Monday, October 20, 2025

Bicara tentang kebobrokan Syiah Imamiyah / Ja'fariyyah

 Syiah Imamiyyah telah menjadi bakul sampah pemikiran sesat puak-puak yang menyimpang. Hanya kerana puak-puak yang menyimpang itu menjadikan dogma cinta ahli bait sebagai laungan mereka, maka para ulama Syiah Imamiyyah menggao ia adalah dari "puak kita". Akhirnya, hari ini apa yang menjadi ciri khusus syiah-syiah yang dulunya disesatkan oleh tokoh Imamiyyah , diterima dan dianggap sebagai turas Syiah imamiyyah. Mereka sudah terima Ismailiyyah, Fatimiyyah, Hisyamiyyah, Druzm Agha Khaniyyah yang dibilang sebagai syiah melampau. Bahkan Nusairiyyah pun mereka terima.

Inilah kesalahan para Ayatullah Imamiyyah yang mencemarkan aliran mereka yang sememangnya telah tercemar.


Orang seperti Al-Waqifi damn Al-Fathi yang bergentangan dalam Mazhab yang sesat di kalangan Syiah pelampau, telah dianggap tsiqat dala periwayatan!


Al-Waqifi adalah puak syiah yang behenti (dalam menganggap sebagai Imam) pada Musa Al-Kazim dan mereka tidak menerima keimaman anaknya Ali bin MUsa Al-Ridha.Bagi mereka Musa Al-Kazim tetap hidup dan dia akan datang (muncul ) semula sebagai Al-Qaim (Mahdi Al-Muntazor). Dia hanya ghaib sebagaimana Ghaibnya Nabi Musa dan akan datang semulah. Punca muncul kumpulan ini adalah dorongan duniawi iaitu para wakil Musa Al-Kazmim yang selesa memakan Al-Khumus dan mempunyai kedudukan Syariyyah tidak mahu melepaskan hak tersebut dan kerana itu mereka menolak keimaman Ali bin Musa. Contoh para wakil itu adalah seperti Ali bin Abi Hamzah Al-Bato-ini dan Ziad bin Marwan Al-Qonadi serta Osman bin Isa Ar-Rawasi.

Maka dalam Syiah, Golongan Al-Waqifiyyah adalah mereka yang berhenti pada satu-satu imam dan tidka menerim a yang berikutnya. Mereka adala pelbagai macam. Ada yang berhenti pada Jaafar As-Sodiq ( Abu Abdillah) . Ada yang berhenti pada Musa Al-Kazim dan ada yang berhenti pada Hasan Askari. Berhenti dalam erti kata menganggap Imam terakhir adalah yokoh tertentu dan dialah yang kelak akan muncul sebagai Al-Qaim.

Di sisi Syiah, istilah Waqaf itu ada dua makna iaitu makna Am dan makna Khas.

 Waqfiyyah dalam ertikata am ialah sikap berhenti pada mana-mana imam

Waqfiyyah dalam erti kata khas adalah sikap berhenti pada Musa Al-Kazim.

Fikrah Waqaf ini disamdarkan kepada Umar Al-Khattab yang mana saat nabi Muhammad meninggal menegaskan bahawa Nabi tidak mati dan baginda hanya pergi bertemu Tuhannya sebagai Musa pergi bermunajat di Tursina dan akan kembali. Kononnya, Umarlah yang dituding sebagai pengasas fikrah Waqfiyyah.

Arus perdana dalam Syiah Imamiyyah menamakan puak Waqifiyyah sebagai Anjing-Anjing Kehujanan ( Al-Kilab Al-Mamturah)

Syiah Imamiyyah/Ja'fariyyah arus perdana yang percaya Imam 12 itu digelar sebagai Syiah Al-Qaty'iyyah. Penjenamaan ini adalah counter kepada Syiah Waqfiyyah yang memberhentikan keimaman pada Musa Al-Kazim.



Friday, October 10, 2025

Cerita nabi terkena sihir

Cerita Nabi SAW disihir datamng melalui riwayat yang saheh, muttafaq alaih. Saidatina Aisyah r.a menceritakan bahawa Nabi SAW telah disihir oleh seorang lelaki dari Bani Zauraiq bernama Lubaid bin Al-A'som. Dia menggunakan sikat yang ada rambut Nabi SAW diikat kepada pelepah tamar jantan yang kering dan dimasukkan ke dalam satu telaga yang dinamakan Zarwan. Kesan daripada sihir itu, Nabi SAW merasakan seolah-olah dia melakukan sesuatu dengan isterinya sedangkan dia tidak melakukannya. Hinggalah Allah datangkan dua malaikat kepada Nabi SAW memberikan isyarat tempat barang sihir itu disembunyikan. Nabi SAW menceritakan kepada Aisyah bahawa ketika dan beberapa sahabat pergi ke telaga itu, airnya  berwarna seperti inai dan barang sihir di dalamnya seperti kepala syaitan (isyarat buruknya). Dalam riwayat Aisyah, beliau bertanya nabi SAW apakah barang sihir itu keluarkannya. Nabi mengatakan bahawa tidak, bahkan telaga itu ditimbus.

Namun dalam riwayat An-Nasai dikatakan bahawa barangannnya dikeluarkan dan didapati ada sebelas simpulan. Malaikat Jibail membacakan Mu'awwizatain dan terungkailah semua simpulannya.

Rujuk: Durar


Hadis tentang Nabi SAW ini dibangkangi oleh golongan Muktazilah An-Nazzom, Al-Jassas dan Abu Bakar  Al-Asom. Al-Jassas mendakwa ia adalah rekayasa para Mulhid.Abu Bakar Al-Asom kata hadis ini matruk.

Pandangan yang menolak hadis mengenai Nabi terkena sihir ini kemudiannya diambil oleh beberapa tokoh terkemudian atas alasan ia menyalahi akal.

Hujah-hujah mereka antara lain ialah:

1) Hadis tersebut adalah Hadis Ahad dan ia tidak boleh dijadikan sandaran dalam perkara Akidah. Kerana ia menyentuh soal kemaksuman Nabi SAW , maka ia adalah soal akidah.

2) Hadis ini kalau diterima dan Nabi SAW dikatakan terkena sihir, maka ia menyalahi apa yang difahamkan daripada ayat Quran yang menyebutkan tuduhan orang kafir bahawa Nabi SAW itu adalah lelaki yang tersihir ( Rajulan mashura).



وقال الظالمون إن تتبعون إلا رجلا مسحورا * انظر كيف ضربوا لك الأمثال فضلوا فلا يستطيعون سبيلا

( Al-Furqan: 8-9)


نحن أعلم بما يستمعون به إذ يستمعون إليك وإذ هم نجوى إذ يقول الظالمون إن تتبعون إلا رجلا مسحورا * انظر كيف ضربوا لك الأمثال فضلوا فلا يستطيعون سبيلا

( Al-Isra': 47-48)


3) Kalaulah Nabi SAW itu boleh dikhayalkan dengan sihir seolah-olah melakukan sesuatu sedangkan dia tidak melakukannya, maka haruslah pula baginda khayal menerima sesuatu daripada wahyu sedanhgkan dia tidak menerimanya.Dia menyampaikan sesuatu sedangkan dia tidak pun menyampaikannya. Ini mustahil dan ini boleh mencacatkan risalah!


Bagaimana menjawab syubhat tentang hadis ini?

1) Kehujjahan Hadis Ahad dalam perkara akidah, hukum hakam dan sebagainya tidak boleh disangkal. Banyak perkara datang dengan jalan Ahad, Kalau ditolak, banyak perkara kena robek.\

2) Dakwaan nabi terkena sihir oleh kaum Musyrikin itu bermaksud sepanjang masa sehingga apa yang dikatakan wahyu oleh Nabi SAW sebenarnya adalah khayalan baginda lantaran kena sihir. Tapi dalam hadis, Nabi disebutkan kena sihir ujntuk satu tempoh singkat sahaja dan tidak menjejaskan wahyu pun. 

3) Sihir itu tidak mencacatkan ismah! ia hanya menggangu sifat manusiawi Nabi SAW dan tidak sekali-kali mengganngu sifat Nabawi (Dimensi Risalah) Nabi SAW. Banyak Nabi yang mendapat ujian fizikal tetapi ismah risalah mereka tetap terpelihara.


Baca: Islamweb



Thursday, October 9, 2025

Cerita bohong dalam tariqat Ahmadiyah

Para pelampau dari kalangan pengikut syaikh tarikat membuat cerita rekaan yang pelbagai. Mereka lakukan itu adalah untuk mendoktrin para pengikut dan khalayak agar mengangkat kedudukan syeikh set

Tarikat Ahmadiyyah penuh dengan cerita bohong tentang kekeramatan Syaikh Ahmad Al-badawi. Salah satunya adalah cerita mengenai kemampuan mencabut ilmu dan iman seseorang. Kononnya satu ketika telah datang ke Mesir seorang yang bernama Ibn Al-Liban lalu dia melihat seroang pengikut ajaran Al-badawi mengucapkan sesuatu di jalanan . Orang itu mengucapkan solawat dan salam kepada Syeikh Al-Badawi yang sudah mati.  Diucapkannya pula dengan suara yang kuat di jalanan selepas solat insya. Dua hal itu dilihat sebagai mungkar oleh Ibn Al-Liban dan dia menyampaikan hasratnya kepada Qadhi Al-Qudhat yang menemaninya untuk mengajar dan membertulkkan kesalahan orang itu.

Apa jadi? Dala cerita ini, kononnya selepas itu Ibn Al-Liban telah tidur dan bermimpi dia dicabutkan ilmu dan Quran dari hatinya.

Abdullah bin Muhamamd As-Sidiq Al-Ghumari dalam kitabnya " Al-Mausu'ah" menyebutkan bahawa jika anda mendengar cerita bahawa ada Nabi, Wali atau Malaikat yang boleh mencabut iman seseorang atau mengembalikannya, ketahuilah bahawa cerita sedemikian adalah dusta sedustanya. Kudrat itu hanya ada pada Allah sebagai pencipta! (Jil 3, Ms61)

Laknat Allah atas pembuat cerita dusta itu, kata Abdullah Al-Ghimari! Ya, pereka cerita memang patut dilaknat.


Thursday, October 2, 2025

Sifat izzah Allah SWT

 Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun: 8

وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ


" Bagi Allah dan rasulnya serta ornag beriman segaka keagungan"




Sifat Izzah itu boleh dibahagikan kepada 3 iaitu:

1) Izzatul Qadar

2) Izzatul Qahri

3 Izzatul Imtina'

Izzah Allah dengan Izzah rasul serta orang beriman tidak sama. Izzah Alalh tidak disertai kekurangan sedangkan Izzah rasul dan orang beriman kekadang diselit kekurangan. Umpanya Nabi serta orang Islam tewas dalam Perang Uhud dan perang Hunain. Itu mencacatkan Izzah.

Maka Izzah Allah dan Izzah makhluk tidak sama walau namanya sama. 

Ada kaedah:

ولم يلزم من اتفاق الاسمين تماثل مسماهما

" Tidak semestinya sama dua nama, sama ju adua penama"














Bicara tentang kebobrokan Syiah Imamiyah / Ja'fariyyah

 Syiah Imamiyyah telah menjadi bakul sampah pemikiran sesat puak-puak yang menyimpang. Hanya kerana puak-puak yang menyimpang itu menjadikan...