Perkara ini menjadai perbahasan kalangan pemerhati ilmu sosial.
Perubahan bermula dari rakyat bawahan atau pemimpin atasan?
Apakah tukar pemerintah yang baik akan merubah rakyat yang bejat?
Apakah kawanan serigala dapat dipimpin oleh domba؟
Atau, apakah kawanan serigala seekor dapat memimpin kawanan domba?
Baca: Rawaamagazine.com
Sebahagian mufassirin , ketika menafsirkan firman Allah dalam Surah Al-An'am, ayat 129:
وَكَذَٰلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (129)
Dikatakan bahawa antara maksud ayat ini, pemimpin yang zalim dimunculkan untuk memerintah rakyat yang zalim. Dalam hadis, disebutkan apabila berlaku penimpuan timbangan di kalangan rakyat, maka Allah timpakan azab diperintah oleh pemimpin yang zalim. dengan kata lain, angkara rakyat yang jahat, datanglah pempimpin yang zalim.
Al-Imam Ar-Razi menyebut tentang penafsiran ayat di atas dalam Mafatihul Ghaib (13/150):
والآية تدل على أن الرعية متى كانوا ظالمين فالله تعالى يسلط عليهم ظالمًا مثلهم، فإن أرادوا أن يتخلصوا من ذلك الأمير الظالم فليتركوا الظلم
Lihat hadis selengkapnya:
يا مَعْشَرَ المهاجرينَ ! خِصالٌ خَمْسٌ إذا ابتُلِيتُمْ بهِنَّ ، وأعوذُ باللهِ أن تُدْرِكُوهُنَّ : لم تَظْهَرِ الفاحشةُ في قومٍ قَطُّ ؛ حتى يُعْلِنُوا بها ؛ إلا فَشَا فيهِمُ الطاعونُ والأوجاعُ التي لم تَكُنْ مَضَتْ في أسلافِهِم الذين مَضَوْا ، ولم يَنْقُصُوا المِكْيالَ والميزانَ إِلَّا أُخِذُوا بالسِّنِينَ وشِدَّةِ المُؤْنَةِ ، وجَوْرِ السلطانِ عليهم ، ولم يَمْنَعُوا زكاةَ أموالِهم إلا مُنِعُوا القَطْرَ من السماءِ ، ولولا البهائمُ لم يُمْطَرُوا ، ولم يَنْقُضُوا عهدَ اللهِ وعهدَ رسولِه إلا سَلَّطَ اللهُ عليهم عَدُوَّهم من غيرِهم ، فأَخَذوا بعضَ ما كان في أَيْدِيهِم ، وما لم تَحْكُمْ أئمتُهم بكتابِ اللهِ عَزَّ وجَلَّ ويَتَخَيَّرُوا فيما أَنْزَلَ اللهُ إلا جعل اللهُ بأسَهم بينَهم
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الجامع
الصفحة أو الرقم: 7978 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
التخريج : أخرجه ابن ماجه (4019)، والطبراني في ((المعجم الأوسط)) (4671)، والحاكم (8623) باختلاف يسير.
Disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ad-dailami dalam Musnad Al-Firdfaus daripada Abi Bakrah:
كما تكونوا يولى عليكم
"Bagaimana sifat kaumu, maka demikianlah sifat ornag yang akan menjadi
pemerintah kamu"
Namun, hadis di atas dihukumkan oleh Ibn Hajar Al-Asqalani dan juga diletakkan oleh Albani dalam Silsilah Ad-Daifahnya. Kalangan ulama hadis menyifatkan ia sebagai kata-kata hikmah yang tidak harus disandarkan kepada nabi SAW. Dalam beberapa reality sejarah, ada pemimpin zalim sedangkan rakyatnya baik. Demikian sebaliknya. Zaman Ali memimpin, keadaan rakyatnya bergelut dengan fitnah. Zaman Hajjaj yang zalim, ramai ulama dan tokoh panutan ummat ada.
Albani mengkritik makna hadis ini dan menyifatkannya menyalahi waqi' yang terjadi.
Para pemerintah memang sukakan hadis ini kerana ia mengurangkan ketajaman kritikan atas mereka.
Mungkin dalam sisitem demokrasi, hadis ini benar di mana para pemerintah dipilih oleh rakyat. Namun, dalam sistem autokrasi, ia banyak menyalahi realiti. Kekadang naik pemimpin adil dan rakyatnya rosak, maka berlaku islah di tangannya.
Hadis di atas menjadi peluru ke atas rakyat. Kerana kalian wahai rakyat tidak melakukan islah sesama kalian, maka sebab itu pemimpin kalian zalim. Mereka jadi perasuah kerana kalian. Mereka pecah manah kerana kalian. Jangan disalahkan mereka. Salahkan diri sendiri. Kalau kalian nak pemimpin yang baik, mulakan daripada pembaikan diri kalian!
Demikianlah hujah-hujah muluk yang tentunya menyenangkan hati para pemerintah yang zalim dan menindas rakyat. Mereka tidak ditujukan kesalahan yang mereka lakukan. Kebobrokan dalam masyarakat dibebankan atas rakyat. Mana tidak sukanya para penguasa terhadap jalur pemiukirna sedemikian!
Sebab itu, ada hadis lain yang perlu diamati dan ia bertentangan dengan hadis di atas yang hukumnya adalah daif. Hadis tersebut adalah:
الناس على دين ملوكهم
"Rakyat mengikut agama para raja mereka".
Jika kita melihat kepada realiti dakwah para nabi-nabi seperti mana yang dikisahkan dalam Quran, mereka berdepan dengan penentangan para Almalak yakni pemimpin-pemimpin kaum. Ketika mereka menjadi benteng penolakan dakwah para nabi, Allah mencela keengkaran mereka. Mereka disifatkan sebagai punca kenggenan kaum untuk mengikut dakwah poara nabi-nabi. Jika mereka beriman, maka orang ramai akan beriman. Jika mereka tetap engkar, maka Allah binasakan mereka dan orang ramai pun binasa bersama mereka.Begitulah kisah dakwah nabi Lut, Hud, Soleh, Syuaib dan lain-lainnya.
Mari kita semak sebuah hadis dalam Saheh Bukhari (No 3834):
عن قيس بن أبي حازم، قال: دخل أبو بكر على امرأة من أحمس يقال لها زينب، فرآها لا تكلم، فقال: ما لها لا تكلم؟ قالوا: حجت مصمتة، قال لها: تكلمي، فإن هذا لا يحل، هذا من عمل الجاهلية، فتكلمت، فقالت: من أنت؟ قال: امرؤ من المهاجرين، قالت: أي المهاجرين؟ قال: من قريش، قالت: من أي قريش أنت؟ قال: إنك لسئول، أنا أبو بكر، قالت: ما بقاؤنا على هذا الأمر الصالح الذي جاء الله به بعد الجاهلية؟ قال: بقاؤكم عليه ما استقامت بكم أئمتكم، قالت: وما الأئمة؟ قال: أما كان لقومك رءوس وأشراف، يأمرونهم فيطيعونهم؟ قالت: بلى، قال: فهم أولئك على الناس
Keterangan: Hadis di atas mengandungi jawapan Abu Bakar As-Siddiq kepada soalan Zainab binti Al-Muhajir tentang punca keadaan yang penuh kebaikan sedang mereka nikmati itu. Abu bakar As-Siddiq menyandarkan keadaan tersebut kepada eloknya para pemimpin negara. Maka, kalau menurut Abu Bakar, selama mana pemimpin itu lurus dalam kebaikan, maka kekallah rakyat dalam keamana dan kebaikan. Lihat jawapan Abu Bakar:
بقاؤكم عليه ما استقامت بكم أئمتكم
Abdullah bin Al-Mubarak dalam sepotong syairnya menyebutkan bahawa kerosakan ummat berkisar awalnya papda 3 golongan iaitu :
- Para pemimpin
- Para Ulama jahat
- Ahli tasawwuf jahil
Disebutkan dalam syair Ibn Al-Mubarak:
رأيت الذنوب تميت القلوب ... وقد يورث الذل إدمانها
وترك الذنوب حياة القلوب ... وخير لنفسك عصيانها
وهل أفسد الدين إلا الملوك ... وأحبار سوء ورهبانها
Jawapan Saidina Ali bin Abi Talib sebagai respons terhadap pujian Umar kepada tentera-tentera yang dikirimnya ke Parsi dan membawa pulang harta rampasan raja Parsi yang begitu mahal, menjadi satu bahan renungan kita. Kata Saidina Ali kepada Umar Al-Khattab:
إنك عففت فعفت رعيتك، ولو رتعت لرتعت
(Lihat dalam Al-Bidayah Wan Nihayah:10/17)
Begitu juga, jika kita mengamati kisah Islamnya Sa'ad bin Mu'az, pemimpin kaum Aus dari kabilah Bani Abdul Asyhal. Setelah dia masuk Islam hasil dakwah Mus'ab bin Umair, dia balik kepada kaumnya dan berkata kepada mereka:
فإن كلام رجالكم ونسائكم عليَّ حرام، حتى تؤمنوا بالله وبرسوله
Hasilnya, sebelum menjelang senja hari itu, semua lelaki dan perempuan kabilahnya masuk Islam. Ini menunjukkan bagaimana pengaruh pemimpin dalam kebaikan yang didapati oleh rakyatnya.
Abdul Malik bin Marwan pada zamannya, mengumpulkan pada pemimpin kaum dalam negeri dan berkata kepada mereka:
"Kalian mahukan kami jadi seperti Abu bakar dan Umar?"
Mereka berkata:
"Ya.."
Kata Abdul Malik bin Marwan:
"Jika begitu, jadilah kalian sepertiu para rijal di sekeliling Abu Bakar dan Umar!"
No comments:
Post a Comment