Disebutkan dalam Surah Al-Ma'arij, ayat 4:
Mengenai pemahaman ayat ini, ada 4 Qaul:
Satu hari, Khalifah Al-Mansur berkhutbah di Syam. Dalam khutbahnya itu, beliau telah berkata:
" Wahai manusia, kalian seharusnya bersyukur kepada Allah, sejak aku menjadi khalifah, kalian terselamat daripada wabak taun yang telah datang menyernag kamu sebelum ini!".
Lalu, seorang Badwi menyambut katanya dengan berkata:
" Kemuliaan Allah lah yang tidak menjadikanNya menimpakan dua bala serentak ke atas kami!".
Maksud kata-kata Badwi tersebut adalah bala diperintahkan oleh Khalifah yang berdarah dingin, menekan dan menindas mereka tidak akan ditambahkan dengan bala wabak taun. Kemuliaan Allah SWT menjadikannya tidak menghimpunkan dua azab itu serentak.
Sumber cerita: Kitab Nawadir Al-Khulafaa oleh Muhamamd Dayyab Al-Itlidi
Kisah ini diceritakan ramai orang. Ramai ustaz menceramahinya. Kisah yang berlaku di zaman Khalifah Umar. Seorang lelaki telah ditangkap kerana membunuh seorang lelaki tua. Dua anak lelaki tua itu kemudiannya menangkap lelaki si pembunuh dan menyeretnya kepada Khalifah serta menuntut dijalankan qisas ke atas si pembunuh. Setelah diminta penjelasan, lelaki itu mengaku bahawa dia telah membunuhnya kerana berlaku konflik antaranya dengan bapa mereka. Puncanya adalah kerana untanya telah masuk ke kawasan bapa mereka dan dia telah membunuhnya. Saking marahnya tindakan itu, dia bunuh bapa mereka.. Maka Khalifah pun jatuhkan hukuman Qisas.
Namun, si pembunuh minta tangguh 3 hari sebab nak balik ke kampungnya selesaikan urusan. Khalifah minta penjamin. Lalu Abu Zar Al-Ghifari menjaminnya.
Kisah ini juga divideokan
Kisah mengenainya direkodkan dalam sebuah Kitab bernama "I'lamunnas bima waqa'a lil baramikah ma'a Bani Abbas" yang ditulis oleh Muhamamd Dayyab Al-Itlidi, seorang Qussos( tukang cerita) yang meninggal pada awal kurun ke-12 H. Kitabnya itu disempurnakan penulisannya pada tahun 1100H=1689M. Para pengkaji meragui kebenaran banyak daripada kisah-kisah yang direkodkan dalam kitabnya. Kitab ini bukanlah sebuah kitab yang boleh dipegang secara muktamad apa yang direkodkannya.
Boleh baca dalam kita ini menegnai kisah: Umar , pemuda yang membunuh dan Abu Zar
Dalam kitab ini dicerotakan pelbagai cerita sejak zaman Umar Al-Khattab sebagai khalifah hinggalah zaman Khalifah Abbasiyyah dan ditamatkan dengan cerita terakhir mengenai keadilan Ahmad bin Tolun dari kerajaan Tuluniyyah.(Kisah Ahmad bin Tulun Menghukum Amir Al-Fil)
Sila Baca Kisah: Janji yang dipenuhi
Larangan-larangan Allah yang jelas dalam Quran dan hadis nabi SAW diistilahkan sebagai haram. Kalangan fuqaha, ada yang menamakannya dengan makruh Tahrim. Maka, tiada beza antara haram dengan makruh tahrim. ia adalah nafsu syai'.
Istilah makruh digunakan untuk perkara-perkara yang haram seperti firman Allah dalam Al-Quran, Surah Al-Israk, ayat 38:
كُلُّ ذَٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُۥ عِندَ رَبِّكَ مَكۡرُوهٗا
a) Makruh Tahrim iaitu apa yang diperintah syarak meninggalkannya secara jazam berdasarkan dalil yang zonni. Misalnya : memakai pakaian sutera, jual atas jualan dan meminang atas pinangan orang.
Mazhab Hanifi menghukumkan makruh tahrim itu dengan kata: Ia lebih dekat kepada haram.
b) Makruh Tanzih iaitu apa yang diperintahkan Syarak meninggalkannya tidak secara jazam berdasarkan dalil yang zonni seperti makan daging kuda. Tiada beza aspek ini dengan apa yang diistilahkan oleh JUMHUR sebagai makruh.
Mazhab Hanifi menghukumkan makruh tanzih itu dengan kata: Ia lebih dekat kepada halal.
Manusia diberikan Allah akal fikiran. Dengan akal itu manusia menajdi mulia berbanding haiwan. Dengan akal itu, manusia boleh membezakan baik dan buruk , benar dan batil.
Namun, bila akal itu diuruskan oleh manusia, mereka menjadikan akal itu terpecah kepada dua jenis. Dua jenis akal itu ialah:
1) Akal yang mandom dan dikuasai khurafat pemikiran.
2) Akal yang berfungsi dan sentiasa berfikir, berhujjah dan mencari dalil
Akal yang sihat akan berfungsi mengikut kekuatan pendengaran telinga, penglihatan mata dan an alisisi oleh hati.
Namun akal yang tidak sihat hanya akan berpandukan sangkaan, ikut membuta tuli dan kepercayaan yang tidak berasas dan dibayangi khurafat.
Perhatikanlah bagaimana Allah menitipkan pesan dalam Al-Quran buat pengurusan akal yang selamat:
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
(Surah Al-Israk:36)
Kata-kata ini berbunyi:
Kaedah ini berkaitan dengan dua perkataan yang berbeza tetapi mempunyai makna yang sama dalam keadaan di mana dua berada dalam ayat yang berasingan. Namun, bila perkataan itu berada bersama dalam satu ayat, maka maknanya adalah berbeza.
Dalam bahasa Arab disebutkan:
إذا اجتمعا افترقا وإذا افترقا اجتمعا
Qodariah itu banyak jenisnya. 1) Ada Qodariah yang mengakui Ilmu Allah dan Penulisan Takdir tetapi menolak Masyi-ah (kehedak Allah) dan Al-...