Tuesday, October 10, 2023

Syair -Hikmah Saidina Ali

Ilmu dan akhlak hendaklah berjalan seiring. Kedua-duanya adalah yang termahal dalam hidup kita sebagai manusia. Bila hilang salah satu keduanya atau kedua-duanya, maka itulah sebesar-besar kerugian. 

Sebuah syair oleh Ali bin Abi Talib menceritakan pentingnya ilmu dan akhlak. :


لَيسَ البَلِيَّةُ في أَيّامِنا عَجَباً

بَلِ السَلامَةُ فيها أَعجَبُ العَجَبِ

لَيسَ الجَمالُ بِأَثوابٍ تُزَيِّنُنا

إِنَّ الجَمالَ جَمالُ العَقلِ وَالأَدَبِ

لَيسَ اليَتيمُ الَّذي قَد ماتَ والِدُهُ

إِنَّ اليَتيمَ يَتيمُ العِلمِ وَالأَدَبِ
















Bukanlah ujian dalam hidup kita itu satu yang menakjubkan
Akan tetapi apabila selamat daripada ujian itulah yang lebih ajaib!

Bukanlah kecantikan itu dengan memakai pakaian yang berhias
Akan tetapi kecnatikan itu adalah kecantikan akal dan adab!

Bukanlah dinamakan yatim itu disebabkan matinya bapa
akan tetapi yatim itu adalah mereka yang hilang ilmu dan adab!

Monday, October 9, 2023

HADIS TENTANG GEMPITA DI BULAN RAMADHAN

Tak lama dulu, ada bunyi kuat di bulan Ramadhan. Khabarnya bunyi tersebut adalah letupan sebuah satelit di angkasa bumi. Aku tidak ingat ramadhan mana. Maka, riuh pikuk di media sosial bahawa masa telah sampai untuk kemunculan Imam Al-Mahdi. Bukan sahaja kalangan Syiah yang mendongakkan kepala dan memanjangkan leher bila mendengar khabar seumlama ini. Bahkan ada juga kalangan Sunni yang terpengaruh. Kalangan Syiah memang menyimpan kepercayaan bahawa kemunculan Al-Mahdi versi mereka akan dadahului dengan apa yang disebut sebagai "soihah". Aia adalah tanda muncul Imam Al-mahdi.


Namun, dalam sumber-sumber Sunni, riwayat seperti itu walaupun ada, ia dipertiukaikan kesahehannya. Umpamanya, apa yang disebutkan oleh Nu'aim bin Hamad dalam Kitab Al-Fitan, disebutkan mengenainya dengan sanad sampai kepada Ibn Mas'ud. Hadis tersebut berbunyi:

إذا كان صيحة في رمضان، فإنها تكون معمعة في شوال، وتميز القبائل في ذي القعدة، وتسفك الدِّماء في ذي الحجة، والمحرم وما المحرم - يقولها ثلاثًا - هيهات هيهات، يقتل الناس فيها هرجًا هرجًا قال: قلنا: وما الصَّيحة يا رسول الله؟ قال: هذه تكون في نصف من رمضان، يوم جمعة ضحى، وذلك إذا وافق شهر رمضان ليلة الجمعة تكون هدة تُوقِظ النائم، وتُخرج العواتق من خُدورهن في ليلة جمعة، سَنَة كثيرة الزلازل والبرد، فإذا وافق رمضان في تلك السَّنة ليلة جمعة، فإذا صليتم الفجر يوم جُمُعة في النصف من رمضان، فادخلوا بيوتكم، وسدِّدوا كواكم، ودثِّروا أنفسكم، وسدُّوا آذانكم، فإذا أحسستم بالصيحة، فخِرُّوا لله سُجَّدًا، وقولوا سبحان القدوس، سبحان القدوس، ربنا القدوس؛ فإنَّه مَن فعل ذلك نجا، ومَن ترك هلك

Sumber: Dorar.net (Ditakhrijkan sebagai Hadis makzub maudhu')

Dalam Sanad hadis itu ada nama Ibn Lahi'ah dan dia adalah seorang yang daif selepas kitabnya terbakar.Ada nama Abdul Wahab bin Hussain dan seorang yang majhul sebagaimana disebutkan oleh Alhakim dan Ibn hajar.


Dalam sanadnya juga ada nama Muhammad bin Tsabit Al-Bannani dan dia adalah dibilangkan sebagai majruh dan daif oleh Ibn Hibban dan Ibn 'Adi. Dalam sandanya juga ada nama Al-Harith bin A'war Al-hamdani yang merupakan pendusta sebagaimana disebutkan oleh As-Sya'bi, Abu hatim dan  Ali  Ibn Al-Madini serta Ibn Zur'ah mengatakan bahaw ahadis yang ada namanya tidak boleh dijadikan hujjah.

Saturday, October 7, 2023

Anggur tidak dipetik dari durinya

 كما لا يجتني من الشوك العنب كذلك لا ينزل الفجار منازل الأبرار فاسلكوا أي طريق شئتم فأي طريق سلكتم وردتم على أهله

Sebagaimana anggur tidak dipetik dari duri, demikian juga orang fasik tidak menetap di rumah orang benar. Ikutilah olehmu jalan mana yang kamu mahu, kelak kamu akan menemui tuan punya jalan itu di hujungnya.


Al-Munawi menjelaskan maksudnya dalam Faidhul Qadir:

 فمن سلك طريق أهل الله ورد عليهم فسار من السعداء ومن سلك طريق الفجار ورد عليهم فصار من الأشقياء

DR. MUHAMAMD SAYYID TONTOWI



Saya tergerak hati untuk mengenali tokoh ini lebih mendalam apabila membaca satu tafsir bernama Tafsir Al-Wasit. Itulah karya  tafsirnya untuk Al-Quranul Karim.

Beliau dilahirkan di kampung Sulaim Timur dalam daerah Suhaj pada 14 Jamadil Awal  tahun 1347H bersamaan 28 Oktober 1928M. Pendidikan awalnya adalah di kampungnya yang membawanya menyempurnakan hafazan Quran. Kemduian , beliau menyambung pengajian di Ma'ahad Agama  Iskandariah pada tahun 1944.Setelah menamatkan pengajian peringkat menengahnya, beliau menyambung ke Universiti Al-Azhar dan graduate pada tahun 1958 dan seterusnya mendapat kelayakan ikhtisas dalam pendidikan pada tahun 1959. 6 Sept 1966, beliau menyempurnakan PHD dalam bidang tafsir dan hadis dengan pangkat cemerlang.

Karya beliau, Tafsir Al-Wasit terdiri daripada 15 Jilid dengan dengan jumlah muka surat lebih daripada 7 ribu.

Beliau adalah Syeikhul Azhar antara tahun 1996 hingga 2010 dan merupakan Syeikhul Azhar yang ke 45 selepas Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq. ia adalah semenjak jawatan itu diwujudkan pada zaman Othmaniyyah.

Beliau menjadi mufti Negara Mesir pada tahun 1986

Pada 12 November 2008, Syeikh Muhamamd Sayyid Tantawi telah mendapat kritkan keras pelbagai pihak kerana tersebar gambarnya bersalaman dengan Shimon Perez , Perdana Menteri Israil, ketika dia menghadiri Konference Dialog Antara Agama anjuran Arab Saudi dengan PBB di New York.

Beliau meninggal pada pagi Rabu 24 Rabiul Awal 1431 bersamaan 10 Mac 2010 di Riyadh Arab Saudi dalam umur 81 tahun. Beliau ketika itu dalam perjalanan pulang daripada Muktamar Antarabangsa yang diadakan oleh Raja Abdullah bin Abdul Aziz untuk Anugerah Penghargaan Raja Faisal kepadanya atas khidmatnya kepada Islam bagi tahun 2010.  Jenazahnya diterbangkan ke Madinah dan dikebumikan di perkuburan Al-Baqi'.

Setahun sebelum beliau wafat, pada saat rehlah hajinya, tatkala dia menziarahi perkuburan Al-Baqi' di Kota Maidnah, beliau berdoa:

اللهم اجعل لنا الدفنة فيه


" Ya Allah, jadikan pengebumian kami di sini".




Subhanallah! Allah makbulkanb doanya.


Rujuk : Wiki

Thursday, October 5, 2023

KITAB BIHARUL ANWAR

Kitab ini adalah salah satu kitab yang menghimpun hadis-hadis kalangan Syiah dan ia adalah antara kitab utama dalam Syiah Imamiyyah. Nama penuh kitab itu ialah (    بحار الأنوار الجامعة لدرر أخبار الأئمة الأطهار    )Ia ditulis oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi (1037-1111H) pada zaman tegaknya kerajaan Safawiyyah yang bermazhab Syiah. Ia dianggap kitab hadis terbesar Syiah dan mengandungi 110 Jilid. Beberapa jilid daripadanya, disebabkan mengandungi celaan dan cemuhan melampau ke atas Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan, Aisyah dan Hafsah, ia dilarang pencetakan di Iran.


Sayyid Kamal Al-Haidari(seorang ulama mufakkir Syiah) menyebutkan dalam satu rakaman videonya bahawa Allamah Al-Majlisi itu tidaklah mengatakan semua dalam kitahbnya adalah Saheh. Ini berbeza dengan Al-Kulaini dalam Al-Kafi, dia menegaskan bahawa tidaklah dia memasukkan dalam kitabnya melainkan hadis-hadis yang saheh.

Menurut Al-Haidari, tiada dalil dakwaan bahawa semua dalam Biharul Anwar itu saheh adalah berdasarkan beberapa hujjah:

1) Penamaan kitab itu sendiri dengan nama "bihar" (laut), ia membawa maksud bercampurnya pelbagai di dalamnya. Dalam laut ada permata, marjan, lu'lu' dan juga batu batan serta sampah sarap.

2) Metodologi Al-Majlisi adalah mengumpulkan secara pukal semua hadis yang sampai kepadanya daripada pelbagai sumber, tidak kira madu atau racun dan membiarkan ia dinilai oleh orang kemudian, Dalam Al-Bihar itu kedapatan hadis-hadis yang jelas rekaannya menurut Syiah dan tak mungkin diucapkan atau dilakukan oleh para imam Syiah.

3) Kedapatan ramai ulama yang menyifatkan Al-Majlisi sebagai penulis sejarah dan bukan hadis dan Biharul Anwar itu bercampur aduk dalamnya permata dan batu.


Catatan: Umpamanya kisah Auj bin Unuq disebutkan dalam Biharul Anwar. Ianya sebuah kisah yang tidak logik dan membuatkan akal mentertawakannya. Kisah tersebut juga diwaradkan dalam kitab-kitab tafsir ulama Sunni tatkala menafsirkan kisah keengganan Bani Israil memerangi negeri yang dijanjikan Allah sebagaimana yang diarahkan Musa. Alasan mereka adalah kerana di dalamnya ada "Qauman Jabbarin". Maka Qauman Jabbarin itu dikatakan adalah Auj bin Unuq, seorang manusia gergasi yang amat besar dan tinggi.


Dalam Biharul Anwar juga diriwayatkan hadis dari Imam Abu Hasan Ar-Ridha bahawa nabi Muhammad SAW pernah melihat Allah dalam rupa  seorang pemuda berusia 30-an dan kedua kakinya berkasut hijau.(Rujuk: Maktabah Syiah)

Saksikan video: Riwayat Maudhu' dalam Biharul Anwar

Rujuk: Alhaydari 

Wednesday, October 4, 2023

KITAB-KITAB UTAMA SYIAH

 Dalam agama Syiah Imamiyah, ada 4 buah kitab rujukan utama mereka iaitu:

1) Al-Kafi oleh Al-Kulaini

2) Man La Yahdhuruhul Faqih oleh Ibn Babawaih Al-Qumi

3) Tahzibul Ahkam oleh Syeikh Abu Jaafar bin Muhammad Al-Hasan At-Tusi yang digelar  Syeikhut Taifah.

4)Al-Istibsor Fi Ma Ikhtalafa Minal Akhbar juga oleh  Syeikh Abu Jaafar bin Muhammad Al-Hasan At-Tusi

Selain itu ada beberapa lagi kitab yang tidak kurang pentingnya iaitu:

1) Al-Wafi Lil Faidh  Al-Kasyani oleh Muhammad Al-Murtadha yang terkenal dengan gelaran Mulla Muhsin.

2)   Biharul Anwar oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi

3) Wasailus Syi'ah Ila Tahsili Masailis Syari'ah oleh Muhammad bin Al-hasan Al-Hurr Al-'Amili

4) Mustadrak Al-Wasail oleh Hussain An-Nuri At-Tabrasi

 Lapan buah kitab di atas di sebut sebagai " Al-Kutubus Tsamaniyyah" ( Lapan Kitab utama ) di kalangan Syiah Imamiyyah.

Rujuk: Ketabonline.com

Tuesday, October 3, 2023

MITOS KESAKTIAN CINCIN NABI SULAIMAN.

Dahulu, aku hampir pecaya kepada kasaktian barang. Aku hampir pecaya ada cincin sakti, tongkat sakti, keris sakti, busur sakti, panah sakti, tombak sakti, kipas hikmat dan beraneka ragam lagi barang sakti. Inilah kesan bila baca hikayat banyak sangat dan larut di dalamnya. Siapa baca Hikayat-hikayat seperti Mahabrata dan Ramayana, Malim Deman, Pandawa Lima dan lain-lain hikayat, akan jumpalah seribu satu barang sakti dan hikmat yang disebutkan.

Hatta, bila baca kisah para nabi, kepercayaan kesaktian barangan ini pun ada. Umpamanya tongkat Nabi Musa yang dikatakan sakti boleh menjelma jadi ular, membelah lautan dan memancutkan air pada batu. Ada cincin sakti yang ada pada nabi Allah Sulaiman yang mana dengannya dia memerintah manusia  dan jin. Konon cerita, tatkala cincin itu dicuri oleh Iblis, maka kekuasaan Sulaiman pun berpindah kepada Iblis yangf menjadi pemegang baru cincin itu. Maka Nabi Allah Sulaiman pun hilang kuasanya gara-gara hilang cincin tersebut.

Siapa yang dapat Cincin Sulaiman itu, dia akan mendapat kuasa seperti Nabi Allah Sulaiman A.S. 

Ini adalah kepercayaan yang ditanamkan oleh Yahudi yang mana sebahagian Yahudi menuduh nabi Allah Sulaiman memerintah dengan bantuan sihir. Maka keberadaan cincin nabi Sulaiman itu merupaka medium sihir yang memungkimkan baginda memerintahkan jin dan manusia serta bercakap dengan binatang. 

Hatta, cerita mengenai cincin Sulaiman ini masuk dalam riwayat-riwayat hadis seperti dalam Musnad Ahmad, Sunan Tarmizi dan Ibn Majah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:  تَخْرُجُ الدَّابَّةُ وَمَعَهَا خَاتَمُ سُلَيْمَانَ بْنِ دَاوُدَ، وَعَصَا مُوسَى بْنِ عِمْرَانَ - عَلَيْهِمَا السَّلَامُ - فَتَجْلُو وَجْهَ الْمُؤْمِنِ بِالْعَصَا، وَتَخْطِمُ أَنْفَ الْكَافِرِ بِالْخَاتِمِ، حَتَّى أَنَّ أَهْلَ الْحِوَاءِ لَيَجْتَمِعُونَ، فَيَقُولُ: هَذَا يَا مُؤْمِنُ, وَيَقُولُ هَذَا: يَا كَافِرُ 

Binatang itu keluar dengan membawa cincin Sulaiman bin Dawud, dan tongkat Musa bin Imran - salam mereka - dan ia memukul muka orang mukmin dengan tongkat, dan menusuk hidungnya Pamerkan cincin itu, maka sehinggakan keluarga Hawa berkumpul, dan dia berkata: Ini adalah mukmin, dan yang ini berkata: Wahai orang kafir.
( Syeikh Albani menyimpulkan dalam Silsilah Al-Ahadith Ad-Daifahnya (No. 1108) hadis ini sebagai munkar)

Itulah juga yang menjadi kepercayaan dalam ajaran Syiah. Kelak bila Imam Al-Mahdi versi Syiah keluar dari keghaiban besarnya, dia akan datang bersama Tongkat Musa dan Cincin Sulaiman. Dia akan mewarisi ilmu hikmat dan pusaka para nabi termasuk kesaktian cincin Sulaiman.

Riwayat-riwayat yang menisbahkan pewarisan Imam-imam Syiah, termasuk Al-Mahdi terhadap pusaka nabi Sulaiman serta nabi-nabi lain disebutkan dalam Biharul Anwar Oleh Al-Majlesi:

إذا ظهر القائم عليه السلام ظهر براية رسول الله صلى الله عليه واله ، وخاتم سليمان ، وحجر موسى وعصاه ، ثم يأمر مناديه فينادي ألا لا يحمل رجل منكم طعاما ولا شرابا ولا علفا ، فيقول أصحابه : إنه يريد أن يقتلنا ، ويقتل دوابنا من الجوع والعطش ، فيسيرو يسيرون معه ، فأول منزل ينزله يضرب الحجر فينبع منه طعام وشراب وعلف ، فيأكلون ويشربون ودوابهم حتى ينزلوا النجف بظهرالكوفة

" Apabila munculnya Al-Qaim A.S, dia muncul bersama panji Rasulullah SAW, cincin nabi Sulaiman, batu Nabi Musa A.S. Kemudian seseorang menyeru dengan katanya: Janganlah mana-mana orang membawa makanan, minuman atau rerumput buat tunggannya. Maka orang ramai pun berkata: Dia nak bunuh kita dan juga binatang tunggangan kita kerana lapar dan dahaga.  Maka berjalanlah Al-Qaim dan mereka pun brjalan bersamanya. Mkaa di tempat perhentian pertama, Al-Qaim pun memukul batu (nabi Musa) lalu keluar daripadanya makanan, air dan rumput ternakan. Lalu mereka pun makan dan binatang mereka pun makan sehinggalah mereka tiba di Najaf di pinggir Kufah."

Syeikh Ali As-Sabuni menyebutkan dalam kitabnya An-Nubuwwah Wal Ambiya , Ms 309:

وعلى كل حال ، فإن ما ورد في قصة الخاتم كله باطل وبهتان

"Kesimpulannya, apa yang diceritakan tentang kisah cincin nabi Sulaiman itu semuanya Batil dan Dusta belaka".

Inilah jenayah antara jenayah keilmuan yang pernah dicoretkan oleh kaum Bani Israil. Mereka bukan sahaja membunuh para nabi, tetapi juga mencorengkan arang ke kanvas sejarah para nabi. Nabi Sulaiman itu sendiri menurut cerita Israiliyyat,  telah menjadi mangsa penipuan Iblis. Iblis merubah istananya menjadi tempat kufur setelah menjadi  tempat beriman pada zaman Sulaiman. Jika cerita nabi Sulaiman hilang cincin yang hebat dan penuh kuasa itu kita percaya, di mana kita mahu letakkan keyakinan kita terhadap sifat  'ismah para Rasul?

Al-Qadhi Iyadh dalam kirtabnya As-Syifa (2/167) menyebutkan :

ولا يصح ما نقله الإخباريون من تشبه الشيطان به، وتسلطه على ملكه، وتصرفه في أمته بالجور في حكمه ، لأن الشياطين لا يسلطون على مثل هذا، وقد عصم الأنبياء من مثله

" Tidak benar apa yang dinukilkan oleh para ahli riwayat sejarah bahawa Syaitan telah menjelma rupa nabi Allah Sulaiman dan merampas kerajaannya serta mentadbirnya dengan kezaliman. Sesungguhnya Syaitan tidak mampu menjalankan kuasanya sedemikian  ke atas para nabi kerana para nabi itu dipelihara oleh Allah SWT".

As- Sabuni menyebutkan dalam kitabnya An-Nubuwwatu Wal Ambiya (ms 305)

وعلى كل حال ، فإن ما ورد في قصة الخاتم كله باطل وبهتان

" Apapun, semua yang diriwayatkan mengenai kisah cicncin (nabi Sulaiman) adalah batil dan dusta belaka".


Bacaan: Islamqa

Berdikit-dikit dalam ilmu

Nafsu nak banyak tak pernah bawa kebaikan. Ada sahaja bahana yang menyusul. Allah menela takathur dalam perkara dunia. dalam perkara akhirat...