Sunday, September 29, 2024

Konsep Umur bertambah dengan sebab amalan tertentu

 Kalau nak hidup lebih lama dalam dunia, ada caranya. Nabi SAW beritahu dalam hadis:

لا يرد القدر إلا الدعاء ولا يزيد في العمر إلا البر

Takdir hanya dapat dihalang  dengan berdoa, dan tidak ada yang menambah umur kecuali kebajikan (yakni birrul walidain)

Dalam hadis yang lain, Nabi menyatakan :

من أحب أن يبسط له في رزقه وأن ينسأ له في أجله فليصل رحمه

Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menyambung tali silaturahmi.

Amalan baik yang menambahkan umur danb meluaskan razeki:
  1. Berbakti kepada ibu bapa
  2. Menghubungkan silaturrahim
  3. Selalu bersedekah
Ibn Hajar menjelaskan knsep pertambahan umur dalam Fathul Bari . Katanya:

إن الذي سبق في علم الله لا يتغير ولا يتبدل، وإن الذي يجوز عليه التغير والتبديل ما يبدو للناس من عمل العامل، ولا يبعد أن يتعلق ذلك بما في علم الحفظة الموكلين بالآدمي فيقع فيه المحو والإثبات كالزيادة في العمر والنقص

Apa yang sebelumnya dalam Ilmu Allah tidak akan berubah atau bertukar, dan apa yang dibolehkan untuk berubah dan bertukar adalah apa yang terlihat oleh orang-orang dari pekerjaan pelakunya, dan tidak pelik kalau dikatakan bahawa yang berubah itu adalah yang  berkaitan dengan apa yang ada dalam pengetahuan. daripada malaikat hafazah yang diwakilkan kepada anak Adam , di mana dalam catatan merekalah  berlaku pemadaman dan pengesahan, seperti peningkatan umur dan penurunan.

Hujah cacat menghalalkan syatahat Kesufian

Di kalangan ahli Sufi, diberitakan berlakunya syatahat iatu ungkapan yang diucapkan dlaam keadaan mabuk dan tidak sedar . Jika diambil kira ucapan itu dalam keadaan sedar, maka ucapan itu menjadi kafirlah penuturnya. namun, kerana sorang Sufi yang tenggelam dalam mabuknya  cintanya kepada Allah SWT, maka kalam di waktu syatahat suffiyyah itu hendaklah diuzurkan.

Ia seumpama apa yang diriwayatkan tentang Abu Yazid Al-Butami yang pernah berkata : Subhani...subhani (maha suci aku maha suci aku).

dalil yang diguna pakai dalam bab ini ialah perkatan seorang yang mengembara di padang pasir dan hilang unta dan bekalannya. Di kala dia temui semula unta dan bekalan itu, lantara terlalu amat gembiranya , dia mengungkapkan kata-kata yang dinila kufur jika penuh kesedaran iaitu: Wahai Tuhan , engkaulah hambaku dan akulah Tuhanmu!

Cerita ini diriwayatan dalam hasdis Saheh ( Riwayat Muslim-Drpd Ibn Mas'ud) dan Nabi SAW menyatakan bahawa Allah lebih rasa gembira atas taubat seorang hamba berbanding gembirangnya sang pengembara yang hilang untanya dan menemuinya semua.

menjadikan hadis sebagai dalil memuji syatahat kesufian adalah pendalilan yang salah.

Nabi SAW dalam hadis menyatakan keuzuran bagi lelaki pengembara itu dengan mengatakan:

 ثم قال من شدة الفرح اللهم أنت عبدي وأنا ربك أخطأ من شدة الفرح

Kata Nabi SAW, lelaki itu tersalah ucap kerana bersangatan gembira.

Maka , kenapa yang dikatakan salah itu dijadikan contoh. Kenapa yang betul tidak mahu dicontohi?

Ucapan itu keluar semasa berlakunya kekurangan akal pengucapnya atau hilang kendali akalnya secara menyeluruh. Bagaimana situasi kehilangan akal itu bertukar jadi pujian di kalangan para Sufi? Ia dianggap ketinggian maqam dan lambang kewalian?

Ini satu jalan fikir yang pelik!

Sementelahan, para sahabat Nabi SAW adalah insan yang paling sempurna kewalian mereka dan tidak ada satu riwayatpun dari mereka menuturkan ucapan-ucpaan  yang berpijak atas syatahat kesufian itu!

Istilah "Syatahat" digunakan oleh para Sufi untuk menghalalkan apa yang diingkari oleh para ulama dan fuqaha atas perkataan yang menyalahi syarak itu. Dengan pengistilahan itu, mereka meletakkan apa yang terbut dari arbab Sufi itu sebagai sesuatu yang tidak boleh disalahkan dan ia dikecualikan daripada hukum umum nas.

Luas pintu syurga

Nabi SAW menyebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dalam Saheh Bukhari dan juga Muslim tentang luasnya pintu syuga.  Sabda baginda sebagai mana dalam Saheh Muslim (No: 194):

وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ، إِنَّ مَا بَيْنَ الْمِصْرَاعَيْنِ مِنْ مَصَارِيعِ الْجَنَّةِ لَكَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَهَجَرٍ، أَوْ كَمَا بَيْنَ مَكَّةَ وَبُصْرَى

Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, bagi kamu ruang antara dua pintu syurga, antara Mekah dan Hajar, atau antara Mekah dan Busra.

Hijir adalah kawasan Timur Semenanjung Arab yang mana hari berdirinya negeri Qatar dan Bahrain. Manakala Busra adalah sebuah kota dalam negara Syria hari ini iaitu di Selatan Bandar Dar'aa .

Ukuran jaran antara Makkah ke Hajar dan Makkah ke Busra telah ditemukan melaui ukuran jarak melalui alat moden , termasuk satelite adalah sama iaitu sejauh 1273KM. Ini menjadi satu dalil kemukjizatan Rasulullah SAW kerana baginda membanding dua jarak itu dengan menyebut "atau". Maksudnya jarak Makkah ke Hijir dengan Makkah ke Busra adalah sama.
"
Apa yang Rasulullah SAW mahu utarakan menerusi hadis ini adalah luasnya pintu syurga  Kalimah "Misra' ain " merujuk kepada dua keping daun pintu sebagai halnya bentuk pintu di rumah-rumah. Seolah-olah Rasulullah menggambarkan jarak bagi dau daun pintu itu adalah seluas 1273KM. 

Kajian dan detail menegnai jarak antara dia lokasi itu dibezakan jarak sekitar 62KM

Keluasan itu adalah keluasan normal bagi pintu-pintu syurga. 

Namun, ada riwayat dalam Musnad Imam Ahmad yang menyebutkan keluasan pintu syurga  adalah jarak perjalanan selama 40 tahun. Jika hadis itu diterima kesahehannya, ia menyatakan seluas-luas pintu syurga.

Wednesday, September 25, 2024

Kisah Aisyah r.a dengan perempuan ahli sihir

 Telah tiba di Kota madinah seorang perempuan mencari Rasulullah SAW. Dia mahu bertemu Rasulullah SAW untuk satu hajat. Sayangnya Rasulullah SAW ketika itu baru sahaja wafat. Maka perempuan itu berjumpa dengan Aisyah r.a dan dia menangis menceritakan masalahanya. 

Masalahnya, dia terperangkap dalam satu situasi yang menjadikan dia seornag ahli sihir perempuan. Dia mahu bertaubat dan sebab itu dia mahu bertemu Rasulullah SAW. Namun, takdir Allah tidak menghendakinya berkesempatan bertemu mata dengan Rasulullah.

Kepada Aisah dia bercerita.

Katanya, dia berasal dari Daumatul Jandal. suaminya telah hilang dan dia mengadu kepada seorang wanita tua. Wanita itu menawarkan bantuan kepadanya . Satu malam, wanita tua itu bawakan dua ekor anjing hitam dan mereka berdua menunggang anjing hitam itu sehingga mereka tiba di negeri Babil.Di sana mereka pergi bertemu dua lelaki yang kakinya tergantung di atas dan kepala di bawah. 

Apa sebab kamu datang? tanya lelaki itu

"aku datang untuk belajar sihir", 

" Kami ini adalah fitnah dan janganlah kamu kufur, pulanglah ke negeri kau". 

Maka, prempuan itu enggan.

Jika kamu degil dan nak juga belajar sihir, pergilah ke satu mata air dan kencinglah di sana"

Lalu dia pergi tapi tidak kencing kerana takut. Dia pulang dan ditanya oleh lelaki itu. Dia berbohong mengatakan dia sudah kencing.

Ditanya lelaki itu: apa yang kau lihat?

Katanya: tiada apa-apa

Maka lelaki itu berkata: kamu berdusta dan kamu tak kencing di situ. Baliklah ke negeri kamu dna jangan kafir

Perempuan itu tetap bersikeras. lali disuruh pergi kencing di mata air itu. Dia pergi. Sekali lagi dia tidak lakukan dan pulang. Ketika ditanya, dia mengatakan tidak melihat apa-apa. Lelaki itu tahu perempouan  itu berdusta dan menasihatkan agar pulang sahaja ke negerinya.

kali ketika perempuan itu pergu ke mata air itu, dia benar-benar kencing di sana.Tiba-tiba dia melihat seekor kuda berperisau besi keluar daripadanya dan hilang ke langit.

Dia balik kepada lelaki itu dan menceritakan apa yang disaksikannya. Maka diberitahu bahawa kuda itu lambang imannya. Ia telah keluar meninggalkannya.

Selepas kejadian itu, apa sahaja yang disebutkan wanita itu menjadi . Hal itu menjadikan dia tidak gembira. Dia merasa tidak senang dan ingin kembali menjaid normal itu sbab dia datang mahu bertemu dengan nabi SAW buat memulihkannya.

Dia ceritakan kepada Aisyah keadaannya.

Aisyah r.a memanjangkan amsalah wanita itu kepada para sahabat nabi yang ramai ketika itu. Namun , seornag pun tidak berani memberikan fatwa penyelesaian mereka.

Cuma, ada riwayat mengatakan Ibn Abbas atau murid-muridnya pernah berkata:

"kalau kedua ibu bapamu atau salah satunya masih hidup, tahulah aku penyelesaiannya dan akan kubertahu caranya"

Hisyam bin Urwah yang meneritakan kisah ini daripada Aisyah berkata:

"kalaulah wanita itu datang dengan masalah sedmikian di zaman kami, kami akan fatwakan agar dia mebayar pampapasan". 


Sumber kisah: Shamela


Sunday, September 15, 2024

Dua jenis penyakit hati

 Dua penyakit hati :

1) Penyakit Syahwat

2) Penyakit Syubhat

Tentang penyakit syawahwat itu, Allah berfirman:


فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ


Tentang Penyakit Syubhat pula, Allah SWT berfirman:


وَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَى رِجْسِهِمْ وَمَاتُوا وَهُمْ كَافِرُونَ


Penyakit syahwat masih boleh diharapkan sembuhnya. Namun penyakit Syubhat, hanya rahmat Allah sahaja yang membebaskannya.

Penyakit Syubhat itu ada dalam bentuk menafikan sifat Allah atas alasan ia menyerupakan Allah dengan makhluk. Kekadang juga penyakit syubhat itu datang dalam masalah berkaitan Qodha dan Qadar. Syubhat dalam masalah Qadar  ini yang paling parah.

JANGAN MELEWATI BATAS ILMU

Berhentilah pada hadnya! Jangan mencari tahu apa yang anda tidak diperintahkan untuk tahu. Nasihat ini adalah buat mereka yang cuba membahaskan tentang hakikat ketuhanan  dan kaifiat sifat-sifat yang disandarkan kepada Tuhan. Seharusnuya, cukuplah beriman dengan dalil yang datang menerusi firman Allah  dan hadis rasulnya. Tidak perlu memerah akal untuk mengetahui hakikat dan kaifiyat. Itu akan menguindang bahana lain. Ia mempelawa datang keraguan dan was-was yang kemudiannya membawa kepada keingkaran dan kekufuran.

Di kala mana datang dalil menyatakan Allah di atas arasy, terima dan yakin seadanya. Itu dalil! Jangan gunakan akal untuk menghuraikan kaifiyatnya. Itulah yang kemudiannya mengakibatkan datangnya kesukaran sehingga membawa kepada takwilan. Selepas itu, datanglah bahana yang demi bahana dalam pemahaman dan akidah. Allah maujud bila makan adalah upaya akal untuk menjelaskan nas yang sareh itu. Allah tidak berjihah adalah konsep ciptaan akal ketika akal gagal mengolah firman Allah.

Penyakit berbolak balik antara yakin dan syak, antara iqrar dan mendustakan, antara  iman dan kufur adalah berawal daripada kerja sia-sia menuntut ilmu yang agama tidak suruh menuntutnya. Berpadalah dengan ilmu yang datang daripada Nabi SAW dan difahami atas cara salaful ummah!

Sebab itu, hubaya-hubaya....usah mencari ilmu  yang kamu tidak disuruh mencarinya.


Sumber: Syarah Aqidah At-Tohawiyah oelh Abdul Aziz Ar-Rajihi

Cuba kita lihat baagaimana takwilan muktazilah tentang ru'yatulah membuka pintu kepada takwilan  para batiniyyah yang mentakwilan konsep hari kebanghkitan, syurga, neraka dan hisab.

Ibarat kata pepatah, guru kencing berdiri , anak murid kencing berlari. 

Para ahli kalam mungkin akan berkata, takwilan para batiniyyah itu salah kerana mentakwilkan perkara yang tsabit dalam nas yang saheh.hari kebangkitan itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar dan hisab itu juga benar. Mana boleh takwilkan ia kepada konsep yang lain. Takwilkan konsep hari kebangkitan kepada kebangkitan roh sahaja sebagaimana takwilan para Qaramitah. 

Apa beza dengan ru'yatullah? Ia juga dinayatakan dalam nas yang tsabit. Kenapa hendak takwilkan dengan kepada konsep ilmu dan bukan melihat Allah ?

Sebab itu, takwilan itu menjadi magnet kepada sederet takwilan sesat yang lain!

Perhatian: Takwil yang dicela itu ialah Tahrif dan bukan Tafsir.


3 golongan pengubar kesesatan

 Orang awam dirosakkan oleh 3 jenis manusia:

1) Para pemimpin politik yang zalim dan lapar kuasa, lalu menghalalkan cara demi meraih kuasa. 

2) Para ulama yang banyak berkiblatkan akal sehingga apabila berlawanan akal mereka dengan nas syarak, mereka utamakan akal dan mneolak nas. Atau mereka mentakwilkan nas dengan takwilan yang mengikut hawa nafsu demi mengharmonikan antara akal dan ans.

2) Golongan ahli ibadat iaitu para ahli sufi yang tergelincir serta sesat. Mereka mengutamakan laduni, mukasyafat, firasat, zuq, mimpi dan seumpamanya. Mereka menganggap ilmu warisan pusakan ulama dari hadis dan tafsir hanyalah ilmu zahir sedanghkan apa yang mereka miliki adalah hakikat. Bila ilmu zahir berlawanan dengan  hakikat itu mereka menguatmakan hakikat yang mereka kononnya dapat melalui unsur-unsur yang disebutkan itu.

Maka, disebabkan 3 golongan, sesatlah ummat dalam jumlah yang ramai.

Inilah maksud yang terkandung dalam kalam salaf yang bernamna Abdullah Al-Mubarak:

وهل أفسد الدين إلا الملوك وأحبار سوء ورهبانُها

Adakah sesiapa yang merosakkan agama kecuali raja(politikus), rabbi (ulama)yang jahat, dan rahib(sufi) mereka?

Aqal dan Naqal

 Kata Muhammad Syihab Az-Zuhri sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari:

من الله الرسالة، ومن الرسول البلاغ، وعلينا التسليم،

"Risalah datamng dari Allah, Para Rasul hanya menyampaikan, kita wajib menerima segalanya!"


Justeru, berdepan dengan nas-nas wahyu jangan jadikan akal sebagai batu ukur. Jangan menapisnya dengan akal. Hendaklah naqal di depan barulah akal datang.

Jangan, kalau akal boleh terima, naqal ditolak. Jika tidak ditolak sekalipun akal membuat onar dengan mentakwi sehingga makna naqa disesuaikan dengan kehendak akal.

Beberapa lontaran persoalan akidah

  1. Golongan yang mengatakan Allah SWT tidak bertempat, tidak berjihah dab bukan jisim, bagaimana mereka menguraikan persoalan ru'yatullah di hari akhirat? Apakah jalan fikir penuh waham golongan Muktazilah yang diambil lalu dari waham itu, dibuatkan takwilan ?Muktazilah, dalam persoalan Ru'yatullah mentakwilkannya sebagai Al-Ilmu, yakni Allah tidak dilihat tetapi hanya diketahui.
  2. Golongan yang menafikan Allah di atas langit atas alasan Allah tidakmungkin mengambil tempat kerana mengambil tempat itu adalah sifat makhluk, maka tanyakan mereka, apakah arasy itu makhluk atau bukan? Jika dia makhluk, maka apakah tempatnya? Jika dia tidak punya tempat, apakah itu membawanya menyamai Allah? Kerana Allah jika bertempat Dia menyamai makhluk. Sebaliknya jika makhluk pun bertempat, bagaimana pula?
  3. Bawakah satu dalil yang sareh dan jelas tanpa takwil-takwil (kerana takwil itu berbeza antara seorang dengan seorang yang lain), bahawa Allah Maujud Bila Makan.

Wednesday, September 4, 2024

KITA TIDAK MENGENGKARI KARAMAH

Karamah adalah perkara luar biasa yang dikurniakan Allah kepada para walinya. Terdapat banyak riwayat dalam hadis yang saheh yang menceritakan kisah karamah yang Allah SWT kurniakan kepada orang-orang yang beriman. Umpamanya kisah Khubaib bin Adiy dan kisah Abu Muslim Al-Khulani. Justeru, orang yang beriman dan Ahli Sunnah percaya adanya karamah dan mengengkari kewujudannya

Namun, satu hal yang perlu diingatkan, percaya adanya karamah bukanlah kepercayaan mutlak. Ia bukan seperti mempercayai kemukjizatan para Rasul yang mengengkarinya bererti mengengkari kebenaran Rasul Allah itu. Ia bergantung kepada siapa orangnya dan siapa penceritanya. Ia juga dilihat kepada  bentuk cerita karamahnya.

Bukanlah sewenang-wenangnya seseorang ebrcerita tantang karamah sifulan bin si fulan lalu kita wajib mempercayainya. Ada banyak faktor yang perlu dipertimbangkan.

  • Apakah orang yang dikatakan mendapat karamah itu seorang wali Allah yang sebenar? 
  • Apakah tukang cerita itu seorang yang tsiqah?
  • Apakah ia benar-benar karamah atau sejelis permainan silap mata atau sihir?
Sebab itu, mendengar cerita tentang karamah seseorang, kita perlu menapisnya. Menolak cerita itu bukan bermakna kita mengengkari adanya karamah. 

Namun. bagi sesetengah pentaksub kepada kelompok tertentu, apabila ceritanya tentang karamah wali ditolak, maka dituduhnya orang yang menolak ceritanya sebagai pengengkar adanya karamah.

MAKNA "HADHRAH"

 Kalimah ini berlegar di kalangan para sufi awalnya. Kemudian ia menjadi sebutan orang awam dalam permulaan majlis-masjlis zikir mereka. Di ...