Friday, December 27, 2024

Hadis si buta bertawassul

Hadis yang dikeluarkan oleh Tarmizi, Ibn Majah dan Ahmad daripada Usthman bin Hanif:


أن رجلا ضرير البصر أتى النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: ادع الله أن يعافيني، قال: إن شئت دعوت وإن شئت صبرت فهو خير لك، قال: فادعه، قال: فأمره أن يتوضأ فيحسن وضوءه، ويدعو بهذا الدعاء: اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة، إني توجهت بك إلى ربي في حاجتي هذه لتقضى لي، اللهم فشفعه في

Hadis ini dijadikan dalil bolehnya Istighasah oleh kalangan yang berhujjah membolehkan istighasah.


Jika diteliti dan difahami doa yang diungkapkan oleh lelaki buta itu adalah satu bentuk tawassul. Kedengarannya doa si buta itu kepada Allah SWT , hanya dia menggunakan nama dan kemuliaan nabi.


Lalu kenapa pihak yang membenarkan istighasah menjadikannya dalil?


Itu kerana mereka menyamakan istighasah dengan tawassul.


Tawassul dalam bentuk di atas adalah hal khilaf. Bagi yang membolehkannya, menjadikannya sebagai contoh kebolehan istighasah.

Lagi-lagi campur aduk antara istighasah dan tawassul!

Bezakan antara kedua kaedah berdoa tersebut.

Wednesday, December 25, 2024

Istighasah dan Tawassul

Dikatakan tiada beza antara Istighasah dengan Tawasul. Demikian dirujuk dalam kitab Syifa'ussiqam fi ziarati khairil anam oleh Taqiyyuddin As-Subki. 

(Aku belum mebelak sumber itu-nanti aku akan bukan dan baca kenyataan harfiahnya)

Bagaimana boleh sama sedangkan dua istilah yang berbeza dan mempunyai definisi masing-masing. Dengan bersangka baik kepada pandangan As-Subki, apakah persamaan yang beliau maksudkan itu? Adakah persamaan definisi atau persamaan hukum?

Tawassul itu ialah memohon kepada Allah dengan menjadikan sesuatu sebagai perantara. Perbincangan mengenai panjang di kalangan ulama. Ada pro dan kontra. Namun rengkasnya ada kesepakatan dalam beberapa hal. Miski ada perbezaan dalam lain perkara.

Contoh ungkapannya: Ya, Allah, dengan berkat dan kemuliaan wali Allah dalam kubur ini, berilah daku kesembuhan daripada penyakitku!

Sementara istighasah adalah meminta tolong dalam keadaan terdesak kepada sesuatu. Dalam polimik istighasah ini, ia merujuk kepada minta tolong kepada orang yang suidah mati. 

Contoh ungkapan: Wahai wali Allah yang bersemadi dalam kubur ini, aku mohon berikanlah daku kesembuhan!

Hujah yang menyamakan tawasul dengan istighasah adalah satu upaya menjadikan dua isu yang berbeza ini GAMBLANG. Ia melindungi kerancuan dan istighasah dengan khilafiyah dalam tawassul.

Bandingkan dua ungkapan ini. Mana ungkapan yang masih boleh diterima (sungguhpun ada pertikaian sebahagian ulama, dan manakah ungkapan yang sangta berbahaya.

Jika ungkapan istighasah itu dibenarkan, apalah maknanya kita membaca ayat dalam surah Fatihah saban solat:

"iyyaka na'budu waiyyaka nasta'in!".


Pertanyaan-pertanyaan:

Tanyakan kepada yang mempertahankan keharusan istighasah dengan orang yang sudah mati, bagaimana cara susunan ayatnya?

Bagaimana jika seseorang bertighasah dengan Jesus Crist seperti kita lihat dilakukan oleh penganut Kriostian?

"Ooooo Jesus....help meeee!"

Bagaimana pula jika seornag hindu mengungkapkan : Wahai Brahma...kurniakan daku kesembuhan!?

Bagaimana pula jika sornag Cina Budha berdoa dengan menyebutkan : Wahai datu nenek leluhurku, bantulah aku dengan kesembuhan!

Bagaimana status doa-doa sedemikian? Apakah syirik atau tidak?

Jika beristighasah dengan ornag yang sudah mati boleh, maka bolehkah beristighasah dengan dengan pokok agam yang berusia ribu tahun? 

Bolehkah beristighasan dengan bulan dan matahari yang lebih hebat daripada si mati dalam kubur itu?

Seterusnya bolehkah istighasah dengan Jin afrit yang ghaib tetapi masih hidup? Ia lebih mungkin menolong berbanding si mati.

Lalu dikatakan: Wahai jin afrit, lindungi aku dari kejahatan musuhku!

Atau...istighasah dengan malaikat , mereka lebih patut . Israfil misalnya tugasnya mengatur razeki. Mintalah razeki daripadanya!

Bolehkah? Bolehkah?


Catatan tambahan:

Minta fatwa kepada ulama yang sudah mati tidak boleh. Bahkan sekalipun nabi Muhamamd SAW, jika ada orang mendakwa yang mendakwa mendapat jawapan mengenai sesuatui masalah fekah daripada pertemuannya dengan Nabi SAW sama ada dalam mimpi atau Yaqazoh, ia tidak boleh diterima.

Sebagaimana tidak boleh dalam maslaah fatwa, maka demikialah dalam masalah istighasah.


Dua perkara yang perlu diperhatikan:

1) Minta tolong kepada yang sudah mati

2) Minta tolong pada masalah yang seseorang itu tidak kuasa padanya.

Istighasah dalam salah satu keadaan di atas sudah salah, apatah lagi kalau kedua-dua sifat di atas berkumpul?


Cuba fikirkan:

Dalam hadis mengenai sfaat uzma , manusia pada hari mahsyar minta sfaat kepada Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa, tetapi tidak berfaedah minta syafaat kepada mereka. Itu kerana mereka bukan Ahlinya. Maka mereka minta syafaat kepada nabi Muhammad dan dia adalah ahlinya. Maka mohon syafaat itu berfedah.

Padahal Adam, Nuh, Ibrahim Musa dan Isa adalah Rasul-Rasul mulia dan Ulul Azmi. Mereka tidak dapat tolong. Lalu, minta tolong kepada orang mati, sebesar apapun  kewaliannya, maka apakah dia ahli dalam menolong. Tegasnya, apaklah orang mati itui ahli dalam menolong ornag hidup? Sedangkan dalam sama-sama satu alam, iaitu alam akhirat, nabi-nabi Ulul Azmi itu tidak mampu menolong kecuali baginda Nabi.

Ini adalah bab Uhlun Lis Syafa'ah.

Si mati bukan Ahlun Lil Istighasah!

Mereka adalah Amwat Ghairu Ahyaa....Mereka bukan ahli untuk diminta pertolongan!

Thursday, December 12, 2024

Mufti Besar Syria

Mufti besar Syria sekarang adalah Ossama Ar-Rifa'i.  Beliau dilantik oleh pihak pembangkang Syria sebagai mufti besar Syria pada November 2021 setelah Basyar Al-Asad memansuhkan jawatan mufti Besar Syria pada pada tahun yang sama sebelumnya. Untuk rekod, Mufti Besar Syria semasa pemansuhanya oleh Basyar Al-Asad adalah badruddin Ahmad Hassoun.

Ossama Al-Rifa'i adalah seornag Ikhwani dan juga Sufi. Dia merupakan imam di masjid Ar-Rifa'i dan menyampaikan kegiatannya di sana sehingga pada Ogos 2011 pihak askar Basyar Al-Assad menyernag masjid itu dan mencederakan ramai jemaah di dalamnya termasuk Ossama Ar-Rifa'i.




Beliau kemudian meninggalkan Syria dan mendapat perlindungan kerajaan Turki. Di bawah pemerentahan acep Erdorgan , ditubuhkan SIC ( Syrian Islamic Council) dan Ossama Al-Rifai menjadi pengerusinya . Ianya sebagai satu pertubuhan yang diharapkan mamayungi dan menyatukan para ulama Syria.

Thursday, December 5, 2024

SYARAT SAH SOLAT JUMAAT DI SISI MAZHAB SYAFIE

1) Hendaklah 2 khutbah dan solat berlaku dalam waktu Zuhur hari Jumaat.

2) Hendaklah didirikan jumaat itu dalam bangunan yang dibina dalam Qoryah mastautin ahli jumaat dan sah jika didirikan jumaat itu di padang asalkan padang itu dalam sempadan Qoryah

-Jika sesebuah qaryah itu musnah lalu penduduknya bekerja membangunnya semula, sah dibuat jumaat di dalamnya.

-Jika penduduk berpindah ke satu temput dan mahu membangunkan tempat itu menjadi qoryah mereka, maka tidak sah jumaat sebelum ada binaan dalam qoryah itu.

-Tidak sah jumaat dalam khemah di kampung badwi( luar qaryah)

-Warga badwi wajib Jumaat jika mereka mendengar seruan azan. Jika tidak dengar, tidak wajib. pada zaman Nabi, para bawi yang tinggal di luar Kota Madinah tidak diperintahkan oleh Rasul untuk datang solat Jumaat kerana mereka tidak mendengar seruan azan.

-Syarat qayah itu pula hendaklah ada 40 orang atau lebih yang menjadi pemastautain yang wajib Jumaat. Mereka adalah warga yang tidak meninggalkan Qoryah melainkan kerana hajat 

3) Tidak boleh ada jumaat yang berbilang dalam satu Qoryah. Jika ada Jumaat lain, maka yang terkemdian adalah batal dan perlu buat Zohor. 

4) Hendaklah solat Jumaat dilakukan berjemaah seramai 40 orang termasuk Imam dan 40 orang itu dikira ketika takbiratul ihram.

-Jumlah 40 orang itu hendaklah cukup dari awal khutbah hingga selesai solat

-Jika ada yang yang keluar di pertengahan khutbah, maka hendaklah diulang rukun khutbah yang dia terlepas.

-Jika Jumlah melebihi 40 orang , bolehlah Imam itu seorang yang statusnya musafir , hamba atau kanak-kanak, asalkan mumayyiz.

5) Ada dua khutbah sebelum solat Jumaat


SYARAT-SYARAT 2 KHUTBAH

1) Didengar oleh 40 orang ahli jumaat.

2) Dilakukan dalam waktu zohor dan sebelum solat.

3) Khatib suci dari hadas kecil/besar

-Jika khatib berjunub baca khutbah dan makmum tidak tahu dan hanya tahu selepas selesai solat, jumaat mereka diterima/sah.

-Kalau Khatib berhadas tengah khutbah, maka khutbah hendaklah dimulakan semula.

-kalau dikhatib khatib lain untuk yang berhadas itu, khatib lain kena mulakan semula khutbah.

-Adapun jiga berlaku hadis selepas khutbah dan sebelum solat, lalu segera bersuci, maka sah dan jumaat tidak terjejas.

4) Suci dari najis paa badan, pakaian dan tempat. Termasuk apa yang dipegang oleh khatib sepeti tongkat atau pedang. Demikian juga membar, hendaklah suci. Jika Khatib sedar ada najis yang tersembunyi selepas selesai khutbah, maka dimaafkan.


5) Khatib hendaklah dalam keadaan menutip aurat.

6) Hendaklah khutbah sambil berdiri jika mampu. Jika tidak, sunat ganti ornag lain. Namun, jika dia  khatib mahu khutbah sambil duduk kerana tak mampu berdiiri atau berbaring kerana tak mampu duduk, maka harus (tanpa khilaf) seperti halnya solat juga.

-Jika ternyata khatib mampu berdiri masa khutbah atau solat tetapi dia duduk, maka sah solat jumaat jika bilangan makmum mencukupi 40 tanpa imam itu. Jika tidak cukup, maka tidak sah jumaat mereka. Adapun imam tidak sah solatnya atas 2 keadaan tersebut( ??? )

7) Jumlah ahli jumaat hendaklah mendengar khutbah itu. Jika mamum tidak mendengar kerana suara khatib perlahan, atau makmum pekak, jauh sangat atau tidur, maka tidak sah.

8) Dua khutbah itu dalam bahasa Arab. Itu jika di kalangan orang Arab. Jika orang 'Ajam, boleh abhaw alain kecuali ayat Quran yang dibaca hendaklah dalam bahasa Arab. 

-Maka wajib salah seorang daripada yang bukan Arab belajar bahsa Arab.

-Jika semua tidak tahu bahasa Arab, berdosalah semuanya.

-Tidak sah jumaat mereka dalam keadaan mereka mampu belajar bahasa Arab tetapi tak mahu belajar.


9) Hendaklah muwalat antara semua ucapan kata-kata dalam khutbah dan juga natara khutbah dengan solat. Jika terputusa muwalat walau kerana uzur seperti tertidur atau  pengsan , maka batal khutbah 


10) Hendaklah duduk antara 2 khutbah sekadar lamanya Thoma'ninah. Sunat sekadar bacaan surah Al-Ikhlas.Sunat khatib membacanya semasa duduk itu.

-Jika khatib khutbah sambil duduk, hendaklah dipisahkan dua khutbah dengan dengan diam antara keduanya (saktah).

-Tidak boleh berbaring antara keduanya.


FARDHU KHUTBAH /RUKUN KHITBAH

(Perhatikan 5 rukun Khbutbah ini)


1) Membaca Alhamdulillah walaupun ia sekaar terkandung dalam ayat Quran.

-Jika baca ayat itu niat zikir atau niat zikir dan baca Quran atau niat baca quran sahaja, maka ia tidak melunasi rukun menyebut Alhamdulillah dan hanya melunasi rukun baca ayat Quran!

2) Baca solawat atas Nabi.

- Sunat tambah atas keluarga dan sahabat Nabi.

-Wajib ikut tertib. Solawat diucap selepas Tahmid.

3) Mengucapkan wasiat taqwa

-Sah menggunakan lafaz yang membawa makna takwa seperti : Ati'ullah

-Boleh jika diucapkan dalam bentuk ucapan galakkan buat taat dan menjauhi maksiat. 

-Tidak memadai dan tidak termasuk dalam pesanan takwa  jika khatib mengucapkan kata-kata memperingatkan fitnah dunia dan perhiasannya sahaja.

4) Membaca potongan ayat Quran yanbg difahami maksudnya dalam salah satu khutbah. 

-Afdhal adalah dibaca dalam khutbah pertama kerana khutbah kedua ada doa

-Sunat dibacan potongan Surah Qaf kerana ada hadis yang menunjukkannya.

-Kalau tak mampu baca ayat Quran, boleh baca zikir atau doa

-Jikas itu pun tak mampu, terpulanglah sekadarnya

 

5) Baca doa untuk kaum muslimin dan muslimat dalam Khutbah ke-2

-Doa ini kalau dibaca dalam khutbah pertama, tidak memenuhi tuntutan. Kena baca dalam khutbah kedua juga.

-Kalau doa itu hanya khusus untuk yang hadir jumaat sahaja, pun boleh diterima.

- Afdhal untuk seluruh kaum Muslimin.

-Tidak disunatkan dalam Mazhab doa kepada Sultan secara khusus dengan sebut namanya dan sifatnya apa yang tidak layak buatnya.

-Namun sunat doa untuk pemerintah secara umum. 

* Perhatian: Setiap khutbah ada 4 rukun yang dilakukan


PERKARA SUNAT SEMASA KHUTBAH

1) Dilakukan atas membar

2) Khatiub ucap salam kepada yang dekat sebelum naik membar dan bila atas membar mengadap kepada orang ramai dan ucap slaam sekali lagi.

3 Khatib duduk dan azan dilaungkan oleh seseorang.

4) Khutbah disampaikan dengan fasih

5) Tidak terlalu panjang

6) Tidak terlalu pendek

7) Khatib bertahan masa berdiri dengan tongkat menggunakan tangan kiri manakala tangan kanannya pula memegang membar.

-Makruh menoleh masa khutbah kepada sesuatu

-Makruh juga tunjuk gaya tangan (kecuali jika sudah biasa begitu atau kerana terdorong oleh semangat yang membakar)

8)Sunat turun segera dari membar seusai khutbah

-makruh mengetuk membar masa khutbah


Bacaan yang disunatkan dalam solat Jumaat selepas Fatihah:

a) Rakaat pertama: Surah Al-Jumua'ah/ Surah Al-'A'la

b) Rakaat Kedua: Surah Al-Munafiqun/Surah Al-Ghasyiah


Rujuk: Shamela

SYARAT-SYARAT SESUATU BANGUNAN DINAMAKAN MASJID

 Mengetahui sesuatu bangunan itu masjid atau tidak , penting untuk menjelaskan kekeliruan mengenai status surau yang berlembak dalam negara kita. Masalahnya, ada pihak yang mengatakan surau bukan masjid kerana namanya surau dan bukan namanya masjid. Justeru, perlu diketahui oleh semua orang bahawa istilah surau adalah istilah dalam masyarakat Melayu sahaja. Apakah surau itu masjid mengikut perbahasan feqah, perlu dilihat kepada syarat-syarat masjid:

Berikut adalah syarat- syarat satu bangunan untuk jadi masjid:

1) Tanah tapak dan bangunan itu adalah berstatus waqaf yakni bukan milik individu. Ia milik orang ramai melalui kaedah waqaf dan ia adalahg waqaf selama-lamanya.


2) Terdapat keizinan mutlak untuk solat di dalamnya kepada semua orang dengan erti tidak ada seorang pun yang dilarang solat di dalamnya.


3) Ia disediakan untuk soat lima waktu di dalamnya secara berteruskan dan solat lima waktu itu berlaku di dalamnya secara berterusan.


Baca: Islamqa


Maka, melihat kepada syarat-syarat di atas, terkeluarlah musollah yang ada di premis perniagaan, pejabat kerajaan dan di mana sahaja yang tidak memiliki 3 ciri di atas.

Sehubungan dengan itu, terkaitlah hukum berkenaan masjid dalam kes ini. Di masjid, disunatkan solat sunat tahiyyatul masjid, iktikaf dan dilarang masuk masjid bagi yang berjunub.

Jika surau melengkapi ciri-ciri  di atas, bolehlah iktikaf di dalamnya pada 10 malam akhir Ramadhan. Boleh solat sunat tahiyyatul masjid dan diberi ganjaran atasnya.

Sekalipun surau itu tiada solat jumaat di dalamnya. Asalkan ada solat 5 waktu yang berterusan.



Sunday, December 1, 2024

Dengar Quran atau Nyanyian

Anda mintalah fatwa kepada hanti anda. Bagaiimana kedudukan iman anda. Jika hanti anda, sewaktu dengar nyanyian rasa bahagia dan senang sekali, hati anda bermasalah. Jika anda mendengar Quran, hati anda senang dan tidak puasa. mahu dan mahu lagi. Itu tandanya hati ini disubbiri iman. Hati akan berfatwa. Jika hati condong pada yang satu , itu tanda sesuatu itu.

Kata-kata Ibn Mas'ud:

الذكر ينبت الإيمان في القلب كما ينبت الماء البقل، والغناء ينبت النفاق في القلب كما ينبت الماء البقل

Berkata pula Saidina Uthman bin Affan:

لو طهرت قلوبنا لما شبعت من كلام الله عز وجل


Ada orang yang sebenarnya zindik, tetapi dikatakan wali. Cerita mengenainya menyebutkan bahawa tatkala dia mendengar Quran, biasa-biasa sahaja. tetapi apabila dia mendengar syair, hatinya tersentuh dan menangis! Namanya disebut Yusuf Az-Zindik



Kumpulan Al-Manawiyyah

Kumpulan ini membentuk ajaran yang tersendiri. Ia dipanggil Al-Manawiyyah kerana dinisbah kepada Mani bin Fatik Al-Hakim yang hidup pada zaman Kisra Sabur bin Ardasyir. Bahram bin Hurmuz bin Sabur telah membunuhnnya. Kejadian itu terjadi selepas zaman Nabi Isa. Mani bin Fatik itu telah merekacipta satu agama yang menggabungkan antara Nasrani dengan Majusi.

Dia mengakui kenabian Isa dan tidak mengakui kenabian Musa.

Mani Lahir pada tahun 216M

Beliau mengajarkan bahawa alam ini ditadbir oleh dua kekuatan ilahiyyah yang mana satunya Cahaya dan satu lagi kegelapan.

Sumber wiki menceritakan bahawa Mani itu adalah seorang nabi yang berlaku pertembungan antara Manawiyyah dengan Zardasyiyah. Apabila Zardasyiaah dianuti oleh pemerintah Parsi, maka manawiyyah ditindas dan mani sendiri dibunuh dengan disalib.

Baca: Wiki


Mani bin Fatik mengakui nabi utusan terakhir. Agamanya, Manawiyyah adalah salah satu agama yang muncul daripada orang yang mengakui nabi dari tanah Babylon. Atau disebut sebagai salah satu agama Babylon.

Mani menolak penyembahan berhala, melarang minum arak, tidak percaya bahawa Nabi Isa disalib, bahkan dia akan kembali semula (macam kepercayaan Islam).

Ada 4 waktu solat dan sebelum solat ada ritual wuduk. Puasa pula 7 hari setiap bulan.

Tuesday, November 26, 2024

Rijalul Ghaib

Istilah Rijalul Ghaib terbit daripada kepercayaan golongan Sufi. Mereka menjadikan wali-wali yang berbagai martabatnya itu sebagai lelaki-lelaki ghaib.

Kepercayaan kepada wujudnya Rijalul Ghaib ini selaras dengan kepercayan kepada wali-wali dan tingkatnya yang disebut sebagai Qutub, Autad, Ghaus, Abdal dan sebagainya. Pembahagian tingkat-tingkat wali ini tidak disepakati di kalangan masyayikh suffiyyah.

Kalau mengikut pandangan Ibn Taimiyyah, rijalul ghaib yang dipercayai oleh kalangan Sufi itu tidak lain hanyalah syaitan.

Bacaan: Safar Alhawali

Kepercayaan bahawa di kalangan manusia adala Rijalul Ghaib adalah kepercayaan yang dihembuskan oleh syaitan kepada para sufi untuk mentalbis mereka. manusia bukan makhluk ghaib, bahkan manusia diciptakan Allah sebagai makhluk alam syahadah. 

Makhluk Ghaib itu malaikat atau jin.

Ingatlah, Allah menyatakan dalam Surah Jin:


وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الإنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقاً} [الجن:6]

Para Sufi 

Hujja-hujjah bahawa tiada nabi perempuan.

 Sebilangan ulama berpandangan bahawa ada nabi Perempuan. Mereka menjadikan Maryam, ibu nabi Musa dan Asiah sebagai contoh. Dengan memetik beberapa dalil dari al-Quran, mereka mengatakan bahawa Allah pernah melantik perempuan menjadi nabi.

Antara ulama yang berpandangan ada nabi perempuan ialah Imam Abu Hasan Asy'ari, Al-Qurtubi dan Ibn Hazmin.

Syeikh Umar Sulaiman Al-Asyqar dalam kitabnya Ar-Rusulu Wal Risalat ( Ms 87-89) meneyebutkan hujah-hujjah menolak pendnagan tersebut:

1) Nabi dan rasul tidak berrbeza dari sudut tabligh dan terlibat dengan pergaulan manusia. Yang berbeza hanyalah Nabi tidak datang dengan syariat baru dan dia hanya mengikut syariat rasul sebelumnya. Kerana itu perempuan tidak sesuai jadi nabi memandangakan peranan dan tanggungjawab para nabi itu.


2) Boleh jadi wahyu yang didapati oleh Ibu Musa dan Asiah adalah dalam bentuk mimpi. Dapat wahyi dalam bentuk mimpi tidak terhad kepada nabi-nabi sahaja.


3) Hujah yang mengatakan semua yang dikhitabkan oleh malaikat itu adalah Nabi tidak benar. Banyak kisah yang menyebutkan Malaikat bercakap dengan seseorang yang bukan nabi seperti:

a) Kisah Malaikat menahan seorang yang mahu ziarah saudaranya di kampung lain. Ia disebutkan dalam hadis di bawah:

أنَّ رَجُلًا زارَ أخًا له في قَرْيَةٍ أُخْرَى، فأرْصَدَ اللَّهُ له علَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا، فَلَمَّا أتَى عليه، قالَ: أيْنَ تُرِيدُ؟ قالَ: أُرِيدُ أخًا لي في هذِه القَرْيَةِ، قالَ: هلْ لكَ عليه مِن نِعْمَةٍ تَرُبُّها؟ قالَ: لا، غيرَ أنِّي أحْبَبْتُهُ في اللهِ عزَّ وجلَّ، قالَ: فإنِّي رَسولُ اللهِ إلَيْكَ بأنَّ اللَّهَ قدْ أحَبَّكَ كما أحْبَبْتَهُ فِيهِ.

الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2567 | خلاصة حكم المحدث : [صحيح]

التخريج : من أفراد مسلم على البخاري


Terdapat juga hadis dalam Bukhari dan Muslim mengenai kisah si kusta, si botak dan si buta yang didatangi malaikat.

عن أبي هريرة رضي الله عنه أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( إن ثلاثة في بني إسرائيل أبرص وأقرع وأعمى ، فأراد الله أن يبتليهم ، فبعث إليهم ملكا ، فأتى الأبرص ، فقال : أي شيء أحب إليك ؟ قال : لون حسن ، وجلد حسن ، ويذهب عني الذي قد قَذِرَني الناس ، قال : فمسحه فذهب عنه قَذَرُه ، وأعطي لونا حسنا وجلدا حسنا ، قال : فأي المال أحب إليك ؟ قال : الإبل ، قال : فأعطي ناقة عُشَراء ، فقال : بارك الله لك فيها ، قال : فأتى الأقرع فقال : أي شيء أحب إليك ؟ قال شعر حسن ، ويذهب عني هذا الذي قد قَذِرَني الناس ، قال : فمسحه فذهب عنه ، وأعطي شعرا حسنا ، قال : فأي المال أحب إليك ؟ قال : البقر ، فأعطي بقرة حاملا ، فقال : بارك الله لك فيها ،قال : فأتى الأعمى ، فقال : أي شيء أحب إليك ، قال : أن يرد الله إلي بصري فأبصر به الناس ، قال : فمسحه فرد الله إليه بصره ، قال : فأي المال أحب إليك ، قال : الغنم ، فأعطي شاة والدا ، فأنتج هذان وولد هذا ، قال : فكان لهذا واد من الإبل ، ولهذا واد من البقر ، ولهذا واد من الغنم ، قال : ثم إنه أتى الأبرص في صورته وهيئته ، فقال : رجل مسكين قد انقطعت بي الحبال في سفري ، فلا بلاغ لي اليوم إلا بالله ثم بك ، أسألك بالذي أعطاك اللون الحسن والجلد الحسن والمال ، بعيرا أتَبَلَّغُ عليه في سفري ، فقال : الحقوق كثيرة : فقال له : كأني أعرفك ، ألم تكن أبرص يَقْذَرُك الناس ؟! فقيرا فأعطاك الله ؟! فقال : إنما ورثت هذا المال كابرا عن كابر ، فقال : إن كنت كاذبا فصيرك الله إلى ما كنت ، قال : وأتى الأقرع في صورته ، فقال له مثل ما قال لهذا ، ورد عليه مثل ما رد على هذا ، فقال : إن كنت كاذبا فصيرك الله إلى ما كنت ، قال : وأتى الأعمى في صورته وهيئته ، فقال : رجل مسكين وابن سبيل انقطعت بي الحبال في سفري ، فلا بلاغ لي اليوم إلا بالله ثم بك ، أسألك بالذي رد عليك بصرك ، شاة أتبلغ بها في سفري ، فقال : قد كنت أعمى فرد الله إلي بصري ، فخذ ما شئت ودع ما شئت ، فوالله لا أَجْهَدُكَ اليوم شيئا أخذته لله ، فقال : أمسك مالك ، فإنما ابتليتم ، فقد رُضِيَ عنك ، وسُخِطَ على صاحبيك )

Demikian juga hadis yang masyhur dalam Saheh Bukhari dan Muslim tentang kehadiran malaikat Jibrail kepada nabi SAW dan disaksikan oleh para sahabat. Dia bertanya Nabi SAW tentang Iman, Islam dan Ehsan.

4) Nas-nas yang menyatakan Allah MEMILIH Maryam tidak boleh difahami sebagai melantiknya jadi nabi. Ini kerana terdapat nas-nas yang meyebutkan demikian dan ternyata yang dipilih itu bukan nabi seperti:

( ثمُّ أَوْرَثْنَا الكِتَابَ الَّذين اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُم ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُم سَابِقٌ بِالخَيْرَاتِ ) فاطر/ 32

( إِنَّ الله اصْطَفَى آدَمَ وَنُوحاً وَآلَ إبْرَاهيمَ وَآلَ عِمْرَانَ عَلَى العَالَمِينَ ) آل عمران/ 33 .

5) Hadis yang menyebutkan wanita sempurna adalah Asiah dan Maryam tidaklah membawa amaksud mereka itu Nabi. kesempurnaan yang dimaksudkan adalah dalam konteks yang bukan kenabian.

Hadisnya disebutkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim:


عن أبي موسى رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «كَمُل من الرجال كثير، ولم يَكمُل من النساء: إلا آسية امرأة فرعون، ومريم بنت عِمران، وإنَّ فضلَ عائشة على النساء كفضل الثَّرِيد على سائر الطعام


6) Sementelahan ada juga hadis yang menyebutkan Khadijah adalah dari kalangan wnaita sempurna. Sedangkan jelas sekali Khadijah bukan Nabi.

Hadisnya dalam Musnad Imam Ahmad (N0 1331)dan Mustadrak Al-Hakim(N0 4853):


حديث أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها قال لِفَاطِمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا بِنْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:" أَلَا أُبَشِّرُكَ ، أَنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: " سَيِّدَاتُ نِسَاءِ أَهْلِ الْجَنَّةِ أَرْبَعٌ: مَرْيَمُ بِنْتُ عِمْرَانَ ، وَفَاطِمَةُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَخَدِيجَةُ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ ، وَآسِيَةُ 


7) Terdapat hadis yang menyebutkan bahawa Fatimah Az-Zahraa adalah Sayyidah Ahli Syurga

Lihat hadis berikut:

الحسنُ و الحُسَينُ سيِّدا شبابِ أهلِ الجنَّةِ ؛ إلا ابنَي الخالةِ عيسى ابنَ مريمَ و يحيي بنَ زكريا ، و فاطمةُ سيدةُ نساءِ أهلِ الجنَّةِ ؛ إلا ما كان من مريمَ بنتِ عِمرانَ
الراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الجامع
الصفحة أو الرقم: 3181 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

التخريج : أخرجه الترمذي (3768 )، وأحمد (11636 )، والنسائي في (( الكبرى)) (8113 )،وابن حبان (6959 ) ملفقا



Isa dan Yahya disebut sebagai dua anak lelaki Khalah ( Makcik sebelah ibu) . Ini kerana Yahya berkawin dengan saudara perempuan Hannah binti Faquz, isteri Imran. Dalam Tafsir Qurtubi disebutkan namanya Isya' bt Faquz. Hannah melahirkan Maryam dan Maryam melahirkan Isa. Maka, ibu kepada Yahya itu merupakan makcik Maryam sebelah ibunya.Manakala bagi nabi Isa, yahya itu adalah dua pupunya. (Kerana Yahya adalah sepupu Maryam)


Syahid hadis ini adalah Fatimah sayyidah wanita ahli syurga (terkecuali Maryam). Maksudnya Fatimah bukan ketua kepadanya dalam syurga. dan dia lebih afdhal secara pasti berbanding Asiah dan ibu nabi Musa. Padahal Fatimah bukan nabi. Kalau Asiah dan ibu Musa nabi, tentu Fatimah tidak lebih daripadanya.

8) Allah menyifatkan dalam Al-Quran bahawa maryan adalah Siddiqah. Itulah oujian buatnya. Kalau ada gelaran yang lebih tinggi buatnya daripada Siddiqah, tentu Allah menyebutnya. Dengan itu maryam bukan nabi.


( مَّا المَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَت مِن قَبْلِه الرُّسُلُ وَأُمُّهُ صِدِّيقَةٌ كَانَا يَأْكُلانِ الطَّعَامَ ) المائدة/ 75 ،


Baca lanjut: Islamqa Info




Khususiyyat Para Nabi Dan Rasul

 1) Pemilihan mereka adalah atas dasar wahyu risalah daripada Allah SWT.

2) Mereka bersifat Maksum dalam urusan tabligh 

3) Mereka tidak mewarisi harta selepas matinya mereka.

4) Mata mereka tidur dan tidak tidur hati mereka.

5) Mereka diberi pilihan ketika sampai ajal kematian antara dunia dan akhirat.

6) Mereka dikebumikan di mana mereka mati.

7) Mereka hidup dalam kubur mereka dan solat di dalamnya.

8) Isteri mereka haram dinikahi selepas mati mereka.

9) Mereka adalah jenis lelaki dan tiada perempuan


Rujuk: Al-Eman


Wednesday, November 13, 2024

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya.

1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-Khalq (Allah menjadikan). Mazhab ini ada dua jenis:

a) Makhluk (Al-Ibad) menciptakan sendiri perbuatannya sama ada baik atau buruk.

b) Makhluk menciptakan perbuatannya yang buruk sahaja sementara yang baik adalah diciptakan Allah.

Kedua-dua jenis ini terjerumus dalam mengakui bahawa hamba bebas dalam menciptakan perbuatannya dan Allah tidak terbabit. Ini tentunya menjadikan Allah itu lemah dan terpaksa.

Kumpulan Qodariah seperti diatas boleh dipecahkan juga kepada dua macam:

1) Satu golongan yang berpegang bahawa bahawa hamba bebas melakukan perbuatannya dan Allah tidak mampu mencegahnya

2) Satu golongan lain pula mengatakan bahawa hamba bebas melakukan perbuatannya dan Allah jika mahu mencegahnya dia berkuasa mencegahnya.

Maka ayat-ayat yang menyebutkan tenteng kehendak Allah dalam Quran membawa maksud Allah menghilangkan halangan buat hamba supaya hamba itu dapat melakukan perbuatannya.

Semua jenis aliran Qodariah ini bersepakat bahawa hamba bebas melakukan pekerjaannya dan Allah tidak terlibat dalam menjayakannya!

Apabila seorang hamba punya kehendak dan memiliki hak mencipta perbuatannya, ini mebawa kepada fahaman bahawa Allah sudah ada syirik dalam kehendak dan khalq. Inilah masalah Qodariah.

Pun begitu, di kalangan Salaf, adalah perbahasan mengenai hukum kafirnya akidah qodariah ini.

Jika ditelusuri pandangan para salaf, jelaslah perkataan mereka yang menkafirkan Qodariah adalah aliran yang menafikan Ilmu Allah yang azali tentang perbuatan para hamba. Adapun Qodariah yang menolak masyi-ah dan khalq, maka yang masyhur di kalangan salaf adalah tidak kafir.

Menurut apa yang ditulis oleh Ibn Taimiyyah dalamn Majmuk, Imam Malik, Syafie dan Ahmad menghukumkan kafir bagi golongan Qodariah yang menafikan ilmu Allah mengenai perbuatan hamba sehingga hamba melakukan perbuatannya itu. Adapun Qodariah jenis lain, tidak dikafirkan.

Menurutnya, apa yang didapati daripada perkataan Salaf, golongan jahmiyyah yang menafikan sifat Allah, mereka dihukumkan kafir. Golongan Khawarij dan Rafidhah pula, ada perselisihan di sisi Ahmad dan lain-lain mengenai jatuh kafirnya mereka. Golongan Qodariah yang menafikan Ilmu Allah dan ketetapn azli Allah  dihukumkan kafir dan tidak bagi yang mansabitkan ilmu Allah dan menolak khalq( Allah menciptakan perbuatan hamba).

Martabat takdir itu 4 iaitu:

  1. Ilmu Allah
  2. Kitabah
  3. Masyi-ah
  4. Khalq

Maka Qodariah yang menolak 1 dan 2 jadi kafir. Menolak no 1 mengatakan Allah jahil. Maka kafir siapa yang kata Allah jahil.

Perkataan Imam Syafie tentang Qodariah ini ialah:

ناظروا القدرية بالعلم، فإن أقروا به خصموا، وإن أنكروه كفروا


Menurut Syeikh Abdul Aziz ar-Rajihi, golongan Qodariah yang menafikan Masyi-atullah dan Khalqullah atas perbuatan hamba tidak dihukumkan kafir kerana mereka terperangkap dalam takwilan yang salah lagi tersembunyi. Keadaan ini boleh disamakan dengan kisah lelaki Bani Israil yang disebutkan dalam hadis yang saheh di mana sebelum matinya dia minta kepada anak-anaknya agar membakar mayatnya dan ditaburkan debunya ke udara.  lelaki itu, kelak dia akhirat di tanya tentang perbuatannya , lalu dijawab bahawa dia takutakn jika Allah membangkitkannya dia akan diazab. Lalu Allah ampunkannya dan masukkannya ke syurga. Maka, dalam cerita hadis ini, lelaki itu nampaknya beriman dengan hari kebangkita tetapi tidak faham dengan sempurna kuasa (qudrat Allah). Kesalahan ini tersembunyi dan tidak menjadikannya kafir. Maka demikianlah halnya Qodariah yang silap dalam memahami Masyi-atillah dan Khlaqullah atas perbuatan para hamba.







Monday, November 11, 2024

Taghut dalam Ummat ini

 Jika ada ornag berkata: Ikut Rasul itu adalah untuk orang awam. Mereka itu orang yang patut berjalan aats syariat. Sementara kami  orang hakikat. Kami ikut para khawwas...

Apa anda akan katakan kepada orang yang mengucapkan perkataan sedemikian?

Itulah perkataan sebilangan orang yang tenggelam dalam manhaj yang dinamakan oleh mereka sebagai tasawwuf.. Agama Islam ini dalam pertimbangan mereka ada dua jalan yang berbeza. jalan Syariat dan jalan hakikat. Merekalah ahli kepada hakikat itu.

Lalu disebutkanlah orang yang ahli kepada hakikat itu sebagai Al-Arif Billah. Gelaran ini adalah diada-adakan dan tidak datang dari kalam nabi SAW sedikit pun. Seorang yang Arif billah dianggap tidak terikat dengan risalah nabi Muhammad SAw.

Mana ada orang Arif Billah dengan jalannya sendiri. Jika tidak ikut jalan nabi Muhammad, samalah dia dengan sami, pendeta, brahman, resi dan seumpamanya yang kononnya dianggap orang suci. Mereka itu semua dianggap dekat dengan Tuhan sedangkan sesungguhnya mereka tidak sedikit pun mendekati Tuhan. hanya syaitan yang menghiasi pandangan mata mereka dan para pengkahum mereka.

Haihata haihata lima ydda'un!

Pada dasarnya, masyayikh tasawwuf yang menjadi ikutan mereka itu telah bertukar menjadi taghut. Mereka diikuti dengan ketaksuban dalam kesesatan itu. Sementara para masyayikh itu sendiri menyuka dan redha dengan ikutan para muirdnya yang mengambil kesasatn mereka.

Ini tidaklah melibatkan masyayikh yang soleh dan berjalan atas manhaj Nabi Muhammad SAW. Mereka itu , senadainya para pengikut mereka melampau sesudah mereka mati, maka tidaklah mereka menjadi taghut sebagaimana Isa Al-masih atau Uzair tidak dianggap taghut sekalipun kedua-dua mereka di sembah dalam agama Kristian dan Yahudi.

Sunday, November 10, 2024

ِAllah adalah pencipta segalanya

Siapakah yang  menumbuhkan tanaman yang menghijau di muka bumi ?

Jawabnya , Allah!

Tapi....tumbuhan itu muncul setelah hujan turun membasahi bumi.

Maka, hujanlah yang menumbuhkan tanaman itu!

Tidak! Hujan hanyalah sebab. Allah menciptakan hujan . Maka tanaman itu ditumbuhkan oleh pencipta sebab itu. Itulah hakikat sebenar.

Allah menciptakan seorang yang manusia yang derhaka. Manusia derhaka itu adalah sebab kepada berlakunya perbuatan derhaka! Si penderhaka itu adalah sebab kepada perbuatan. 


Pendapat Asyairah

Di sisi Asyairah, ada hukum adat pada asbab dan musabbab.

Api itu adatnya membakar. Maka api adalah sebab kepada terbakar. Namun, api tidak membakar dengan sendirinya. Kalau api membakar dengan sendirinya, maka ada syirik kepada Allah dalam muassir ( perbuatan yang memberi kesan). Yang memebri kesan itu itu semata-mata Allah sahaja. Maka sebab itu tidak meberi kesan!

Mengatakan sebab  memberi kesan akan menimbulkan dia masalah:

1) Mewujudkan syirik kepada Allah

2) Menafikan kemungkian mukjizat yang ada pada nabi-nabi seterunya mengengkari nubuwwat.



Imam Ghazali-marhalahnya


Friday, November 8, 2024

Apakah Kalam Allah itu bersuara?

 Allah berbicara dengan Musa

Apakah dengan suara atau tidak?

Sebelum jawap, terangkan apa itu suara?

Apakah suara itu hanya merujuk kepada apa yang kita dengar di alam baharu ini atau boleh difaghami dengan pengertian yang lain?

Musa dengar kalam Allah. Dengarnya Musa, kita boleh faham. Namun kalam Allah itu kita tak faham.Bagaimana? kalau ada suara ada huruf.

Kita terpernagkap dalam Al-Kaun!

Semua pemahaman kita adalah berdasarkan apa yang ada di bawah Al-Kaun!

Coba...kita luaskan konsep kalam Allah yang berbunyi itu. Ertinya bersuara. Jangan difahami suara itu seperti suara-suara yang dengar di alam ini. Cuba buka akal untuk berfikir di luar logik. Kerana Allah tak boleh difamai dengan logik.

Allah bersuara, tapi suaranya tidak sebagaimana suara makhluk!Khalas.Itu kesimpulan mudah . Tak payah fikir lebih. Bahas panjang lebar pun tak jadi modal masuk syurga. Modal masuk syurga adalah boleh kamu yakini Allah bercakap dengan Musa. Kamu tidak menempelkan sifat akhras kepada Allah kerana ia kekurangan.

Di akhirat kelak, akan kamu dapati iman itu yang menyelamatkan kamu. Perbahasan panjang lebar mengenai sifat-sifat Allah itu hanya buat eksersais otak mas adi dunia . Ia tak jadi modal menguntingkan di akhirat.

TAUHID 3

 Saya hairan kenapa ada orang Islam antui kepada Tauhid 3. Mereka itu membuat dakwaan bahawa Tauhid 3 itu bikinan Wahabi. Kononnya Ibn Taimiyyah yang merekakannya. Padahal, siapa yang membaca kitab Tafsir Tobari yang hidup beratus tahun sebelum Ibn Taimiyyah juga menyebutkan tentang Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah itu. Ramailah ulama yang membicarakannya dan mereka tidak menolaknya, termasuk para ulama Asya'irah serta Maturidiyyah.

Saya punya satu hipotesis.

Mereka yang anti kepada Tauhid 3 ini adalah dua golongan iaitu:

1) Syiah dan angkatannya

2) Golongan Sufi yang termakan dogma syiah.. Ini termasuk golongan Ahbasy yang watak perangainya lebnih kepada Syiah tetapi menampilkan wajah Ahli Sunnah.

Syiah memang tak boleh terima konsep tauhid yang ditanpilkan dalam bentuk rububiyyah dan uluhiyyah ini kerana mereka suka berdoa kepada yang lain daripada Allah. Mereka menjadikan madad husssain sebagai ibadat. 

Golongan Sufi yang meniru-niru gaya syiah pula suka kepada amalan memuja kubur secara melampau sehingga menimbuklkan syak mereka memohon hajat kepada ahli kubur.

Amalan seperti di atas adalah dipangkah oleh tauhid 3.

Lalu Asyairah dan Maturidiyyah telah menjadi tempat bergayut golonngan yang berkeduk sufi ini. Hatta hari ini ulama Asyairah sejati tidak lagi menjadi pemegang panji. Panji Asyairah Maturidiyyah dewasa ini dirongrong oleh golongan sufi atau yang yang simpatisan kepada Sufi.

Lantas, hari ini, orang yang mnengaku Asyairah Maturidyyah dipaksa untuk punya pendirian yang dicedok daripada racun sesat golongan yang bukan sejatui Asyairah Maturidyyah.

Jika hipotesis ini silap , ia hanya sekadar hipotesis.



Wednesday, November 6, 2024

KITAB TUHFATUL AHWAZI



Kitab ini  adalah karya seornag ulama bernama Muhammad Abdurrahman bin Abdurrahim Al-Mubarakfuri. Kitab ini adalah syarah kepada Sunan At-Tarmizi

Mengandungi 12 Jilid

Beliau mensyarahkan Sanad dan matan hadis.

Ciri-ciri syarah hadis yang dibuat oleh Al-Mubarakfuri:

1) Tidak terikat dengan mana mazhab
2) Syarahnya bagi hadis-hadis dalam 3 jilid terawal panjang lebar dan jilid-jilid berikutnya lebih rengkas.
3) Memberi perhatian kepada turjumah perawi yang dimabil daripada kitab-kitab turjumah perawi seperti Taqribut Tahzib oleh Ibn Hajar, 
4) Takhrij ke atas hadis dibuat secara rengkas.
5) Beliau memberi penekanan terhadap kedudukan hadis terutama menjelaskan kecacatan hadis jika berlaku. Kekadang dia menyalahi tarmizi sendiri dalam membuat kesimpulan.
6) Beliau juga mementingkan penjelasan mengenai makna-makna lafaz yang gharib dalam hadis. Beliau bersandarkan Al-Quran, riwayat yang menjelaskan tentangnya dan juga syair-syair.
7)Menjelaskan kemusykilan yang berkaitan dengan sanad dan matan
8) Beliau menjelaskan di beberapa tempat pendekatan tasahul tarmizi dalam mentashihkan beberapa hadis.
9)Ada masalah yang para ulama berkhiklaf dan Tarmizi menyebutkannya tanpa tarjih. Lalu Mubarakfuri mentarjihkannya.
10) Menyudahklan kitabnya dengan syarah kepada Kitan Al-'Ilal oleh Tarmizi dan menamakan syarahnya itu " شفاء الغلل في كتاب العلل  "
11)Jika ada yang mengelirukan, dijelaskannya.
12
Lanjut di Wiki

Muhammad Abdurrahman bin Abdurrahim Al-Mubarakfuri adalah seorang ulama Tanah India. Beliau lahir tahun 1865M

Beliau wafat pada 22 Januari 1935

Gelaran mubarakfuri merujuk kepada kota kelahirannya di Uttar Pradesh, India. Kota Mubarakpur terletak di sebelah barat Azamgarh

Murid beliau bernama Ubaidillah Al-Mubarakfuri , pengarang kitab Mir'atul Mafatih Syarh Misykatul Masobih. Kemudian muridnya Ubaidillah pula bernama Syeikh Sofiyyurrahman Al-Mubarakfuri pengarang kitab Ar-Rahiqul Makhtum

Perhatian: Pengarang kitab Ar-Rahiqul Makhtum ialah Syeikh Sofiyyurrahman Al-Mubarakfuri. Beliau juga merupakan ulama hadis dari tanah Hindi. Beliau lahir tahun 1943 dan wafat pada tahun 2006.



Wednesday, October 30, 2024

KORBAN LALAT MASUK NERAKA

 Korban adalah satu ibadat. Ia hanya untuk Allah dan tidak boleh kepada yang lain. Sesiapa yang berkorban untuk selain Allah, maka dia syirik . 

Terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad  dalam Musnadnya (Kitab Az-Zuhdi), oleh Abu Nuim dalam Hilyatul Auliya dengan sanadnya menerusi  A'masy dan secara mauquf kepada Salman Al-Farisi.

Sanad Hadis sebagaimana dalam Musnad Imam Ahmad:


حدثنا عبد الله أخبرنا أبي حدثنا أبو معاوية حدثنا الأعمش عن سليمان بن ميسرة عن طارق بن شهاب عن سلمان قال

Kata Salman:

مرَّ رجلان على قومٍ لهم صنمٌ لا يجوزُه أحدٌ حتى يُقرِّبَ له شيئًا فقالوا لأحدِهما : قرِّبْ قال: ليس عندي شيءٌ أقَرِّبُه قالوا : قربْ ولو ذبابًا فقرب ذبابًا، فخلُّوا سبيلَه فدخل النارَ وقالوا للآخرِ: قرِّبْ قال: ما كنتُ لأقربَ لأحدٍ شيئًا دونَ اللهِ عزَّ وجلَّ فضربوا عنقَه فدخل الجنةَ

Dua orang lelaki melewati suatu kaum yang mempunyai berhala yang tidak diperkenankan oleh sesiapa pun sehingga dia mempersembahkan sesuatu kepadanya. Mereka (kaum) berkata kepada salah seorang antara keduanya: Berkorbanlah (untuk berhala)!. Maka katanya: Aku tiada apa-apa untuk dikorbankan.  Jawab merke (kaum): Korbankan walau seekor lalat!. Maka lelaki itu pun mengorbankan seekor lalat dan dia pun dilepaskan untuk meneruskan perjalanannya. Maka dia masuk neraka. Kemudian mereka mereka berkata kepada seorang laigi: Korbankan (untuk berhala) . Dia berkata: Aku tidak akan korbankan sesuatu apapun selain hanya kepada Allah SWT. Lantas nereka memancung kepalanya. Lelaki itu masuk syurga.



Ulasan tentang status hadis:

  • Albani dalam silsilah Ad-Dha'ifah mensahehkan bahawa hadis ini adlaah mauquf kepada Salman Al-Farisi.
  • Perawi yang bernama Tariq bin Syihab ada khilaf tentang suhbahnya dengan Nabi SAW. JIka dia sahabat dan dia tidak dengar daripada Nabi SAW, maka hadis ini Mursal Sahabi dan Mursahabi Sahabi diterima (sebagaimana kata Ibn Hajar Al-asqalani)
  • Beliau tidak mendengar hadis ini daripada Rasulullah SAW
  • Kalau dia memang sahabat, tak kisahlah dia dengar dariapda nabi atau tidak. Mursal sahabi diterima.
  • Jika dia bukan sahabat, maka Mursal bukan sahabat adalah daif.
  • Masalah hadis ini merupakan Mu'an'an daripada A'masy juga jadi masalah kerana A'masy adalah Mudallis.
Bacaa: Islamweb

Masalah:

Hadis ini menunjukkan bahawa sesiapa yang dipaksa melakukan sesuatu perbuatan kufur, lalu dia lakukannya, maka dia tdiak diuzurkan. Hal ini bententangan dengan nas Al-Quran yang menyebutkan:

 مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.

( Surah An-Nahl:106)

Penyelsaian masalah:
  • Salman mengambil cerita ini ketika dia masih beragama Nasrani daripada guru-gurunya. Maka ia adlaah cerita Istailiyyat
  • Ketiadaan keuzuran buat yang dipaksa adalah syariat ummat terdahulu tetapi bagi syariat nabi Muhammad, orang yang terpaksa dimaafkan.
  • Ketiadaan keuzuran untuk keadaan terpaksa boleh dilihat bagaimana perkataan Ashabul Kahfi tatkala mereka berkata sesama meraka:
إِنَّهُمْ إِنْ يَظْهَرُوا عَلَيْكُمْ يَرْجُمُوكُمْ أَوْ يُعِيدُوكُمْ فِي مِلَّتِهِمْ وَلَنْ تُفْلِحُوا إِذًا أَبَدًا

 Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama lamanya".
(Al-Kahfi: 20)


Ihtimal (Andaian) lain tentang hadis:

Lelaki yang mengorbankan lalat itu masuk neraka bukan sebab keterpaksaan di kalangan ummat lampau tidak diuzurkan sebagaimana dijelaskan . Namun , dia masuk neraka kerana dia tidak mengengkari dengan hatinya , malah menganggap enteng perbuatannya mengorbankan lalat untuk berhala. Sikap lelaki tersebut boleh ditemui dalam hadis yang sama tetapi riwayat Ibn Abi Syaibah dalam AL-MUSANNIF( Jil 17, Ms 537-538). Hadsnya berbunyi:

عَنْ سَلْمَانَ، قَالَ: ( دَخَلَ رَجُلٌ الْجَنَّةَ فِي ذُبَابٍ، وَدَخَلَ رَجُلٌ النَّارَ فِي ذُبَابٍ: مَرَّ رَجُلَانِ عَلَى قَوْمٍ قَدْ عَكَفُوا عَلَى صَنَمٍ لَهُمْ، وَقَالُوا: لَا يَمُرُّ عَلَيْنَا الْيَوْمَ أَحَدٌ إِلَّا قَدَّمَ شَيْئًا، فَقَالُوا لِأَحَدِهِمَا: قَدِّمْ شَيْئًا! فَأَبَى، فَقُتِلَ، وَقَالُوا لِلْآخَرِ: قَدِّمْ شَيْئًا! قَالَ: لَيْسَ عِنْدي شَيْء، فَقَالُوا: قَدِّمْ وَلَوْ ذُبَابًا، فَقَالَ: وَأَيْشٍ ذُبَابٌ! فَقَدَّمَ ذُبَابًا فَدَخَلَ النَّارَ.


Kalimah yang dimerahkan di atas memberi mesej memandang enteng . Mengaggap remeh. Padas hemat lelaki itu sekadar mengorbankan lalat , bukanlah masalah. Padahal , korban apapun kalau bukan kepada Allah, ianya besar kesannya. Kerana pandang remeh dan tidak menyimpan kebencian dalam hatinya, imamnya telah rosak dan kerana itu dia masuk neraka.

Pengajaran penting: KESAN AMAL HATI

Hadis ini membicarakan soal amal hati. Korban lalu, zahirnya tiada nilai. Tapi yang menjadikanya bernila sehingga ada masuk neraka dan syurga kerananya, adalah amal hati. Bukan kerana korban lalat itu. tapi kerana apa yang ada dalam hati.



Tuesday, October 22, 2024

Para Utusan Malaikat Maut

Ibn Al-Jauzi menukilkan dalam kitab Raudhatul Musytaq Wat Tariqu Ila Al-malakil Khallaq:

 قال أحد أنبياء الله لملك الموت -عليه السلام-: “أما لك رسول تقدمه بين يديك؛ ليكون الناس على حذر منك؟“، قال: “نعم، لي والله رسل كثيرة من الإعلال، والأمراض، والشيب،والهموم، وتغير السمع والبصر، فإذا لم يتذكر من نزل به ولم يتب، فإذا قبضته ناديته: ألم أقدم إليك رسولاً بعد رسول، ونذيراً بعد نذير؟ فأنا الرسول الذي ليس بعدي رسول، وأنا النذير الذي ليس بعدي نذير، فما من يوم تطلع فيه شمس ولا تغرب إلا وملك الموت ينادي: يا أبناء الأربعين، هذا وقت أخذ الزاد، أذهانكم حاضرة، وأعضاؤكم قوية شداد، يا أبناء الخمسين، قد دنا وقت الأخذ والحصاد، يا أبناء الستين، نسيتم العقاب، وغفلتم عن رد الجواب، فما لكم من نصير (أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَايَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ). [فاطر: 37]،


Salah seorang nabi Allah berkata kepada Malaikat Maut Alaihissalam:


"Tidakkah kamu mempunyai seorang rasul yang kamu akan hadirkan di hadapan tangan kamu? Supaya orang-orang akan waspada terhadap kamu?”
Dia berkata: “Ya, demi Allah, saya mempunyai banyak utusan antaranya  penyakit,  uban, kebimbangan, dan perubahan pendengaran dan penglihatan. Jika dia tidak ingat apa yang menimpanya  dan  tidak pula bertaubat, Maka  apabila aku akan mencabut nyawanya, aku pun  menyerunya: Bukankah Aku telah mendatangkan kepadamu rasul demi rasul dan pemberi amaran demi peringatan? Aku adalah Rasul yang tidak ada rasul sesudahku, dan aku adalah pemberi peringatan yang tidak ada pemberi amaran sesudahku 

Tidak ada suatu hari yang padanya matahari terbit dan tidak terbenam, melainkan Malaikat maut alan menyeru sembari berkata: Wahai orang yang berusia empat puluh tahun, ini. adalah masa untuk mengambil bekal. Fikiran kamu masih kuar dan anggota kamu masih  kuat.  Wahai orang yang berusia lima puluh tahun , masanya telah menghampiri dan menuai.Wahai orang yang berusia enam puluh, kamu telah melupakan hukuman, dan lalai untuk membalas. kamu tiada penolong.lagi   

(أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَايَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ).
[Fatir: 37],





Nabi Muhammad bukan untuk disembah!

Kalangan yang berlebihan mengangkat Nabai SAW hingga ke luar dari daerah kemanusiannya, bahkan sampai keliru antara Allah dan Muhammad, perlu hadam baik-baik perkataan yang dilontarkan oleh sahabat Baginda yang paling mulia iaitu Abu Bakar As-Siddiq. Dalam hadis dinyatakan bahawa apabila baginda Rasul telah wafat dan para sahabat dalam cekcokan dan sukar menerima khabar sedaih itu, Abu Bakar As-Siddiq dengan tegas menyatakan:

أمَّا بَعْدُ فمَن كانَ مِنكُم يَعْبُدُ مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، فإنَّ مُحَمَّدًا قدْ مَاتَ، ومَن كانَ مِنكُم يَعْبُدُ اللَّهَ فإنَّ اللَّهَ حَيٌّ لا يَمُوتُ

( Rujuk Hadis selengkapnya dalam Saheh Bukhari, No 4452)


Rujuk : Dorar.net


Terlahu batil dan sesatlah mereka yang mengatakan bahawa Allah nama bagi pangkat dan Muhammad itulah penyandangnya. Haihata...haihata....

Kafirlah orang yang menuturkan kata sedemikian. Allah adalah Tuhan yang esa tiada syirik baginya. Muhammad adalah Rasulnya yang diutuskan buat sekalian manusia. Muhammad adalah insan yang dimuliakan atas manusia lain dengan pangkat kerasulannya. Dia tetap manusia dan bukan malaikat. Dia adalah titisan zuriat Nabi Adam dan bukan pancaran cahaya Muhammadi yang diputarbelitkan olah kalangan yang berengang dalam keraguan.

Cukuplah memuliakan nabi Muhammad SAw dengan apa yang Allah pertegaskan dalam Al-Quran dan apa yang warid dalam hadis nabi SAW yang saheh.

Monday, October 21, 2024

Allah maujud laisa lahu makan

 Allah wujud tidak bertempat. Kata-kata ini menjadi selogan pejuang Ashirah Maturidiyyah di negara kita Malaysia. 

Mengimbau masa lalu, di zaman Muktazilah berkuasa dalam 3 fasa peerintahan khalifah Abbsiyayh, mereka menjadikan kata-kata Al-Quran adalah makhluk sebagai syiar mereka.

Kedua-dua perkataan di atas ada persamaan iaitu:

a) Tidak datang dari Al-Quran dan Sunnah dan tidak pernah disebutkan oleh ummat Islam di zaman salaf.

b) Ghayah perkataan di atas adalah fasid iaitu menafikan ketinggian Allah di atas arasyNya.

Mengatakan Allah tidak bertempat tergantung kepada makna dis sebalik kata-kata itu. Ini kerana makna perkataan itu boleh difahami kepada dua cabang yang berbeza.

Jika pengucapnya bermaksud Allah tidak diliputi oleh makhluknya, itu adalah benar.

Namun jika dia bermaksud Allah tidak di atas langit dengan alasan atas langit itu tempat, maka maksud sedemikian adalah batil dan fasid. Ia sekaligus menafikan sifat Uluw Allah SWT yang telah ditegaskan dalam nas-nas. 

Allah itu Al-Aliyyul Kabir.Allahu Ta'ala..

Saturday, October 19, 2024

Allah tidak di luar alam dan tidak di dalam alam

Perkataan Asya'irah: Allah tidak di luar alam dan tidak juga di dalam alam.

Dikatakan oleh kalangan ulama yang membantah konsep ini, menafikan dua perkara yang berlawanan pada sesuatu  menunjukkan sesuatu itu tiada. 

Bacaan: Almustanir


Namun , ada pertanyaan Mantiqi Asyairah Maturudiyyah:


Malaikat lelaki atau perempuan?

Allah lelaki atau perempuan?

Keda-dua bukan!

Maka demikian pertanyaan Allah dalam alam atau di luar alam.....

kedua-dua bukan...

Siapa kata malaikat perempuan...kafir!


Hujah-hujah menolak konsep:

1) Nas-nas banyak menyebutkan bahawa Allah di atas (fauq). Di atas langit. Di atas arasy beristiwa.

Tiada nas yang menyebutkan bahawa Allah bukan dalam alam dan bukan di luar alam.

Siapa yang pertama mengatakan Allah tidak di dalam alam dan tidak di luar alam?

  • Dikatakan....paling awal mengucapkannya  adalah Ibn Sina.-ibn Sina wafat 427H.
  • Imam Al-Gazali juga menukilkan perkataan ini dalam Al-Mustasfa.
Penafian jihah secara tafsil, itu adalah pertamanya idea Jahmiyyah.

Baca: Almaktaba


Friday, October 18, 2024

Allah turun ke langit dunia.

Dalam hadis yang Muttafaq Alaih, disebutkan :


ينزل ربنا تبارك وتعالى إلى السماء الدنيا كل ليلة حين يبقي ثلث الليل الآخر؛ فيقول: من يدعوني فأستجيب له؟ من يسألني فأعطيه؟ من يستغفرني فأغفر له؟ حتى ينفجر الفجر

Tuhan kita, Yang Maha Berkat  dan Maha Tinggi, turun ke langit yang paling bawah setiap malam apabila tinggal sepertiga malam terakhir; Dia berkata: Siapakah yang berdoa kepada-Ku supaya Aku perkenankan kepadanya? Siapakah yang meminta kepada-Ku agar Aku memberinya? Siapakah yang meminta ampun kepada-Ku agar Aku mengampuninya? Sehingga subuh menyingsing


Hadis ini menjadi dalil Maha Tingginya Allah di atas arasy sebagaimana ditegaskan dalam ayat-ayat Quran seumpama ayat Istiwa. Nabi SAW menyifatkan Allah dengan nuzul yakni turun. Allah dari atas arasy turun ke langit dunia pada masa sepertiga malam. Allah nuzul , dapat difahami secara zahirnya dari atas ke bawah.

Hadis ini parah bagai sebilangan orang, kerana ia membawa kepada tasybih Allah dengan makhluk. Lalu, menurut mereka , ia mesti ditakwil. Ahlu takwil di kalangan Asya'irah dan Maturidiiyyah menolak Allah turun tetapi yang turun adalah rahmat Allah!

Ada hujjah-hujjah yang kedengaran macam berakal tetapi sebenarnya ada lohong besar dalam akal yang bermain tanpa disedari.

Kata pihak yang mempertikaikan kefahaman bahawa Allah turun ke langit atas hujjah bahawa langit itu makhluk dan bagaimana Allah masuk ke dalam makhluknya. Jika Allah masuk ke dalam makhluk, jadilah Allah itu berhulul dalam makhlukNya. Dan pula, jika Allah turun, kosonglah arasy. Ditambah pula dengan rancu-ranca fahaman sisitem masa dunia . Jika Allah turun di sepertiga malam di satu bahagian bumi, sepertiga malam itu sentiasa bergerak serata bumi pada masa yang berbeza. Masa mana Allah naik semula?  Maka, jika demikian ,  Allah sentiasa turun sepanjang masa dan tidak lagi naik ke langit. Dalam masa yang sama, keberadaan Allah di langit juga dipermasalahkan.

Semua pertanyaan atau kemusykilan seperti ini tidak timbul melainkan kerana natijah mengkiaskan Allah dengan makhluk. Turunnya Allah disamakan dengan turunnnya makhluk. Kalau anda berada atas arasy, anda turun ke langit dunia, memang anda tertakluk kepada hukum akal tersebut. Tapi, Allah adalah Allah. Allah tidak serupa dengan makhluk.

Saya tahu, hujah sedemikian dikemukakan dalam upaya hendak menolak dakwaan Allah di atas arasy atau Allah mengambil jihah. Demikian juga  Allah mengambil tempat. Kata mereka Allah maujud bila Makan.

Makan itu ditamsilkan dengan makan yang otak mansia tasawwurkan. Saya perna timbulkan sebelum ini, sebelum Allah menciptakan arasy, apakah makan tu wujud? Kalau makan belum wujud, 
seharusnya Allah ciptakan makan dulu, baru ciptakan Arasy. Kalau Arasy maujud bila makan, maka apa bezanya dnegan Allah? Apa Beza Allah dengan Arasy. Justeru, bagaimana nak menetapkan maujud bila makan itu sifat Allah SWT?

Walhasil, dalam tidak sedar, ketika nak mensucikan Allah daripada berada atas langit dan nuzul ke langit dunia, pemikiran telah terperangkap. Pemikiran merasakan kalau turunnya Allah, allah sudah sama seperti makhluk. Pemikiran itu sebenarnya telah hanyut dalam mentamsilkan Allah dengan makhluk.

Cuba terima kenyataan bahawa Allah di langit tapi tak sama dengan makhluk yang mengambil tempat. Langit itu snediri kita tak tahu bagaimana! Kita dengar sahaja tapi tak pernah lihat. Allah kata dioa di lamgit, terima dan percaya seadanya., Hal ghaibiyyat, akal manusia lemah untuk menghadamnya. Allah kata turun, tak usahlah duduk analisa dengan akal yang ttak mampu menelaahnya bagaimana turunnya itu.

Ini antara sebab kenapa saya menjauhkan diri dari manhaj ahlul kalam. Semua nas nak difahamkan dengan jalan akal. Kalau tak sesuai bawa takwil itu dan ini. Bukan tak boleh takwil. Silakan takwil pada tempatnya. Jangan yang jelas disebut nas , pun mahu ditakwil. Ahlu takwil ni banyak dalam golongan sufi batiniyyah. Kalau tengok  gaya takwilan mereka, tiada satu ayat dalam Quran itu melainkan ada tawilannya kepada maknanya lain. Itu takwilan tahrif  bukan tafsir.

Nuzul Allah itu seharusnya difahami Nuzul yang sesuai dengannya dan tidak mampu kita menetapkan kaifiyatnya. Maka, jangan mengoceh masa mana Allah naik kalau asyik turun di sepertiga malam di seluruh dunia secara berganti-ganti. Ocehan macam ini nampak aja mac am cerdik tetapi ilhad!

Membandingkan turunnya Allah dengan turunnya kita dari atas sutuh rumah adalah qias yang fasid. Qias macam ni syaitan rintis. 

Ahlul kalam, kerana tak hadam perkara ini betul-betul, akhirnya keluar kata-kata: Allah tiadak di dalam alam dan tidak di luar alam! Kenapa boleh sampai demikian ? Sebab kononnya mereka nak menegaskan Allah tak sama dengan makhluk. Kalau di luar alam sama dengan makhluk! Kalau dalam alam, pun sama dengan makhluk. Kerana mereka terperangkap dalam qias yang fasid, keluarlah kata-kata yang tidak punya dalil sedemikian.

Sifat tidak di dalam alam dan tidak di luar alam, ini sifat yang ma'dum bukan yang maujud. Demikianlah halusnya racun iblis dalam menusuk keraguan.



Thursday, October 17, 2024

Syurga dan neraka di kalangan Sufi yang menyimpang

Ahli Sufi mengambilnya agamanya dari mana? Dari Quran dan Hadis atau daripada syatahat dan zauq ? Atau dari mimpi dan ilham-ham yang disangka laduni?

Lihat sahaja apa kata mereka katakan tentang orang yang beribadat kerana mahu syurga dan takut neraka!

Di sisi mereka, jika seoang mukmin beribadat kepada Allah kerana takut neraka dan dambakan syurga, itu adalah satu kekurangan dalam perhambaan kepada Allah. Bahkan ada yang mengatakan itu syirik di sisi para ahli sufi yang mencapai hakikat dan makrifat!

Adapun di sisi mereka, menyembah Allah adalah untuk mencapai fana bersama Allah. Untuk menyatu dalam kewujudan Allah. Itulah syurga di sisi mereka. Bukan syurga sebagaimana yang Quran dan hadis sering ceritakan. Mereka , malah meremehkan syurga dan neraka yang seriang digambarkan oleh Al-Quran dan Hadis.

Ada dinukilkan kalam mereka: Kalau aku tidak malu kepada Allah, akan aku ludah ke dalam neraka dan padamlah apinya! Andainya aku dapat membina khemah dalam neraka! Andainya aku sahaja masuk ke neraka dan tubuhku besar sehingga yang lain tiada ruang masuk dalam neraka! Kalam apa macam ini? Lawak apa? Syurga neraka dibuat main-main.

Itukah tahap sufi? Lalu dikatakan itu sebagai syatahat! Tidak...itu zindik! Jangan ditunggangterbalikkan ....kalam zindik disebut syatahat....janya semata-mata ia disandarkan kepada orang yang disbut sebagai ahli Sufi.

Dari mana konsep klefahaman tentang syurga neraka ahli sufi sebegini diambil??

Pendeta dan sami hindu , kalau demikianlah adanya....mereka lebih ramai dan lebih asyik dalam syurga. Mereka mencapai Nirwana yang mereka dakwakan. Apakah demikian akidah muslim tentang syurga?

Apakah syurga Allah yang hakikatnuya dinyatakan sebagai nikmat fizikal mmahu ditukar menjadi konsep-konsep yang abstarak? baik tak payah masuk Islam. Ladeni sahaja jalan resi, pendeta, sami dan para pertapa yang larust semedi mereka.....semuanya masuk syurga khayalan emreka. Itu yang dimahukan oleh sufi-sufi kajal itu??

Monday, October 14, 2024

TOKOH-TOKOH YANG MENGALAMI KECACATAN FIZIKAL

 Ato' bin Abi Rabah, dia seorang yang berkulit hitam, mata satu, selalu pingsan dan lumpuh dan kemudian menjadi buta.

Ulama besar ujiannya sesudah para nabi-nabi!

Anak Saidina Othman bin Affan bernama Aban bin Othman, dia mengalami masalah pekak yang teruk, kemuian ada penyakit kusta. Dia mewarnakan kesan kusta ditangannya dan dibiarkan kesan yang ada di wajahnya. Sementara dia lumpuh dan mengengsot dan duduk bersila.

Subhanallah....sungghuh hebat ujian mereka....

Namun, lihat sahaja darjat keilmuan Ato' dan juga Aban!Mereka antara orang yang  meriwayatkan hadis-hadis yang menjadi khazanah ilmu buat kita di hari ini...

Masruq bin Al-Ajda' pula mengalami bongkok dan lumpuh kesan perang di Al-Qadisiyyah

Ahnaf bin Qays , matanya satu sahaja kerana satu lagi matinya hilang masa dia di Samarkand. Dikatakan hilangnya itu disebabkan penyakit cacar yang dialaminyaDia berjalan terenjut-enjut, giginya jongang dan bertindan, kepalanya kecil, dagunya senget, sideburn nipis, 

Abu Aswad Ad- Du-ali, dia seorang yang lumpuh.

Ubadaih ASs-Salmani, dia pekak dan buta satu matanya.

Nama-nama di atas bukan orang biasa. Mereka adalah tokoh yang hebat dalam dunia ilmu hadis dan periwayatan. Namun, lihatlah bagaimana Allah mencoba mereka dan dalam masa yang sama berikan mereka kelebihan yang tiada pada orang lain.

Qotadah bin Di'amah As-Sadusi As-Syafie adalah Imam Mufassirin dan Muhaddisin pada  zamannya. Dia lahir buta tetapi Allah SWT berikan dia kelebihan ilmu yang banyak

Al-Mughirah bin Muqsim disebutkan oleh Az-Zahabi dalam At-tazkirah , bahawa dia lahir buta.

Demikian pula Ali bin Zaid bin Jad'an

Hafsin bin Umar

Abul Abbas Ar-razi

Nama-nama di atas adalah orang yang buta sejak lahir. Namun, mereka dikurniakan akal yang pintar, hafazan yang luar biasa dan ilmu yang banyak.


Seorang penyair yang bernama Basyar bin Bardin lahirnya buta , namun sebelum umurnya 10 tahun, dia telah melantunkan syair. Dia mengungkapkan perumpamaan yang ornag celik pun tak mampu keluarkan. Al-Asomma'i, Al-Jahiz, Abu Tamam dan Abu Ubaidah memuji beliau yang kaya dengan khazanah satera Arab.


Demikian pula seorang yang bernama Al-Hasan bin Ali bin Tsabit Al-Muqri, dia lahir buta. Dia belajar dengan Ibn Al-Ambari dan menghafal kalamnya serta imlaknya sehingga para ulama kagum dengan kemampuannya.

Sunday, October 13, 2024

Tiga Janji Nabi Muhammad kepada 'Adi bin Hatim

 Adi bin Hatim asalnya beragama Nasrani. Mazhab Rukus. Dia memeluk Islam di depan Nabi SAW dalam satu peristiwa pertemuannya dengan Nabi Muhammad SAW.

tatkala dia dilihat oleh Nabi SAW ragu-ragu untuk memerluk Islam lantara melihat keadaan para sahabat Nabi yang kelihatan lekeh dna miskin, Nabi Muhammad menyatakan kepadanya bahawa sesudahnya tiada nanti ummatnya akan mengalami tiga keadaan :

1) Perempuan Za'inah (yang menaiki unta dan duduk atas sekedupnya) akan bermusafir dengan selamat dari Kota Hirah hingga ke Makkah melaksanakan Tawaf tanpa rasa takut dan tidak ada yang menemaninya.

فإن الظَّعِيْنَةَ سترحلُ من الحِيْرَة تطوفُ بالبيت بغير جوارٍ

2) Ummat Islam akan menguiasai harta simpanan Kisra bin Hurmuz raja Parsi.

وليفتحنَّ الله علينا كُنُوزَ كِسْرَى بنِ هُرْمُزَ

3) Harta akan melimpah ruah sehingga seseorang sukar mencarimanya apabila dia mahu mengeluarkan zakat.

ولَيفِيْضُ المالُ حتَى يهتمَّ الرَّجُلُ مَنْ يقبلُ منه صَدَقَتَهُ


'Adi bin hatim mengatakan bahawa 3 janji Rasul itu, dua daripadanya dia telah sempat menyaksikan di masa hayatnya. Dia meyakini bahawa janji ketiga iaitu melimpahnya harta akan terjadi sekalipun dia tidak sempat menyaksikannya.




JIKA TIDAK KERANA MUHAMMAD, TIADALAH ADAM DICIPTAKAN!

Beberapa lafaz yang berbeza...

Kalau tidak kerana Muhammad SAW tidaklah diciptakan Aflak!

Kalau tidak kerana Muhammad tidaklah diciptakan syurga dan neraka, tidak juga arasy di atas air!

Jika tidak kerana Muhammad, tidaklah diciptakan arasy, kursi,  langit, bumi , matahari, bulan dan lainnya!


Kenyataan di atas terdapat dalam sebuah hadis yang disebutkan antara lain oleh Abu Naim Al-Asfahani dalam kitabnya Dalailun Nubuwwah. ia juga dinukilkan dalam Al-Bidayah Wan Nihayah (Jil 2, MS 348) oleh Ibn Kathir dan dalam Al-Mustadrak oleh Al-hakim, hadis Abdurrahman bin Zaid bin Aslam daripada bapanya dan daripada datuknya daripada Umar Al-Khattab. (Al-Baihaqi dalam Dalailun Nubuwwah manyatakan hadis itu berseorangan oleh Abdurrahman bin Zaid bin Aslam dan dia adalah seorang yang daif).

Bunyi Hadis:

لما أصاب آدم الخطيئة رفع رأسه فقال يا رب بحق محمد إلا غفرت لي، فأوحى إليه وما محمد؟ ومن محمد؟ فقال: يا رب إنك لما أتممت خلقي رفعت رأسي إلى عرشك فإذا عليه مكتوب: لا إله إلا الله محمد رسول الله، فعلمت أنه أكرم خلقك عليك، إذ قرنت اسمه مع اسمك. فقال: نعم، قد غفرت لك وهو آخر الأنبياء من ذريتك ولولاه ما خلقتك


  • Ibn Taimiyyah menghukumkan hadis ini adalah maudhuk
  • Albani dalam Silsilah Ad-Da'ifah menetapkan hadis ini maudhuk
  • As-Syaukani dalam ( الفوائد المجموعة في الأحاديث الموضوعة   ) Ms 326 mengatakan bahawa As- Saghani menghukumkan hadis ini maudhuk.

Rujuk: Islamqa

Tuesday, October 8, 2024

Ahlul Khitwah

 Ahlul Khitwah adalah orang-orang yang dikatakan mampu memendekkan jarak perjalanannya yang jauh hanya dengan selangkah atau sekelip mata. Ia juga mampu berada dalam beberapa tempat dalam masa yang sama. Mereka melakukan hal sedemikian dengan cara yang luar biasa. Nama Ahlu Khitwah berlegar di kalangan para Sufi. Ia dianggap sebagai sebuah karamah yang dikurniakan Allah kepada hambanya yang soleh. Dalam kebudayaan Jawa, orang yang ada kemapuan ini disebut sebagai pemilik Ajian Saipi Angin. Disebut juga di kalangan tertentu sebagai Ilmu Lipat Bumi.

Tidak terkecuali, dalam dunia perfilemen Barat, dimunculkan filem yang memebawa mesej yang serupa dengan nama filemnya "Jumper".

Menurut Ibn Baz, dakwaan memiliki kemampuan sedemikian , apa yang dinamakan Ahlu Khitwah itu adalah tidak berasas kerana tiada dalil yang membuktikannya. ia sekadar cerita.(Rujuk: Al-Fatawa)

Di kalangan para Sufi, terdapat kepercayaan bahawa para wali Qutub yang empat iaitu Abdul Qadir jailani, Ibrahim Ad-Dusuqi, Ahmad Ar-Rifa;i dan Ahmad Al-Badawi mempunyai kempampuan bergerak selangkah ini. Cerita-cerita diriwayatkan bahawa mereka dilihat berada di tempat yang jauh dalam sekelip mata.

Di Syria, orang-orang dulu bercerita tentang asal usul nama Kota Sarujah sebagai berasal dari seorang wali Allah asal di sana yang diceritakan pulang dari mekah sekelip mata untuk makan masakan ibunya.

Para pendokong cerita Ahlul Khitwah bersandarkan takwilan cerita dalam Quran. Umpamanya cerita kemampuan Asif bin Barkhia, menteri Nabi Sulaiman yang mampu memindahkan singgahsana ratu Saba dalam sekelip mata. Kisah Israk Nabi SAW juga menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah berada dalam ruang lingkup mungkin terjadi.

MAKNA "HADHRAH"

 Kalimah ini berlegar di kalangan para sufi awalnya. Kemudian ia menjadi sebutan orang awam dalam permulaan majlis-masjlis zikir mereka. Di ...