Hadis yang dikeluarkan oleh Tarmizi, Ibn Majah dan Ahmad daripada Usthman bin Hanif:
Friday, December 27, 2024
Hadis si buta bertawassul
Wednesday, December 25, 2024
Istighasah dan Tawassul
Dikatakan tiada beza antara Istighasah dengan Tawasul. Demikian dirujuk dalam kitab Syifa'ussiqam fi ziarati khairil anam oleh Taqiyyuddin As-Subki.
(Aku belum mebelak sumber itu-nanti aku akan bukan dan baca kenyataan harfiahnya)
Bagaimana boleh sama sedangkan dua istilah yang berbeza dan mempunyai definisi masing-masing. Dengan bersangka baik kepada pandangan As-Subki, apakah persamaan yang beliau maksudkan itu? Adakah persamaan definisi atau persamaan hukum?
Tawassul itu ialah memohon kepada Allah dengan menjadikan sesuatu sebagai perantara. Perbincangan mengenai panjang di kalangan ulama. Ada pro dan kontra. Namun rengkasnya ada kesepakatan dalam beberapa hal. Miski ada perbezaan dalam lain perkara.
Contoh ungkapannya: Ya, Allah, dengan berkat dan kemuliaan wali Allah dalam kubur ini, berilah daku kesembuhan daripada penyakitku!
Sementara istighasah adalah meminta tolong dalam keadaan terdesak kepada sesuatu. Dalam polimik istighasah ini, ia merujuk kepada minta tolong kepada orang yang suidah mati.
Contoh ungkapan: Wahai wali Allah yang bersemadi dalam kubur ini, aku mohon berikanlah daku kesembuhan!
Hujah yang menyamakan tawasul dengan istighasah adalah satu upaya menjadikan dua isu yang berbeza ini GAMBLANG. Ia melindungi kerancuan dan istighasah dengan khilafiyah dalam tawassul.
Bandingkan dua ungkapan ini. Mana ungkapan yang masih boleh diterima (sungguhpun ada pertikaian sebahagian ulama, dan manakah ungkapan yang sangta berbahaya.
Jika ungkapan istighasah itu dibenarkan, apalah maknanya kita membaca ayat dalam surah Fatihah saban solat:
"iyyaka na'budu waiyyaka nasta'in!".
Pertanyaan-pertanyaan:
Tanyakan kepada yang mempertahankan keharusan istighasah dengan orang yang sudah mati, bagaimana cara susunan ayatnya?
Bagaimana jika seseorang bertighasah dengan Jesus Crist seperti kita lihat dilakukan oleh penganut Kriostian?
"Ooooo Jesus....help meeee!"
Bagaimana pula jika seornag hindu mengungkapkan : Wahai Brahma...kurniakan daku kesembuhan!?
Bagaimana pula jika sornag Cina Budha berdoa dengan menyebutkan : Wahai datu nenek leluhurku, bantulah aku dengan kesembuhan!
Bagaimana status doa-doa sedemikian? Apakah syirik atau tidak?
Jika beristighasah dengan ornag yang sudah mati boleh, maka bolehkah beristighasah dengan dengan pokok agam yang berusia ribu tahun?
Bolehkah beristighasan dengan bulan dan matahari yang lebih hebat daripada si mati dalam kubur itu?
Seterusnya bolehkah istighasah dengan Jin afrit yang ghaib tetapi masih hidup? Ia lebih mungkin menolong berbanding si mati.
Lalu dikatakan: Wahai jin afrit, lindungi aku dari kejahatan musuhku!
Atau...istighasah dengan malaikat , mereka lebih patut . Israfil misalnya tugasnya mengatur razeki. Mintalah razeki daripadanya!
Bolehkah? Bolehkah?
Catatan tambahan:
Minta fatwa kepada ulama yang sudah mati tidak boleh. Bahkan sekalipun nabi Muhamamd SAW, jika ada orang mendakwa yang mendakwa mendapat jawapan mengenai sesuatui masalah fekah daripada pertemuannya dengan Nabi SAW sama ada dalam mimpi atau Yaqazoh, ia tidak boleh diterima.
Sebagaimana tidak boleh dalam maslaah fatwa, maka demikialah dalam masalah istighasah.
Dua perkara yang perlu diperhatikan:
1) Minta tolong kepada yang sudah mati
2) Minta tolong pada masalah yang seseorang itu tidak kuasa padanya.
Istighasah dalam salah satu keadaan di atas sudah salah, apatah lagi kalau kedua-dua sifat di atas berkumpul?
Cuba fikirkan:
Dalam hadis mengenai sfaat uzma , manusia pada hari mahsyar minta sfaat kepada Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa, tetapi tidak berfaedah minta syafaat kepada mereka. Itu kerana mereka bukan Ahlinya. Maka mereka minta syafaat kepada nabi Muhammad dan dia adalah ahlinya. Maka mohon syafaat itu berfedah.
Padahal Adam, Nuh, Ibrahim Musa dan Isa adalah Rasul-Rasul mulia dan Ulul Azmi. Mereka tidak dapat tolong. Lalu, minta tolong kepada orang mati, sebesar apapun kewaliannya, maka apakah dia ahli dalam menolong. Tegasnya, apaklah orang mati itui ahli dalam menolong ornag hidup? Sedangkan dalam sama-sama satu alam, iaitu alam akhirat, nabi-nabi Ulul Azmi itu tidak mampu menolong kecuali baginda Nabi.
Ini adalah bab Uhlun Lis Syafa'ah.
Si mati bukan Ahlun Lil Istighasah!
Mereka adalah Amwat Ghairu Ahyaa....Mereka bukan ahli untuk diminta pertolongan!
Thursday, December 12, 2024
Mufti Besar Syria
Thursday, December 5, 2024
SYARAT SAH SOLAT JUMAAT DI SISI MAZHAB SYAFIE
1) Hendaklah 2 khutbah dan solat berlaku dalam waktu Zuhur hari Jumaat.
2) Hendaklah didirikan jumaat itu dalam bangunan yang dibina dalam Qoryah mastautin ahli jumaat dan sah jika didirikan jumaat itu di padang asalkan padang itu dalam sempadan Qoryah
-Jika sesebuah qaryah itu musnah lalu penduduknya bekerja membangunnya semula, sah dibuat jumaat di dalamnya.
-Jika penduduk berpindah ke satu temput dan mahu membangunkan tempat itu menjadi qoryah mereka, maka tidak sah jumaat sebelum ada binaan dalam qoryah itu.
-Tidak sah jumaat dalam khemah di kampung badwi( luar qaryah)
-Warga badwi wajib Jumaat jika mereka mendengar seruan azan. Jika tidak dengar, tidak wajib. pada zaman Nabi, para bawi yang tinggal di luar Kota Madinah tidak diperintahkan oleh Rasul untuk datang solat Jumaat kerana mereka tidak mendengar seruan azan.
-Syarat qayah itu pula hendaklah ada 40 orang atau lebih yang menjadi pemastautain yang wajib Jumaat. Mereka adalah warga yang tidak meninggalkan Qoryah melainkan kerana hajat
3) Tidak boleh ada jumaat yang berbilang dalam satu Qoryah. Jika ada Jumaat lain, maka yang terkemdian adalah batal dan perlu buat Zohor.
4) Hendaklah solat Jumaat dilakukan berjemaah seramai 40 orang termasuk Imam dan 40 orang itu dikira ketika takbiratul ihram.
-Jumlah 40 orang itu hendaklah cukup dari awal khutbah hingga selesai solat
-Jika ada yang yang keluar di pertengahan khutbah, maka hendaklah diulang rukun khutbah yang dia terlepas.
-Jika Jumlah melebihi 40 orang , bolehlah Imam itu seorang yang statusnya musafir , hamba atau kanak-kanak, asalkan mumayyiz.
5) Ada dua khutbah sebelum solat Jumaat
SYARAT-SYARAT 2 KHUTBAH
1) Didengar oleh 40 orang ahli jumaat.
2) Dilakukan dalam waktu zohor dan sebelum solat.
3) Khatib suci dari hadas kecil/besar
-Jika khatib berjunub baca khutbah dan makmum tidak tahu dan hanya tahu selepas selesai solat, jumaat mereka diterima/sah.
-Kalau Khatib berhadas tengah khutbah, maka khutbah hendaklah dimulakan semula.
-kalau dikhatib khatib lain untuk yang berhadas itu, khatib lain kena mulakan semula khutbah.
-Adapun jiga berlaku hadis selepas khutbah dan sebelum solat, lalu segera bersuci, maka sah dan jumaat tidak terjejas.
4) Suci dari najis paa badan, pakaian dan tempat. Termasuk apa yang dipegang oleh khatib sepeti tongkat atau pedang. Demikian juga membar, hendaklah suci. Jika Khatib sedar ada najis yang tersembunyi selepas selesai khutbah, maka dimaafkan.
5) Khatib hendaklah dalam keadaan menutip aurat.
6) Hendaklah khutbah sambil berdiri jika mampu. Jika tidak, sunat ganti ornag lain. Namun, jika dia khatib mahu khutbah sambil duduk kerana tak mampu berdiiri atau berbaring kerana tak mampu duduk, maka harus (tanpa khilaf) seperti halnya solat juga.
-Jika ternyata khatib mampu berdiri masa khutbah atau solat tetapi dia duduk, maka sah solat jumaat jika bilangan makmum mencukupi 40 tanpa imam itu. Jika tidak cukup, maka tidak sah jumaat mereka. Adapun imam tidak sah solatnya atas 2 keadaan tersebut( ??? )
7) Jumlah ahli jumaat hendaklah mendengar khutbah itu. Jika mamum tidak mendengar kerana suara khatib perlahan, atau makmum pekak, jauh sangat atau tidur, maka tidak sah.
8) Dua khutbah itu dalam bahasa Arab. Itu jika di kalangan orang Arab. Jika orang 'Ajam, boleh abhaw alain kecuali ayat Quran yang dibaca hendaklah dalam bahasa Arab.
-Maka wajib salah seorang daripada yang bukan Arab belajar bahsa Arab.
-Jika semua tidak tahu bahasa Arab, berdosalah semuanya.
-Tidak sah jumaat mereka dalam keadaan mereka mampu belajar bahasa Arab tetapi tak mahu belajar.
9) Hendaklah muwalat antara semua ucapan kata-kata dalam khutbah dan juga natara khutbah dengan solat. Jika terputusa muwalat walau kerana uzur seperti tertidur atau pengsan , maka batal khutbah
10) Hendaklah duduk antara 2 khutbah sekadar lamanya Thoma'ninah. Sunat sekadar bacaan surah Al-Ikhlas.Sunat khatib membacanya semasa duduk itu.
-Jika khatib khutbah sambil duduk, hendaklah dipisahkan dua khutbah dengan dengan diam antara keduanya (saktah).
-Tidak boleh berbaring antara keduanya.
FARDHU KHUTBAH /RUKUN KHITBAH
(Perhatikan 5 rukun Khbutbah ini)
1) Membaca Alhamdulillah walaupun ia sekaar terkandung dalam ayat Quran.
-Jika baca ayat itu niat zikir atau niat zikir dan baca Quran atau niat baca quran sahaja, maka ia tidak melunasi rukun menyebut Alhamdulillah dan hanya melunasi rukun baca ayat Quran!
2) Baca solawat atas Nabi.
- Sunat tambah atas keluarga dan sahabat Nabi.
-Wajib ikut tertib. Solawat diucap selepas Tahmid.
3) Mengucapkan wasiat taqwa
-Sah menggunakan lafaz yang membawa makna takwa seperti : Ati'ullah
-Boleh jika diucapkan dalam bentuk ucapan galakkan buat taat dan menjauhi maksiat.
-Tidak memadai dan tidak termasuk dalam pesanan takwa jika khatib mengucapkan kata-kata memperingatkan fitnah dunia dan perhiasannya sahaja.
4) Membaca potongan ayat Quran yanbg difahami maksudnya dalam salah satu khutbah.
-Afdhal adalah dibaca dalam khutbah pertama kerana khutbah kedua ada doa
-Sunat dibacan potongan Surah Qaf kerana ada hadis yang menunjukkannya.
-Kalau tak mampu baca ayat Quran, boleh baca zikir atau doa
-Jikas itu pun tak mampu, terpulanglah sekadarnya
5) Baca doa untuk kaum muslimin dan muslimat dalam Khutbah ke-2
-Doa ini kalau dibaca dalam khutbah pertama, tidak memenuhi tuntutan. Kena baca dalam khutbah kedua juga.
-Kalau doa itu hanya khusus untuk yang hadir jumaat sahaja, pun boleh diterima.
- Afdhal untuk seluruh kaum Muslimin.
-Tidak disunatkan dalam Mazhab doa kepada Sultan secara khusus dengan sebut namanya dan sifatnya apa yang tidak layak buatnya.
-Namun sunat doa untuk pemerintah secara umum.
* Perhatian: Setiap khutbah ada 4 rukun yang dilakukan
PERKARA SUNAT SEMASA KHUTBAH
1) Dilakukan atas membar
2) Khatiub ucap salam kepada yang dekat sebelum naik membar dan bila atas membar mengadap kepada orang ramai dan ucap slaam sekali lagi.
3 Khatib duduk dan azan dilaungkan oleh seseorang.
4) Khutbah disampaikan dengan fasih
5) Tidak terlalu panjang
6) Tidak terlalu pendek
7) Khatib bertahan masa berdiri dengan tongkat menggunakan tangan kiri manakala tangan kanannya pula memegang membar.
-Makruh menoleh masa khutbah kepada sesuatu
-Makruh juga tunjuk gaya tangan (kecuali jika sudah biasa begitu atau kerana terdorong oleh semangat yang membakar)
8)Sunat turun segera dari membar seusai khutbah
-makruh mengetuk membar masa khutbah
Bacaan yang disunatkan dalam solat Jumaat selepas Fatihah:
a) Rakaat pertama: Surah Al-Jumua'ah/ Surah Al-'A'la
b) Rakaat Kedua: Surah Al-Munafiqun/Surah Al-Ghasyiah
Rujuk: Shamela
SYARAT-SYARAT SESUATU BANGUNAN DINAMAKAN MASJID
Mengetahui sesuatu bangunan itu masjid atau tidak , penting untuk menjelaskan kekeliruan mengenai status surau yang berlembak dalam negara kita. Masalahnya, ada pihak yang mengatakan surau bukan masjid kerana namanya surau dan bukan namanya masjid. Justeru, perlu diketahui oleh semua orang bahawa istilah surau adalah istilah dalam masyarakat Melayu sahaja. Apakah surau itu masjid mengikut perbahasan feqah, perlu dilihat kepada syarat-syarat masjid:
Berikut adalah syarat- syarat satu bangunan untuk jadi masjid:
1) Tanah tapak dan bangunan itu adalah berstatus waqaf yakni bukan milik individu. Ia milik orang ramai melalui kaedah waqaf dan ia adalahg waqaf selama-lamanya.
2) Terdapat keizinan mutlak untuk solat di dalamnya kepada semua orang dengan erti tidak ada seorang pun yang dilarang solat di dalamnya.
3) Ia disediakan untuk soat lima waktu di dalamnya secara berteruskan dan solat lima waktu itu berlaku di dalamnya secara berterusan.
Baca: Islamqa
Maka, melihat kepada syarat-syarat di atas, terkeluarlah musollah yang ada di premis perniagaan, pejabat kerajaan dan di mana sahaja yang tidak memiliki 3 ciri di atas.
Sehubungan dengan itu, terkaitlah hukum berkenaan masjid dalam kes ini. Di masjid, disunatkan solat sunat tahiyyatul masjid, iktikaf dan dilarang masuk masjid bagi yang berjunub.
Jika surau melengkapi ciri-ciri di atas, bolehlah iktikaf di dalamnya pada 10 malam akhir Ramadhan. Boleh solat sunat tahiyyatul masjid dan diberi ganjaran atasnya.
Sekalipun surau itu tiada solat jumaat di dalamnya. Asalkan ada solat 5 waktu yang berterusan.
Sunday, December 1, 2024
Dengar Quran atau Nyanyian
Anda mintalah fatwa kepada hanti anda. Bagaiimana kedudukan iman anda. Jika hanti anda, sewaktu dengar nyanyian rasa bahagia dan senang sekali, hati anda bermasalah. Jika anda mendengar Quran, hati anda senang dan tidak puasa. mahu dan mahu lagi. Itu tandanya hati ini disubbiri iman. Hati akan berfatwa. Jika hati condong pada yang satu , itu tanda sesuatu itu.
Kata-kata Ibn Mas'ud:
الذكر ينبت الإيمان في القلب كما ينبت الماء البقل، والغناء ينبت النفاق في القلب كما ينبت الماء البقل
Berkata pula Saidina Uthman bin Affan:لو طهرت قلوبنا لما شبعت من كلام الله عز وجل
Ada orang yang sebenarnya zindik, tetapi dikatakan wali. Cerita mengenainya menyebutkan bahawa tatkala dia mendengar Quran, biasa-biasa sahaja. tetapi apabila dia mendengar syair, hatinya tersentuh dan menangis! Namanya disebut Yusuf Az-Zindik
Kumpulan Al-Manawiyyah
MAKNA "HADHRAH"
Kalimah ini berlegar di kalangan para sufi awalnya. Kemudian ia menjadi sebutan orang awam dalam permulaan majlis-masjlis zikir mereka. Di ...
-
Dikatakan tiada beza antara Istighasah dengan Tawasul. Demikian dirujuk dalam kitab Syifa'ussiqam fi ziarati khairil anam oleh Taqiyyu...
-
Kitab ini adalah salah satu kitab yang menghimpun hadis-hadis kalangan Syiah dan ia adalah antara kitab utama dalam Syiah Imamiyyah. Nama pe...
-
Terdapat beberapa hadis yang diriwayatkan menggambarkan bahawa jasad Nabi Muhammad mengalami proses kerosakan selepas wafatnya ( Rotten ). ...