Saturday, August 23, 2025
Ibn Umar dan Ittiba' Nabiy
Solat Subuh lewat
Di negara-negara yang penduduknya mengamalkan Mazhab Hanafi, mereka melewatkan solat Subuh sehingga akhir waktu. Tatkala cahaya telah merata dan hari sudah cerah
Jumhur ulama berpandangan bahawa Taghlis adalah lebih utama berbanding Isfar. Sedangkan dalam Mazhab Hanafi, Isfar adalah lebih utama.
Taghlis =Tabkir-awal waktu sebaik sahaja masuk Subuh iaitu apabila keluar fajar Sodi di ufuq timur
Isfar=Ta'khir-iaitu di saat keadaan telah cerah dan matahari hampir keluar.
Terdapat banyak hadis yang menyatakan bahawa Nabi solat di awal waktu dan solat Subuh saat awal waktu jadi amalan para sahabat di zaman rasulullah SAw.
Pun begitu ada pula hadis di mana nabi SAW menyuruh isfar sebagaimana hadis riwayar Rafi' bin Khudaij , Nabi SAW bersabda:
أسفروا بالفجر فإنه أعظم للأجر
1) Perintah Isfar oleh rasulullah SAW itu adalah dalam keadaan para sahabat keliru samada masuk waktu atau tidak. Ada situasi cuaca yang menghalang yakinnya terbit fajar. Ketika itulah Rasululah SAW menyuruh Isfar kerana solat sebelum masuk waktu Subuh adalah dilarang.
Friday, August 22, 2025
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN HADIS AHAD DI SISI MAZHAB HANAFI
1) Hadis itu bukan berkaitan dengan sesuatu yang orang ramai mesti mengetahuinya (bukan umum balwa).
Contoh yang dibawa adalah hadis riwayat Jabir mengenai batal wuduk disebabkan sentuh zakar (riwayat Malik, Ahmad, Tarmizi dan Nasai) dan batal wuduk kerana makan daging unta (Riwayat Muslim)
Hujjah: Bagaimana mungkin Nabi SAW tidak sampaikan kepada ramai orang sedangkan isu ini berkaitan orang ramai. Para sahabat bukan orang yang melazimi seluar dan mereka mudah menyentuh zakar. Sementelahan bagaimana seorang perempuan iaitu Busrah bit Safwan r.a yang meriwayatkannya sedangkan hadis berkaitan lelaki??
Mengenai hadis batal wuduk sebab makan daging unta pun musykil. Kalau hal sebegini seharusnya mutawatir. Ramai sahabat yang dengar. Ini kerana makan daging unta adalah relaiti hidup masyarakat zaman nabi. Masakan nabi khabarkan kepada seorang sahaja dan hadis ini datang melalui jalan seorangh sahaja??
Perkara ini dijawab oleh Jumhur bahawa hadis di atas adalah soheh dan wajib beramal dengannya walaupun datang dengan jalan riwayat Ahad. Sorang sahaja perawi atau dua, bukan boleh menjadi justifikasi bahawa yang lain tak dengar. Para sahabat lain tidak meriwayatkannya kerana sudah ada orang meriwayatkannya. Bukan juga boleh difahami bahawa sahabat lain tidak tahu dan tidak amalkan hadis ini.
2) Hadis itu hendaklah tidak bertentangan dengan kaedah yang telah tetap dalam syarak atau dengan kata lain tidak menyalahi usul atau menyalahi qias.
Contoh hadis Ahad dalam isu ini ialah hadis riwayat Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:
- لَا يُتَلَقَّى الرُّكْبَانُ لِبَيْعٍ، وَلَا يَبِعْ بَعْضُكُمْ علَى بَيْعِ بَعْضٍ، وَلَا تَنَاجَشُوا، وَلَا يَبِعْ حَاضِرٌ لِبَادٍ، وَلَا تُصَرُّوا الإبِلَ وَالْغَنَمَ، فَمَنِ ابْتَاعَهَا بَعْدَ ذلكَ فَهو بخَيْرِ النَّظَرَيْنِ بَعْدَ أَنْ يَحْلُبَهَا، فإنْ رَضِيَهَا أَمْسَكَهَا، وإنْ سَخِطَهَا رَدَّهَا وَصَاعًا مِن تَمْرٍ.
- Jangan bertemu penunggang untuk berjual-beli, jangan jual rendah antara satu sama lain, jangan terlibat dalam najash (eksploitasi harga), jangan menjual dari satu penduduk kepada penduduk kota yang lain, dan jangan jadikan unta dan biri-biri tidak layak untuk dijual. Sesiapa yang membelinya selepas itu mempunyai dua pilihan yang lebih baik selepas memerah susunya. Jika dia berpuas hati dengan mereka, dia menyimpannya, tetapi jika dia tidak berpuas hati dengannya, dia mengembalikannya dan memberi mereka satu sa' kurma.
Konsep urus niaga dalam kes beli kambing atau unta yang ditipu pemiliknya dengan cara menyimpan beberapa hari hingga kantong susunya sarat untuk disanka bahawa ia jenis kambing atau unta yang banyak susu. Stelah dibeli dan diperah susu, rupanya bukan jenis yang mengeluarkan susu. Pilihan yang ada adalah tersukan jual beli atau pulangkan semua kepada penjual. Jika pulangkan semula, maka diganti susu yang diperah itu dengan secupak kurma kepada pemiliknya sebagai imbalan susu yang susu yang sudah diperah.
Apa maslah. Masalahnya jadis ini menurut ulama Hanafiah bertentangan dengan kaedah pampasan hendaklah dengan seumpama (misil) atau harga (qimah). Apasal pula susu diganti dengan tamar?
Rujuk MS 117 kitab : shamela
RUKUN TAKLIF
RUKUN TAKLIF ADA EMPAT IAITU:
i) Mukallif iaitu Allah SWT
ii) Mukallaf iaitu seorang yang berakal lagi baligh.
iii) Mukallaf bihi iaitu apa yang diperintah buat atau dilarang.
iv) Lafaz perintah atau larangan
SYARAT-SYARAT TAKLIF
a) Syarat atas Mukallaf
1) Syarat Umum
i) Baligh
ii) Berakal
iii) Berkemampuan
iv) Ada hak memilih(ikhtiyari) dan bukan dipaksa.
v) Ada ilmu wujuknya taklif-khas bagi yang memang semua orang tahu. Bagi yang yang mendalam dan hanya sebilangan yang tahun, kejahilan mengenainya diuzurkan. (Baca: Shamela)
2) Syarat-syarat sampingan
i) Merdeka dan bukan hamba dalam kes Jihad dan Jumaat
ii) Lelaki dalam kes solat jumaat
iii) Bermuqim bagi taklif solat jumaat.
b ) Syarat-syarat Mukallaf bihi
i) Perentah dan larangan itu telah diketahui
ii) Apa yang diperintah atau dilarang itu belum ada. Kalau sudah ada , tiada guna! Contoh: Kalau seorang suda solat subuh, maka dia sudah ada benda yang ditaklifkan itu. Taklif hanya available jika dia belum solat Subuh. Ini dalam bab perintah. Namun, jika larangan , boleh. Larangan zina bagi seorang muslim, walaupun dia tiada zina.(Baca; Shamela)
iii) Mumkin berlaku-Kalau perkara itu wajib berlaku dan mustahil berlaku dari segi akal maka ia bukan termasuk dalam mukallaf bihi.
Contoh:
-Perintah buat dua benda yang bertentangan. Spt minumlah! Jangan Minum!
-JIka perkara itu mustahil dalam ilmu Allah-maka ia boleh menjadi mukallaf bihi kerana kita tidak tahu apa yang dalam ilmu Allah sejak azali. Hakikatnya pun ia bukan perkara mustahil.
Contoh: Taklig hendaklah matinya orang kafir dalam iman.
KELEBIHAN DUA AYAT TERAKHIR SURAH AL-BAQARAH
Sabda Nabi SAW :
i) Maksud cukuplah buat yang membacanya ialah sebagai ganti Qiamullail. Kalau pada malam itu dibacakan dua ayat itu sebelum tidur, lalu tidak bangun quamullail, maka bacaan itu menjadi galang ganti qiamullail si pembacanya.ii)Maksudnya cukuplah sebagai ganti bacaan Quran keseluruhan.iii) Maksudnya cukup marangkumi semua persoalan akidah kerana dua ayat ini menyebutkan dalamnya hal-hal yang mencakupi asas akidah.iv) Maksudnya cukuplah sebagai pelindung buatnya dalam malam hari itu dari segala macam keburukan dan kejahatanv) Maksudnya cukup sebagai pelindung daripada gangguan syaitan yang terlaknat.vi) Maksudnya cukup sebagai pelindung dari kejahatan jin dan manusia.vii) Maksudnya cukuplah dan memadailah dengan membaca dua ayat itu untuk meraih pahala pada malam itu dan tak perlu lagi yang lain nak buat pahala.
Monday, August 18, 2025
Antara bumi dan langit mana dahulu?
Antara bumi dan langit, mana yang Allah ciptakan dulu?
Terdapat perselisihan pendapat kalangan ulama dalam isu ini. Bukan sedikit kalangan ulama yang berpandangan bahawa bumi diciptakan dahulu daripada langit. Selepas langit diciptakan, barulah bumi diluaskan, dilapangkan dan diselenggara agar sesuai dijadikan tempat tinggal.Itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT dalam Surah An-Nazi'at, ayat 30:
Pandangan yang sama dikongsikan oleh Ibn 'Asyur dalam tafsirnya At-Tahrir Wa At-Tanwir:
Ibn Umar dan Ittiba' Nabiy
Siapakah sahabat nabi yang diriwayatkan sangat berusaha mengikuti Sunnah Nabi SAW? Dia melangkah mengikut jejeka nabi SAW. Dia bernaung di b...
-
Dikatakan tiada beza antara Istighasah dengan Tawasul. Demikian dirujuk dalam kitab Syifa'ussiqam fi ziarati khairil anam oleh Taqiyyu...
-
Kitab ini adalah karya seornag ulama bernama Muhammad Abdurrahman bin Abdurrahim Al-Mubarakfuri. Kitab ini adalah syarah kepada Sunan At-T...
-
Di kalangan orang yang diangkat dan dainggap wali besar ada yang Ummi, tidak tahu membaca dan menulis. Namun, riwayat-riwayat yang dinukilka...