Monday, January 19, 2026

Ceramah Israk Mikraj: Ringkasan afkar

Latar belakang:

1) Bila berlakunya Peristiwa Israk dan Mikraj?

-Ulama berbeza pandangan:

* Imam Nawawi kata berlaku setahun sebelum peristiwa Hijrah. Pandangan ini didakwa oleh Ibn Hazmin sebagai ijmak.

* Al-Qadhi Iyadh kata berlaku 5 tahun sebelum Hijrah

* Bulan apa?

-Imam Nawawi kata bulan Rabiul Awal iaitu pada malam 27 hb.

-Ada kata pada bulan Rejab, Ramadhan dan Syawal.


Peristiwa Sebelum Israk Mikraj:

1) Wafatnya Siti Khadijah-riwayat berbeza bila wafatnya Khadijah-3 tahun/5 tahun.

2) Wafatnya Abu Talib

3) Dakwah ke Taif (Syawal tahun 10 kenabian)

Baginda pergi ke Taif dengan harapan dapat sokongan atas dakwahnya. Namun, yang didapatnya adalah sebaliknya. Penduduk Taif menghinanya dan mengupah kanak-kanak melempari baginda dengan batu Zaid bin Harithah menjadikan badanya sebagai benteng mempertahankan Nabi SAW. Baginda menarah harapan kepada manusia, padahal Allahlah sebaik-baik tempat menaruh harapan. Maka baginda pun kembali kepada Allah melalui doanya:


اللَّهُمَّ إليْكَ أشْكُو ضَعْفَ قُوَّتِي، وقِلَّةَ حِيلَتِي، وهَوَانِي عَلَى النَّاسِ، أنتَ أرْحَمُ الرَّاحِمِينَ، أنتَ رَبُّ المسْتَضْعَفِينَ وأنْتَ رَبِّي، إلَى مَنْ تَكِلُنِي؟، إلَى بَعِيدٍ يَتَجَهَّمُنِي، أمْ إلَى عَدُوٍّ مَلَّكْتَهُ أمْرِي، إن لمْ يَكُنْ بِكَ غَضَبٌ عَليَّ فَلا أُبَالي، غَيْرَ أنَّ عَافِيَتَكَ هِيَ أوْسَعُ لي، أعُوذُ بِنُورِ وَجْهِكَ الذِي أشْرَقَتْ لَهُ الظُّلُمَاتُ، وَصَلُحَ عَلَيْهِ أمْرُ الدُّنيَا والآخِرَةِ، أن يحِلَّ عَليَّ غَضَبُكَ، أو أَن ينْزِلَ بِي سَخَطُكَ، لَكَ العُتْبَى حَتَّى تَرْضَى، وَلا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إلا بِكَ

Pemuka Taif: Abdul Yalil, Mas'ud dan Hubaib (2 anak Amru bin Umair As-Tsaqafi)

Disebutkan dalam hadis Bukhari:

 أخرج الإمام البخاري عن عائشة رضي الله عنها أنها سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم: هل أتى عليك يوم كان أشد من يوم أحد ؟ قال: لقد لقيت من قومك ما لقيت! وكان أشد ما لقيت منهم يوم العقبة، إذ عرضت نفسي على ابن عبد ياليل بن عبد كلال فلم يجبني إلى ما أردت، فانطلقت وأنا مهموم على وجهي، فلم أستفق إلا وأنا بقرن الثعالب، فرفعت رأسي، فإذا أنا بسحابة قد أظلتني، فنظرت فإذا فيها جبريل، فناداني، فقال: إن الله قد سمع قول قومك لك وما ردوا عليك، وقد بعث الله إليك ملك الجبال لتأمره بما شئت، فناداني ملك الجبال فسلَّم عليَّ، ثم قال: يا محمد، فقال: ذلك فيما شئت إن شئت أن أطبق عليهم الأخشبين، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: بل أرجو أن يخرج الله من أصلابهم من يعبد الله ولا يشرك به شيئًا.


Nabi berlindung di kebun kurma Utbah dan Syaibah (2 orang anak Rabi'ah)-mereka kasihan kepada Nabi dan perintahkan pekerja kebun mereka bernama 'Adas untuk berikan nabi buah kurma.

4) Islamnya kelompok jin

-Dalam perjalan balik dari Taif, di wadi Nahlah nabi solat malam. Lalu ada 7 jin datang mendengar bacaan Quran nabi dalam solat. Bila selesai solat Nabi, mereka masuk Islam. Ini yang disebutkan dalam ayat 29-32 Surah Al-Ahqaf:


وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَى قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ *

 قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا أُنْزِلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى طَرِيقٍ مُسْتَقِيمٍ *

 يَا قَوْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ وَآمِنُوا بِهِ يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُجِرْكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ *

 وَمَنْ لا يُجِبْ دَاعِيَ اللَّهِ فَلَيْسَ بِمُعْجِزٍ فِي الْأَرْضِ وَلَيْسَ لَهُ مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءُ أُولَئِكَ فِي ضَلالٍ مُبِينٍ

5) Nabi dibantu oleh Mut'im bin 'Adi untuk masuk semula ke Makkah. 

Jasa Mut'im dikenang oleh nabi walaupun dia kafir sehingga dalam peristiwa tawanan perang Badar nabi bersabda:


كانَ المُطْعِمُ بنُ عَدِيٍّ حَيًّا، ثُمَّ كَلَّمَنِي في هَؤُلَاءِ النَّتْنَى؛ لَتَرَكْتُهُمْ له

(Hadis Riwayat Bukhari)

Point-point:


1) Nabi dibelah dada untuk dibersihkan hatinya dan dituangkan ilmu dan hikmah

2) Nabi Di bawa berjalan menaiki borak dari Makkah ke Palestin

3) Nabi di bawa naik ke langit yang tinggi hingga ke sidratul Muntaha

4) Bertemu dengan para Nabi-nabi di setiap langit

Langit 1 : Nabi Adam

Langit 2 : Isa & Yahya

Langit 3: Yusuf

Langit 4 : Idris

Langit 5 : Harun

Langit 6 : Musa

Langit 7: Ibrahim

Akronim:  أعياهما

Catatan: Cara ucapan para nabi kepada nabi SAW:

 مرحباً بالأخ الصالح والنبيّ الصالح

Hanya nabi Adam dan Ibrahim yang ucapannya lain sikit iaitu:
مرحبا بالنبي الصالحِ والابنِ الصالحِ 
Istifadah: Nabi Idris bukan  nabi sebelum nabi Nuh bahkan selepasnya menerima sebahagian muhaqqun.


5) Nabi melihat rupa asali malaikat Jibrail

6) Nabi menerima kefardhuan solat 5 waktu

7) Peristiwa pengurangan solat dan hiwar antara nabi Muhammad SAW dan Musa.

8) Pesan nabi Ibrahim kepada nabi Muhammad SAW:


 يا محمد ، أقرئ أمتك مني السلام ، وأخبرهم أن الجنة طيبة التربة ، عذبة الماء ، وأنها قيعان ، وأن غراسها : سبحان الله ، والحمد لله ، ولا إله إلا الله ، والله أكبر 

 رواه الترمذي .


9) Nabi SAW jumpa malaikat di langit. Bila lalu, para malaikat berpesan kepadanya:


يا محمد ، مر أمتك بالحجامة

( Hadis Hasan Gharib-riwayat Riwayat Tarmizi-disahihkan Albani)


10) Nabi dibawa melawat neraka Jahannam-antara yang dilihat adalah satu kaum yang kukunya daripada tembaga, mereka menggaru muka mereka dan dada mereka dengan kuku itu. Nabi SAW tanya Jibrail  siapa mereka? Jibrail jawab:

هؤلاء الذين يأكلون لحوم الناس ، ويقعون في أعراضهم 

Itulah mengumpat! Mengumpat dosa besar. Kecuali... seperti dalam syair:

الذم ليس بغيبة في ستة … متظلم ومُعرِّف ومحذر ولمظهر فسقا ومستفت ومَن … طلب الإعانة في إزالة منكر.

Terlebih besar dosanya kalau makan daging ulama...

لحوم العلماء مسمومة

(Disebut oleh Ibn Asakir dalam Kitab Tabyin Kazibil Muftara)

11)ورأى أيضاً أقواماً تقطّع ألسنتهم وشفاههم بمقاريض من نار ، فقال له جبريل عليه السلام : " هؤلاء خطباء أمتك من أهل الدنيا ، كانوا يأمرون الناس بالبر وينسون أنفسهم وهم يتلون الكتاب ، أفلا يعقلون ؟ " .


12)  nABI MELIHAT POKOK zAKUM

13) nABI MELIHAT 








Wednesday, January 7, 2026

AKIDAH AL-BADA' DI SISI SYIAH

 Al-Bada' (   ) adalah salah satu akidah teras dalam ajaran Syiah Imam 12. Maksud Al-bada' ialah zahior selepas tersembunyi. Ia difahami bahawa ada pandangan baru yang mana sebelumnya tiada. Apabila keadaan ini dikaitkan dengan ilmu Allah, ia memberi implikasi bahawa ilmu Allah SWT itu didahului dengan kejahilan. Dengan kata lain, dulunya Allah tidak tahu, kemudian setelah berlalu masa, baru Allah tahu. 

Ini mustahil bagi Allah SWT.

Akidah Al-Bada' ini disebutkan oleh Al-Kulaini dalam Usulul Kafi. Maka ini menunjukkan bahawa akidah ini adalah antara pokok akidah yang dianuti oleh Syiah.

Syiah mendakwa bahawa berlaku Al-bada' atas Allah dalam soal perlantikan Imam-imam mereka. Allah baru tahu bahawa Imam selepas Abu Jaafar adalah Abu Muhammad. Demikian keimaman Musa Al-kazim adalah baru setelah sebelumnya Ismail adalah imam yang ditentukan. 

Syiah ingat Allah macam manusia ada pendapat Qodim dan pendapat Jadid. 

Namun, ilmuan Syiah cuba menjelaskan bahawa Al-bada' di sisi mereka bukanlah sebagaimana yang digambarkan. Ia tidak menisbahkan kejahilan buat Allah. Ia hanya seperti konsep nasakh yang banyak berlaku dalam syariat Allah SWT.

Al-Bada' itu adalah proses dalam Alam Takwin sebagaimana Nasakh itu berlaku di alam Tasyri'-katanya.


Mempertahankan akidah Al-bada', dikatakan bahawa ia adalah akidah yang mengangkat kebebasan Allah dalam iradatnya. Allah bebas melakukan apa sahaja sesuai dengan kehendaknya.


Jawapan Ahlu Sunnah:

1) Al-bada' tidak sama denagn nasakh. Nasakh itu telah pun dikhabarkan Allah SWT. ia sudah ada dalam ilmu Allah SWT. Cuma masa nasakh itu sahaja yang belum sampai. 

Perhatikan Firman Allah SWT:

وما ننسخ من اية او ننسها ناتي بخير منها او مثلها 

Tapi Al-Bada' itu, ia ....


Rujuk Hiwar antara Syiah dan Sunni di: Faisol Nur

Tuesday, January 6, 2026

AKIDAH ALLAH DI LANGIT

Isu Allah di langit menjadi polemik yang tidak berkesudahan antara puak Asya'irah dan Salafiyyah. Asyta'irah menhatakan Allah tidak dilangit kerana jika di langit ia difahami bahawa Alalh bertempat. Manakala Salafiyyan pula mengatakan Alalh di langit kerana dalil-dali Quran dan hadis menyebutkan demikian dan ia tidak boleh difahami bahawa Allah meyerupai makhluk yang mengambil tempat.

Dari pergeseran ini  timbul dakwaan masing-masing menuduh pihak yang berlawanan. Asya'irah kata sesiapa yang mengatakan Allah di langit dia telah terjerumuis ke dalam perangkap tajism. Manakala Salafiyyah pula kata Asya'irah telah terlajak makan bual akal sehingga mengabaikan nas-nas sebagai dalil. As'yairah telah menganut fahaman muktazilah!

Aku tidak berminat untuk terlibat dalam sengketa aliran. Aku cukup dengan faham apa yang aku faham tentang Allah berdasarkan nas-nas Al-Quran dan hadis. Orang akan kata , kalau demikian aku menganut faham salafiyyah. Aku tidak peduli faham puak mana. Aku tidak mempuakkan diriku. 

Aku baca, dengar dan menimbangkan dengan akal waras. Aku tidak ta'assub dengan aliran Asya'irah maupun Salafiyyah.

Satu ayat yang menarik difahamkan dengan dua cara berbeza oleh kedua-dua aliran ini ialah ayat 38 Surah Ghafir:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَىٰ إِلَٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا

Dan Firaun berkata: "Hai pembesar-pembesar, aku tidak mengetahui bahawa kamu mempunyai tuhan selain daripadaku. Maka nyalakan untukku, hai Haman, api di atas tanah itu dan buatkanlah untukku sebuah menara, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku menyangka dia seorang pendusta."

  1. Asya'irah kata akidah bahawa di langit adalah Akidah Fairaun bukan akidah Musa.
  2. Salafiyyah kata Firaun perintahkan Hamman menterinya itu membina menara mencakar langit untuk membuktikan dakwaan Musa bahawa Tuhannya di langit itu adalah dusta. Maka akidah bahawa Allah di langit adalah akidah Musa. Kerana itu ada kata-kata Firaun yang berbunyi:
وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كَاذِبًا
" Sesunguhnya aku menduga bahawa Musa itu berbohong" 

Bohong tentang apa? Firaun kata dia melihat pembohongan Musa. Dalam perkara apa? Bohong pasal apa? Itu soalannya. Kita cuba semak apa yang Bapa Penafsir , Imam At-Tobari katakan dalam tafsirnya mengenai ayat perkataan Firaun itu.

Imam Tobari menukilkan seperti berikut:

وقوله: ( وَإِنِّي لأظُنُّهُ كَاذِبًا ) يقول: وإني لأظنّ موسى كاذبا فيما يقول ويدّعي من أن له في السماء ربا أرسله إلينا.

Maka, jika dilihat pada tafsiran ayat ini, jelas bahawa yang mendakwa Allah di langit itu bukan Firaun, tetapi nabi Musa.

Selain apa yang ditafsirkan oleh Imam At-Tobari, ramai lagi tokoh mufassir menafsir sedemikian seperti:
  1. Yahya bin Salam
  2. Al-Muhasibi
  3. As-Samarqadi dalam Bahrul Ulum
  4. Ibn Khuzaimah
  5. Uthman Ad-Darimi
  6. Imam Az-Zahabi
Boleh semak dalam karya-karya mereka berkaitan dengan maksud ayat perkataan Firaun: "Sesungguhnya aku mengira Musa itu pendusta!"

Sebenarnya, kata Allah di langit tidaklah menjadikan seseorang itu Mujassimah sebagaimana dakwaan golongan Asya'irah. Ini kerana kita nak faham kaifiyyat langit pun tak mampu. Apatah lagi nak faham kaifiyat Allah di atas langit. Yang datang dalam zihin puak Asya'irah, jika kata Allah atas langit, Allah sudah ada tempat. Maka dilihat mereka langit macam siling rumah merreka. Macam atas kapal angkasa atau satelit. Itu tahap akal manusia yang tidak boleh berfikir luar daripada realiti dalam dunia benda ini.

Ada sesiapa pernah naik tengok langit itu macam mana? Ada yang balik cerita langit itu begini begitu. Cerita bahawa dia duduk atas langit. Langit tempatnya sekian-sekian. Ada sesiapa yang pernah? Tak pernah bukan?

Maka, kalau ada ayat Quran kata Allah atas langit, Allah atas arasy dan Allah turun ke langit dunia di sepertiga malam, terima ajalah. Kita pun gagal nak faham hakikat langit. Macam mana la nak faham hakikat Allah atas langit dan atas arasy serta turun ke langit dunia.

Beriman dengan nas lebih aula daripada bermain dengan akal manusiawi yang lemah dan naif!

 ok...titik.


Monday, December 29, 2025

Said Hawa menyikapi Mazahir Khawariq Tariqat Rifa'i

Masyhur bahawa di kalangan pengikut tariqat Ar-Rifa'i, kemampuan mereka untuk tidak terbakar oleh api. Ketika nereka menyentuh api, api tidak membneri kesan terbakar. Bahkan peluru pun tidak menjejaskan mereka. Ini adalah luar biasa. Pada zaman Ibn Taimiyyah, berlaku cabar mencabar antaranya dengan pengikut tariqat Ar-Rifa'i mengenai kemampuan mereka masuk ke dalam api. Ibn Taimiyyah menolak bahawa itu adalah sejenis keramat. Baginya itu adalah sejenis khida'aat (kebohongan/penipuan). Maka diatur sayembara masuk api dan Ibn Tamiyyah mensyaratkan untuk pengikut Ar-Rifa'i itu mendi dengan air cuka sebelum masuk ke api. Lalu pengikut Ar-Rifa'i itu tidak hadir menyahut cabaran itu pada hari yang dijanjikan.

Said Hawa , seorang tokoh pendakwah yang terkenal , dalam menyikapi kemampuan istimewa pengikut tariqat Ar-Rifa'i ini, beliau menganggapnya sebagai karamah. Boleh baca kenyataannya dalam kitabnya "Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah".

Bagi Syeikh Said Hawa, perkara luar biasa itu menjadi istidraj kalau lahior dari kalangan yang fasid di antara mereka, namun jika zahir di kalangan yang saleh di antara mereka, maka itu adalah karamah. Karamah itu adalah zahir karamah buat syeikh Ahmad Ar-Rifa'i yang menjadi pengasas kepada tariqat Ar-Rifa'iyyah itu.

Bandingannya menurut Said Hawa adalah kisah di mana Abu Bakar As-Siddiq pernah menyuruh seorang perempuan Yahudi meruqyah Aisyah r.a. dengan apa yang ada dalam Kitab Allah atau Taurat,  lalu sembuh. Peristiwa ini dilihat sebagai Istidraj buat wanita Yahudi itu tetapi ia adalah zahir mukjizat Nabi Musa A.S. 

Menurut Said Hawa, semua yang boleh jadi mukjizat buat para Nabi, ia boleh muncul sebagai karamah di tangan wali!



Bahagian kenyataan Said Hawa mempertahankan dan menyifatkan apa yang berlaku di kalangan pengikut tariqat Rifa'iyyah itu sebagai karamah dalam kitabnya "tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah " ada dalam cetakan awal. Namun, menurut Said Hawa, kerana bimbang katanya disalahgunakan sebagai pembelaan kepada penyimpangan yang terjadi dalam tariqat Ar-Rifaiyyah, maka ia dihapuskan daripada cetakan berikutnya.

Bagaimana sikap yang sepatutnya dalam menanggapi dakwaan karamah para pengikut tariqat seperti Ar-Rifa'iyyah itu?

1) Perkara luar biasa yang serupa juga boleh dan pernah muncul di kalangan pengikut agama kafir seperti Budha, Hindu dan lain-lain. Apa yang kita nak sifatkan mengenainya di kala itu. Apakah itu Karamah atau bukan? Tentu bukan karamah. Ia tidak lain hanyalah tipuan syaitan. Khida'at! Maka sebagaimana kita menanggapi khawariq yang muncul di kalangan penganut agama kafir, maka demikian  juga kita perlu melihat khawariq yang muncul di kalangan penganut agama Islam. Kita tidak boleh secara gamblang mengatakan ia adalah karamah. Khida'aty Syaithoniyyah tidak hanya bertumpu kepada ornag kafir, bahkan kepada ornag Islam lebih besar.

2) Kita sering keheranan, kalaulah ia karamah, apa guna karamah itu. Karamah adalah sambungan kepada mukjizat. Allah zahirkan mukjizat untuk membela agama. Demikian karamah yang Allah zahirkan di tangan para walinya. Namun, karamah yang didakwa oleh para pengikut tariqat itu apa gunanya? Ia hanya sekardar memperlihatkan kepada khalayak dan tidak digunukan buat membela Islam dan ummatnya yang sedang ditindas dan dihina. Kalau boleh masuk ke dalam api, ditembak tidak lut, gunakanlah untuk lawan musuh-musug Allah , Yahudi -Zionis yang tidak habis-habis merongrong maruah umat Islam. Kalau itu boleh dilakukan, barulah karamah namanya. Karamah itu adalah rif'ah dan penganfgkatan harga diri. Bukan sebuah pertunjukan yang mencari "wow" di kalangan orang yang tidak menjadi ancaman kepada agama Islam.

3) Ketika lahirnya khawariq itu, kita perlu lihat jalannya yang didapati dengannya, bagaimana? Jika kita cermati, ia bukan muncul dari bacaan Quran atau zikir-zikir yang diajarkan Nabi SAW. Ada yang dimulakan dengan paluan kompang dan alunan alat muzik, baru nampak aya yang so call karamah itu.  Ini  petanda bahawa ia bukan bersumberkan Ahwal Imani tetapi datang daripada Ahwal Syaitoni.

4) Sesiapa yang berpengalaman hadir dalam acara-acara pertunjukan yang didakwa karamah itu akan sering mendengar bahawa ketidakmenjadiannya seriamng dikaitkan dengan adanya orang yang rohaninya jahat. Padahal, ornag yang rohaninya jahat itu datang dalam majlis dan membacakan ayat-ayat Quran sebagai pelindung diri. Lalu kerana itu persembahan karamah tidak lancar.

Rujuk: Kitab Al-Mausu'ah Al-Firaq Al-Muntasabah Lil Islam

Maka, pandangan Said Hawa dalam soal ini boleh dipertikaikan. Bersama keteguhan ilmunya yang kita sanjung, pandangannya dalam menanggapi permainan karamah para Abnaur Rifaiyyah itu kita perlu muhasabah dan sanggah. Tiada tokoh yang maksum dan kita perlu mencari kebenaran dengan hujjah. Kita tidak harus taqlid kepada seseorang hingga tidak mahu berfikir lagi. Yang kita taat dan ucapkan Sami'na Wa Ato'na hanyalah kepada insan ma'sum rasulullah SAW, penunggal syariat dan pemilik risalah!





Saturday, December 13, 2025

Tariqat rosak kerana Ghuluy

Dalam mana-mana tariqat ada cerita karut yang dikarang oleh para pelampau kalangan pengikutnya. tariqat yang awalnya betul atas garis sunnah, akhirnya bergelimang dengan bid'ah, tahayyul dan khurafat. Inilah masalahnya yang menyebabkan sebahagian besar ummat Islam memandang sinis kepada tariqat.

Salah satu tariqat yang dicemari najis angkara tangan dan lidah para pendokongnya yang melampau adalah tariqat Ar-Rifa'i. Padahal, pemimpin uatamanya Syeikh Ahmad Ar-Rifa'i telah berkata:

وإننا ما رأينا من عواقب أهل الغلو إلا أنهم ضلوا وأضلوا وما رأينا من عواقب التشرع - يعني الاستقامة على الشريعة وملازمة السنة - إلا السلامة

Baca: Shamela

Thursday, December 11, 2025

Sebab dinamakan "BIR ALI".

Bir Ali  adalah tempat niat ihram bagi datang dari Madinah menuju Mekah. Nama asalnya adalah Zul Halifah. Itulah nama yang dipakai sejak zaman Nabi dan salafus soleh. Nama Bir Ali itu adalah nama yang hadir kemudian kerana sesuatu peristiwa.

Kaum Rafidhah (syiah ) telah membuat cocoklogi dengan mengatakan bahawa nama Bir Ali itu adalah sempena peristiwa Ali bin Abi Talib  berlawan dengan jin di situ. Namun cerita Ali berlawan jin itu tiada asas dan rekaan belaka. 

Mereka( puak Syiah) mempercayai bahawa Ali itu nisbah kepada Ali bin Abi Talib dan menuduh golongan yang meolaknya sebagai golongan Bani Umayyah dan juga anak cucu Saqifah Babi Sa'adah yang mereka laknati.

Hakikatnya, Ali yang dipakai namanya itu adalah merujuk kepada Ali yang lain. Beliau adalah Ali bin Dinar.

Ali bin Dinar itu adalah raja dari Afrika iaitu Sultan Kota Dafur. Beliau telah datang melaksanakan haji dan sampai di Zulhalifah tahun 1898M=1315H. Tatkala dia sampai , dia melihat keadaan yang daif di Zulhalifah. Dengan inisiatif beliau, Masjid Zulhalifah diperbaiki, telaga-telaga digali untuk kemudahan para hujjaj. Maka, sebagai mengenang jasanya, dikenallah Zulhalifah itu dengan nama Bir Ali. Ali bin Dinar. 

Bukan Ali bin Abi Talib

Nama Bir Ali itu baru dikenali kira-kira lebih 120 tahun yang lalu.

Untuk catatan, pada masa itu di Sudan hari ini, tegak sebuah pemerintahan Islam di Dafur yang meiliki keluasan pemerintahan yang hampir seluas Perancis.  Ia bermula tahun 1898 hingga 1917 yang mana mana penduduknya sekitar 6 juta dan 99% daripadanya adalah muslim. lebih 50% penduduknya adalah Hafiz Al-Quran .

Kesultanan Dafur tegak antara tahun 1445 hingga 1916.

Sulaiman Solong adalah pengasas dinasti Kirawiyyah di Dafur pada tahun 1660

Kisah Ali bin Dinar

Ali bin Dinar adalah Sultan terakhir kerajaan DAFUR  YANG berjaya memmepertahankan kemerdekaannya di zaman penjajahan Inggeris. Beliau adalah keturunan kepada Sulaiman Sulunk yang menjadi pengasas kesultanan Dafur Ke-2.

Daripada Dinasti Kirawiyyah (Keira)

Tinggal di Kota Fasyir. Di sana dibinanya kilang pembuatan kelambu Kaabah. Selama 20 tahun kelambu Kaabah dibekalkan dari produksi kilang di sana.

Menurut catatan nama Ali bin Dinar itu adalah merujuk kepada panggilan masa kecilnya Ali The Nar yang membawa maksud Ali Si Api yang melambang keberanian dan kerteguhan hatinya.

Dia dipilih menggantikan pakciknya yang terbunuh.

Sultan Ali bin Dinar gugur syahid dalam Perang Baranggay melawan penjajahan Brityish pada 6 Nov 1916. Kematiannya menandakan tamatnya era kesultanan di Dafur.

Tahun-tahun ini adalah era kelemahan kerajaan Ottoman yang menjadi pelindung kepada wilayah-wilayah Islam.                    


Monday, October 20, 2025

Bicara tentang kebobrokan Syiah Imamiyah / Ja'fariyyah

 Syiah Imamiyyah telah menjadi bakul sampah pemikiran sesat puak-puak yang menyimpang. Hanya kerana puak-puak yang menyimpang itu menjadikan dogma cinta ahli bait sebagai laungan mereka, maka para ulama Syiah Imamiyyah menggao ia adalah dari "puak kita". Akhirnya, hari ini apa yang menjadi ciri khusus syiah-syiah yang dulunya disesatkan oleh tokoh Imamiyyah , diterima dan dianggap sebagai turas Syiah imamiyyah. Mereka sudah terima Ismailiyyah, Fatimiyyah, Hisyamiyyah, Druzm Agha Khaniyyah yang dibilang sebagai syiah melampau. Bahkan Nusairiyyah pun mereka terima.

Inilah kesalahan para Ayatullah Imamiyyah yang mencemarkan aliran mereka yang sememangnya telah tercemar.


Orang seperti Al-Waqifi damn Al-Fathi yang bergentangan dalam Mazhab yang sesat di kalangan Syiah pelampau, telah dianggap tsiqat dala periwayatan!


Al-Waqifi adalah puak syiah yang behenti (dalam menganggap sebagai Imam) pada Musa Al-Kazim dan mereka tidak menerima keimaman anaknya Ali bin MUsa Al-Ridha.Bagi mereka Musa Al-Kazim tetap hidup dan dia akan datang (muncul ) semula sebagai Al-Qaim (Mahdi Al-Muntazor). Dia hanya ghaib sebagaimana Ghaibnya Nabi Musa dan akan datang semulah. Punca muncul kumpulan ini adalah dorongan duniawi iaitu para wakil Musa Al-Kazmim yang selesa memakan Al-Khumus dan mempunyai kedudukan Syariyyah tidak mahu melepaskan hak tersebut dan kerana itu mereka menolak keimaman Ali bin Musa. Contoh para wakil itu adalah seperti Ali bin Abi Hamzah Al-Bato-ini dan Ziad bin Marwan Al-Qonadi serta Osman bin Isa Ar-Rawasi.

Maka dalam Syiah, Golongan Al-Waqifiyyah adalah mereka yang berhenti pada satu-satu imam dan tidka menerim a yang berikutnya. Mereka adala pelbagai macam. Ada yang berhenti pada Jaafar As-Sodiq ( Abu Abdillah) . Ada yang berhenti pada Musa Al-Kazim dan ada yang berhenti pada Hasan Askari. Berhenti dalam erti kata menganggap Imam terakhir adalah yokoh tertentu dan dialah yang kelak akan muncul sebagai Al-Qaim.

Di sisi Syiah, istilah Waqaf itu ada dua makna iaitu makna Am dan makna Khas.

 Waqfiyyah dalam ertikata am ialah sikap berhenti pada mana-mana imam

Waqfiyyah dalam erti kata khas adalah sikap berhenti pada Musa Al-Kazim.

Fikrah Waqaf ini disamdarkan kepada Umar Al-Khattab yang mana saat nabi Muhammad meninggal menegaskan bahawa Nabi tidak mati dan baginda hanya pergi bertemu Tuhannya sebagai Musa pergi bermunajat di Tursina dan akan kembali. Kononnya, Umarlah yang dituding sebagai pengasas fikrah Waqfiyyah.

Arus perdana dalam Syiah Imamiyyah menamakan puak Waqifiyyah sebagai Anjing-Anjing Kehujanan ( Al-Kilab Al-Mamturah)

Syiah Imamiyyah/Ja'fariyyah arus perdana yang percaya Imam 12 itu digelar sebagai Syiah Al-Qaty'iyyah. Penjenamaan ini adalah counter kepada Syiah Waqfiyyah yang memberhentikan keimaman pada Musa Al-Kazim.



Ceramah Israk Mikraj: Ringkasan afkar

Latar belakang: 1) Bila berlakunya Peristiwa Israk dan Mikraj? -Ulama berbeza pandangan: * Imam Nawawi kata berlaku setahun sebelum peristiw...