Monday, December 29, 2025

Said Hawa menyikapi Mazahir Khawariq Tariqat Rifa'i

Masyhur bahawa di kalangan pengikut tariqat Ar-Rifa'i, kemampuan mereka untuk tidak terbakar oleh api. Ketika nereka menyentuh api, api tidak membneri kesan terbakar. Bahkan peluru pun tidak menjejaskan mereka. Ini adalah luar biasa. Pada zaman Ibn Taimiyyah, berlaku cabar mencabar antaranya dengan pengikut tariqat Ar-Rifa'i mengenai kemampuan mereka masuk ke dalam api. Ibn Taimiyyah menolak bahawa itu adalah sejenis keramat. Baginya itu adalah sejenis khida'aat (kebohongan/penipuan). Maka diatur sayembara masuk api dan Ibn Tamiyyah mensyaratkan untuk pengikut Ar-Rifa'i itu mendi dengan air cuka sebelum masuk ke api. Lalu pengikut Ar-Rifa'i itu tidak hadir menyahut cabaran itu pada hari yang dijanjikan.

Said Hawa , seorang tokoh pendakwah yang terkenal , dalam menyikapi kemampuan istimewa pengikut tariqat Ar-Rifa'i ini, beliau menganggapnya sebagai karamah. Boleh baca kenyataannya dalam kitabnya "Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah".

Bagi Syeikh Said Hawa, perkara luar biasa itu menjadi istidraj kalau lahior dari kalangan yang fasid di antara mereka, namun jika zahir di kalangan yang saleh di antara mereka, maka itu adalah karamah. Karamah itu adalah zahir karamah buat syeikh Ahmad Ar-Rifa'i yang menjadi pengasas kepada tariqat Ar-Rifa'iyyah itu.

Bandingannya menurut Said Hawa adalah kisah di mana Abu Bakar As-Siddiq pernah menyuruh seorang perempuan Yahudi meruqyah Aisyah r.a. dengan apa yang ada dalam Kitab Allah atau Taurat,  lalu sembuh. Peristiwa ini dilihat sebagai Istidraj buat wanita Yahudi itu tetapi ia adalah zahir mukjizat Nabi Musa A.S. 

Menurut Said Hawa, semua yang boleh jadi mukjizat buat para Nabi, ia boleh muncul sebagai karamah di tangan wali!



Bahagian kenyataan Said Hawa mempertahankan dan menyifatkan apa yang berlaku di kalangan pengikut tariqat Rifa'iyyah itu sebagai karamah dalam kitabnya "tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah " ada dalam cetakan awal. Namun, menurut Said Hawa, kerana bimbang katanya disalahgunakan sebagai pembelaan kepada penyimpangan yang terjadi dalam tariqat Ar-Rifaiyyah, maka ia dihapuskan daripada cetakan berikutnya.

Bagaimana sikap yang sepatutnya dalam menanggapi dakwaan karamah para pengikut tariqat seperti Ar-Rifa'iyyah itu?

1) Perkara luar biasa yang serupa juga boleh dan pernah muncul di kalangan pengikut agama kafir seperti Budha, Hindu dan lain-lain. Apa yang kita nak sifatkan mengenainya di kala itu. Apakah itu Karamah atau bukan? Tentu bukan karamah. Ia tidak lain hanyalah tipuan syaitan. Khida'at! Maka sebagaimana kita menanggapi khawariq yang muncul di kalangan penganut agama kafir, maka demikian  juga kita perlu melihat khawariq yang muncul di kalangan penganut agama Islam. Kita tidak boleh secara gamblang mengatakan ia adalah karamah. Khida'aty Syaithoniyyah tidak hanya bertumpu kepada ornag kafir, bahkan kepada ornag Islam lebih besar.

2) Kita sering keheranan, kalaulah ia karamah, apa guna karamah itu. Karamah adalah sambungan kepada mukjizat. Allah zahirkan mukjizat untuk membela agama. Demikian karamah yang Allah zahirkan di tangan para walinya. Namun, karamah yang didakwa oleh para pengikut tariqat itu apa gunanya? Ia hanya sekardar memperlihatkan kepada khalayak dan tidak digunukan buat membela Islam dan ummatnya yang sedang ditindas dan dihina. Kalau boleh masuk ke dalam api, ditembak tidak lut, gunakanlah untuk lawan musuh-musug Allah , Yahudi -Zionis yang tidak habis-habis merongrong maruah umat Islam. Kalau itu boleh dilakukan, barulah karamah namanya. Karamah itu adalah rif'ah dan penganfgkatan harga diri. Bukan sebuah pertunjukan yang mencari "wow" di kalangan orang yang tidak menjadi ancaman kepada agama Islam.

3) Ketika lahirnya khawariq itu, kita perlu lihat jalannya yang didapati dengannya, bagaimana? Jika kita cermati, ia bukan muncul dari bacaan Quran atau zikir-zikir yang diajarkan Nabi SAW. Ada yang dimulakan dengan paluan kompang dan alunan alat muzik, baru nampak aya yang so call karamah itu.  Ini  petanda bahawa ia bukan bersumberkan Ahwal Imani tetapi datang daripada Ahwal Syaitoni.

4) Sesiapa yang berpengalaman hadir dalam acara-acara pertunjukan yang didakwa karamah itu akan sering mendengar bahawa ketidakmenjadiannya seriamng dikaitkan dengan adanya orang yang rohaninya jahat. Padahal, ornag yang rohaninya jahat itu datang dalam majlis dan membacakan ayat-ayat Quran sebagai pelindung diri. Lalu kerana itu persembahan karamah tidak lancar.

Rujuk: Kitab Al-Mausu'ah Al-Firaq Al-Muntasabah Lil Islam

Maka, pandangan Said Hawa dalam soal ini boleh dipertikaikan. Bersama keteguhan ilmunya yang kita sanjung, pandangannya dalam menanggapi permainan karamah para Abnaur Rifaiyyah itu kita perlu muhasabah dan sanggah. Tiada tokoh yang maksum dan kita perlu mencari kebenaran dengan hujjah. Kita tidak harus taqlid kepada seseorang hingga tidak mahu berfikir lagi. Yang kita taat dan ucapkan Sami'na Wa Ato'na hanyalah kepada insan ma'sum rasulullah SAW, penunggal syariat dan pemilik risalah!





Saturday, December 13, 2025

Tariqat rosak kerana Ghuluy

Dalam mana-mana tariqat ada cerita karut yang dikarang oleh para pelampau kalangan pengikutnya. tariqat yang awalnya betul atas garis sunnah, akhirnya bergelimang dengan bid'ah, tahayyul dan khurafat. Inilah masalahnya yang menyebabkan sebahagian besar ummat Islam memandang sinis kepada tariqat.

Salah satu tariqat yang dicemari najis angkara tangan dan lidah para pendokongnya yang melampau adalah tariqat Ar-Rifa'i. Padahal, pemimpin uatamanya Syeikh Ahmad Ar-Rifa'i telah berkata:

وإننا ما رأينا من عواقب أهل الغلو إلا أنهم ضلوا وأضلوا وما رأينا من عواقب التشرع - يعني الاستقامة على الشريعة وملازمة السنة - إلا السلامة

Baca: Shamela

Thursday, December 11, 2025

Sebab dinamakan "BIR ALI".

Bir Ali  adalah tempat niat ihram bagi datang dari Madinah menuju Mekah. Nama asalnya adalah Zul Halifah. Itulah nama yang dipakai sejak zaman Nabi dan salafus soleh. Nama Bir Ali itu adalah nama yang hadir kemudian kerana sesuatu peristiwa.

Kaum Rafidhah (syiah ) telah membuat cocoklogi dengan mengatakan bahawa nama Bir Ali itu adalah sempena peristiwa Ali bin Abi Talib  berlawan dengan jin di situ. Namun cerita Ali berlawan jin itu tiada asas dan rekaan belaka. 

Mereka( puak Syiah) mempercayai bahawa Ali itu nisbah kepada Ali bin Abi Talib dan menuduh golongan yang meolaknya sebagai golongan Bani Umayyah dan juga anak cucu Saqifah Babi Sa'adah yang mereka laknati.

Hakikatnya, Ali yang dipakai namanya itu adalah merujuk kepada Ali yang lain. Beliau adalah Ali bin Dinar.

Ali bin Dinar itu adalah raja dari Afrika iaitu Sultan Kota Dafur. Beliau telah datang melaksanakan haji dan sampai di Zulhalifah tahun 1898M=1315H. Tatkala dia sampai , dia melihat keadaan yang daif di Zulhalifah. Dengan inisiatif beliau, Masjid Zulhalifah diperbaiki, telaga-telaga digali untuk kemudahan para hujjaj. Maka, sebagai mengenang jasanya, dikenallah Zulhalifah itu dengan nama Bir Ali. Ali bin Dinar. 

Bukan Ali bin Abi Talib

Nama Bir Ali itu baru dikenali kira-kira lebih 120 tahun yang lalu.

Untuk catatan, pada masa itu di Sudan hari ini, tegak sebuah pemerintahan Islam di Dafur yang meiliki keluasan pemerintahan yang hampir seluas Perancis.  Ia bermula tahun 1898 hingga 1917 yang mana mana penduduknya sekitar 6 juta dan 99% daripadanya adalah muslim. lebih 50% penduduknya adalah Hafiz Al-Quran .

Kesultanan Dafur tegak antara tahun 1445 hingga 1916.

Sulaiman Solong adalah pengasas dinasti Kirawiyyah di Dafur pada tahun 1660

Kisah Ali bin Dinar

Ali bin Dinar adalah Sultan terakhir kerajaan DAFUR  YANG berjaya memmepertahankan kemerdekaannya di zaman penjajahan Inggeris. Beliau adalah keturunan kepada Sulaiman Sulunk yang menjadi pengasas kesultanan Dafur Ke-2.

Daripada Dinasti Kirawiyyah (Keira)

Tinggal di Kota Fasyir. Di sana dibinanya kilang pembuatan kelambu Kaabah. Selama 20 tahun kelambu Kaabah dibekalkan dari produksi kilang di sana.

Menurut catatan nama Ali bin Dinar itu adalah merujuk kepada panggilan masa kecilnya Ali The Nar yang membawa maksud Ali Si Api yang melambang keberanian dan kerteguhan hatinya.

Dia dipilih menggantikan pakciknya yang terbunuh.

Sultan Ali bin Dinar gugur syahid dalam Perang Baranggay melawan penjajahan Brityish pada 6 Nov 1916. Kematiannya menandakan tamatnya era kesultanan di Dafur.

Tahun-tahun ini adalah era kelemahan kerajaan Ottoman yang menjadi pelindung kepada wilayah-wilayah Islam.                    


Said Hawa menyikapi Mazahir Khawariq Tariqat Rifa'i

Masyhur bahawa di kalangan pengikut tariqat Ar-Rifa'i, kemampuan mereka untuk tidak terbakar oleh api. Ketika nereka menyentuh api, api ...