaja???



Berdikit-dikit dalam ilmu

Nafsu nak banyak tak pernah bawa kebaikan. Ada sahaja bahana yang menyusul. Allah menela takathur dalam perkara dunia. dalam perkara akhirat...