Al-Bada' ( ) adalah salah satu akidah teras dalam ajaran Syiah Imam 12. Maksud Al-bada' ialah zahior selepas tersembunyi. Ia difahami bahawa ada pandangan baru yang mana sebelumnya tiada. Apabila keadaan ini dikaitkan dengan ilmu Allah, ia memberi implikasi bahawa ilmu Allah SWT itu didahului dengan kejahilan. Dengan kata lain, dulunya Allah tidak tahu, kemudian setelah berlalu masa, baru Allah tahu.
Ini mustahil bagi Allah SWT.
Akidah Al-Bada' ini disebutkan oleh Al-Kulaini dalam Usulul Kafi. Maka ini menunjukkan bahawa akidah ini adalah antara pokok akidah yang dianuti oleh Syiah.
Syiah mendakwa bahawa berlaku Al-bada' atas Allah dalam soal perlantikan Imam-imam mereka. Allah baru tahu bahawa Imam selepas Abu Jaafar adalah Abu Muhammad. Demikian keimaman Musa Al-kazim adalah baru setelah sebelumnya Ismail adalah imam yang ditentukan.
Syiah ingat Allah macam manusia ada pendapat Qodim dan pendapat Jadid.
Namun, ilmuan Syiah cuba menjelaskan bahawa Al-bada' di sisi mereka bukanlah sebagaimana yang digambarkan. Ia tidak menisbahkan kejahilan buat Allah. Ia hanya seperti konsep nasakh yang banyak berlaku dalam syariat Allah SWT.
Al-Bada' itu adalah proses dalam Alam Takwin sebagaimana Nasakh itu berlaku di alam Tasyri'-katanya.
Mempertahankan akidah Al-bada', dikatakan bahawa ia adalah akidah yang mengangkat kebebasan Allah dalam iradatnya. Allah bebas melakukan apa sahaja sesuai dengan kehendaknya.
Jawapan Ahlu Sunnah:
1) Al-bada' tidak sama denagn nasakh. Nasakh itu telah pun dikhabarkan Allah SWT. ia sudah ada dalam ilmu Allah SWT. Cuma masa nasakh itu sahaja yang belum sampai.
Perhatikan Firman Allah SWT:
وما ننسخ من اية او ننسها ناتي بخير منها او مثلها
Tapi Al-Bada' itu, ia ....
Rujuk Hiwar antara Syiah dan Sunni di: Faisol Nur