Korban adalah satu ibadat. Ia hanya untuk Allah dan tidak boleh kepada yang lain. Sesiapa yang berkorban untuk selain Allah, maka dia syirik .
Terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya (Kitab Az-Zuhdi), oleh Abu Nuim dalam Hilyatul Auliya dengan sanadnya menerusi A'masy dan secara mauquf kepada Salman Al-Farisi.
Sanad Hadis sebagaimana dalam Musnad Imam Ahmad:
Kata Salman:
مرَّ رجلان على قومٍ لهم صنمٌ لا يجوزُه أحدٌ حتى يُقرِّبَ له شيئًا فقالوا لأحدِهما : قرِّبْ قال: ليس عندي شيءٌ أقَرِّبُه قالوا : قربْ ولو ذبابًا فقرب ذبابًا، فخلُّوا سبيلَه فدخل النارَ وقالوا للآخرِ: قرِّبْ قال: ما كنتُ لأقربَ لأحدٍ شيئًا دونَ اللهِ عزَّ وجلَّ فضربوا عنقَه فدخل الجنةَ
- Albani dalam silsilah Ad-Dha'ifah mensahehkan bahawa hadis ini adlaah mauquf kepada Salman Al-Farisi.
- Perawi yang bernama Tariq bin Syihab ada khilaf tentang suhbahnya dengan Nabi SAW. JIka dia sahabat dan dia tidak dengar daripada Nabi SAW, maka hadis ini Mursal Sahabi dan Mursahabi Sahabi diterima (sebagaimana kata Ibn Hajar Al-asqalani)
- Beliau tidak mendengar hadis ini daripada Rasulullah SAW
- Kalau dia memang sahabat, tak kisahlah dia dengar dariapda nabi atau tidak. Mursal sahabi diterima.
- Jika dia bukan sahabat, maka Mursal bukan sahabat adalah daif.
- Masalah hadis ini merupakan Mu'an'an daripada A'masy juga jadi masalah kerana A'masy adalah Mudallis.
- Salman mengambil cerita ini ketika dia masih beragama Nasrani daripada guru-gurunya. Maka ia adlaah cerita Istailiyyat
- Ketiadaan keuzuran buat yang dipaksa adalah syariat ummat terdahulu tetapi bagi syariat nabi Muhammad, orang yang terpaksa dimaafkan.
- Ketiadaan keuzuran untuk keadaan terpaksa boleh dilihat bagaimana perkataan Ashabul Kahfi tatkala mereka berkata sesama meraka:
Pengajaran penting: KESAN AMAL HATI