Wednesday, November 13, 2024

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya.

1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-Khalq (Allah menjadikan). Mazhab ini ada dua jenis:

a) Makhluk (Al-Ibad) menciptakan sendiri perbuatannya sama ada baik atau buruk.

b) Makhluk menciptakan perbuatannya yang buruk sahaja sementara yang baik adalah diciptakan Allah.

Kedua-dua jenis ini terjerumus dalam mengakui bahawa hamba bebas dalam menciptakan perbuatannya dan Allah tidak terbabit. Ini tentunya menjadikan Allah itu lemah dan terpaksa.

Kumpulan Qodariah seperti diatas boleh dipecahkan juga kepada dua macam:

1) Satu golongan yang berpegang bahawa bahawa hamba bebas melakukan perbuatannya dan Allah tidak mampu mencegahnya

2) Satu golongan lain pula mengatakan bahawa hamba bebas melakukan perbuatannya dan Allah jika mahu mencegahnya dia berkuasa mencegahnya.

Maka ayat-ayat yang menyebutkan tenteng kehendak Allah dalam Quran membawa maksud Allah menghilangkan halangan buat hamba supaya hamba itu dapat melakukan perbuatannya.

Semua jenis aliran Qodariah ini bersepakat bahawa hamba bebas melakukan pekerjaannya dan Allah tidak terlibat dalam menjayakannya!

Apabila seorang hamba punya kehendak dan memiliki hak mencipta perbuatannya, ini mebawa kepada fahaman bahawa Allah sudah ada syirik dalam kehendak dan khalq. Inilah masalah Qodariah.

Pun begitu, di kalangan Salaf, adalah perbahasan mengenai hukum kafirnya akidah qodariah ini.

Jika ditelusuri pandangan para salaf, jelaslah perkataan mereka yang menkafirkan Qodariah adalah aliran yang menafikan Ilmu Allah yang azali tentang perbuatan para hamba. Adapun Qodariah yang menolak masyi-ah dan khalq, maka yang masyhur di kalangan salaf adalah tidak kafir.

Menurut apa yang ditulis oleh Ibn Taimiyyah dalamn Majmuk, Imam Malik, Syafie dan Ahmad menghukumkan kafir bagi golongan Qodariah yang menafikan ilmu Allah mengenai perbuatan hamba sehingga hamba melakukan perbuatannya itu. Adapun Qodariah jenis lain, tidak dikafirkan.

Menurutnya, apa yang didapati daripada perkataan Salaf, golongan jahmiyyah yang menafikan sifat Allah, mereka dihukumkan kafir. Golongan Khawarij dan Rafidhah pula, ada perselisihan di sisi Ahmad dan lain-lain mengenai jatuh kafirnya mereka. Golongan Qodariah yang menafikan Ilmu Allah dan ketetapn azli Allah  dihukumkan kafir dan tidak bagi yang mansabitkan ilmu Allah dan menolak khalq( Allah menciptakan perbuatan hamba).

Martabat takdir itu 4 iaitu:

  1. Ilmu Allah
  2. Kitabah
  3. Masyi-ah
  4. Khalq

Maka Qodariah yang menolak 1 dan 2 jadi kafir. Menolak no 1 mengatakan Allah jahil. Maka kafir siapa yang kata Allah jahil.

Perkataan Imam Syafie tentang Qodariah ini ialah:

ناظروا القدرية بالعلم، فإن أقروا به خصموا، وإن أنكروه كفروا


Menurut Syeikh Abdul Aziz ar-Rajihi, golongan Qodariah yang menafikan Masyi-atullah dan Khalqullah atas perbuatan hamba tidak dihukumkan kafir kerana mereka terperangkap dalam takwilan yang salah lagi tersembunyi. Keadaan ini boleh disamakan dengan kisah lelaki Bani Israil yang disebutkan dalam hadis yang saheh di mana sebelum matinya dia minta kepada anak-anaknya agar membakar mayatnya dan ditaburkan debunya ke udara.  lelaki itu, kelak dia akhirat di tanya tentang perbuatannya , lalu dijawab bahawa dia takutakn jika Allah membangkitkannya dia akan diazab. Lalu Allah ampunkannya dan masukkannya ke syurga. Maka, dalam cerita hadis ini, lelaki itu nampaknya beriman dengan hari kebangkita tetapi tidak faham dengan sempurna kuasa (qudrat Allah). Kesalahan ini tersembunyi dan tidak menjadikannya kafir. Maka demikianlah halnya Qodariah yang silap dalam memahami Masyi-atillah dan Khlaqullah atas perbuatan para hamba.







No comments:

Post a Comment

Qodariah dan kerencamnya serta hukum buat mereka

Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir  tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...