Bertawassul dengan orang mati adalah isu yang diperdebatkan antara kelompok di kalangan Muslimin. Ada kalangan ulama menegaskan bahawa ia adalah Syrik akbar . Namun ada pula kalangan ulama yang mengharuskannya.
Kita ambil satu hujjah kalangan ulama yang menghruskannya.
Mereka yang mengharuskannya, antara dalil dan hujah yang digunakan adalah hadis nabi SAW:
عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يَوْمًا فَصَلَّى عَلَى أَهْلِ أُحُدٍ صَلَاتَهُ عَلَى الْمَيِّتِ ثُمَّ انْصَرَفَ إِلَى الْمِنْبَرِ فَقَالَ إِنِّي فَرَطٌ لَكُمْ وَأَنَا شَهِيدٌ عَلَيْكُمْ وَإِنِّي وَاللَّهِ لَأَنْظُرُ إِلَى حَوْضِي الْآنَ وَإِنِّي أُعْطِيتُ مَفَاتِيحَ خَزَائِنِ الْأَرْضِ أَوْ مَفَاتِيحَ الْأَرْضِ وَإِنِّي وَاللَّهِ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَنْ تُشْرِكُوا بَعْدِي وَلَكِنْ أَخَافُ عَلَيْكُمْ أَنْ تَنَافَسُوا فِيهَا
Dari Uqbah ibn Amir, bahawa Nabi s.a.w. telah keluar pada suatu hari dan berselawat ke atas orang-orang Uhud sebagaimana baginda mendoakan orang yang telah meninggal, kemudian baginda kembali ke mimbar dan bersabda: Sesungguhnya aku adalah pendahulu bagi kamu, dan aku menjadi saksi atas kamu. Sesungguhnya, demi Tuhan, saya sedang melihat kolam saya sekarang, dan saya telah diberikan kunci khazanah bumi, atau kunci bumi. Sungguh, demi Allah, aku tidak takut kamu akan mempersekutukan Tuhan sesudahku, tetapi aku takut kamu akan bersaing untuk mempersekutukannya.
Hadis Riwayat Bukhari (1344) dan Muslim (2296)
Kalau ikut apa yang dihujjahkan berdasarkan hadis di atas, Syirik Akbar tidak akan berlaku lagi atas Ummat Nabi Muhammad sehingga nabi tidak membimbanginya.
Mengikut penjelasan maksud hadis yang dibuat oleh Ibn Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Bari (Jil 3 MS211):
قوله : ( ما أخاف عليكم أن تشركوا ) أي على مجموعكم لأن ذلك قد وقع من البعض أعاذنا الله تعالى ، وفي هذا الحديث معجزات للنبي صلى الله عليه وسلم ، ولذلك أورده المصنف في علامات النبوة
Sabdanya: (Aku tidak takut kamu akan menyekutukan Allah) ertinya bagi kamu semua kerana itu telah berlaku kepada sebahagian kamu, semoga Allah Taala melindungi kita. Dalam hadis ini terdapat mukjizat Nabi saw, dan oleh sebab itu penulis memasukkannya ke dalam Tanda-tanda Kenabian.
Hadis di atas bukanlah bermaksud menafikan berlakunya Syirik Akbar di kalangan Ummat Nabi Muhammad SAW. Ia bukan bermaksud 'Ismah Ummat Muhammad dari Syirik Besar sebagaimana yang cuba dihujjahkan oleh golongan yang mengharuskan Istighasah kepada orang mati, kubur keramat dan wali-wali. Hadis memberi maksud bahawa kejadian yang berlaku kepada ummat terdahulu yang hilang jati diri dengan terjerumus tatal dalam syirik, tidak akan berlaku kepada Ummat Nabi Muhammad.
Apa yang terjadi kepada kaum Yahudi yang membuat syirik, tidak akan terjadi kepada Ummat Nabi Muhammad secara total. Demikian nasib yang menimpa kaum Nasrani. Hanya akan tetap ada di kalangan Ummat Nabi Muhammad yang tergelicir ke dalam syirik akbar. Namun hal tersebut akan diperangi atau didakwahi oleh sebahagian yang lain.
Syirik Total hingga musnah ketauhidan yang suci seluruhnya, itu tidak berlaku!
Bukti sejarah jelas menunjukkan syirik akbar terjadi di kalangan Ummat Nabi Muhammad. Bahkan sejurus selepas wafat Nabi Muhammad SAW, telah berlaku kemurtadan secara berbondong-bondong hinggalah ia dipatahkan oleh kelompok sahabat yang bertahan atas keimanan dan ketauhidan.
Maka, tidak harus memandang ringan kegiatan yang berlaku kalangan ummat Muhammad yang membawa kepada syirik akbar atas alasan syirik akbar tak akan berlaku. Tidak boleh menganggap ummat Muhammad secara kolektif telah imun dari syirik akbar. Ini adalah tipu daya syaitan. Tiada imun dari syirik akbar.
Dan lagi Nabi SAW bersabda memperingatkan:
لا تَقُومُ السَّاعَةُ حتَّى تَضْطَرِبَ ألَياتُ نِساءِ دَوْسٍ علَى ذِي الخَلَصَةِ.
Kiamat tidak akan datang sehingga bergoyang punggung wanita-wanita Daus terhadap Dhu al-Khalasa (Nama berhala yang disembah zaman Jahiliyyah oleh kaum Daus)-Nabi mengutuskan Jarir bin Abdullah untuk meranapkannya.
(Saheh Bukhari)
Kata puak yang mendewakan istighasah, sabda Nabi di atas merujuk kepada zaman sebelum kiamat, bukan sekarang. Perkataan ini sangatlah takalluf dalam usaha menafikan berlakunya Syirik akbar di kalangan Ummat Muhamamd. Apakah penyembahan berhala itu berlaku secara tiba-tiba? Tidak! ia akan berevolusi mengikut taha-tahapnya sehingga sampai ke kemuncaknya sebagaimana yang disabdakan Nabi SAW. Ia mengambil masa beberapa genari yang telahpun merintis jalan syirik sebelum sampai kepada menghiupkan amalan Jahiliyyah , menyembah Zul Khalasah!
Siapa cuai dan terpedaya akan jatuh dalam syirik akbar!
Di akhirat, menyesal pun tiada berguna lagi
فَلَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا قَالُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَحْدَهُ وَكَفَرْنَا بِمَا كُنَّا بِهِ مُشْرِكِينَ
(84) فَلَمْ يَكُ يَنفَعُهُمْ إِيمَانُهُمْ لَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا ۖ سُنَّتَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ فِي عِبَادِهِ ۖ وَخَسِرَ هُنَالِكَ الْكَافِرُونَ
(85)Surah Ghafir: 84-85
Saya membuat pilihan untuk tidak meminta tolong kepada orang mati, jin-jin, wali-wali dan hatta kepada kubur nabi serta para sahabat mulia dalam urusan yang bukan wewenang mereka. Minta razeki, kesembuhan, hidayah, keampunan, keselamatan, zuriat , kesihatan dan segala macam tasarrufat duniawi hanay kepada Allah SWT.
Jika ada orang mahu meminta kepada orang soleh yang dianggap wali, aku mencuriagai itu bawa kepada syirik. Aku takut. Kalau anda tidak takut , silakan. Aku tidak ada daya dan upaya menghalang. Ada orang mahu mengunjungi kubur Tokku Paloh, kubur Sunan-sunan di Jawa, kubur Al-Badawi di Mesir atau Kubur Hussain, Ali hatta kubur Abu Lu' Lu' sekalipun....silakan. Anda akan bangkit di hari akhirat dan akan bertanggungjawab.
قُلْ إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ وَلَا أُشْرِكَ بِهِ ۚ إِلَيْهِ أَدْعُو وَإِلَيْهِ مَآبِ
(Ar-Ra'du: 36)
Perhatian:
Syiah adalah kelompok yang dominan dalam tawassul kepada orang mati ini.