Sunday, September 10, 2023

MARTABAT ZUHUD

Ibn Qayyim dalam madarijus salikin membawa perumpamaan mengenai sekeping hati dalam perjalannya menuju Allah. Ia adalah umpama seekor burung. Kepala burung itu adalah mahabbatullah (cinta kepada Allah)dan  khauf (takut) serta raja' (harap) adalah dua sayapnya. Jika kepala dan sayap elok, maka eloklah terbangnya. Jika kepala putus, matilah burung itu. Jika mana-mana dua sayapnya patah, luka atau seumpamanya, maka tidaklah dapat ia terbang dan jadilah ia mangsa kepada buruan atau jatuh terhempap ke bumi.




Zuhud , sebagaimana didefinisikan oleh Ibn Qayyim dalam kitabnya madarijus Salikin (mengambil kalam gurunya Ibn Taimiyyah), ialah MENINGGALKAN APA YANG TIDAK MEMBERI MANFAAT PADA HARI AKHIRAT. Manakala warak pula ialah MENINGGALKAN APA YANG DITAKUTI MEMBERI MUDHARAT PADA HARI AKHIRAT.

Ada yang mendefinisikan Zuhud itu ialah menjadikan dunia di tanganmu dan akhirat itu di hatimu.

Banyak kalangan ulama ahli dalam soal tarbiyyatul qulub memberikan definisi yang bermacam-macam dalam menjelaskan maksud kepada warak dan zuhud.  Apapun, yang jelas, zuhud itu bukanlah sekali-kali meninggalkan dunia sebagaimana kelakuan sesetengah orang. Mereka itu, yang memakai pakaian compang camping, tinggal di rumah-rumah terbiar dan menjauhi perkara-perkara yang baik , bukan sekali-kali dinamakan ornag zuhud. Hendaklah diperhatikan kezuhudan moidel nabi dan para sahabat. 

Nabi kemuncak kezuhudan dan dia menyukai pakaian yang cantik, kenderaan yang baik dan isteri-isteri. Demikian kalangan sahabat baginda, ada kalangan mereka adalah hartawan yang melimpah harta mereka dengan infaq fi sabilillah!

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, sifat Zuhud yang ada manusia itu boleh diklasifikasikan kepada tiga martabat iaitu:

1) Zuhud dengan meninggalkan yang haram. Inilah zuhud orang-orang awam.
2) Zuhud dengan meninggalkan berlebihan dalam menggunakan perkara yang halal. Inilah zuhud orang-orang khusus.
3) Zuhud dengan meninggalkan apa sahaja yang boleh menyibukkan diri daripada mengingati Allah SWT. Inilah zuhud orang-orang Arifin.


Bacaan: Khaledalsabt 


Friday, September 8, 2023

Ta'liq Talaq

 Seorang suami, entah dijangkirti virus apa, telah mengucapkan ta'liq talaq kepada isterinya:

"Aku ceraikan isteriku talak 3 jika PMX masih berkuasa sampai bulan 8",

Dia mengucapkan demikian pada tahun 2023 sebelum menjelang bulan 8. Maka qarinah menunjukkan bulan 8 yang dimaksudkan itu adalah bulan 8 tahun 2023..

Lafaz sedemikian disebut ta'liq talaq  atau disebut juga talaq mu'allaq. Ia bermaksud talak itu digantungkan dengan sesuatu syarat. 

Jumhur ulama (Mazhab Empat) berpandangan, apabila berlaku syarat, jatuhlah talak. Jika tidak, maka talaq tidak berlaku!

Namun ada pandangan kalangan ulama yang melihat masalah ini sebagai bergantung kepada niat suami. Jika niatnya untuk talak, maka berlakunya syarat adalah penentu. Namun, jika niatnya adalah untuk menggalakkan ssesuatu atau mencegah sesuatu, maka ia jatuh hukum sumpah. Pandangan ini diangkat dan disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan juga muridnya Ibn Al-Qayyim.

Ini bermaksud, atas suami hendaklah membayar kifarat sumpah iaitu:

a) Beri makan 10 orang miskin iaitu sekadar setengah cupak makanan ruji dalam sesebuah negeri( 1.5 Kg). Jika adat makan dalam negeri itu bersama lauk pauk, maka hendaklah bersama lauk pauk.

b) Beri pakaian 10 ornag miskin. Maksudnya pakaian yang jika dia solat dengannya, sah solatnya. 

c) Merdekakan seorang hamba.

d) JIKA TAK MAMPU mana-mana 3 perkara di atas, barulah digantikan dengan puasa 3 hari. 

Jumhur mengatakan beri makan itu tidak  boleh digantikan dengan beri duit untuk nilai makanan  tersebut. Ia tetap kifarat dalam bentuk makanan, kerana itulah yang disebutkan Allah SWT dalam perkara kifarat sumpah.

Kembali kepada masalah talaq mua'allaq tadi yang menurut sebahagian ulama jatuh hukum sumpah. Untuk memahami apakah niat suami sewaktu mengucapkannya, maka hendaklah dinilai antara dua perkara, mana yang menjadi tujuannya. Misalnya suami berkata:

" Jika kau balik rumah emak engkau, jatuh talak!", 

Lalu si isteri balik juga. Maka suami susah hati. Dia gembira kalau isterinya tidak balik ke rumah emaknya. Dia tidak suka ieterinya balik ke umah emaknya. Itu isunya. Dalam mas ayang sama, dia tidak suka bercerai dengan isterinya. Sebab itu, pelanggaran isterinya menimbulkan kedukaan dalam hatinya. Jadi masalah pula kalau kena bercerai dengan isterinya. 

Maka  dalam situasi di atas, nampaklah NIAT ucapan suami adalah Menghalang dan BUKAN talaq isterinya. Keika itu atasnya wajib membayar kifarat sumpah.

Inilah pandangan kedua dalam bab ini setelah pandangan pertama mengatakan NIAT tidak diambil kira. 

Bacaan sokongan: Islamonline

Thursday, September 7, 2023

KAEDAH MEMAHAMI SIFAT KETINGGIAN ALLAH (ULUW) ALLAH SWT

 Di petik dari intuisari kitab Jami'ul Masail oleh Ibn Taimiyyah:

1) Allah telah ada dan tiada apapun bersamaNya, lalu Dia menciptakan alam.

ان الله ولا شيء معه، ثمّ خلق العالم

Apabila alam itu dicipta, maka ada dua keadaan:

a) Alam itu dalam diriNya dan Dia bersatu atau bersamnbung dengan alam. Ini keadaan yang mustahil kerana Allah tidak mungkin bersatu dengan segala kenajisan dalam alam dan juga syaitan-syaitan yang termasuk dalam makna alam.

b) Allah menciptakan alam di luar diriNya dan kemudian Dia masuk ke dalam alam itu. Ini juga mustahil kerana Allah itu mahasuci daripada berhulul dalam alam.

Dua keadaan di atas tidak ada pertikaian di kalangan ornag Islam tentang mustahilnya buat Allah SWT.

Maka, Allah menciptakan alam dan alam itu berada di luar dariNya dan Allah tidak masuk berhulul yakni bertempat dalam alam itu. Inilah katakunci hujjah Imam Ahmad bin Hambal dalam mendepani pandangan-pandangan golongan Jahmiyyah pada zaman fitnah. 

Ibn Mubarak menjawab ketika ditanya soalan.
" Bagaimana kita hendak mengenal Tuhan kita?"
Katanya:
بأنه فوق سمواته على عرشه بائنٌ من خلقه 

"Kita kenal Dia bahawa Dia berada dia atas tujuh petala langit dan atas arasyNya tidak berada dalam ciptaanNya"

Rujuk: Shamela

Wednesday, September 6, 2023

RIJALUL GHAIB

Yang namanya manusia itu tidak ghaib. Manusia dalah makhluk yang boleh dilihat dengan mata kasar.Kecuali jika manusa itu mengamalkan sesuaitu ilmu yang dinamakan "ilmu ghaib" maka manusia itu boleh hilang daripoada pandangan mata. Namun , ilmu ghaib itu sangatlah memusykilkan. 

Kesimpulan yang ada padaku setakat ini, ilmu ghaib itu adalah sejenis sihir. Islam melarang kita mengamalkan ilmu sihir dan sihir adalah sal;ah satu dosa besar.

Seorang manusia yang terbentuk daripada daging, tulang darah, urat-urat serta pelbagai komponen dalam tubuh, perlu memecahkan dan menguraikannya untuk lenyap daripada pandangan mata. Kalau tidak, manusia perlukan sesuatu dinding mistik yang melingkunginya agar orang lain tidak nampak. Hal sedemikian adalah satu bentuk penyihiran mata.  

Namun, ada mahkluk manusia yang dipercayai oleh golongan tertentu sebagai makhluk ghaib yang digelar sebagai Rijalul Ghaib.  Golongan yang membawa terma ini adalah gilongan yang mengaku sebagai ahli sufi. Mereka percaya adalah manusia yang mencapai darjat tinggi mampu beraksi dalam dunia sebalik mata. Manusia itu adalah para wali yang terdiri daripada pelbagai tingkatannya. Merekalah yang dinamakan Rijalul Ghaib. Mereka disebut juga sebagai Ahlu Naubah.

Persoalannya, adalah kepercayaan tersebut benar atau ianya telah diperdaya ?????

Bukankah dalam Quran, Surah Al-Jin , Allah menamakan golongan dari jin sebagai rijal. Sebenarnya, mereka itulah rijalul Ghaib yang ditemui oleh ornag yang bertapa di gua, gunung ganang dan hutan belantara.

Firman Allah SWT:

وأنه كان رجال من الإنس يعوذون برجال من الجن فزادوهم رهقاً


Baca: Islamway

Tuesday, September 5, 2023

Memahami kaedah: Siapa yang tidak kafirkan orang kafir, maka dia menjadi kafir.

 Kaedah tersebut berbunyi:


من لم يكفِّر الكافر فهو كافر



"Sesiapa yang tidak mengkafirkan orang yang akfir, maka dia menjadi kafir"




Kaedah di atas telah menjadi kesepakatan kalangan ulama baik yang silam maupun kemudian. Ia berhubung dengan tidak mahu mengakui kekafiran orang yang kafir dengan nas yang sareh daripada Quran maupun diijmakkan. Penolakan kekafiran mereka membawa erti penolakan terhadap Quran dan nas Qat'i agama. 

Imam Nawawi menyebutkan dalam Raudhatut Tolibin:

مَنْ لَمْ يُكَفِّرْ مَنْ دَانَ بِغَيْرِ الْإِسْلَامِ كَالنَّصَارَى، أَوْ شَكَّ فِي تَكْفِيرِهِمْ، أَوْ صَحَّحَ مَذْهَبَهُمْ، فَهُوَ كَافِرٌ، وَإِنْ أَظْهَرَ مَعَ ذَلِكَ الْإِسْلَامَ وَاعْتَقَدَهُ

Al-Buhuti menyatakan dalam Kasyaful Qina':

فهُوَ كَافِرٌ؛ لِأَنَّهُ مُكَذِّبٌ لِقَوْلِهِ تَعَالَى: {وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ}

Kaedah dalam perkataan di atas terikat dengan 3 perkara:

1) Kekafiran orang yang wajib dikafirkan itu itu adalah Qat'i dengan nas-nas Al-Quran dan Hadis seperti kafirnya Yahudi, Nasrani dan agama-agama lain selain Islam.

2) Kekafiran orang yang dikafirkan itu  itu adalah pasti dengan sebab riddah seperti kafirnya mazhab Batiniyyah seumpama Ismailiyyah, Qoramitah,  Nusairiyyah , Druz dan Babiyyah.

3) Kekafiran orang yang wajib dikafirkan itu itu berlaku disebabkan melakukan perkara yang diijmakkan ulama tentang perlakuannya yang membatalkan Islam seperti mempersendakan Rasul atau mencelanya , menolak hukum yang bertaraf Idhtirari dalam Islam seperti zakat, solat dan sebagainya. Sesiapa yang enggan menkafirkan pelakunya dengan anggapan bahawa perkataan ornag itu atau perbuatannya tidak menjadikannya kafir, maka kafir samalah sesiapa yang memberi uzur kepada perlakuan jenayah itu.

Awas...Kaedah di atas tidak boleh diterapkan dalam situasi berikut:

1) Pada perlakuan yang menjatuhkan kafir pada sesetengah ulama dan tidak pada setengah yang lain sepeti perbuatan meninggalkan solat kerana malas. Maka, tidak boleh kita menghukumkan kafir sesiaoa yang tidak mahu kafirkan ornag yang tinggalkan solat kerana malas!

2) Apabila seseorang itu tidak mengengkari Taghut,maka tidak boleh hukumkan dia sebagai kafir. Ini kerana tentang siapa yang boleh dicop sebagai taghut itu adalah mahallul khilaf. 
3) Tidak boleh dikenakan kaedah ini ke atas orang yang enggan mengkafirkan secara ta'yin ke atas seseorang. Seorang yang melakukan sesuatu perbuatan yang boleh menjatuhkannya ke dalam kekufuran ada hujjah yang pelbagai. Mungkin jahil, terpaksa, salah maklumat dan sebagainya. Jika sesiapa yang enggan mengkafirkannya  , maka ornag yang enggan itu tidka boleh dihukumkan kafir menerusi kaedah di atas.


Kaedah di atas telah membelit dan memerangkap dua jenis golongan orang :

1) Golongan yang menolaknya secara total. Mereka tidak berpegang dengannya. Mereka tidak mahu menghukumnkan kafir atas ornag yang jelas kafirnya. maka atas mereka mendapat tempias kekafiran itu sesuai dengan kaedah. Tidak kafirkan orang kafir, maka jadi kafir.

2) Golongan ekstrem dalam menggunakan kaedah ini. Mereka menghukumkan ornag Islam lain sebagai murtad dan kafir. Sesiapoa yang tidak mahu ikut hukum mereka itu dicop juga sebagai kafir.

 

Ingatlah bahawa takfir adalah satu istilah yang membawa implikasi yang pelbagai. Ia tidak hanya terhenti atas menuduh kafir seseorang itu. Ia memberi kesan hubungan suami isteri, putusnya hak pewarisan harta, hukum bunuh atas orang yang dituduh murtad ( jadi kafir), tidak boleh solat jenazahnya dan tidak boleh dikebumikan di perkuburan Islam dan sebagainya. Ia bukan individu muslim dalam masyarakat, sebaliknya ia hanyalah hak bagi orang yang ilmu dan ada hak menjatuhkan hukuman. Ornag biasa tiada kuasa memutuskan siyanu itu kafir kerana keputusannya tidak menatijahkan perlaksanaan sebaliknya hanya menatijahkan fitnah.

Imam Al-Ghazali, dalam kitabnya al-Iktisad fil i'tiqad menyebutkan:


ينبغي الاحترازُ من التكفيرِ ما وجدَ إليه سبيلاً، فإن استباحةَ الدماءِ والأموالِ من المصلين إلى القبلة المصرِّحين بقولِ لا إله إلا الله محمد رسول الله خطأ، والخطأُ في تركِ ألفِ كافرٍ في الحياةِ أهونُ من الخطأِ في سفكِ مِحْجَمَةٍ من دم مسلم

Imam As-Syaukani dalam As-Sailul Jarrar menyatakan:


اعلم أنَّ الحكمَ على الرجل المسلمِ بخروجه من دين الإسلام ودخولِه في الكفر لا ينبغي لمسلمٍ يؤمن بالله واليومِ الآخر أن يَقْدُمَ عليه إلاَّ ببرهانٍ أوضحَ من شمس النهار، فإنه قد ثبت في الأحاديث الصحيحة المروية عن جماعةٍ من الصحابة أنَّ: مَنْ قَالَ لأَخِيهِ يَا كَافِرُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا

Monday, September 4, 2023

KECENDERUNGAN KEPADA ORANG ZALIM

Pada saat ujian Allah datang, maka ketika itu anda akan melihat manusia terpecah kepada dua kelompok. Satunya adalah mereka yang tetap dengan pendiriannya, istiqamah dengan perinsipnya dan bersabar mendepani segala mehnah dan ujian. Inilah golongan yang disifatkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran:

{وما لنا ألا نتوكل على الله وقد هدانا سبلنا ولنصبرن على ما آذيتمونا وعلى الله فليتوكل المتوكلون} [إبراهيم:12].

Namun, di sana ada sekelompok lagi yang dalam mendepani ujian dna cobaan itu, mereka berubah. Mereka mencari keuntungan di sebalik penderitaan yang menimpa orang. Mereka bersekongkol dengan dengan orang zalim sama ada atas alasan takut ancaman atau kerana ingin memperolehi pamrih duniawi.


Golongan inilah yang diperingatkan Allah dalam Quran ayat 113 Surah Hud:

ولا تركنوا إلى الذين ظلموا فتمسكم النار وما لكم من دون الله من أولياء ثم لا تنصرون

Kalimah tarkanu bermaksud arrukun dan menurut para mufassirin, ia ditafsirkan sebagai:

 السكون إلى الشيء والميل إليه بالمحبة

Kecenderungan yang sedikit, itulah erti kepada kalimah Tarkanu. 

هو الميل اليسير، أدنى ميل،


Larangan cenderung kepada orang zalim membawa mesej hendaklah sentiasa bersama orang yang dizalimi, menjadi pembela mereka dan menentang kezaliman para penzalim. Orang zalim selalunya golongan atasan, para kapitalis dan para pembesar manakala yang menjadi mangsa kezaliman adalah golongan miskin dan marhaen.

Maka , Allah menghendaki kita menjadi pembela golongan marahaen dan bukan membela para kapitalis dalam masyarakat. 

Seorang lelaki bertanya kepada Imam Ahmad: Apakah kamu kira saya dari kalangan penolong ornag-orang zalim?
Imam Ahmad bertanya: Apa pekerjaanmu?
kata lelakinitu: Tukang jahi buat seornag yang zalim.
Imam Ahmad berkata: Kamu bukan penolong ornag zalim, tetapi kamu adalah sang penzalim. Penong ornag zalim adalah yang membekalkan kamu jarum dan benang!




Bacaan Tambahan:  Basaer online

Sejarah memperlihatkan kepada kita akibat yang menimpa mereka yang cenderung kepada orang zalim. Selain apa yang Allah janjikan dari azab di ahri akhirat, dalam dunia dia akan menempa kehinaan. Orang zalim hanya menunggangnya untuk kepentingan dirinya. Apabila telah tercapai maksudnya, maka kezaliman yang ditujukan kepada musuh para penzalim kemudiannya akan berpaling arah kepada para pembela kezaliman. Lihatlah bagaimana nasib mereka yang menjadi mata dan telinga ornag zalim dalam sejarah. Apakah nasib mereka pada akhirnya?  Mereka umpama ornag yang bermain api, akhirnya api itu menyambar dirinya!


PERKATAAN YANG MAJHUL DALAM KITAB SYAMSUL MA'ARIF AL-KUBRA

Disebutkan dalam Kitab Syamsul Ma'arif Al-Kubra mukasurat 124 mengenai satu doa untuk mendapatkan razeki. Dia tersebut tidaklah warid dalam hadis apa lagi Quran. ia adalah serangkai perkataan yang terdapat di dalamnya kalimah-kalimah pelik.



Nama-nama yang majhul (tidak diketahui maknanya) dalam doa di atas adalah satu bentul ilhad dalam berdoa. Perbuatan tersebut dilarang oleh Allah SWt sebagaimana firmanNya dalam ayat 180 Surah Al-A'raf:

وَلِلَّهِ الأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ



Berdikit-dikit dalam ilmu

Nafsu nak banyak tak pernah bawa kebaikan. Ada sahaja bahana yang menyusul. Allah menela takathur dalam perkara dunia. dalam perkara akhirat...