Thursday, August 29, 2024

IBN HAZMIN AZ-ZAHIRI MENGENGKARI QIAS

 Jumhur Ulama mengatakan bahaw aQias adalah salah satu sumber syarak. Namun, bagi Ibn Hazmin Az-Zohiri, Qias bukan Sumber Syarak. 

Penolakan Ibn Hazmin ke atas Qias adalah atas dasar menolak untuk memberi sebab bagi perbuatan-perbuatan Allah.Yakni, tidak boleh dikatakan Allah melakukan sesuatu ada sebab itu dan ini.

Yang dimaksudkan penolakan qias oleh Mazhab Az-Zohiri ini adalah Qias yang jelas (Qias Al-Jali) yang mana Jmhur Ulama Usul menerimanya.

Penolakan terhadap qias oleh Ibn Hazmin khususnya, menyebabkan dia mengkritik pedas sampai ke peringkat menperlecehkan dan dan merendah-rendahkan Imam mazhab yang empat kerana mereka menggunakan Qias sebagai sumber syarak.

Menurut Ibn Hazmijn, hanya yang disebutkan dalam nas menjadi syariat. Yang tiada, tidak akan menjadi syariat. Allah berfirman:

 اتبعوا ما أنزل اليكم من ربكم ولا تتبعوا من دونه أولياء

Maka ,menurutnya,  Qias tidak diturunkan oleh Allah SWT!

Qias juga menurutnya tidak memberi keyakinan, bahkan ia memberikan zon. Sementara Zon itu tidak boleh menghatasi kebenaran.

ان الظن لا يغني من الحق شيئاً 

Sabda nabi SAW:

اياكم والظن فان الظن أكذب الحديث

Penolakan Ibn Hazmin atas penggunakan qias dengan mendatangkan dalil-dali penolakan qias seolah-olah melupakan sekian banyak dali yang melegitimasikan qias.


Lihat sahaja dalam Quran, Allah berfirman:


ان مثل عيسى عند الله كمثل آدم خلقه من تراب

Allah membuat perbandingan Isa dengan Adam . Adam diciptakan tanpa ibu dan ayah. Maka apa nak dihairankan kalau Isa dipciptakan tanpa ayah. Bandingan kedua-duanya bersekutu pada kelahiran dengan kuasa Allah!

Lihat bagaimana Allah mengqiaskan ummat di zaman nabi SAW dengan ummat terdahulu. FirmanNya:

أفلم يسيروا في الأرض فينظروا كيف كان عاقبة الذين من قبلهم دمر الله عليهم

Firman Allah SWT lagi:

ومن آياته أنك ترى الأرض خاشعة فاذا أنزلنا عليها الماء اهتزت وربت ان الذي أحياها لمحيي الموتى

Allah membandingkan perbuatannya menghidupkan orang mati di hari akhirat dengan kejadian hujan yang turun lalu menghidupkan bumi dengan tanaman-tanaman.

Maka, qias yang benar banyak dan itulah yang digunakan oleh para ulama Mazhab yang empat.

Qias Iblis adalah qias yang fasid. Demikian Qias saudara-saudara nabi Yusuf yang menyamakan kecuarian yang dilebelkan kepada Bunyamin dengan kecurian yang dituduh atas nabi Yusuf masa kecilnya.


إن يسرق فقد سرق أخ له من قبل







Bacaan tambahan: Al-Jurri

Tuesday, August 27, 2024

QIAS YANG BERTENTANGAN DENGAN NAS

Pengharaman arak sebagai wahana perubatan adalah tsabit dalam nas yang saheh.

Hadis riwayat Ibn Mas'ud: 

إنَّ اللهَ لم يجعَلْ شِفاءَكم فيما حَرَّمَ عليكم

Hadis riwayat Abu darda' dalam Sunan Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ ، وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءً ، فَتَدَاوَوْا ، وَلا تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ 


Namun, atas dasar Darurat Mengharuskan Perkara Yang Haram, ada pandangan menggunakan qias  dikeluarkan oleh Imam Malik dan Ibn Hubairah bahawa berubat dengan arak adalah diharuskan. Keharaman arak diqiaskan dengan keharaman bangkai dan babi.

Maka Qias yang digunapakai dalam masalah ini bertentangan dengan nas dan kerana itu qias itu ditolak.

Qias antara arak dengan bangkai dalam masalah berubat dengan minum arak adalah daif atas beberapa sebab:

1) Ketidakpastian arak sebagai penawar sebagaimana pastinya bangkai atau daging babi memberikan tenaga dan menyelamatkan nyawa 

2) Orang dalam keadaan darurat tiada pilihan sedangkan dalam perubatan, ada banyak pilihan selain arak.

3) Keadaan orang yang darurat itu wajib makan bangkai atau babi demi menyelamatkan nyawa,  tetapi orang sakit yang perlukan ubat, ia tidak wajib bahkan ada pandangan mengatakan bersabar itu lebih baik seperti warad dalam hadis jariah yang terkena rasukan:  Kata Nabi kepadanya:
إن شئت أن تصبري ولك الجنة وإن شئت دعوت االله أن يشفيك


Catatan tambahan:

Iblis yang terlaknat adalah makhluk pertama yang merintius jalan menggunakan Qias yang bertentangan dengan Nas. Ketika Allah SWT memerintahkannya sujud kepada Adam A.s, dia menolak dan memberi alasan. Firman Allah SWT menegnai alasan yang dikemukakan iblis itu :

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ

" Allah berfirman: Apa sebab kamu tidak mahu sujud ketika aku memerintahkan kamu sujud? Berkata Iblis: Aku lebi baik daripadanya (Adam), Aku Kau ciptakan daripada api sedangkan dia (Adam) Kau ciptakan daripada tanah".

Iblis menggunakan qias untuk menolak nas. Nas dalam kisah ini adalah perintah sujud. Qias Iblis adalah menyamakan dirinya dengan api dan Adam dengan tanah. Sebagaimana api lebih mulia daripada tanah, maka dia lebih mulia daripada Adam. Orang yang mulia masakan sujud kepada yang kurang?


Qias ini adalah rosak dan melanggar nas. Kata Syeikh Muhammad Al-Amin As-Syanqiti:

وأول من قاس قياساً فاسداً، وردَّ فيه نصوص الله وأوامره ونواهيه هو إبليس اللعين، فكل من ردَّ نصوص الشرع الواضحة بقياسات باطلة عناداً وتكبراً فإمامة إبليس؛ لأنه أول من ردَّ النصوص الصريحة بالمقاييس الكاذبة

" Iblis yang bterlaknat adalah yang pertama menggunakan qias yang rosak dan menolak nas dan perintah serta larangan Allah menggunakannya. Maka, setiap orang yang menolak ketetapan nas syarak yang jelas menggunakan qias-qias yang batil atas dasar derhaka dan takbur, maka imamnya adalah Iblis. Ini kerana Iblislah yang terawal menolak nas yang sareh dengan qias yang batil.


SENARAI QIAS YANG FASID:

  1. Qias yang dibuat oleh Iblis tatkala enggan sujud kepada Adam
  2. Qias kaum Yahudi menyamakan Riba dengan jual beli.
  3. Qias faedah bank ribawi dengan kata-kata yang disebutkan oleh sebahagian fuqaha: لا ربا بين الوالد وولده
  • * Tidak boleh samakan antara ayah dan anak dengan kerajaan dan rakyat. Harta anak adalah harta ayah berdasarkan hadis. Tapi , harta rakyat masakan harta kerajaan??














Monday, August 26, 2024

Sajak: Kau tanam padi dengan benihnya lalang

 Tabur padi angin

masakan tumbuh

Tabur garam atas luka

apakah bawa syifa

Tulislah apa bersemadi dalam kepala

ia tanda jiwa yang menderita


Kalau ilmu hanya dihujung jari

kenapa berani lecehkan ulama bistari?


Orang itu...

hanya memecahkan mentok-mentolnya yang bercahaya


Thursday, August 22, 2024

Jangan syok sendiri bahawa ahli syurga.

 Ada Sufi yang berkata: Kalau aku meludah ke dalam neraka, neraka akan terpadam apinya!

Ada Habib di In donesia bercerita, gemulah Habib Siyanu itu dulu pernah melawat syurga dabn bila balik ada kesan-kesan pasir syurga di kakinya.

Ada pula Syeikh Al-Habib itu, marahkan malaikat Munkar dan Nakir kerana siksa orang mati yang ditanam denkat kuburnya.

Banyaklah kalam yang ceroboh seolah-olah dia telah selamat dari ancaman neraka. Dia sudha pasti ke syurga. Kerana dia cucu Rasulullah SAW, syurga sudah dalam genggaman.

Hai....

Dengarlamh kata Abu Bakar As-Siddiq r.a:

 لو أن إحدى قدمي في الجنة والأخرى خارجها ما أمنت مكر الله

kalau sebelah kakiku sudah dalam syurga dan sebelah lagi di luarnya, aku belum merasa selamat dari makar Allah"


Ertinya kalau sudah demikan hampair pastinya masuk syurga hatta sebelah kaki sudah menapak ke dalamnya, cuma sebelah lagi belum lengkap masuk ke dalam syurga, Abu Bakar Assiddin belum berani yakin dia ahli syurga. Bila-bila masa boleh berlaku sebaliknya. Allah boleh menimpakan makarnya lalu berbalik keluar dan masuk neraka! Sehinggalah sudah masuk seluruhnya, barulah tidak akan keluar daripadanya sebagaimana janji Allah SWT dalam Quran.


Ini ....ada orang cakap macam yakin benar dia ahli syurga!

Wednesday, August 21, 2024

Kenapa Allah ciptakan Iblis sedangkan Dia tahu Iblis akan menderhakainya?

 Sebenarnya soalan di atas tidak perlu ditimbulkan. Allah SWT telah menegaskan dalam Al-Quran, Surah Al-Ambiyaa: ayat 23:

لا يُسْأَلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْأَلُونَ


Jika pertanyaan itu membawa kepada persepsi bahawa Allah SWT tahu tetapi buat juga lalu dibandungkan dengan perbuatan makhluk jika berbuat hal yang sama, ia dinamakan kebodohan., maka itu membawa kepada kekufuran!

Membandingkan perbuatan Khaliq dengan makhluk sehingga menimbulkan anggapan kecuaian khaliq atau kebodohannya, maka itu adalah kafir.

Demikian, jika ada orang mengatakan bahawa Allah SWT tidak tahu ketika menciptakan Iblis bahawa Iblis itu akan menderhakaiNYa, itu juga menjatuhkan orang itu dalam kekufuran . Ianya kerana menisbahkan kejahilan kepada Allah SWT.

Andai kata dikatakan bahawa Allah tidak menciptakan Iblis sama sekali, maka itu pun satu kekafiran kerana ia membawa maksud ada Tuhan lain yang menciptakan Iblis!

Kalau dikatakan Iblis mencipta dirinya sendiri, pun jadi kafir.

Maka, seorang hamba perlu meyakini hikmah dan keadilan Allah SWT dalam penciptaan Iblis. Pertanyaan-pertanyaan yang berbau kenapa?Kenapa? Bagaimana? Why? terhadap perbuatan Allah hendaklah dijauhi.

Bukan kelayakan seorang hamba memikirkan mengenai perbuatan Allah SWT. 

Fikirkan sahaja tentang perbuatan diri sendiri!


Baca: Shamela


Tuesday, August 20, 2024

3 Kegelapan

 Allah berfirman dalam Surah Az-Zumar, ayat 6:

يَخْلُقُكُمْ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ خَلْقًا مِنْ بَعْدِ خَلْقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلاثٍ



" Allah menciptakan kamu dalam perut ibu kamu dari satu kejadian kepada kejadian yang lain dalam 3 kegelapan".




Apakah yang dimaksudkan dengan 3 kegelapan dalam ayat di atas?

Imam Al-Qurtubi menyebutkan 3 kegelapan itu adalah:
1) Kegelapan perut ibu (  ظلمة البطن   )
2) Kegelapan rahim Ibu (  ظلمة الرحم   )
3) Kegelapan kelongsong janin.( ظلمة المشيمة   )

Demikian pandangan Ibn Abbas, Ikrimah, Mujahid , Qotadah dan Ad-dhohak. Pandangan ini dikatakan paling saheh menurut Al-Qurtubi.


Thursday, August 8, 2024

Izzuddin bin Abdussalam dan beberapa masalah dikatakan kepadanya-Kajian berjalan

Namanya adalah Abu Muhammad Abdul Aziz bin Abdussalam bin Al-Qasim binAl-Hasan bin Muhamamd Al-Muhazzab dan popular dengan nama Al-Izz bin Abdusssalam

Beliau lahir tahun 578H

Meninggal tahun 660H di Kaherah pada usia hampir 83 tahun.

Beliau Bermazhab Syafie dan bermanhaj Asy'ari.

Namun, menjelang usia tua, dia berfatwa tanpa mengikut mazhab. Dia memiliki ijtihad sendiri. Demikian yang disebutkan oleh As-Suyuthi

Baca : Dorar

Beliau hidup sezaman dengan Syeikh Abul Hasan Asy-Syazili (Meninggal tahun 656H) dan ada konetek dengannya dalam ilmu tasawwuf.

Baca: Islamonline

Orang selalu sebut nama Izzuddin bin Abdussalam. Dia contoh ulama yang tegas berdepan dengan penguasa. Namun, mari kita catatkan beberapa hal yang dia dikritik dan kita fikirkan kewajaran keritikan itu.

1) Dia adalah seorang yang bermanhaj Sufi dan Asy'ari.(Bagi saya tidak salah menjadi seorang Sufi asalkan dipandu sunnah dan juga tidak janggal jadi Asy'ari! Ramai tokoh ulama yang dikenali sebagai Asy'ari.)

2) Iktikadnya mengenai  Allah: Allah Maujud Tanpa Gerak, Tanpa Diam, Tidak Bersama Alam dan Tidak Bepisah dengan Alam, Tidak di Luar Alam dan Tidak Dalam Alam, Ini adalah corak akidah Asy'ari. Namun, apa yang menjadi pemahaman Asy'ari mutaqaddimun itu tidak sama dengan muta'akhiirin. Umpamanya, ketika Allah tidak mengambil tempat, ia tidak menafikan Allah di atas langit. Lihat perkataan Al-Baqilani dalam isu ini.


3) Masalah Quran Makhluk- Katanya :Allah berkata-kata dengan ata-kata yang azali dan Qadim tiada huruf dan tiada suara. Baca mengenai Golongan yang dinamakan LAFZIYYAH.


4) Terlibat dengan amalan-amalan tasawwuf seperti zikir menari, sima' dan tawajud. Imam Az-Zahabi dalam tarikhul Islam (Jil 14 MS 933) menyebut:

كان يحضر السماع ويرقص ويتواجد


Namun, beliau sendiri dari kalamnya mengatakan:

وَأَمَّا الرَّقْصُ وَالتَّصْفِيقُ فَخِفَّةٌ وَرُعُونَةٌ مُشْبِهَةٌ لِرُعُونَةِ الْإِنَاثِ لَا يَفْعَلُهَا إلَّا رَاعِنٌ أَوْ مُتَصَنِّعٌ كَذَّابٌ

( Rujuk : Qawaidul Ahkam Jil 2 ms 220)

5) Menggelarkan ulama-ulama yang menegakkan Sunnah mengikut jalan Imam Ahmad bin Hambal sebagai Hasyawiyyah. Untuk berfikiran adil, para pengikut selalu berlebihan berbanding yang diikut. Hanabilah dalam sejarah juga mempunyai masalah.


Dalam Kitab Usul Al-I'tiqad oleh Al-Lalaka-i (Jil 1 Ms 201) disebutkan perkataan Imam Abu Hatim dan Abu Zur'ah:

وَعَلَامَةُ أَهْلِ الْبِدَعِ الْوَقِيعَةُ فِي أَهْلِ الْأَثَرِ، وَعَلَامَةُ الزَّنَادِقَةِ تَسْمِيَتُهُمْ أَهْلَ السُّنَّةِ حَشْوِيَّةً يُرِيدُونَ إِبْطَالَ الْآثَارِ. وَعَلَامَةُ الْجَهْمِيَّةِ تَسْمِيَتُهُمْ أَهْلَ السُّنَّةِ مُشَبِّهَةً


6) Kisahnya bersama Al-Malik Al-Asyraf Musa Al-Ayyubi menjadi hal yang direnungkan.

( Ada pertembungan antaranya dengan Golongan Hanabilah)



Hasil Bacaan :Hakikat Izzuddin bin Abdussalam


Catatan: 

  1. Kritikan ke atas Al-Izz bin Abdissalam adalah cetusan para Salafi Musyammas.
  2. Ibn Taimiyyah sangat memuliakan Al-Izz bin Abdissalam dan ini boleh ditemui dlaam kitab-kitabnya.
  3. Dia meletakkan gelaran Syaikhul Islam, Imam, Haziq  dan sebagainya.
  4. Ibn Taimiyyah adalah murid kepada murid-murid Al-izz

Ulama adalah Ansor Furu'uddin dan para Asya'ari adalah Ansar Usuluddin!


Monday, August 5, 2024

Abu Nuwas

Abu Nuwas hidup antara tahun 145H hingga 198H

Manakala Imam As-Syafie hidup antara tahun 150H hingga 204H

Abu Nuwas itu nama sebenarnya adalah Abu Ali Al-Hasan bin Hani bin Abdul Awwal bin As-Sobah Al-Hukmi Al-Mizhaji.. Beliau dibilangkan sebagai penyair yang masyhur pada zaman Khalifah Abbasiyyah.

 Imam Syafie hidup sezaman dengan Abu Nuwas. 

Dicatatkan dalam Al-Bidayah Wan Nihayah oleh Ibn Kathir:

قال الربيع، وغيره، عن الشافعيّ، قال: دَخَلْنَا عَلَى أَبِي نُوَاسٍ فِي الْيَوْمِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ، وَهُوَ يَجُودُ بِنَفْسِهِ، فَقُلْنَا: مَا أَعْدَدْتَ لِهَذَا الْيَوْمِ؟ فَأَنْشَأَ يَقُولُ:

تَعَاظَمَنِي ذَنْبِي، فَلَمَّا قَرَنْتُهُ بِعَفْوِكَ رَبِّي، كَانَ عَفْوُكَ أَعْظَمَا
وما زِلْتَ ذَا عَفْوٍ عَنِ الذَّنْبِ لَمْ تَزَلْ تجود، وتعفو منّةً، وتكرما
ولولاك لم يقدر لإبليس عابدٌ وكيف وقد أغوى صفيك آدما

Friday, August 2, 2024

Sufi dan kesesatan

 Hendak mencari sufi yang ada hari ini berjalan di atas Sunnah, seperti mencari jarum yang jatuh di atas padang lalang yang luas. Rata-rata para Sufi yang ada di seluruh dunia, memperlihatkan kepincangan jalannya. Kita kehairanan, bagaimana mereka boleh mengambil jalan yang amat berbeza dengan apa yang kita dengar dari para Salafus Soleh. Kita tidak melihat nabi SAW di atas jalan yang sama dengan mereka.

Aku pernah dengar dalam Video. Sayyid Ramadhan Al-Buthi , seorang yang dilihat mesra Sufi pernah berkata:

" Tunjkkan kepadaku satu tokoh Sufi zaman ini yang menepati Sunnah, akan aku berguru dengannya dan menjadikan dia sebagai mursyid!" demikianlah lebih kurang masksud katanya yang dapat aku ingat.

Ertinya, mana ada ssufi yang benar hari ini. 

Anda tengok sendiri dan tanyalah iman anda. Apakah anda sanggup menurut sufi yang berzikir dengan tarian, bersama pukulan rebana, mencipta bid'ah-bid'ah zikir yang pelik dan tiada dalam hadis. Di tambah pula membuat cerita dongeng yang tidak masuk di akal waras. Menunggang semahu-mahunya konsep karamah dan wali Allah!

Asal mula Sufi

Saya tidak mahu mencatat lagi tentang asal muasal kalimah Sufi atau Tasawwuf. Sila rujuk kitab yang panjang memngenainya.

Cuma apa yang mahu dicatatkan ialah mula muncul ahli Sufi adalah berawal dari pendekatan sebahagian salaf yang beruzalah atau mengasingkan diri dari konflik politik yang berlaku. Sejak Uthman bin Affan di bunuh dan berlaku pergaduhan zaman sahabat, telah ada ada kalangan sahabat yang menjalani cara mengasingkan dari daripada konflik. 


Itulah percikan awal sikap uzlah. Ia kemduian berkembang dan berevolusi. Dari uzlah politik, tasawwur berubah menajdi uzlah dunia. Sementelahan wilayah Islam makin luas dan ummat ISlam makin kaya. Kalangan sufaha pula meneguk dunia semahu-mahunya. Maka, muncul kalangan ubbad (ahli ibadat ) yang menjauhkan diri dari semua itu. 

Sikap uzlah ini subur pada mulanya di bumi konflik seperti Kufah dan Basrah.

Lebioh-lebih lagi orang di sana sudah ada pengalama dengan agama lama yang pernah mereka saksikan. Agama Zoraaster dan lebih jauh lagi ke asia Kecial, ada sami-sami yang menjalani uzlah duniawinya.


Kerencaman Akidah Sufi

1) Wehdatul wujud

2) Khaliq sebagai Ainul Makhluk

3) Makhluk sebagai  Ainul Khaliq

4) Itiihadul Khlaiq Bil Makhluk

5) Para rasul tidak mencapai martabat ahli Tasawwuf

6) Nabi Muhammad adalah Qubbatul Kaun

7) Awal Kejadian adalah Nur Muhammad.

8 ) Yang angggap Nabi adalah manusia, berlebihan  dalam menkultuskannya

9) Melebihkan Wali atas Nabi.

10) Wali diberikan hak Tasarruful alam

11) Wali ada kasta-kastanya

12) Jadikan wali sebagai perantara dengan Allah

13) Wali mesyuarat di dewan para wali

14) Menjauhkan ummat dari Quran dan hadis

15) Suka mentakwil secara Batini

16) Merobek akidah al-baidha' al-mahjah

17) Mendakwa nabi Muhammad boleh ditemui secara yaqazoh

18) Hubungkait dengan akidah syiah.


Ghalibnya, tariqat dan sufi zaman ini adalah sesat 


Sila baca dan lihat bagaimana amalan sufi menguasai sebuah negara bernama Senegal...








Dua jenis penyakit hati

 Dua penyakit hati : 1) Penyakit Syahwat 2) Penyakit Syubhat Tentang penyakit syawahwat itu, Allah berfirman: فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ ف...